Shopping di Kenanga Wholesale City - Ana Suhana

Aug 16, 2018

Shopping di Kenanga Wholesale City


Shopping di Kenanga Wholesale City | Assalamualaikum. Ada ke orang yang tak suka shopping? Macam Ana tengok pada mood. Selalunya susah lah nak suka shopping sebab ye lah sejak dah jadi surirumah ni, pakaian sedia ada elok je lagi. Buat apa nak membazir kan. Kecuali kalau tak muat. Hehe. Kalau bab shopping Ana prefer Shopping di Kenanga Wholesale City.
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City

Kalau sebelum berkenalan Kenanga Wholesale City ni Ana selalunya akan ke GM Plaza. Tapi dekat GM Plaza dekat Chow Kit ni serabut lah. Tak selesa nak shopping. Lagipun tak banyak pilihan. So terhad lah kita nak membeli. Tapi bagus lah macam tu kan. Hehe.

Tapi sejak dah BFF Kenanga Wholesale City, asal nak shopping baju seisi keluarga wajib lah ke sini. Tempat selesa, luas, kedai banyak, tempat makan ada, dan yang penting murah-murah u olls. Murah dari Times Square yang orang suka pergi tu. Tempat parking pun banyak. Kemudahan lif pun sama banyak. 

Selalunya kalau ke sini Ana akan keluar seawal pukul 9 pagi. Nak elak jammed satu hal, lebih kepada nak elak ramai orang yang mula datang dalam pukul 11 camtu.

Macam biasa sebelum shopping kira makan dulu dekat kedai favorite - Restu Resipi. Entri tentang kedai ni boleh baca dekat SINI. Masa tengah tunggu makanan sampai tetiba Ana perasan someone yang agak familiar muka dia. Rasanya macam blogger juga. Nak confirm Ana try DM dia kat Fb. Ye lah tak pernah jumpa setakat berbalas komen dekat blog je. Sekali betul. Dah berbalas dekat messenger je. Hehe. Dah selesai makan baru Ana tegur dan wajib lah bergambar. Ada yang kenal tak? Ni lah blogger Kak Hainom okje. Peramah dan comel orangnya. Ana pun jadi selesa nak tegur.
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Ok lepas perut kenyang mula lah aktiviti shopping. Satu tingkat ke satu tingkat Ana merayap. First kedai yang Ana singgah dekat tingkat 3. Kedai jual pakaian kanak-kanak. Lama juga dekat sini sebab nak layan karenah si Syafi. Bukan boleh kita suka suka pilih untuk dia. Dia nak pilih sendiri. Dari seluar sampai lah ke baju. 7 helai RM100. Murah kan?? Seluar dan baju dekat sini elok-elok kain dia tau. Bukan chokia orang kata. Pakai lama pun elok lagi.
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Baju syafi selesai, misi cari baju mak dan makcik Syafi pula. Next kedai dekat tingkat 4. Mula-mula bekenan dengan baju dekat patung tu. Tapi bila cuba macam dugong pula rupanya. Tak jadi beli tu terlajak beli seluar pula. Pun murah-murah. Beli 6 helai ke atas, sehelai jatuh RM20 saja. Saiz semua ada jangan risau. Boleh campur dengan baju. So kongsi lah dengan adik-adik beli 6 ke atas. Hehe.
Baju Syafi selesai baju Ana selesai misi nak cari seluar daddy Syafi pula. Naik ke tingkat 6 tak silap jumpa satu kedai ni. Seluar sama macam Ana tadi tapi untuk lelaki. Harga RM25 sehelai. Beli lah 2. Nampak pula kemeja Syafi beli lah 2. Penjual tu bagi Ram10 sehelai. Lepas tu nampak pula baju blouse untuk budak perempuan, beli lah 4 helai untuk sepupu Syafi. Total semua RM100 je. Murah lagi u oll. 
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Lepas tu ada lah Ana masuk 4-5 kedai lagi. Sambung shopping. Jadi giler shopping pula hari tu. Dapat lah lah lagi 2 seluar, 2 tudung dan 2 baju. Serta 2 spek mata. Haha. Gedik sangat kan. Dah lebih 4 jam tawaf dalam tu moh ler kita balik. Kaki pun dah sengal-sengal. Lagi lama nanti ada orang nangsi duit habis kena paw. Haha. 

So total 3 beranak shopping hari tu dalam RM400. Sorang dalam RM130. Bagi Ana ok sangat lah. Kalau shopping dekat Aeon dengan harga tu dapat beberapa baju je kan.

Korang ada tak yang suka Shopping di Kenanga Wholesale City ni juga? Kalau ada sep sikit. Pada yang belum pernah ke sini boleh lah try nanti. Ada kawan En Suami tu sekali shopping kat sini, lepas tu tiap-tiap kali puasa datang shopping sini je sebab murah. Jom Shopping di Kenanga Wholesale City minggu ni. :) 


13 comments:

  1. Uiks nak gi lagi ke hujung minggu ni hihi.... Nak soping baju Raya Haji lew tu ....

    Hakak pun boleh tahan memborongnya Ana, naik lenguh kaki jadinya. Tulah tu kan mmg best soping kat sini. Kalau duit boleh cop kan best hahaaa....

    Terima kasih jugak kat anak Ana yg hensem tu.... kalau bukan kerana dia harap gambo selpie kita tu jerlah hahahaaha

    ReplyDelete
  2. kenanga mmg best shopping..dh la ekon sejukkkk...byk pilihan..tula td bc entry kak hainom jmpa ana

    ReplyDelete
  3. Pernah gak gi jalan-jalan kat Kenanga Whole sale ni time tu nak cari seluar skirt untuk netball team hehehe... Okaylah selesa sebab nyaman ada air-cond dan banyak pilihan.

    Wah! bump with HOKjer... mesti excitedkan terjumpa rakan blogger face to face.

    ReplyDelete
  4. lama tak pegi kwc.. kang kalu pegi mcm2 nak dibelinya hehehehe

    ReplyDelete
  5. Entry ni memang sajer carik pasal ni..dah terpandang2 plak baju hat Kenanga..kejam la Ana..sajer jer goda itew tau...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah sampai KWC lagi tapi selalu dengar la.

    ReplyDelete
  7. PC pernah pergi sekali dulu masa masih kerja...kawan cari baru untuk buat hadiah...rambang mata...rambang juga tangan seluk poket...hehehe..tapi memang best dan berbaloi...

    ReplyDelete
  8. Pernah sampai beberapa tahun dahulu.. Memang rambang mata..

    ReplyDelete
  9. bahaya pergi sini ok habis duit hahaha

    ReplyDelete
  10. eeeh betul2 baju2 kat Kenanga bukan low class ookay. pandai cari dapat yang cantik orang pun boleh ingat beli kat butik mahai. jahitan kemas.. pi Kenanga kena siap sedia melabur =P

    ReplyDelete
  11. Kak Sue tiap tahun datang sini Ana sejak kali pertama datang sini. Memang jimat banyak dan banyak pilihan kan..

    ReplyDelete
  12. rambangnya mata tngokk. kalau boleh smua nak beli. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤