Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta & Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura - Ana Suhana

Aug 17, 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta & Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura


Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara, Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018 | Assalamualaikum. "Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya korang boleh memilih jambangan bunga kegemaran korang dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. 
Flower Chimp
Flower Chimp
Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara, Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan korang dari harga serendah RM89 sahaja.
Flower Chimp
Flower Chimp
Flower Chimp
Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Flower Chimp
Flower Chimp 
Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp. 

Berikutan prestasi yang memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz. 
Flower Chimp
Flower Chimp 
Lotz dan rakan kongsi (Ketua Pegawai Operasi) Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. 

“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. Frassa juga menambah “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Mengenai Flower Chimp
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. u

Bat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Flower Chimp di Malaysia 
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/


Instagram:
@flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia


Instagram:
@flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina


Instagram:
@flowerchimp.ph

18 comments:

  1. Syoknya ada perkhidmatan macam nie.. Memudahkan urusan..

    ReplyDelete
  2. terasa nak beli bunga n hadiahkan kat isteri la....

    ReplyDelete
  3. Best kalau dapat bunga nie kan Ana.. cantik..

    ReplyDelete
  4. Ana...jangan lupa akak nak sunflower ngan bunga lily putih kuning tau...x kisah la bila ana nak surprise kan akak..pm tepi untuk alamat..hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Seronoknyaa kalau dapat a bouquet 💐 di harijadi 😍

    ReplyDelete
  6. Bouquet bunga dia cantik2 lah k.ana kan

    ReplyDelete
  7. bilalah nak dapat bunga ni cantiknya!

    ReplyDelete
  8. Tahniah flower chimp. Hebatlah, baru 2 tahun dah boleh dapat investment dari investor.salute la

    ReplyDelete
  9. Hurmm, masih menanti jambangan bunga dari hubby.. Hihi.. TAHNIAH kak Ana, minggu nie akak terpilih untuk direview.. Jemput singgah..

    http://www.shikinrazali.com/2018/08/sahabat-blogger-pilihan_21.html

    ReplyDelete
  10. sweetnya kan bunga2 yg ada kat sini. best kalau dpt sejambak dr someone special

    ReplyDelete
  11. bestnyaaa lahai kalau ada yang sudi hantar munge2 kat kiteeee =D

    ReplyDelete
  12. suka bunga fresh... bolehlah oder nanti nak buat hadiah :)

    ReplyDelete
  13. Best sangats ervis nih sebab boleh buat penghantaran seluruh malaysia

    ReplyDelete
  14. aaaa. sukanya bungaa.. dpt satu mmg berbunga2 la seminggu hati ni. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤