Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0 - Ana Suhana

Aug 23, 2018

Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0


Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0 | Assalamualaikum. Selamat hari raya Aidiladha buat semua pembaca. Ada yang balik kampung ke? Ana macam biasa raya di KL saja. Hehe. Ni pada yang tak dapat bawa anak-anak balik kampung apa kata korang Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0 - Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik. Mesti mereka suka kan.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0

Seperti yang kita akui, kanak-kanak hari ini banyak berinteraksi dengan teknologi melalui telefon pintar, permainan digital, dan menonton filem. Tetapi tahu tak yang teknologi tidak terhad di situ sahaja kerana ia juga mempunyai banyak kelebihan yang positif.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Sehubungan dengan itu, KidZania Kuala Lumpur menganjurkan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 bermula dari 18 Ogos - 16 September ini. Program selama sebulan ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat tentang kegunaan dan manfaat Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik serta fungsinya di masa hadapan kelak.

“Kita sedang beralih ke zaman teknologi dan tidak mustahil suatu hari nanti, akan wujud bidang kerjaya yang menjurus ke arah kecerdasan buatan dan robotik. Sebagai bapa, saya pastikan anak-anak saya diajar dan bersedia untuk menghadapi dunia teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat ini. Teknologi seperti pembantu maya dan robot, rumah pintar dan kenderaan pandu sudah wujud dan saya percaya terdapat banyak lagi inovasi yang unik pada masa hadapan. Teknologi akan sentiasa berkembang pesat dan saya berharap program KidZ & Tech 3.0 akan memberikan inspirasi kepada para peserta untuk menerokai dunia teknologi yang luas ini,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

Melalui KidZ & Tech 3.0, kanak- kanak diberi peluang untuk ‘Learn Life Today' dan salah satu bidang yang sedang pesat berkembang ialah AI. Google Malaysia memperkenalkan AI dengan cara yang menyeronokkan.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain sambil belajar melalui Emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai oleh seluruh keluarga! Menggunakan rangkaian neural eksperimen AI untuk mengenal pasti objek sebenar, peserta akan diberi emoji di kaca telefon pintar dan perlu mencari emoji tersebut di persekitaran mereka. Peserta perlu melengkapkan pencarian dengan menangkap gambar yang sepadan dengan emoji yang diberikan. Permainan itu akan mengesahkan keserasian objek tersebut sebelum memberi petunjuk seterusnya. 

“Bidang Kecerdasan Pintar adalah salah satu fokus kami di Google dan kami memperkasakannya melalui pembelajaran mesin. Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramkan dengan tetapan tertentu,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia. “Google memanfaatkan pembelajaran mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjemahan, pengecaman pertuturan, penglihatan komputer, skala kedudukan dan pengesyoran. Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan.”

Selain itu peserta juga boleh mencipta sendiri robot menggunakan Makeblock mBots melalui langkah-langkah pengekodan mudah.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Para kanak-kanak juga boleh menguji kemahiran pemanduan mereka dalam Drone Obstacle Challenge. Mereka akan mengendalikan Airblocks, sebuah robot terbang yang diperbuat daripada magnet yang boleh diprogramkan untuk melalui halangan di trek udara.

Secara keseluruhannya, KidZ & Tech 3.0 menawarkan lima program khusus : 

1. Aktiviti AI-inspired Emoji Scavenger Hunt
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
2.Virtual & Augmented Reality (permainan VR, Be Internet Awesome, DIY AR Greeting Cards)
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
3. Coding & Robotics
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
4. Forensic Science (penyiasatan di lokasi jenayah menggunakan Debu Ibu Jari dan Eksperimen Cahaya UV oleh Forensik UKM) 
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
5. Creative PhotographyC (Canon Light Tail Photography, U Mobile Clone Photography)
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania

Apa lagi, jom bawa anak-anak sertai acara-acara menarik di atas dan pelbagai lagi program pembelajaran interaktif di KidZ & Tech 3.0.

Nak harga diskaun??? Mudah saja. Korang hanya perlu menempah tiket secara dalam talian sekarang dan dapatkan potongan 20% dengan menggunakan kod promo <KZTECH>!

KidZ & Tech 3.0 ini dibawakan oleh Canon Malaysia, Google Malaysia, MSP Systems (Makeblock), UKM Forensics dan U Mobile. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, korang boleh layari laman sesawang atau hubungi Talian Khidmat Pelangan KidZania seperti di bawah ini : 

Laman Sesawang :

FB :

 Talian Khidmat Pelangan KidZania :
1300 88 KIDZ (5439) 
 9 pagi hingga 6 petang
Setiap Isnin hingga Ahad.

16 comments:

  1. Seronoknya. Macam² ada. Pendedahan awal untuk anak² kita kan.

    ReplyDelete
  2. LeYa study AI masa degree... Sekarang ni... kanak-kanak dah pun didedahkan dengan konsep AI.. Hebat sangat!! TErbaiklah perkembangan teknologi hari ini...

    ReplyDelete
  3. seronoknya anak2 skrg ni..kita pun terasa nak jadi anak2 balik hehe

    ReplyDelete
  4. Merangsang kreativiti anak-anak.

    ReplyDelete
  5. ada juga dpt email psl ni sbb tisya mmg ada passport kidzania so ada activity kt kidzania yg latest mmg diorang akan email...syok bdk2 dpt merasaia mcm2 aktiviti yg disediakan oleh kidzania

    ReplyDelete
  6. Hana yang 18 tahun ni pun nak pegiii jugak!! >_< hahah

    ReplyDelete
  7. bagusnyaaa tempat cemni. kids guna technology dengan cara betul =)

    ReplyDelete
  8. Menariknya.. memang anak anak suka lah kalqu dibawa kesini..

    ReplyDelete
  9. Bagus ada aktiviti macam nie untuk anak-anak kita kan. Ingat nak bawak Adik pergi juga nanti nie Ana..

    ReplyDelete
  10. beruntung kanak-kanak zaman sekarang, semua benda boleh explore dan di kaji moga bermanfaat untuk semua. Tq Ana kongsikan info ini

    ReplyDelete
  11. wah bestnya tempat dia, menarik untuk anak-anak belajar dan explore dunia teknologi.

    ReplyDelete
  12. Bestnya.. aktiviti yg sgt bagus utk pembangunan dan perkembangan minda anak2.

    ReplyDelete
  13. bagusnya ada program mcm ni. pendedahan pada smua anak2.

    ReplyDelete
  14. Bagus ada lrogram macam ni. Bagi peluang anak anak kita explore semua aktiviti supaya minda mereka terbuka

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤