Rambut Si Manja Kekal Harum Dengan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER - Ana Suhana

Jul 2, 2018

Rambut Si Manja Kekal Harum Dengan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER


Rambut Si Manja Kekal Harum Dengan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER | Assalamualaikum. Setahun yang lepas Ana perasan yang Syafi seorang yang cepat berpeluh terutama di bahagian kepala. Even dia baru je main, tapi rambut dia boleh basah macam baru lepas mandi. Siap menitis-nitis peluh jatuh atas baju. Kadang bila dia rasa tak selesa, dia akan datang minta Ana lap peluh atas kepala dia. Muka jangan cakaplah, merah macam udang kena panggang. Hehe.
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER
Rambut Si Manja Kekal Harum Dengan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER

Bila dah berpeluh lencun dekat kepala tu, sah-sah lah rambut Syafi jadi berbau. Macam-macam bau ada. Ada bau asap, ada bau wap masakan. Pening kepala dibuatnya. Jadi masa mandi Ana akan make sure rambut dia di syampu dengan sebaik mungkin. No more bau yang tak menyenangkan.

Tapi korang tau tak yang syampu dewasa tidak digalakkan digunakan dekat kanak-kanak sebab ianya akan menyebabkan masalah kulit kepala dan juga kepada rambut terutama bagi kanak-kanak yang berumur antara 6-12 tahun.  Ini kerana kulit kepala dan rambut mereka masih lagi halus dan sensitif. Jadi cara yang terbaik adalah dengan menggunakan syampu yang dirumus khas untuk kanak-kanak agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER
Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, anak-anak pasti akan kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang harum serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis  kulit untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam 2 saiz iaitu: 

📌 Pek 280g - RM10.10 (SM) / RM10.60 (SS) 
📌 Pek 700g - RM20.70 (SM) / RM21.70 (SS)

Seperti produk CARRIE JUNIOR yang lain, CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER juga mempunyai mainan "Sukan Ria" di dalam setiap botol CARRIER JUNIOR tu. Kalau yang lepas Syafi dapat TROFI  KEJOHANAN SUKAN, kali ni Syafi dapat figura CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak. Bukan main suka Syafi dapat mainan comel tu.
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER
Pada yang berminat nak mencuba untuk anak-anak, produk CARRIE JUNIOR ni boleh di dapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari! 

11 comments:

  1. kalau anak2 akak masih kecik2 dulu.
    Shampoo cam ni tahan kejap je. pakai sikit, main lebih. suka main buih2.

    ReplyDelete
  2. Wangi kan kak ana. Anak dara kinah suka betul. Kita yang besar ni pun rasa nak tumpang hahaha.

    ReplyDelete
  3. wangi jew shompo ne yang best tahan lama.

    ReplyDelete
  4. Carrie Junior ni sememangnya wangi.. Kadang LeYa pun suka bau die.. And curi2 guna anak buah punya... Hahahaha...

    ReplyDelete
  5. sha yang tua pun pakai ni jugak haha

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi sis ana. Penting pilih barang kanak kanak yang selamat

    ReplyDelete
  7. anak buah pun suka carrie junior ni, reen pun kdg2 guna gak. sbb wangi. hee

    ReplyDelete
  8. Carrie Junior memang terbaik kan...anak2 mmg suka guna syampu Carrie Junior ni

    ReplyDelete
  9. Shampoo carrie junior ni memang pilihan ramai kan. Bau pun wangi ;)

    ReplyDelete
  10. Shampoo ni mmg wangi dan sesuai sgt utk kegunaan anak2 setiap hari.

    ReplyDelete
  11. comelnya model tuuu. hehe. beg carrie junior tu pun comel.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤