Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam


Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam | Assalamualaikum. Siapa tak suka suprise kan? Kalau Ana lah dapat suprise, sebulan berbunga-bunga cinta hati tu. Hehe. Tapi Ana susah nak dapat suprise sebab setiap kali family nak buat suprise, Ana boleh detect. Spoiler sungguh kan. Tapi baru-baru ni Ana buat Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam.
Suprise Delivery Dari Printcious
Suprise Delivery Dari Printcious
Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam

Siapa Si Bam Bam ni? Haha. Sebenarnya dia adik bongsu Ana - Maariyaa. Birthday dia bulan Ramadan hari tu. Memang dah jadi "tradisi" family Ana, asal ada birthday je mesti buat makan-makan walau hanya makan sate je. Hari tu Ana dengan adik-beradik Ana yang lagi 2 tu tong tong order sate dengan Domino. Mak pula beli sepotong kek. Ala syarat je tu. Tapi kek tu lepas berbuka "lesap" dah. Haha. Kami ni adik beradik memang muka tak malu sikit. Tapi dengan sesama kami sendiri lah. Orang dah buat makan-makan tu kira Alhamdulillah lah kan. Ni tak siap tanya hadiah takde ke. Hahaha. Rasa nak pang je. Ana buat-buat kebal tak dengar. Haha. Padahal Ana dah ada plan baik punya untuk dia.

Kisahnya kalau dekat rumah ni, setiap kali ada parcel si Bam Bam ni lah yang akan tolong amik kan. Nanti tunggu je lah announcement dia dalam group. Tapi parcel untuk dia tak pernah ada. Haha. Ye lah orang tak bekerja lagi, mana ada duit nak shopping online ni kan. So jadi lah tukang amik parcel. Kalau sehari 2-3 parcel dia amik kan, berbulu juga lah jadinya. Lain lah kalau ada untuk diri sendiri. Semangat lah sikit kan.

Disebabkan tu Ana plan untuk Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam ni. Sekali sekala gembirakan adik-beradik apa salahnya. Kali ni Ana hadiahkan dia bantal dan juga puzzle. Idea nak bagi bantal tu datang sebab Ana perasan si Bam Bam ni suka sangat ke hulu ke hilir bawa bantal adik Ana nombor 2 tu. Dah macam bantal busuk dia pula. Tu belum lagi si Syafi datang take over. Haha. So Ana terus DIY bantal untuk dia.
Suprise Delivery Dari Printcious
Suprise Delivery Dari Printcious
Kebetulan Ana jumpa satu gambar yang sesuai dengan ke"bam"an dia. Tinggal Ana letak nama je. Comel tak bantal ni? Selamat si Bam Bam suka sangat. Cakap pasal bantal di Printcious ni, Ana suka sebab sarung bantal ni boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Memang memudahkan kerja membersih bantal ni lah kiranya. Kemudian bantal ni juga didatangkan lengkap dengan microfiber cushion yang lembut dan selesa di dalamnya. Dan paling best kualiti pada sarung bantal tu sendiri. Dengan warna-warna sarung bantal yang cantik memudahkan kita untuk sesuaikan dengan apa jenis gambar atau artwork. Cuma nak lagi cun warna gambar atau artwork korang tu biar lah sesuai dengan warna sarung bantal tu. Macam Ana ni Ana main warna ungu so nampak lah warna tu well blend antara satu sama lain.
Suprise Delivery Dari Printcious
Suprise Delivery Dari Printcious
Selain bantal Ana buatkan juga puzzle dari gambar yang Ana guna untuk wish birthday dia dekat IG. Baru lah rare bagi hadiah puzzle kan. Untuk puzzle ni korang boleh pilih saiz mengikut jumlah puzzle. Ada yang 80pcs, 120pcs, 300pcs, 500pcs, 1000pcs dan paling besar 2000pcs. Ana amik yang 80pcs je. Senang nak frame kan. Kemudian gambar yang dicetak di atas puzzle pun cantik dan kemas. Memang puas hati lah.

Macam Ana bagitau yang Ana plan untuk buat Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam ni kan. Di Printcious ni korang boleh buat suprise delivery tu. Korang hanya perlu isi butiran nama dan alamat di penerima. Kemudian masa proses penghantaran nanti, korang akan dapat tracking no. untuk memudahkan korang nak trace hadiah tu kat mana.

Masa hari kejadian Ana dah boleh agak hadiah tu akan sampai dekat si Bam Bam. Once hadiah tu dah delivered, kita akan di update tentang tu. So nak confirm Ana buka ig sebab pape dia akan update kat story dia. Sekali betul nampak dia teruja dapat parcel tu. Tapi masa tu tak tau dari siapa lagi. Lepas buka dan tengok hadiah dalam tu terus dia dah tau hadiah tu dari Ana. Bukan main happy lah dia. Terus call Ana bagitau dia dah dapat hadiah tu. Kiranya plan Ana untuk Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam berjaya.

So korang kalau nak buat suprise delivery macam Ana buat ni boleh lah cuba dengan Printcious. Ada banyak hadiah yang korang boleh DIY sendiri ikut kreativiti korang. Ni kali ke-5 Ana order dengan Printcious dan semua barang yang Ana order semuanya terbaik. Nak tau hadiah-hadiah menarik yang ada korang boleh layari laman web di bawah ni:


Printcious is also available in SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan
Suprise Delivery Dari Printcious Untuk Si Bam Bam Reviewed by Ana Suhana on July 19, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Hai. Hello. Salam 1 Malaysia. :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bantal dan puzzle tu..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...yeyyyy..mesti girang sangat hati adik kak Ana ni...

    ReplyDelete
  4. Sure terharu adik ana dpt surprised special dr kakaknya ni.. Nice bantal n puzzle tu

    ReplyDelete
  5. mesti seronok adik ana dapat hadiah tu kan, menarik bantal tu..

    ReplyDelete
  6. Sweet sister angaaat hehe 😍 Happy birthday adik kak ana :P

    ReplyDelete
  7. Comel, rasa nenanti nak tgk2 printcious ni

    ReplyDelete
  8. Wahhhh...bestnye.. Comel pulak tu design die.. Color cushion tu pun pastel.. Lembut je.. Warna purple pulak.. Favourite color leya tu..hehe..

    ReplyDelete
  9. Comelnyaa bantal tu. Seronok lah dia. Heheh :)

    ReplyDelete
  10. bantal sama warna dengan sha! eh nak buat jugak la puzzle tu!

    ReplyDelete
  11. x sabar nak cetak t shirt di printcious!

    ReplyDelete
  12. Cantikkk design bantal ana.
    Suprise utk reen xde ke ana?hee

    ReplyDelete
  13. Comel bantal tu. Puzzle tu lawa.. nanti nak try buat puzzle la

    ReplyDelete
  14. waaa.. cantik.. teringin jugak nak buat nanti :)

    ReplyDelete
  15. Alahai..cantikk bantal dan puzzle tu tau kak ana.. wow birthday rabia 21/12..kalau dpt surprise mcm ni pun best :)

    ReplyDelete
  16. Berkenan tengok design bantal tu.. Simple tapi lawa.. 😍😍
    Seronok nya adik Ana dapat suprise tu

    ReplyDelete
  17. Comeyyy bantal.. kualiti cantik :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.