Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam - Ana Suhana

Jul 26, 2018

Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam



Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam |Assalamualaikum. Korang dah rasa Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam ni?  Ana tak pasti sejak bila menu ni ada dekat McD tapi Ana baru first time rasa Sabtu lepas. Rasanya bersempena dengan Piala Dunia yang lepas. Tapi katanya ni bukan kali pertama burger ni ada dalam menu. 
Burger Rio McDonald
Burger Rio McDonald
Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam

Sebenarnya Ana confuse samada nak order  Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam ni atau Burger Mexicana yang baru tu. Bila lat tali lat, Ana decide untuk cuba Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam ni.

Selalunya kalau order di McD Ana akan opt for Double Cheese Burger atau Spicy Chicken McDeluxe. Kali ni saja nak rasa burger Rio ni. Korang boleh pilih samada nak daging atau ayam. Dan Ana pilih daging. Sedap ke tak? 
Burger Rio McDonald
Burger Rio McDonald
Kalau dari segi presentation ana suka sebab nampak menyelerekan je - dengan bentuk burger seakan bola sepak. Macam biasa dalam tu ada daging burger, salad dan sos istimewa Rio. Bab salad Ana paling suka sebab banyak. Kena lah dengan Ana yang pencinta salad ni kan. 
Burger Rio McDonald
Burger Rio McDonald
Dari segi rasa, Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam ni memang lain dari yang lain. Sos Rio tu bagi Ana sedap sangat. Masa korang kunyah tu korang akan terasa macam makan burger dengan kopi. Serius. Tapi kombinasi tu sedap tau. Ana suka sangat. First time Ana rasa burger rasa  ala kopi ni.
Burger Rio McDonald
Burger Rio McDonald
Dari segi kepedasan, untuk orang yang tak tahan pedas macam Ana ni akan kata burger Rio ni memang pedas. Pedas dalam orang kata. Boleh hilang ngantuk lah di buatnya. Tapi pedas pedas pun tak boleh nak berhenti dari makan dan terus makan.  Siap makan dengan sos cili lagi. Memang bertambah pedas lah. Keju yang ada dalam tu pun tak dapat bantu Ana kurangkan rasa pedas tu. Hehe.

Ana tak pasti sampai bila Burger Rio McDonald - Pedas Dari Dalam ni akan ada di dala menu. Sementara masih ada lagi ni korang bolehah cuba. Harga untuk set ialah RM14.95 manakala ala carte ialah RM12.50. Selamat mencuba.


11 comments:

  1. Last yr ada beli. Tis yr akk xbeli lg hehe

    ReplyDelete
  2. Perghh.. sedap tengok time tengah hari mcm ni.. terbuka selera nk makan ni :)

    ReplyDelete
  3. Oh pedas dlm hehe. .Slalunya beger Rio ni abis bila musim bola abis tp bola pn dh abis.. Masih ada lg beger ni ..akak br singgah mcd td tp bkn nk bli beger . Nk bli pie tp sold out plak

    ReplyDelete
  4. haritu masuk mcd takbeli pun yang ni

    ReplyDelete
  5. nmpak sedap.. in shaa Allah nak try dua-dua buger baru tu nanti :)

    htpps://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Lagi pedas lagi berpeluh makan ni kak...lagi selera dan tak rasa muak..

    ReplyDelete
  7. tak try lagi tapi baca review ramai jugak yang kata sedap

    ReplyDelete
  8. masih ada promosikan nak cubalah nanti :)

    ReplyDelete
  9. busyra dah rasa harituuu.. ayam punya. sedap! busyra mmg suka pedas. mula2 beli tu. mcm eh mana sos dia. nasib busyra tak letak sos lg. haha. kalau tak lg berdesing.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤