D24 Durian McFlurry - Aiskrim Viral Dari McD - Ana Suhana

Jul 16, 2018

D24 Durian McFlurry - Aiskrim Viral Dari McD


D24 Durian McFlurry - Aiskrim Viral Dari McD | Assalamualaikum. Oh kome deghoyan dah berbunge, moh kite minang anok dare, anok dare anok dare kote, teman jumpe di Padang Tenggale. Mesti korang pernah dengar kan lagu ni. Lagu arwahyarham Mr Os. Asal musim deghoyan je Ana wajib nyanyi lagu ni. Haha. Cakap pasal durian ni, korang dah rasa ke D24 Durian McFlurry  - Aiskrim Viral Dari McD ni?
D24 Durian McFlurry
D24 Durian McFlurry
D24 Durian McFlurry - Aiskrim Viral Dari McD

Seminggu yang lepas, hari-hari Ana nampak orang dok update pasal D24 Durian McFlurry ni. Sama naik pula dengan gambar durian sana sini. Untuk orang yang hantu durian macam Ana ni, rasa "tak aman" lah kejap tengok semua dah merasa D24 Durian McFlurry ni kan. Memang panas lah kejap punggung tu duduk kat umah. Hahaha.

Semalam alang-alang dah ajak En Suami ke Nagoya, Ana sempat lah beratur masuk lane depan kaunter aiskrim McD dekat dalam Aeon Big tu. Sambil menyelam minum air orang kata. Bila lagi nak merasa kan. Kang kalau tak rasa takut termimpi-mimpi. Idok ke naya ke tuan punya badan tu? Haha. Lagi-lagi ada member adik cakap "sedap kak. Baik ko g cuba". Lagi lah semangat Ana nak mencuba.
D24 Durian McFlurry
D24 Durian McFlurry
Kali ni Ana beli 1 yang standard size dan 1 lagi party size which is double the size. Ikut En Suami suruh beli 3 cup tapi An malas nak layan. Dia tu lebih pada suka membeli je. Siapa nak habiskan semua tu kan. Haha. Nak makan dekat sana takde seat yang kosong, so terpaksa lah makan dalam kereta. Jenuh jugak nak bergambar lepas tu. Lagi-lagi bila si kecik tu tak menyempat nak makan. Tak sedar yang dia tu tengah batuk.
D24 Durian McFlurry
D24 Durian McFlurry
Memandangkan Ana share dengan Syafi (as usual) Ana amik yang big size tu. Oh ya yang big size tu dalam tu ada campuran coklat tau. Kalau yang kecik tu, aiskrim dan durian puree je.  Rasa dia? Honestly bagi Ana sebagai seorang penggemar durian sejati especially Durian D24, Ana rasa McFlurry Durian ni biasa je. Maybe Ana expect tinggi sebab rata-rata kata sedap kan. Sekali makan je Ana terus terasa macan makan keropok durian masa kecik-kecik dulu. Sebiji rasa macam tu cuma yang ni dalam bentuk aiskrim lah. Lagi satu bila ada campuran coklat tu, macam tak feel sangat rasa durian tu. So better beli yang biasa tu je. Lagi boleh rasa feel durian tu rasanya. 
D24 Durian McFlurry
D24 Durian McFlurry
Harga yang cup biasa tu dalam RM8 manakala yang party size tu dalam RM19 macam tu. Mahal kan? Haruslah D24 kot. Mana nak dapat D24 yang murah. Haha. Kalau nak suruh Ana beli lagi, Ana prefer Oreo McFlurry je lah. Tu all time favorite. Tak pernah tak sedap. Tapi ni semua pendapat peribadi Ana tau. Lain orang lain rasa dia. Ada yang suka dan ada juga yang kurang gemar tapi tak lah sampai rasa tak sedap. Sedap tu sedap cuma bagi Ana kick rasa durian tu kurang. Maybe puree tu sikit kot. Tak Sam macam yang orang lain dapat tu. Maybe? Korang yang belum try boleh try esok. Katanya ada jualan runtuh RM10 saja. Selamat mencuba. Mana tau korang suka kan :)

22 comments:

  1. takrasa lagi. esok nak rasa lah, geram betul kalau dengan durian ni haha

    ReplyDelete
  2. sbb yg party tu durian campur ngan coklat tu yg xbrp feel..akak bli yg biasa tu je tp yg 2nd time mcd kuarkan ni tk seummmppphhhh ms yg 1st time dlu....yg1 st time dlu lg sodap rsnya..

    ReplyDelete
  3. Nani tak berapa suka sangat durian mcflurry ni, pernah beli last year. Heheh. Harga memang boleh tahan lah kan, tapi kalau teringin nak rasa pejam mata aje lah bayar. Hahah!

    ReplyDelete
  4. terbaek.. nak cuba la nanti :)

    ReplyDelete
  5. keropok durian? YESSSS exactly ! Patut macam familiar rasa tu cuma taktahu kat mana rasanya huhu. Yang party ni ira belum merasa lagi

    ReplyDelete
  6. sedap mmg sedap. tapi oreo punya juga tetap di hati. <3

    ReplyDelete
  7. Yang jenis party ni husniey belum rasa lagi.. nampak macam meriah je topping dia tu tapi macam banyaklah pulak campurannya

    ReplyDelete
  8. Mrs. A pun belum berkesempatan merasa lagi.
    Lorrr... hahaha tak wow! la rasa deghoyannya yer...

    ReplyDelete
  9. Kak Sue belum sempat rasa lagi Ana, bila lah rasa entah..

    ReplyDelete
  10. dah rasa juga sekali,lps tu asyik sendawa je haha ...tapi lina pun lebih suka oreo jugak...

    ReplyDelete
  11. Akk pernah rasa ms thn lps yg sold out. Bg akk pn better makan durian lg. Akk tak berapa gemar durian yang di resepi kan. Original better

    ReplyDelete
  12. sama lah, timeline penuh dengan durian je sejak dua menjak ni

    ReplyDelete
  13. Tahun lepas punya lagi sedap kebanyakkan orang cakap la.. tahun ni rs nya ikut tempat kalau beli. ada yang dapat melimpah puree durian tu sedapppp

    ReplyDelete
  14. Sekejap dulu viral kan aiskrim durian kat McD .... masa tu tak dapat merasa Ana, la ni bila musim aiskrim durian datang balik tak pulak teringin hahaha...

    Tengok Ana punya entri ni jadik teringin pulak

    ReplyDelete
  15. akak suka tau ana.. tp akak makan masa memula dulu. .aiskremnya pun sikit je..kot yg skrg dah beza tak taulah.. nanti nak try gak rasa lagi ni

    ReplyDelete
  16. minggu ni mek nk try yg ni pulak. nk try ap rasa durian kalau letak cakelat skit. mihmih

    ReplyDelete
  17. Alahai dekat wall lalu lalang pasal mcflurry ni. Best ye Ana. Mimo tak berkesempatan rasa. Hanya mampu tgk saja

    ReplyDelete
  18. Mmg sedap ni.. sana sini durian, tp yg ni special.. lagi best sbb creamy dan sejuk hehe

    ReplyDelete
  19. Tak berjaya beli.. kikiki.. Jauh sangat McD nya..

    ReplyDelete
  20. Tak pernah try lagi ni... Sedap ehh nampak mengiurkan.

    ReplyDelete
  21. Sedapnyaaaaa..nk g la esok kalau ade ag..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤