Naik River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu - Ana Suhana

Jul 23, 2018

Naik River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Bila Syafi Ajak Naik River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu | Assalamualaikum. Sambung lagi cerita bercuti raya di Kuala Terengganu. Tinggal 1-2 entri je ni haa. Tak sabar nak habiskan. Kalau buat dalam satu entri mau boleh jadi novel dibuatnya. Kang sedar-sedar ada yang tertido tanpa sengaja masa membaca. Hehe. Kali ni Ana nak share tentang cerita Bila Syafi Ajak Naik River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Naik River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Nak jadi cerita sepanjang 4 hari dekat sana Syafi kena demam panas.  Malam hari pertama dah kena check in dekat klinik untuk amik ubat. Tapi walaupun Syafi demam, Ana kagum dengan dia sebab dia tak meragam langsung. Even muka nampak layu tapi semangat nak berjalan tu kuat. Hehe. Like mother like son :).
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Kalau sebelum ni permintaan dia nak main pasir pantai di Pata Tok Kite Pantai Chendering  dan Pantai Pasir Buruk dah tercapai, so pada hari ke-3 Syafi request naik bot pula. 10 kali tanya nak naik trem atau bot, jawapan dia tetap sama - nak naik bot. Jom lah kita layankan je. Kesian tengok muka demam dia. 
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Tapi sebelum naik bot tu, Ana singgah ke Masjid Kristal dulu sebab adik Ana yang sorang ni baru first time sampai di Terengganu. Tapi sayangnya Masjid Kristal tak boleh masuk sebab tengah renovate. Katanya sejak awal tahun masjid ni ditutup. So dapat bergambar dekat luar je lah. Jadi lah dapat bergambar untuk kenang-kenangan kan. Nak baca cerita tentang masjid yang menjadi ikonik Taman Tamadun Islam ni boleh klik sini ----> Masjid Kristal.

Berbalik cerita river cruise tadi, korang boleh beli tiket dekat kaunter berdekatan jeti cruise tu. Harga tiket dewasa seorang ialah RM21.80 dan kanak-kanak 7-12 tahun ialah RM15.80 seorang. Warga emas dan kanak-kanak bawah RM7 tahun adalah percuma. So automatik Syafi percuma je naik cruise. Harga yang Ana bayar termasuk harga jaket keselamat dan juga insuran. Wajib pakai jaket keselamatan tau sepanjang atas bot tu.
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Kalau korang plan nak masuk Taman Monumen juga lepas naik cruise tu, Ana cadang kan korang amik pakej 2in1 seperti di atas ni. Lagi jimat dan berbaloi. 

Untuk naik cruise ni ada masa-masa yang telah ditetapkan. Ana naik sesi pukul 12 hari tu. Memandangkan Ana pergi waktu kerja dan bukan cuti sekolah, so orang tak ramai. Selesa lah nak menikmati pemandangan Sungai Terengganu tu kononnya.
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Perjalanan atas cruise tu mamakan masa selama 40-45 minit dan akan lalu sebanyak 16 destinasi. Nanti masa kita lalu dari satu destinasi ke destinasi, akan ada penerangan dari pekerja bertugas tentang sejarah tempat tu. So dapat lah tambah info sedikit.
River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Cerita yang paling menarik perhatian Ana ialah tentang Pulau Haji Siah. Ini kerana dikatakan keseluruhan pulau tersebut yang di anggar boleh memuatkan lebih dari 40 padang bola hanya didiami oleh satu keluarga saja iaitu keluarga keturunan arwah Haji Siah. Kira pulau tu keturunan Haji Siah yang conquer. Menarik kan?  

Bagi yang mabuk naik bot tu jangan risau sebab laluan sepanjang cruise ni tidak berombak besar kecuali dekat area Pasar Payang. Tu pun kejap je sebab dekat dengan hulu sungai - arah ke laut tapi still tak kuat mana. So tak perlu nak risau apa-apa pun. Bot pun besar dan stabil. Kalau nak banding dengan pengalaman Ana naik bot penambang masa menyulusuri Sungai Terengganu ni, lagi rasa selamat naik cruise ni. Hehe.
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Oh ya harga yang Ana bayar tu termasuk free meal. So lepas habis naik cruise tu boleh lah redeem satu menu dekat Restoran B'Beteng yang terletak bersebelah tu je. Menu yang korang boleh redeem hanya menu mee sup. Air bayar sendiri. Hehe. Ok lah tu kan. Kenyang juga lepas tu. Alhamdulillah.
River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Pada yang berminat nak merasai sendiri keseronokan naik river cruise ni korang boleh lah cuba di Taman Tamadun Islam. Jangan lupa bawa keluarga semua sama-sama. Baru meriah dan terasa lebih seronok. Ukhwah pun makin rapat kan. Selamat bercruise semua.  Untuk info lanjut layari laman web di bawah ni :

15 comments:

  1. mek pernah jugak naik ni. masa g honeymoon dlu. seronok gak keliling masjid kristal.

    ReplyDelete
  2. akak ms p ganu ada singgah masjid kristal tp dh malam..cantik sbb colorful..ada nmpk juga psl river cruise ni..oh ada dpt free meal juga ye..okla mee sup dr tkde kn hehe

    ReplyDelete
  3. Namanya tinggal kat terengganu.tapi rabia tak pernah lagi naik river cruise kat taman tamadun islam ni.

    ReplyDelete
  4. Memang teringin sangat nak pergi sini tapiii tak berkesempatan lagi. In shaa Allah nanti tiba masanya juga nanti

    ReplyDelete
  5. Teringin nak pi sini..anak dara akak dah sampai akak x sampai2 lagi..haha..

    ReplyDelete
  6. Uishh ..nampak macam best ni. Hari tu dah tanya2 dah pasal RIver Cruise kat Taman Tamadun Islam ni, tp tak sempat nak naik sbb masa dah suntuk.

    ReplyDelete
  7. Menarik la kak Ana...kira puas juga tu sebab anggaran 40-45 minit sekali naik River Cruisenya...mesti best..kira puas juga..

    ReplyDelete
  8. teringin nk pgi taman tamadun islam ni.. tpi smpai skrg tk pernah sampai lgi sana..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  9. masjid kristal tu tengok dari sudut mana pun tetap cantik!

    ReplyDelete
  10. wahhhh.. best.. cantik tempat ni :)

    ReplyDelete
  11. oo ada ehh..baru tahu kat ganu ada river cruise.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Uniknya cerita pulau haji siah tu😊
    Husniey duk sini pun tak pernah cuba lagi naik river cruise ni, hehe nantilah nak cuba jugak

    ReplyDelete
  13. Bestnyaa! Dah lama tak jalan jalan Terengganu ni :)

    ReplyDelete
  14. Beberapa kali ke Terengganu, tak sampai lagi ke sini. Bolehlah take note pakej harga semua tu. Klu plan ke sana nanti dah tau lepas ni.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤