Makan-makan di Melur & Thyme Nu Sentral - Ana Suhana

Aug 6, 2018

Makan-makan di Melur & Thyme Nu Sentral


Makan-makan di Melur & Thyme Nu Sentral | Assalamualaikum. Cerita Makan-makan di Melur & Thyme Nu Sentral 2 minggu lepas. Sebenarnya dah lama usher kafe ni sincr KLCC dulu tapi tak pergi-pergi pun. Bila dah ke Nu Sentral hari tu dan bila tak tahu nak makan apa, tu yang jadi cerita makan dekat sini.
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral 
Makan-makan di Melur & Thyme Nu Sentral

Rasanya sebab utama tak bersungguh untuk ke sini ialah sebab Ana tak sure kafe ni ada sijil Halal ke tak sebab masa tu search tak jumpa pun tentang halal tu. Masa ke sana hari tu Ana nampak ada logo halal jakim dekat depan kafe tu so tanpa ragu-ragu lah kami 3 beranak masuk dalam tu.
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral
Waktu melangkah masuk tu baru Ana tau kenapa ramai suka makan dekat sini. Kafe ni sangat cosy dan selesa. Memang sesuai kalau nak lepak-lepak atau hang out dengan family and friends. In fact masa Ana makan dekat sini dah ada a group of retired women tengah gather dekat sini. Lama giler kot dorang lepak. Masa Ana sampai dorang dah ada. Masa Ana dah habis makan dan dah bayar pun takde tanda-tanda dorang nak balik. Hehe. Comel je tengok dorag. Terus teringat kat mak mertua. Mesti dia macam tu juga bila jumpa kawan-kawan sekolah dia.
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral 
Ok tentang menu pula, makanan yang dihidang adalah makanan Timur dan Barat (western food). First time ke sini Ana amik masa yang agak lama juga lah nak decide nak makan apa sebab menu macam banyak tapi Ana pula macam blurr tak tahu nak pilih apa. Rasa nak makan western tapi kang dak kecik tu pula tak suka. Ni lah dilema mak-mak yang kena kongsi makan dengan anak. Akhirnya setelah sekian lama pelayan tu berdiri dekat meja kitorang, ni lah menu-menu yang jadi pilihan :

1. Nasi Goreng Daging Dendeng - RM26
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral 
Masa nak pilih nak makan apa, menu Nasi Goreng Daging Dendeng ni antara yang nampak menarik presentation dia. Nama menu pun menarik juga. Kalau menu nasi ni memang menu wajib En Suami lah sebab dia kurang bab-bab western ni especially pasta and noodles.

Rasa dia? Bagi Ana tawar nasi goreng dia. Nampak pedas sebab korang boleh nampak  cebisan cili banyak dalam tu tapi tak pedas mana pun. Dalam menu tu fia bagi sekali side sunny egg, crackers dan ada juga sambal belacan. Bila nasi goreng tawar tu kita makan dengan sambal belacan tu baru terasa sedap dan nikmatnya. Memang berubah rasa Nasi Goreng Daging Dendeng tu.  Melazat En Suami makan. Haha.

2. Grilled Salmon - RM37
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral 
Menu ni Ana pilih sebab rasa muak pula nak makan nasi. Tetiba teringin nak makan salmon sebab lama rasanya tak makan. En Suami memang awal-awal reject salmon. Haha. Tapi masa pilih menu ni Ana macam ragu-ragu ssbab nampak gambar hidangan tu dia bagi sekali grilled capsicum which is Ana tak berapa nak suka. Pasrah je lah sebab dah order kan.

Tapi masa sampai nampak eh macam ok pula grilled vege tu sebab takde capsicum. Haha. Nampak portion macam tak boleh mengenyangkan tapi bila makan rasa macam tak luak pun salmon tu sebab isi dia tebal. Tebal-tebal pun still lembut dan sedap tekstur dia. Lagi-lagi makan dengan mushroom sauce dia tu. Suprisingly Syafi pun suka. Memang tak nyesal order menu ni. Walau nampak mahal tapi serius berbaloi.

Menu 3 : Creamy Chicken Mushroom Spaghetti - RM18
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral 
Menu ni terletak di bawah kids menu. Takut Syafi tak nak makan grilled salmon tu so Ana order kan untuk dia menu ni. Bab spaghetti yang berkrim ni memang bagi ke dia lah. Tapi kalau yang bolognese tu dua memang reject awal-awal sebab masam tomato puree tu dia tak suka. Kemain lagi. Kecik-kecik dah pandai demand. Haha.

Bila sampai menu ni Ana dengan En Suami terlopong kejap. Dalam hati masing-masing cakap ni bukan menu untuk kanak-kanak ni sebab banyak dan besar giler kot portion dia. Kalau Ana sorang makan pun tak kan habis. Apa lagi untuk dak kecik ni.

Bab rasa memang creamy habis dan memang akan memuakkan lah. Sedap memang sedap cuma kena kongsi lebih dari sorang kalau nak habiskan. Last-last tapau bawa balik yang tak habis tu. Sampai rumah mak sekejapan licin semua tu. Haha.


Minuman : Chocolate Shake (RM18) / Apple Asamboi (RM9) / Bandung Cincau (RM9)
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral 
Melur & Thyme Nu Sentral
Melur & Thyme Nu Sentral 
Overall Ana suka dan puas hati makan dekat Melur & Thyme ni. Suasana selesa dan tenang, service pastas dan pelayan semua peramah. No wonder ramai suka lepak dan makan dekat sini. Next time kalau teringin nak makan salmon tau dah nak makan dekat mana. Korang kalau nak tengok senarai menu yang ada boleh je tekan link dekat bawah ni. Nanti boleh download terus untuk simpanan korang. Senang nak buat pilihan masa ke sini nanti. Hehe. Selamat mencuba.

Menu :

Lokasi :
Nu Sentral & KLCC




12 comments:

  1. wah cantik tempat tu. makanan pun best best

    ReplyDelete
  2. dlu ms opis area kl tk kesempatan nk pi restoran ni kt klcc tu...jrg jmpa salmon ngan mushroom sauce slalunya white sauce....creamy pasta tu fav ankdara akak juga...haus plak tgk air tu hehe

    ReplyDelete
  3. Next time kalau datang NuSentral bg tau ye...leh dating2

    ReplyDelete
  4. memang cantik deco restoran tu. Kalau banyak portion memang berlalio lah dengan harganya

    ReplyDelete
  5. Bila layanan ok...kuantiti pun tak kedekut..itu yang menarik perhatian kan kak..*sebab PC dan En Suami pun gitu..hikss*..lagi satu harga...berbaloi tak..

    ReplyDelete
  6. Tempat ni macam famous je. Selalu tengok orang mention dekat IG or Twitter.

    ReplyDelete
  7. Ada beberapa kali lalu sekitar tempat ni tp tak pernah singgah lagi. Teringin juga nak singgah nanti.. terbuka selera tengok nagi goreng daging dendeng tu especially time petang2 ni hehe.. thanks sharing Ana :)

    ReplyDelete
  8. Anis ada jugak usha hari tu tapi cancel bila tengok harga dia.. huuu..

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap makanan kat sini Ana. Tetiba teringin juga nak cuba Grilled Salmon, feveret Kak Sue tu Ana..

    ReplyDelete
  10. yup environment dia memang selesa n cantik

    ReplyDelete
  11. nmpk sedap minuman2 dia..rege pun bole thn..
    tp biasala kan kalau mpt mkn mcm tu..huhu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤