2 Sunnah Nabi Selepas Sembahyang Subuh dan Maghrib - Ana Suhana

Jul 13, 2018

2 Sunnah Nabi Selepas Sembahyang Subuh dan Maghrib


2 Sunnah Nabi Selepas Sembahyang Subuh dan Maghrib | Assalamualaikum. Ana doakan semoga semua yang membaca mendapat keberkatan hari Jumaat yang penuh barokah ni. Hari ni Ana nak share dengan korang semua tentang 2 sunnah Nabi selepas sembahyang Subuh dan Maghrib yang mempunyai ganjaran yang amat besar disisiNya. Tak susah pun amalan tu sebab memang kita buat cuma bilangannya saja yang bertambah sedikit. Tapi masih senang untuk di amal.
2 Sunnah Nabi Selepas Sembahyang Subuh dan Maghrib

Peringatan ikhlas untuk yang dihormati:

(a) tuan-tuan imam yang dilantik yang bertugas menjadi imam dalam sembahyang fardhu Subuh dan Maghrib,

(b) para suami yang mengimami sembahyang fardhu Subuh dan Maghrib,

(c) sesiapa sahaja yang menjadi imam dalam sembahyang fardhu Subuh dan Maghrib sama ada lelaki atau perempuan (sesama perempuan),

(d) sesiapa sahaja yang mendirikan sembahyang fardhu Subuh dan Maghrib sama ada berjemaah (menjadi makmum) atau seorang diri, sama ada di masjid, surau, musholla, rumah, pondok, madrasah, maahad, kolej, universiti, pejabat,


SUNNAH PERTAMA

Selepas memberi salam ketika sembahyang Subuh dan Maghrib, bacalah 10 kali :

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

dalam keadaan mengekalkan cara duduk ketika tahiyyat akhir ketika itu sama ada:


(a) duduk secara tawarruk (kaki kanan ditegakkan) atau 

(b) duduk secara tawarruk tetapi kaki kanan tidak ditegakkan kerana sakit atau sebab lain atau

(c) duduk secara iftirasy (punggung duduk di atas kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan) atau

(d) duduk secara iftirasy tetapi kaki kanan tidak ditegakkan kerana sakit atau sebab lain atau

(e) duduk dengan melunjurkan kaki kerana sakit atau

(f) duduk di atas kerusi,

JANGAN DIUBAH kedudukan kaki tersebut seperti direbah (jika kaki kanan ditegakkan) atau dilipat (jika kaki dilunjurkan) atau disilang-silangkan (jika duduk di atas kerusi) atau terus duduk bersila.

Ganjarannya sangat besar sekali berdasarkan hadith berikut:
“Daripada Abu Zar (al-Ghifari) radhiyallahu anhu berkata: Rasulullah bersabda (ertinya), “Sesiapa yang membaca 10 kali selepas sembahyang Subuh dalam keadaan kakinya masih dalam keadaan tahiyyat akhir, sebelum berkata-kata, ditulis baginya sekali bacaan itu 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia diberi pahala seperti membebaskan seorang hamba untuk setiap sekali semua bacaan itu dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci daripada syaitan dan tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah."

** Berjaga-jaga! Jika seseorang merubah kedudukan kaki selepas salam atau berkata-kata sebelum sempat menghabiskan bacaan tadi 10 kali, dia tidak mendapat pahala seperti yang disebutkan di dalam hadith. Walau bagaimanapun, dia akan mendapat pahala bacaannya sahaja.

** Catatan: Untuk sembahyang lain, selain daripada Subuh dan Maghrib, bacalah 3 kali.

SUNNAH KEDUA

Setelah membaca bacaan di atas 10 kali (untuk sembahyang Subuh dan Maghrib sahaja), barulah rongkai atau lepaskan kaki dan duduklah secara duduk iftirasy atau bersila. Selepas itu, bacalah: 
“Ya Allah, peliharalah diriku daripada api neraka”

Atau 
“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka”

sebanyak 7 kali (untuk sembahyang Subuh dan Maghrib sahaja) berdasarkan hadith berikut:
“Daripada Abdur Rahman bin Hassan al-Kinani berkata, “Sesungguhnya Muslim bin Al-Harith at-Tamimi, dia berkata daripada ayahnya berkata: Rasulullah berkata kepadaku (ayah kepada Muslim) (ertinya), “Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata dengan seseorang daripada orang ramai: “Allaahumma ajirnii minan nar”, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai, menunaikan sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata dengan seseorang daripada orang ramai: “Allaahumma ajirnii minan nar”, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”

** Catatan: Untuk sembahyang lain, selain daripada Subuh dan Maghrib, bacalah 3 kali.

15 comments:

  1. Tips dan nasihat yang baik di hari yang baik ini. Sama-sama lah kita mengamalkannya. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang diredhai dan beriman

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas perkongsian sangat bermanfaat!

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang sangat berguna. salam jumaat kak ana :)

    ReplyDelete
  4. bgusnya...pastu 10x pula..insyaallah cuba buat

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat, Mama singgah blog walking. memang besar fadhilat solat tu

    ReplyDelete
  6. Good sharing Ana.. semoga pahala berpanjangan untuk Ana.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  7. Terima kadih kak Ana perkongsian...besar manfaat dan ganjarannya.

    ReplyDelete
  8. Bagus perkongsian ni.. terima kasih. In shaa Allah, akan diamalkan. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.. aamiin.

    ReplyDelete
  9. yang pertama tu kena tambah lah lepasni :D

    ReplyDelete
  10. terima kasih di atas ilmu yg bermanfaat :)

    ReplyDelete
  11. Nice sharing kak Ana!! ^^ teruskan berdakwah! <3

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian kak Ana..

    ReplyDelete
  13. Good sharing Ana.. Terima kasih berkongsi ilmu dan peringatan 😍

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤