Korban Sesuatu Yang Kita Sayang - Ana Suhana

Aug 27, 2018

Korban Sesuatu Yang Kita Sayang


Korban Sesuatu Yang Kita Sayang l Assalamualaikum. Selamat hari Isnin semua. Sihat ke? Ana doakan semua yang membaca ni sentiasa sihat dan berada di dalam rahmat Allah. Korban Sesuatu Yang Kita Sayang? Apa benda nya tu kan.
Korban Sesuatu Yang Kita Sayang

Mingu lepas kita umat Islam baru saja menyambut Hari Raya Aidiladha kan. Ramai juga yang "berkorban" pulang ke kampung halaman dan tak tak kurang juga yang "berkorban" tak dapat pulang ke kampung kerana tuntutan kerja. Bagi yang pulang ke kampung tu kalau kata kampung suami isteri satu di utara dan satu di selatan, pun termasuk dalam isu "berkorban" juga sebab terpaksa pulang ke satu kampung je. Pendek kata hidup ni pernuh dengan pengorbanan, Betul tak?

Hari Raya Aidiladha, ianya sangat dekat dengan kita tentang pengorbanan terbesar Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya, Nabi Ismail a.s. Di wahyukan oleh Allah melalui mimpi agar Baginda menyembelih anaknya yang amat dicintai lagi disayangi; Nabi Ismail a.s. :

Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Rabbku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Rabbku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang shalih. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu?” Ia menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami memanggilnya: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.” (QS. Ash-Shaaffaat: 99-111)

Walau hati Baginda sedih namun perintah Allah sesekali tidak akan diingkari - takut akan ditimpa dengan azab Allah. Dan Nabi Ismail a.s bersabar menerima perintah tersebut kerana berharap akan beroleh pahala. Di saat pisau di letak di leher Nabi Ismail a.s, dengan kuasa Allah Nabi Ismail a.s telah di gantikan dengan seekor biri-biri. Begitu lah ujian besar tanda kasih sayang Allah kepada NabiNya.

Apa ibrah dari kisah di atas??
.
.
.
.
.
Korban Sesuatu Yang Kita Sayang - keluarga, harta, masa, tenaga, duit dan sebagainya. Semua itu kita sayangkan. Cuba kita tanya diri kita, adakah kita dah berKorban Sesuatu Yang Kita Sayang untuk agama kita, untuk amal kita, untuk saham kita di sana nanti.
Mesti kita selalu nampak status dekat FB atau mesej kawan-kawan kita forward dekat WhatsApp tentang pusat-pusat tahfiz yang meminta bantuan dana untuk menaik taraf atau untuk membina bangunan sekolah tahfiz mereka, tak pun pihak masjid mencari pewakaf untuk wakaf tanah atau al-quran kawasan mereka? Apa tindakan kita? Tengok saja atau kita amik tu sebagai satu pesanan dari Allah untuk kita??

Kita tak sanggup untuk berkorban RM10 / RM50/ RM100 untuk bantu agama kita sendiri dengan alasan cliche duit tak cukup. Tapi bila masuk bab shopping tetiba ada saja duit dalam simpanan kita. Ye itu duit kita hak kita, kita boleh buat apa saja, tapi tak kan jatuh miskin bila kita berkorban sedikit untuk yang memerlukan. Apa lah sangat duit kita tu nak dibanding dengan nikmat dan ganjaran yang kita akan dapat di sebaliknya tu nanti.

Bila kawan-kawan atau mak ayah kita ajak join korban, terasa macam banyaknya RM700 untuk sebahagian tu. Macam-macam woo boleh beli dengan duit sebanyak tu padahal hakikatnya duit tu tak mampu mengayakan kita pun. Tapi percayalah, dengan sebahagian kita tu banyak insan-insan yang tersenyum girang dan bersyukur atas pemberian yang diterima. Dan yang paling mahal doa mereka dekat kita yang kita tak kan sedar. Itu lah yang lebih bermakna dari yang lain-lain.


Korban Sesuatu Yang Kita Sayang - semoga kita lebih terbuka untuk berkorban dalam apa juga yang kita mampu. Tak mampu berkorban dari segi harta, korban kan lah masa dan tenaga yang tersisa. Walau pengorbanan kita terlalu kecil nak dibandingkan dengan pengorbanan para Nabi, mudah-mudahan pengorbanan kita yang kecil itu besar ganjarannya di sisi Allah. InsyaAllah.

Di sekitar sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan rumah Ana Rabu lepas. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.



Cuaca sangat redup ketika proses korban dijalankan dan jiran tetangga ramai turun bergotong royong. Memang sangat meriah dari pagi membawa ke petang. Ana pun berkorban juga berkorban masa dan tenaga membantu apa yang termampu. Dan masa ni lah nak berjumpa kawan-kawan lama yang kerja luar kawasan. Semoga silaturahim dan ukhwah ini terjalin sampai bila-bila. Amin.


16 comments:

  1. betul tu Ana..kekadang tu kita sangat berkira tapi akak syorkan kita sebagai org Islam belajar bersedekah di tabung surau atau masjid sebagai permulaan..lepas tu kita akan rasa indahnya yang payah nak explain..terlalu menarik

    ReplyDelete
  2. Tak terlambt nk ucap salam aidiladha

    gee singgah & follow sini😃

    Zianaeunos.com

    ReplyDelete
  3. Salam Aidiladha.. semoga semua pengorbanan kita di bumi sementara ini mendapat keredhaan Allah swt..

    ReplyDelete
  4. Salam AidilAdha Ana..
    Betul sangat perkongsian Ana nie.. Semoga semua pengorbanan kita diterima Allah.. tak kira kicil ataupun besar..

    ReplyDelete
  5. Salam aidiladha Ana, perkongsian yg bagus tentang isu pengorbanan tu,

    ReplyDelete
  6. Wahhh...seronok Ana dapat turut serta ibadah korban kan...akak tahun ni x join..tapi balik jugak la kampung..x dapat pun daging korban..tapi takpe..as long as ada lagi yang lebih memerlukan..ye tak?

    ReplyDelete
  7. Kalau tidak mampu berkorban berskala besar,,mulakan yang kecil-kecil dahulu...satu per satu..mula dari diri..insyaAllah nanti lebih mudah untuk ke fasa lebih besarnya..aamin.

    ReplyDelete
  8. akk tak buat korban thn ni, insyaallah nk kena settle akikah daim dulu. Baru misi korban pulak

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yg sgt baik utk peringatan dan renungan kita semua. Semoga Allah sentiasa memberkati segala pengorbanan kita semua dlm perjuangan menuju kpdNya.. aamiin ya Rabb.

    ReplyDelete
  10. Berkorban ikut kemampuan..
    Yg pasti usaha utk melaksanakannya..

    ReplyDelete
  11. salam aidiladha...meriah sama2 gotong royong potong daging..akak gotong royong kt umh je ngan family..apa pn dlm hidup kita mmg memerlukan byk pengorbanan..tk kira besar mahupun kecik

    ReplyDelete
  12. Good sharing Ana.. seronok kan gotong royong macam nie..

    ReplyDelete
  13. Bagus perkongsian Ana ni. Pengorbanan banyak maksudnya kan.. Seronok ada gotong royong macam ni. eratkan ukhwah

    ReplyDelete
  14. Wahh seronoknya gotong royong ramai ramai macam ni. Setuju sangat dengan kak Ana, korban ni dalam pelbagai bentuk. Tak kira lah besar ke kecil ke pengorbanan tu mesti ada ganjarannya kan :)

    ReplyDelete
  15. bagus sngt perkongsian yg kak ana buat ni. mcm2 kita boleh kategorikan dengan maksud korban. sngt general.

    ReplyDelete
  16. Banyak hikmah bila kita korbankan sesuatu yang kita sayang. In shaa Allah, Allah akan gantkan dengan yang lebih baik

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤