Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja - Ana Suhana

Jul 27, 2018

Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja


Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja | Assalamualaikum. Semua orang mesti ada niat untuk bersedekah walau tak banyak pun. Tapi macam mana seorang wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka merupakan seorang suri rumah dan mereka juga takde gaji untuk disedekahkan? Jom kita tengok Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja.
Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja
Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja
Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana untuk bersedekah sedang kan aku takde duit?" Walaupun demikian, seorang wanita diperintahkan untuk bersedekah. Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah kekhuatiran dan rasa takut pada diri para wanita. Jadi bagaimana? Sebenarnya mudah saja. Sesungguhnya kurniaan dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan terhad pada harta benda sahaja. Malah setiap pintu kebaikan adalah dikira sebagai sedekah. Antara 15 Cara-cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja ialah:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Buka Whatsapp, FB, Instagram setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang kita kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah. Berkongsilah ilmu agama, kuliah dan ilmu yg bermanfaat.

5. Senyum kepada suami dan anak-anak serta kepada sesama kaum muslimat juga adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha bersamaan dengan 360 kali sedekah.

7. Menahan diri daripada keinginan untuk berbuat buruk itu pun sedekah.

8. Mengalihkan setiap halangan atau objek di tengah jalan, itupun sedekah.

9. Memberi salam kepada siapa saja yang ditemui pun dikira sebagai sedekah.

10. Memberi makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang kita anda dan keluarga kita makan, itupun sedekah.

11. Memberi makan pada kucing, burung atau binatang lain, itupun sedekah.

12. Memuliakanlah tetamu yang menginap di rumah yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusaha menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

14. Menuntut ilmu agama, mengajar dan kemudian menyebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan kita, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang diberikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Jom kongsi dan panjangkan pesanan ini. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada orang lain dan diri kita juga. InsyaAlllah. 


14 comments:

  1. Alhamdulilah, good sharing dear ;)

    ReplyDelete
  2. W'salam Ana Suhana.. Good sharing.
    Mudah sangat amalan tersebut dilakukan tapi kadang-kadang lalai..
    In shaa Allah, boleh juga dipraktikkan oleh wanita bekerja seperti LZ..

    ReplyDelete
  3. Thanks ana dgn entry ni ... Byk cara utk bersedekah dgn mudah rupanya ...

    ReplyDelete
  4. ya, sedekah ni very abroad..not only MONEY. Good sharing btw,

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..lega bila baca ni...jalannya sudah ada terserah mahu melakukan atau tidak sahaja...terima kasih kak perkongsian ini...moga sedekah diterima Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Setuju sgt2 tu sbb sedekah x semestinya dgn wang ringgit.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tq ana atas perkongsian yang bermakna ne

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg menarik. bukan hanya wanita tak bekerja, mana-mana jantina yg tak bekerja pun boleh amalkan :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. InshaALLAH..terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih diatas perkongsiaan ini, bagus kalau sentiasa di amalkan!

    ReplyDelete
  11. Takutnya bila baca part kitalah kaum yang ramai menghuni neraka 😥😥

    Thank you Ana atas peringatan ini

    ReplyDelete
  12. nice entri kak ana.. <3 sebenarnya kalau bab sedekah ni. mcm2 kita boleh buat. asalkan niat sedekah. jom sesama kita bersedekah. :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤