August 2018 - Ana Suhana

Aug 30, 2018

DYXY Showcase Tour 2018 Bersama Selebriti Popular Malaysia

11:52 AM 23
DYXY Showcase Tour 2018 Bersama Selebriti Popular Malaysia

DYXY Showcase Tour 2018 Bersama Selebriti Popular Malaysia | Assalamualaikum. Sebut je jenama DYXY ni Ana percaya korang semua mesti tau tentang face mist DYXY yang memang sedia terkenal ni kan. In fact adik-beradik Ana pun guna face mist DYXY ni. Cakap pasal jenama DYXY NI, semalam bertempat di Aseana Cafe Suria KLCC, satu press conference tentang DYXY Showcase Tour 2018 Bersama Selebriti Popular Malaysia telah di adakan dengan meriahnya.
DYXY Showcase Tour 2018
DYXY Showcase Tour 2018
DYXY Showcase Tour 2018 Bersama Selebriti Popular Malaysia

Korang tau tak yang DYXY ni merupakan produk terbitan Bumiputera? Ianya di asas oleh 2 orang usahawan Bumiputera yang paling menyerlah tahun ni iaitu Dyana Roslan dan pasangannya Shah Hafiz Borhannudin. Muda lagi tau dorang ni. Baru 32 tahun. Hebat kan? 
DYXY Showcase Tour 2018
DYXY Showcase Tour 2018
Bercakap tentang DYXY Showcase Tour 2018 Bersama Selebriti Popular Malaysia ni, istimewanya ialah kesemua selebriti tersebut adalah jejaka terhangat di pasaran. Kenapa jejaka di pilih untuk showcase produk kosmetik? Ini kerana DYXY ingin menunjukkan bahawa produk DYXY tidak terhad untuk kaum wanita saja, malah kaum lelaki juga boleh menggunakannya. 5 selebriti tempatan yang bakal menggegarkan showcase tersebut ialah Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan jugaa Caprice. Turut memeriahkan showcase ini ialah bintang komedi popular Malaysia iaitu Didie Alias yang juga merangkap sebagai pengacara sepanjang showcase berlangsung. 
DYXY Showcase Tour 2018
DYXY Showcase Tour 2018
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung yang hadir seperti sesi make over bersama barisan jurusolek terkenal tanah air dan juga sesi meet and greet bersama Instafamaous tempatan. DYXY cosmetic juga akan mengadakan pencarian Face DYXY 2018 di mana pemenang akan membawa pulang wang tunai yang lumayan. Selain itu, terdapat juga aktiviti cabutan bertuah di mana para pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Program showcase ini bertujuan untuk mendekatkan pelbagai variasi produk DYXY Cosmetics kepada orang ramai. Pada masa ini produk DYXY terdiri daripada DYCY Bc Cream, DYXY Facemist  DYXY Lipstick, DYXY Mascara dan DYXY Wipes.
DYXY Showcase Tour 2018
DYXY Showcase Tour 2018
Showcase kali ini juga membawa kelainan kerana ianya bersandarkan elemen hiburan, selebriti dan juga melibatkan pertunjukkan kereta automatif mewah (supercar) sebagai lambang prestij jenama DYXY. 
DYXY Showcase Tour 2018
DYXY Showcase Tour 2018
Tidak dilupakan, jelajah mewah ini juga untuk meraikan pengguna, stokis, ejen dan setiap tulang belakang yang telah bertungkus lumus menaikkan jenama DYXY pada tahap sekarang. 

Bagi yang tertanya di mana kah DYXY Showcase Tour 2018 Bersama Selebriti Popular Malaysia ini akan berlangsung? Terdapat 4 buah destinasi telah dipilih untuk jelajah tersebut iaitu  :

Aman Sentral Mall, Kedah
8 September 2018

UTC Kuala Terengganu, Terengganu
15 September 2018

Angsana Mall, Johor Bahru
22 September 2018

Centre Point Kota Kinabalu, Sabah
29 September 2018


Peluang Perniagaan Bersama DYXY Cosmetics

Bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau perniagaan, korang boleh menyertai peluang perniagaan bersama DYXY Cosmetics.
DYXY Showcase Tour 2018
DYXY Showcase Tour 2018
Pihak DYXY menyediakan pelbagai latihan keusahawanan serta juga menyediakan pakej untuk Bumiputera bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan melalui siri kursus, latihan, seminar dan bengkel. Pelbagai strategi keusahawanan lengkap meliputi aspek mengenal pasti bakat dan potensi, etika perniagaan yang progresif dan positif, teknik pemasaran media sosial dan banyak lagi  akan turut diajar. Berdasarkan testimoni yang lepas, usahawan-usahawan ni mampu beroleh hasil pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Banyak giler kan?? Korang tak nak cuba ke?

Bagi yang berminat untuk join program usahawan ni atau ingin keterangan lanjut tentang produk dan aktiviti lain DYXY, boleh ke laman web mereka seperti di bawah :

Laman Web :

FB :

IG :

Telefon :
03-48206031



Aug 28, 2018

Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon

10:58 AM 10
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon


Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon - Dialog Perpaduan Menyemarakkan Rasa Cinta akan Bangsa dan Rakyat Malaysia l Assalamualaikum. Lagi beberapa hari saja kita bakal menyambut Hari Kebangsaan dan pada bulan Semptember nanti pula akan ada Hari Malaysia. Seperti yang kita semua maklum, kedua-dua hari ni wujud sebagai salah satu cara untuk tanamkan perasaan sayang kan tanah tumpahnya darah ku - Malaysia. Bersempena dengan itu, secara rasminya syarikat sosial, Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon - Dialog Perpaduan Menyemarakkan Rasa Cinta akan Bangsa dan Rakyat Malaysia baru-baru ini di Madam Kwan’s, Bangsar.
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon 
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon - Dialog Perpaduan Menyemarakkan Rasa Cinta akan Bangsa dan Rakyat Malaysia 

Unity Ribbon merupakan sebahagian daripada usaha Projek57 untuk menggalakkan rakyat Malaysia meraih semangat Merdeka dan Hari Malaysia dengan bangganya apabila memakai Unity Ribbon dan menyebarkan mesej perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, satu reben pada satu masa.

Semasa pelancaran tersebut, Collin Swee, yang merupakan pengasas bersama Projek57, berkata, “Memandangkan kepercayaan bahawa perpaduan adalah kunci untuk membina Malaysia yang lebih baik, Projek57 sentiasa memberi peringatan kepada rakyat Malaysia sebanyak mana kita telah capai dan sejauh mana kita dapat pergi bersama-sama. Unity Ribbon adalah inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memakainya dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia - dan dalam proses itu, semangat perpaduan akan terus hidup dan tersebar.”
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon 
Syed Sadiq Albar, pengasas bersama Projek57, menambah, “Ia lebih daripada symbol harapan, Unity Ribbon juga membantu memperkasakan belia Orang Asli dan seterusnya membantu dalam membina Malaysia yang lebih baik - sebahagian daripada keuntungan disalurkan kepada program pendidikan dan pemberdayaan Orang Asli. Pada tahun ini, 31 Ogos hingga 16 September 2018, kami menyeru rakyat Malaysia untuk memakai Unity Ribbon dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pada ketika kita berdiri untuk satu harapan dan perpaduan, dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang baik - satu reben pada satu masa.”
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon 
Satu sesi dialog yang bertemakan 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta' telah diadakan sebagai sebahagian daripada pelancaran Unity Ribbon, di mana ahli panel membincangkan kepentingan perpaduan serta memahami antara satu sama dalam pembinaan Malaysia yang lebih baik.

Empat anggota panel itu terdiri daripada Deborah Henry, seorang Pengacara TV dan juga Pengasas Sekolah Fugee, Zakri Bin Mohd Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad serta Brig Gen Datuk Goh Seng Toh, seorang pesara Brigadier Tentera Udara Malaysia dan juga pengasas bersama Uncle Lim Kopitiam. Panel ini dikendalikan oleh Azrul Mohd Khalib, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial. 

Deborah Henry berkata, “Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif Unity Ribbon oleh Projek57. Saya yakin bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih baik dan lebih inklusif. Kita perlu tahu bahawa kepelbagaian kita merupakan kekuatan kita - kita akan pergi lebih jauh apabila kita bersatu.”
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon
Projek57 Melancarkan Kempen Unity Ribbon 
“Allianz Malaysia berasa bangga dapat menyertai Projek57 dalam projek Unity Ribbon mereka, yang amat bermakna kepada kami kerana ia merupakan peringatan bahawa identiti kami sebagai rakyat Malaysia mendahului perbezaan antara kita. Allianz sentiasa berbangga bagi menyokong inisiatif yang menggalakkan dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman, ‘Masa depan kita bergantung kepada bagaimana masyarakat yang berlainan mampu hidup dan bekerja bersama.’ Inilah perpaduan dan kita harus mengingatkan diri kita supaya tidak terlepas pandang akan visi yang dimiliki oleh nenek moyang kita,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad.

Brig Gen Datuk Goh berkata, “Malaysia amat memerlukan pembina bangsa. Setelah berkhidmat bersama rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sejak dahulu lagi, saya dapat menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dibina berdasarkan pengorbanan kaum-kaum yang berbeza. Seterusnya, saya berharap dapat melihat golongan belia bangkit dan terus membina Malaysia bersama - tanpa mengira kaum dan latar belakang, sama seperti apa yang kita lakukan suatu masa dahulu.”

Dilancarkan pada April 2018, reka bentuk Unity Ribbon telah diilhamkan daripada bendera Jalur Gemilang dengan warna biru yang melambangkan perpaduan, putih bagi integriti dan merah untuk keberanian. Reben ini juga menampilkan satu simbol yang menjadi ikon Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman, dalam warna kuning, yang melambangkan perpaduan, kepelbagaian, penerimaan serta kemajuan.

Unity Ribbon ini boleh didapatkan pada harga RM2.50 setiap satu. RM0.50 daripada jumlah ini akan disumbang kepada belia kurang bernasib baik yang menghasilkan reben tersebut, manakala selebihnya akan disalurkan kepada program pemberdayaan belia Projek57.

Unity Ribbon kini boleh didapati di cawangan Jaya Grocer, Nando’s Malaysia dan MyNews.com seluruh negara, dan juga melalui atas talian di laman web Projek57 melalui laman web https://www.projek57.com/product/unity-ribbon/

Projek57, sempena Kempen Unity Ribbon, bekerjasama dengan Allianz Malaysia Berhad, PLUS Berhad, Nando’s Malaysia, MyNews.com, Jaya Grocer, Touch N’ Go, Majalah Pendidik, Madam Kwan’s, CzipLee Books & Stationery, dan Just Heavenly. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Unity Ribbon Projek57 dan Projek57, sila layari :

Laman Sesawang :
atau


Facebook :


Instagram :

Aug 27, 2018

Korban Sesuatu Yang Kita Sayang

10:56 AM 16
Korban Sesuatu Yang Kita Sayang

Korban Sesuatu Yang Kita Sayang l Assalamualaikum. Selamat hari Isnin semua. Sihat ke? Ana doakan semua yang membaca ni sentiasa sihat dan berada di dalam rahmat Allah. Korban Sesuatu Yang Kita Sayang? Apa benda nya tu kan.
Korban Sesuatu Yang Kita Sayang

Mingu lepas kita umat Islam baru saja menyambut Hari Raya Aidiladha kan. Ramai juga yang "berkorban" pulang ke kampung halaman dan tak tak kurang juga yang "berkorban" tak dapat pulang ke kampung kerana tuntutan kerja. Bagi yang pulang ke kampung tu kalau kata kampung suami isteri satu di utara dan satu di selatan, pun termasuk dalam isu "berkorban" juga sebab terpaksa pulang ke satu kampung je. Pendek kata hidup ni pernuh dengan pengorbanan, Betul tak?

Hari Raya Aidiladha, ianya sangat dekat dengan kita tentang pengorbanan terbesar Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya, Nabi Ismail a.s. Di wahyukan oleh Allah melalui mimpi agar Baginda menyembelih anaknya yang amat dicintai lagi disayangi; Nabi Ismail a.s. :

Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Rabbku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Rabbku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang shalih. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu?” Ia menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami memanggilnya: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.” (QS. Ash-Shaaffaat: 99-111)

Walau hati Baginda sedih namun perintah Allah sesekali tidak akan diingkari - takut akan ditimpa dengan azab Allah. Dan Nabi Ismail a.s bersabar menerima perintah tersebut kerana berharap akan beroleh pahala. Di saat pisau di letak di leher Nabi Ismail a.s, dengan kuasa Allah Nabi Ismail a.s telah di gantikan dengan seekor biri-biri. Begitu lah ujian besar tanda kasih sayang Allah kepada NabiNya.

Apa ibrah dari kisah di atas??
.
.
.
.
.
Korban Sesuatu Yang Kita Sayang - keluarga, harta, masa, tenaga, duit dan sebagainya. Semua itu kita sayangkan. Cuba kita tanya diri kita, adakah kita dah berKorban Sesuatu Yang Kita Sayang untuk agama kita, untuk amal kita, untuk saham kita di sana nanti.
Mesti kita selalu nampak status dekat FB atau mesej kawan-kawan kita forward dekat WhatsApp tentang pusat-pusat tahfiz yang meminta bantuan dana untuk menaik taraf atau untuk membina bangunan sekolah tahfiz mereka, tak pun pihak masjid mencari pewakaf untuk wakaf tanah atau al-quran kawasan mereka? Apa tindakan kita? Tengok saja atau kita amik tu sebagai satu pesanan dari Allah untuk kita??

Kita tak sanggup untuk berkorban RM10 / RM50/ RM100 untuk bantu agama kita sendiri dengan alasan cliche duit tak cukup. Tapi bila masuk bab shopping tetiba ada saja duit dalam simpanan kita. Ye itu duit kita hak kita, kita boleh buat apa saja, tapi tak kan jatuh miskin bila kita berkorban sedikit untuk yang memerlukan. Apa lah sangat duit kita tu nak dibanding dengan nikmat dan ganjaran yang kita akan dapat di sebaliknya tu nanti.

Bila kawan-kawan atau mak ayah kita ajak join korban, terasa macam banyaknya RM700 untuk sebahagian tu. Macam-macam woo boleh beli dengan duit sebanyak tu padahal hakikatnya duit tu tak mampu mengayakan kita pun. Tapi percayalah, dengan sebahagian kita tu banyak insan-insan yang tersenyum girang dan bersyukur atas pemberian yang diterima. Dan yang paling mahal doa mereka dekat kita yang kita tak kan sedar. Itu lah yang lebih bermakna dari yang lain-lain.


Korban Sesuatu Yang Kita Sayang - semoga kita lebih terbuka untuk berkorban dalam apa juga yang kita mampu. Tak mampu berkorban dari segi harta, korban kan lah masa dan tenaga yang tersisa. Walau pengorbanan kita terlalu kecil nak dibandingkan dengan pengorbanan para Nabi, mudah-mudahan pengorbanan kita yang kecil itu besar ganjarannya di sisi Allah. InsyaAllah.

Di sekitar sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan rumah Ana Rabu lepas. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.



Cuaca sangat redup ketika proses korban dijalankan dan jiran tetangga ramai turun bergotong royong. Memang sangat meriah dari pagi membawa ke petang. Ana pun berkorban juga berkorban masa dan tenaga membantu apa yang termampu. Dan masa ni lah nak berjumpa kawan-kawan lama yang kerja luar kawasan. Semoga silaturahim dan ukhwah ini terjalin sampai bila-bila. Amin.


Aug 24, 2018

IMAAN SUCI WIPES - Tisu Lembap Seisi Keluarga

11:16 AM 24
IMAAN SUCI WIPES - Tisu Lembap Seisi Keluarga

IMAAN SUCI WIPES - Tisu Lembap Seisi Keluarga | Assalamualaikum. Sejak jadi mak-mak budak ni kan, tisu lembap antara benda wajib yang Ana akan bawa dalam handbag dan benda wajib beli setiap bulan. Banyak tau kegunaan tisu lembap ni. Bukan setakat nak lap muka anak-anak je. Cakap pasal tisu lembap ni, hari ni Ana nak kongsi dengan korang tentang IMAAN SUCI WIPES - Tisu Lembap Seisi Keluarga.
IMAAN SUCI WIPES
IMAAN SUCI WIPES
IMAAN SUCI WIPES - Tisu Lembap Seisi Keluarga 

Mesti korang tertanya apa bezanya IMAAN SUCI WIPES dengan tisu lembap lain yang ada di pasaran kan? Ke sama je dengan yang lain? Tak sama sebenarnya korang. IMAAN SUCI WIPES ni istimewa sangat tau. Sebab apa? Sebab IMAAN SUCI WIPES ni merupakan koleksi tisu lembab tanpa alkohol berstatus HALAL yang pertama keluaran Bumiputera di Malaysia. Menarik kan?

Nak lagi menarik, bukan hanya ada 1 je tapi ada 4 jenis IMAAN SUCI WIPES untuk memenuhi keperluan korang sekeluarga. Setiap 1 mempunyai fungsi yang berbeza. Jom Ana terangkan fungsi setiap satu IMAAN SUCI WIPES ni.

1. IMAAN SUCI WIPES - BIRU
IMAAN SUCI WIPES
IMAAN SUCI WIPES
Buat makeup lover, mesti korang dah biasa tanggalkan makeup dengan tisu lembap kan. Dan perasan tak kadang tu  sampai kena guna 2-3 helai semata-mata nak tanggalkan makeup yang tebal. Betul tak? 

Tapi kalau korang guna IMAAN SUCI WIPES - BIRU ni, korang dah boleh tanggalkan makeup sepantas 10 saat sahaja termasuk lah makeup yang tebal dan juga yang jenis kalis air (waterproof) dengan sehelai tisu lembap je. Senang sangat kan.

Nak lagi best, IMAAN SUCI WIPES - BIRU ni bukan saja berbau wangi malah berfungsi untuk membersih, menyegar dan melembapkan kulit wajah sebab ada kandungan vitamin E dan aloe veraIMAAN SUCI WIPES - BIRU ni juga sesuai untuk digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan berminyak. Nak bawa ke mana-mana pun senang sebab tisu lembap ni hanya bersaiz poket dan ringan.

HARGA ASAL

>>> 1 Paket RM6
>>> 3 Paket RM15
>>> 1 Kotak RM85


2. TISU ARGAN OIL - MERAH JAMBU
IMAAN SUCI WIPES
IMAAN SUCI WIPES
Ini lagi satu tisu lembap yang dicipta istimewa untuk menanggalkan makeup dengan lebih baik terutama makeup tebal dan kalis air kerana kuasa Argan Oil yang ditambah di dalam kandugannya. 

TISU ARGAN OIL - MERAH JAMBU ni pula sesuai sangat sesuai untuk kulit yang kering dan sensitif. Ianya juga kaya dengan antioksidan yang berfungsi untuk melambatkan kesan penuaan. Selain dari itu, ni mampu untuk mengurangkan jerawat dan kesan parut.

HARGA ASAL

>>> 1 Paket RM8
>>> 3 Paket RM20
>>> 1 Kotak RM120

HARGA PROMO

>>> 1 Paket RM8
>>> 9 Paket RM60
** Free 1 Paket Tisu Argan Oil - Pink
>>> 1 Kotak RM108
** Free 3 Paket Tisu Argan Oil - Pink


3. IMAAN FAMILY WIPES - KUNING
IMAAN SUCI WIPES
IMAAN SUCI WIPES
Kalau 2 tisu lembap di atas khas untuk menanggalkan solekan, IMAAN FAMILY WIPES - KUNING ni pula untuk kegunaan seisi keluarga termasuk untuk bayi. 

IMAAN FAMILY WIPES - KUNING ini di formulasi daripada madu, Aloe Vera & vitamin E yang berfungsi untuk menjaga kebersihan dan melindungi seisi keluarga  dan boleh digunakan untuk :

☑️ Anak-anak menyusu, makan, tukar lampin, muntah & lain-lain
☑️ Aktiviti diluar rumah bersama keluarga (travel, riadah, sekolah & sukan)
☑️ Membersih & menyegar kulit daripada kotoran, peluh & daki
☑️ Hilangkan bau badan (bertindak sebagai deodorant)
☑️ Penjagaan orang sakit & kurang upaya
☑️ Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
☑️ Membersih peralatan mainan kanak-kanak, perabot & lain-lain

HARGA ASAL

>>> 1 Paket RM6
>>> 3 Paket RM15
>>> 1 Kotak RM85

HARGA PROMO

>>> 1 Paket RM6
>>> 9 Paket RM30
>>> 1 Kotak RM60


4. TISU IMAAN FEMININE WIPES - UNGU
IMAAN SUCI WIPES
IMAAN SUCI WIPES
Salah satu produk istimewa dari ISW ialah TISU IMAAN FEMININE WIPES - UNGU. Selalunya untuk menjaga kebersihan bahagian wanita, kita akan guna produk berupa cecair tu kan. Tapi bila nak travel leceh pula nak guna especially bila berhenti kawasan rehat sebelum nak solat. Jadi salah satu cara nak kekal bersih adalah dengan menggunakan TISU IMAAN FEMININE WIPES - UNGU ni. 

TISU IMAAN FEMININE WIPES - UNGU ini dicipta khas untuk penjagaan zon intim wanita dan mempunyai 3 fungsi utama iaitu membersih, menyegar dan melindungi kawasan tersebut. Ianya di formulasi daripada estrak daun SIREH & pati MAWAR secara semulajadi, tanpa alkohol & tanpa kimia berbahaya. 

Seperti yang kita tahu, daun Sireh adalah sumber asli yang mengandungi anti septik, mampu membunuh kuman dan antioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat selain berkhasiat mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman. Manakala pati mawar pula bertindak sebagai penyeimbang PH (3.5 - 4.5) dan memberi rasa nyaman, sejuk dan segar pada kulit.

HARGA  ASAL

>>> 1 Paket RM6
>>> 3 Paket RM15
>>> 1 Kotak RM85

HARGA PROMO

>>> 1 Paket RM6
>>> 9 Paket RM45
** Free 2 Paket Tisu Family - Kuning
>>>1 Kotak RM85
** Free 6 Paket Tisu Family - Kuning


Selain dari mengeluarkan IMAAN SUCI WIPES, IWS juga mengeluarkan produk kesihatan iaitu TEA ZERO BELLY FRUITEA DAILY DETOX. IMAAN FRUITEA DAILY DETOX ini adalah 100% gabungan daun teh serta buah-buahan terpilih seperti Mulbery, Passion Fruit, Soursup dan Candle Bush dan bebas dari bahan kimia berbahaya. So pada yang tercari-cari produk untuk detox boleh cuba IMAAN FRUITEA DAILY DETOX  ni sebab... 
Produk ini menjadi pilihan ramai wanita kerana bau yang wangi, rasa yang sedap dan sangat membantu mengekalkan berat badan ideal. Pembungkusan tea adalah di dalam alumunium foil ( 5 uncang sepaket) dan di letakkan dalam botol Free BPA (Bisphenol A) untuk menjamin kebersihan dan kesegaran produk.
Macam mana nak guna ZERO BELLY ni kan? Mudah saja hanya perlu rendam uncang dalam cawan / mug berisi air panas 1 atau 2 kali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur. Pengambilan teh buah ini bersama dengan diet pemakanan yang seimbang dan aktiviti sihat boleh membantu wanita untuk :

☑️ Mengempiskan perut yang buncit
☑️ Menyelesaikan masalah obesiti
☑️ Lawas dan badan rasa ringan
☑️ Menyelesaikan masalah sembelit
☑️ Membuang angin dalam badan
☑️ Gula dalam darah dapat di kurangkan

** Boleh diminum oleh individu berumur 7 tahun ke atas, sesuai juga buat wanita menyusu. Tidak digalakkan untuk wanita mengandung


HARGA ASAL

>>>RM55 (25 uncang)

HARGA TRIAL
RM28 (10 Uncang)

Bagi yang berminat untuk membeli atau ada sebarang pertanyaan dan ingin kan maklumat lanjut, korang boleh call atau ke laman web seperti di bawah :

Facebook Page :



Telefon :
0193922261 - Zira


Jika korang berminat menjadi ejen boleh ke link di bawah dan pembayaran sebanyak RM30 akan di kenakan. Promo pada bulan Ogos ini adalah Tisu Imaan Pink, Kuning serta Ungu dan promosi akan tamat pada 31 ogos 2018.

Aug 23, 2018

Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0

11:43 AM 16
Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0

Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0 | Assalamualaikum. Selamat hari raya Aidiladha buat semua pembaca. Ada yang balik kampung ke? Ana macam biasa raya di KL saja. Hehe. Ni pada yang tak dapat bawa anak-anak balik kampung apa kata korang Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0 - Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik. Mesti mereka suka kan.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Bawa Anak-anak Terokai Inovasi Teknologi Terkini di Kidz & Tech 3.0

Seperti yang kita akui, kanak-kanak hari ini banyak berinteraksi dengan teknologi melalui telefon pintar, permainan digital, dan menonton filem. Tetapi tahu tak yang teknologi tidak terhad di situ sahaja kerana ia juga mempunyai banyak kelebihan yang positif.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Sehubungan dengan itu, KidZania Kuala Lumpur menganjurkan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 bermula dari 18 Ogos - 16 September ini. Program selama sebulan ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat tentang kegunaan dan manfaat Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik serta fungsinya di masa hadapan kelak.

“Kita sedang beralih ke zaman teknologi dan tidak mustahil suatu hari nanti, akan wujud bidang kerjaya yang menjurus ke arah kecerdasan buatan dan robotik. Sebagai bapa, saya pastikan anak-anak saya diajar dan bersedia untuk menghadapi dunia teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat ini. Teknologi seperti pembantu maya dan robot, rumah pintar dan kenderaan pandu sudah wujud dan saya percaya terdapat banyak lagi inovasi yang unik pada masa hadapan. Teknologi akan sentiasa berkembang pesat dan saya berharap program KidZ & Tech 3.0 akan memberikan inspirasi kepada para peserta untuk menerokai dunia teknologi yang luas ini,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

Melalui KidZ & Tech 3.0, kanak- kanak diberi peluang untuk ‘Learn Life Today' dan salah satu bidang yang sedang pesat berkembang ialah AI. Google Malaysia memperkenalkan AI dengan cara yang menyeronokkan.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain sambil belajar melalui Emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai oleh seluruh keluarga! Menggunakan rangkaian neural eksperimen AI untuk mengenal pasti objek sebenar, peserta akan diberi emoji di kaca telefon pintar dan perlu mencari emoji tersebut di persekitaran mereka. Peserta perlu melengkapkan pencarian dengan menangkap gambar yang sepadan dengan emoji yang diberikan. Permainan itu akan mengesahkan keserasian objek tersebut sebelum memberi petunjuk seterusnya. 

“Bidang Kecerdasan Pintar adalah salah satu fokus kami di Google dan kami memperkasakannya melalui pembelajaran mesin. Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramkan dengan tetapan tertentu,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia. “Google memanfaatkan pembelajaran mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjemahan, pengecaman pertuturan, penglihatan komputer, skala kedudukan dan pengesyoran. Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan.”

Selain itu peserta juga boleh mencipta sendiri robot menggunakan Makeblock mBots melalui langkah-langkah pengekodan mudah.
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Para kanak-kanak juga boleh menguji kemahiran pemanduan mereka dalam Drone Obstacle Challenge. Mereka akan mengendalikan Airblocks, sebuah robot terbang yang diperbuat daripada magnet yang boleh diprogramkan untuk melalui halangan di trek udara.

Secara keseluruhannya, KidZ & Tech 3.0 menawarkan lima program khusus : 

1. Aktiviti AI-inspired Emoji Scavenger Hunt
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
2.Virtual & Augmented Reality (permainan VR, Be Internet Awesome, DIY AR Greeting Cards)
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
3. Coding & Robotics
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
4. Forensic Science (penyiasatan di lokasi jenayah menggunakan Debu Ibu Jari dan Eksperimen Cahaya UV oleh Forensik UKM) 
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
5. Creative PhotographyC (Canon Light Tail Photography, U Mobile Clone Photography)
Kidz & Tech 3.0 di KidZania
Kidz & Tech 3.0 di KidZania

Apa lagi, jom bawa anak-anak sertai acara-acara menarik di atas dan pelbagai lagi program pembelajaran interaktif di KidZ & Tech 3.0.

Nak harga diskaun??? Mudah saja. Korang hanya perlu menempah tiket secara dalam talian sekarang dan dapatkan potongan 20% dengan menggunakan kod promo <KZTECH>!

KidZ & Tech 3.0 ini dibawakan oleh Canon Malaysia, Google Malaysia, MSP Systems (Makeblock), UKM Forensics dan U Mobile. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, korang boleh layari laman sesawang atau hubungi Talian Khidmat Pelangan KidZania seperti di bawah ini : 

Laman Sesawang :

FB :

 Talian Khidmat Pelangan KidZania :
1300 88 KIDZ (5439) 
 9 pagi hingga 6 petang
Setiap Isnin hingga Ahad.

Aug 20, 2018

Cannis App - 7 Functions of Most Popular Smart Devices

8:42 AM 16
Cannis App - 7 Functions of Most Popular Smart Devices

Cannis App - 7 Functions of Most Popular Smart Devices | Assalamualaikum. Today our life is all about smartphone. And I'm sure a lot of apps have been installed as well to meet our daily needs. Each apps for each different purposes. But do you know that there is one greats apps that can cater all your online needs namely Cannis App - 7 Functions of Most Popular Smart Devices.
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
Cannis App - 7 Functions of Most Popular Smart Devices

Last Saturday, I have attendding the global CANNIS APP Launching and Signing Ceremony held at the Setia City Convention and Exhibition Center (SCCC).
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
Cannis is headquartered in Kuala Lumpur and has a few offices in Taipei, Guangzhou, Hong Kong and Penang as well as a technical team in Hangzhou - more that 100 profesional engineers with strong research and development capabilities. No doubt within a very short time Cannis has successively acquired technology companies including Internet, online games, mobile devices, and big data sharing, and to add, it has become a partner of Google.

The Cannis Group was chaired by Her Royal Highness Crown Princess, the sister of Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj. While the Group the Vice Chairman is Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat and the Chief Executive Officer is Datuk Dr. Azman Ching.

Undeniable the launching was so grand and attended more that 5,000 professional and entrepreneurs from several countries like South Korea, Singapura, India, Rusia, China and Indonesia.
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
During the ceremony, the attendee were entertained with a few great performance such as 24 Festival Drums, lion dance and also magic show by Dato Azman Ching.
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Device

But what CANNIS APP is all about??
CANNIS APP - 7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP - 7 Functions of Most Popular Smart Devices
With the tagline "U think it, we build it" Cannis app has combine the online e- commerce, online shopping, live broadcast and blockchain which has covers daily basic like food, drink, entertainment, clothing, food under these  7 fundamental functions namely :

➡️online live broadcast
➡️ live e-commerce
➡️ online games
➡️ short video
➡️ social platform
➡️discounted shopping
➡️ digital payment getway

Cannis app also created for businessman and even to travellers / tourist who prefer online payment transaction -   much easier and safe (cashless). Cannis pay can be used in 140 countries around the world especially in Southeast Asia.
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP -7 Functions of Most Popular Smart Devices
For die hard fan of shopping online, now they have a good reason to shopping more because when they shopping using Cannis App, a great discounted shopping is guaranteed.
CANNIS APP - 7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP - 7 Functions of Most Popular Smart Devices
To stimulate a new wave of model business, Cannis also encourage all Malaysian especially young entrepreneurs and social media influencer to join Cannis because a lot of benefits are await them and there is a big chance for their business to expand and go globally.
CANNIS APP - 7 Functions of Most Popular Smart Devices
CANNIS APP - 7 Functions of Most Popular Smart Devices
Thanks to CANNIS APP because make our life easier. CANNIS APP is a must downloaded apps to all active smartphone users like us. This apps was designed to meet our daily needs without need to download multiple apps.

For more information about Cannnis or Cannis App, you can go to their website as mention below :

Website : 


Facebook : 

Aug 17, 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta & Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura

11:40 AM 18
Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta & Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara, Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018 | Assalamualaikum. "Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya korang boleh memilih jambangan bunga kegemaran korang dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. 
Flower Chimp
Flower Chimp
Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara, Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan korang dari harga serendah RM89 sahaja.
Flower Chimp
Flower Chimp
Flower Chimp
Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Flower Chimp
Flower Chimp 
Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp. 

Berikutan prestasi yang memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz. 
Flower Chimp
Flower Chimp 
Lotz dan rakan kongsi (Ketua Pegawai Operasi) Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. 

“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. Frassa juga menambah “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Mengenai Flower Chimp
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. u

Bat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Flower Chimp di Malaysia 
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/


Instagram:
@flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia


Instagram:
@flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina


Instagram:
@flowerchimp.ph

Aug 16, 2018

Shopping di Kenanga Wholesale City

12:37 PM 13
Shopping di Kenanga Wholesale City

Shopping di Kenanga Wholesale City | Assalamualaikum. Ada ke orang yang tak suka shopping? Macam Ana tengok pada mood. Selalunya susah lah nak suka shopping sebab ye lah sejak dah jadi surirumah ni, pakaian sedia ada elok je lagi. Buat apa nak membazir kan. Kecuali kalau tak muat. Hehe. Kalau bab shopping Ana prefer Shopping di Kenanga Wholesale City.
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City

Kalau sebelum berkenalan Kenanga Wholesale City ni Ana selalunya akan ke GM Plaza. Tapi dekat GM Plaza dekat Chow Kit ni serabut lah. Tak selesa nak shopping. Lagipun tak banyak pilihan. So terhad lah kita nak membeli. Tapi bagus lah macam tu kan. Hehe.

Tapi sejak dah BFF Kenanga Wholesale City, asal nak shopping baju seisi keluarga wajib lah ke sini. Tempat selesa, luas, kedai banyak, tempat makan ada, dan yang penting murah-murah u olls. Murah dari Times Square yang orang suka pergi tu. Tempat parking pun banyak. Kemudahan lif pun sama banyak. 

Selalunya kalau ke sini Ana akan keluar seawal pukul 9 pagi. Nak elak jammed satu hal, lebih kepada nak elak ramai orang yang mula datang dalam pukul 11 camtu.

Macam biasa sebelum shopping kira makan dulu dekat kedai favorite - Restu Resipi. Entri tentang kedai ni boleh baca dekat SINI. Masa tengah tunggu makanan sampai tetiba Ana perasan someone yang agak familiar muka dia. Rasanya macam blogger juga. Nak confirm Ana try DM dia kat Fb. Ye lah tak pernah jumpa setakat berbalas komen dekat blog je. Sekali betul. Dah berbalas dekat messenger je. Hehe. Dah selesai makan baru Ana tegur dan wajib lah bergambar. Ada yang kenal tak? Ni lah blogger Kak Hainom okje. Peramah dan comel orangnya. Ana pun jadi selesa nak tegur.
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Ok lepas perut kenyang mula lah aktiviti shopping. Satu tingkat ke satu tingkat Ana merayap. First kedai yang Ana singgah dekat tingkat 3. Kedai jual pakaian kanak-kanak. Lama juga dekat sini sebab nak layan karenah si Syafi. Bukan boleh kita suka suka pilih untuk dia. Dia nak pilih sendiri. Dari seluar sampai lah ke baju. 7 helai RM100. Murah kan?? Seluar dan baju dekat sini elok-elok kain dia tau. Bukan chokia orang kata. Pakai lama pun elok lagi.
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Baju syafi selesai, misi cari baju mak dan makcik Syafi pula. Next kedai dekat tingkat 4. Mula-mula bekenan dengan baju dekat patung tu. Tapi bila cuba macam dugong pula rupanya. Tak jadi beli tu terlajak beli seluar pula. Pun murah-murah. Beli 6 helai ke atas, sehelai jatuh RM20 saja. Saiz semua ada jangan risau. Boleh campur dengan baju. So kongsi lah dengan adik-adik beli 6 ke atas. Hehe.
Baju Syafi selesai baju Ana selesai misi nak cari seluar daddy Syafi pula. Naik ke tingkat 6 tak silap jumpa satu kedai ni. Seluar sama macam Ana tadi tapi untuk lelaki. Harga RM25 sehelai. Beli lah 2. Nampak pula kemeja Syafi beli lah 2. Penjual tu bagi Ram10 sehelai. Lepas tu nampak pula baju blouse untuk budak perempuan, beli lah 4 helai untuk sepupu Syafi. Total semua RM100 je. Murah lagi u oll. 
Shopping di Kenanga Wholesale City
Shopping di Kenanga Wholesale City
Lepas tu ada lah Ana masuk 4-5 kedai lagi. Sambung shopping. Jadi giler shopping pula hari tu. Dapat lah lah lagi 2 seluar, 2 tudung dan 2 baju. Serta 2 spek mata. Haha. Gedik sangat kan. Dah lebih 4 jam tawaf dalam tu moh ler kita balik. Kaki pun dah sengal-sengal. Lagi lama nanti ada orang nangsi duit habis kena paw. Haha. 

So total 3 beranak shopping hari tu dalam RM400. Sorang dalam RM130. Bagi Ana ok sangat lah. Kalau shopping dekat Aeon dengan harga tu dapat beberapa baju je kan.

Korang ada tak yang suka Shopping di Kenanga Wholesale City ni juga? Kalau ada sep sikit. Pada yang belum pernah ke sini boleh lah try nanti. Ada kawan En Suami tu sekali shopping kat sini, lepas tu tiap-tiap kali puasa datang shopping sini je sebab murah. Jom Shopping di Kenanga Wholesale City minggu ni. :)