Koleksi Sunnah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari - Ana Suhana

Jun 29, 2018

Koleksi Sunnah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari


Koleksi Sunnah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari | Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua terpilih untuk mendapat syafaat Baginda di sana nanti. Amin. Tapi nak dapat syafaat Baginda kena ada usaha kan. Bukan duduk saja. Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Tak susah pun nak amal sebab ada sunnah Nabi SAW yang mudah diamal setiap hari.
Koleksi Sunah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari

Banyak sebenarnya sunnah-sunnah Baginda Nabi yang kita dah amal dalam sedar tak sedar. Dekat situ je dah ada ganjaran untuk kita. Cuba kalau kita tau lagi banyak sunnah-sunnah Baginda, lagi banyak kita boleh amal kan. Entri kali ni Ana kongsi Koleksi Sunah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari untuk amalan bersama.

Koleksi Sunnah - 1
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.

Koleksi Sunnah - 2

1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.

Koleksi Sunnah - 3

1. Minum dengan tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Koleksi Sunnah - 4

1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama-lama.
4. Jangan makan dan minum dalam tandas.

Koleksi Sunnah - 5
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

Koleksi Sunnah - 6
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Koleksi Sunnah - 7

1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.

Koleksi Sunnah - 8

1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Koleksi Sunnah - 9

1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah ke kiri dan doa dijauhkan.

Koleksi Sunnah - 10

1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah para sahabat.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah itu hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Koleksi Sunnah - 11

1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik untuk ibu yanh ingin membentuk anak-anak).

Koleksi Sunnah - 12
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh-jauh.

Koleksi Sunnah - 13

1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Koleksi Sunnah - 14
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

Koleksi Sunnah - 15

1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali minum.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup ke dalam air panas untuk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Koleksi Sunnah - 16

1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.


Itu saja antara Koleksi Sunah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari yang Ana dapat kongsi. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jom hidupkan sunnah Baginda Nabi SAW sebagai bukti kita cinta dan kasihkan Baginda. Semoga syafaat Baginda menaungi kita. InsyaAllah.

22 comments:

  1. tak tahu pulak kena tutup aurat bila memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aurat yang sepatutnya bila berada di rumah :).

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam Jumaat ibu ucapkan. Apa khabar sis ana. Siapa yang amalkan sunah di akhir zaman umpama genggam bara api. Susah

    Tapi pahalanya besar

    ReplyDelete
  3. jadikan amalan mudah2an kita tergolong dalam yang mendapat syafaat-Nya.

    ReplyDelete
  4. selalu juga amalkan sunnah nabi, tapi kadang klu dah lebih selalu tak ingat apa he he he

    ReplyDelete
  5. Mama singgah blog walking di petang Jumaat. Rindu betul pada Rasulullah SAW. Sekarang ni kita leka dengan dunia.

    ReplyDelete
  6. Hiasi kehidupan seharian kita dengan sunnah...kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua....

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...

    moga diberi kekuatan untuk beramal..

    nampak mudah namun ramai yang alpa untuk mengamalnya

    ReplyDelete
  8. Setiap amalan sunnah tu pasti ada kebaikannya, mudah2an kita tak lupa mengamalkan.. Thanks for sharing this Ana

    ReplyDelete
  9. tq share Ana ... banyak ilmu baru mrs pip tau lepas baca perkongsian ni...

    ReplyDelete
  10. bookmarked! boleh dijadikan rujukan nanti

    ReplyDelete
  11. Salam sabtu dari Mama, sunnah nabi pegangan kita

    ReplyDelete
  12. Salam tengahari, dan selamat bercuti hujung minggu. Sunnah itu khazanah

    ReplyDelete
  13. tq for sharing ana.. good info

    ReplyDelete
  14. Bestnyaa bila hidup kita persis gaya hidup rasulullah... :') thank you for sharing kak Ana!! ^^

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini. Menjadi panduan juga peringatan, semoga kita semua beroleh syafaat Baginda Rasulullah saw... aamiin.

    ReplyDelete
  16. Selamat bercuti di hujung minggu, Ibu singgah blogwalking pagi ahad di blog sis ana. Siapa yang amalkan sunnah di akhir zaman memang akan dapat ujian dan kelihatan janggal

    Islam datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang

    ReplyDelete
  17. Selamat pagi, nice sharing sis. Sama sama kita amalkan

    ReplyDelete
  18. Selamat pagi isnin, Ibu datang bertandang ke blog sis. Sunnah bangun awal setiap hari dan tidur selepas solat isya supaya lebih produktif

    ReplyDelete
  19. nice sharing kak ana.. smoga kita smua dpt mengamalkan nya. InshaAllah.

    ReplyDelete
  20. Alahmdulillah ada juga yang memang Mrs. A dah selalu buat macam kibas-kibas tempat tidur tu. Terima kasih Ana perkongsian simple yang bermanfaat.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤