KFC Nacho Cheezy Crunch Menu Berbuka Puasa - Ana Suhana

Jun 6, 2018

KFC Nacho Cheezy Crunch Menu Berbuka Puasa


KFC Nacho Cheezy Crunch Menu Berbuka Puasa | Assalamualaikum. Rasanya sejak start puasa ni Ana takde up entri tentang review makanan. Yang ada entri resipi je. Maish terasa penat dok review bab makanan je last 2 months. Haha. Sampai takde idea nak review dah. So hari ni Ana nak share tentang menu terbaru KFC iaitu KFC Nacho Cheezy Crunch. Korang dah cuba ke menu ni?
KFC Nacho Cheezy Crunch
KFC Nacho Cheezy Crunch 
KFC Nacho Cheezy Crunch Menu Berbuka Puasa

Kisahnya minggu lepas, adik ipar call Ana nak tanya lokasi satu tempat ni. Nak mudah Ana kata lah tempat tu sederet dengan KFC supaya senang cari. Si kecik ni bila dengar Ana kata KFC terus salah inteprete ingat kita nak bawa dia pergi makan KFC. Arghh sudah. Dengar saja apa orang cakap. Memandangkan dah masak semua hari tu memang takde lah rezeki dia nak dapat makan KFC hari tu.

Dua hari lepas tu Ana berbuka dekat rumah mertua. Tak plan pun asalnya. Bila tak plan, menu yang dimasak mak mertua ku semua pedas-pedas belaka. Tak sesuai la untuk si kecik ni. Ana pun teringat yang dia nak makan KFC kan so kami order je online. Senang cerita. Nak keluar petang-petang hujung minggu ni memang idok ler teman. Jalan bukan main sesak. Baik online je. Mudah dan cepat pula tu proses penghantaran. Tak sampai 30 minit. Tahniah KFC :)

Memandangkan selalu dok perasan iklan KFC Nacho Cheezy Crunch ni dekat TV, Ana pun jadi teringin sekali lah nak try. Nampak menggoda sungguh bila tengok iklan dia ni. Jadi moh ler kita order ye. Adik ipar Ana dah cuba, dia kata ayam tu agak pedas so Ana order 5 ketul ayam extra untuk Syafi. Ayam wajib original. Hehe. Harapnya agar boleh lah dia makan dengan tenang tanpa membebel kepedasan.
KFC Nacho Cheezy Crunch
KFC Nacho Cheezy Crunch 
So hari tu kisahnya Ana berbuka dengan KFC Nacho Cheezy Crunch ni. Makan lah dengan nasi putih nak bagi kenyang katanya. Rasa dia?? Bagi Ana sedap dan Ana suka sangat. Berbanding dengan KFC Golden Egg Crunch, Ana prefer KFC Nacho Cheezy Crunch ni lagi.
KFC Nacho Cheezy Crunch
KFC Nacho Cheezy Crunch 
Walaupun Crunch Nancho Flakes dia tak semeriah macam dalam TV tapi takpe. Chill!! Sebab masih lah terasa kerangupan flakes yang tak seberapa tu. Ayam pula tak berapa pedas pun tapi bila cicah dengan Jalapeno Cheese yang didatangkan sekali dalam set tu, baru terasa sikit pedas tu. Baru lah tekak Melayu. Cewah. Memang syok lah dapat berbuka makan nasi putih  dengan ayam KFC Nacho Cheezy Crunch ni. Selain dari Jalapeno Cheese tu, ada juga cheese yang selalu atas wedges tu haa. Memang bertambah melazat lah Ana makan masa berbuka tu. Hantu cheese lah katakan. Haha.
KFC Nacho Cheezy Crunch
KFC Nacho Cheezy Crunch 
Untuk KFC Nacho Cheezy Crunch ni korang boleh pilih samada nak set ayam 2 ketul atau 3 ketul. Selain ada Jalapeno Cheese dan cheese biasa tu, set ni juga didatangkan dengan kentang putar, coleslaw dan air. Sama macam set dinner plate atau snack plate. Cuma ayam dia je yang lain.

Recommended? Yes for those yang suka makan KFC. Ni based on citarasa Ana lah dan Ana willing untuk beli lagi kalau masih ada lagi promosi set KFC Nacho Cheezy Crunch ni. Maybe ada yang dah rasa dan tak berapa nak suka, bergantung pada citarasa masing-masing kan. Dan pada yang belum cuba, selamat mencuba :)


13 comments:

  1. sedah eh ana...ok nak order lah petang nnt hehehe

    ReplyDelete
  2. tk try lg ..nmpk juga kwn2 update tp tula kalo yg jenis limited time ni riso juga kot tk kena ngan tekak kn...kena tgk feedback kwn2...

    ReplyDelete
  3. Comel je bab Syafi salah inteprete tu nasib dia tak mengamuk dengan onde minta kfc hahaaa. Ira pun haritu plan nak berbuka dengan nacho chezzy ni tapi bila tengok yang orang lain punya order nacho tak meriah pun dan dan tu jugak tukar menu lain sebab tipah rasa tertipuuu 😂

    ReplyDelete
  4. Dah 2x makan...ok kena dgn tekak

    ReplyDelete
  5. kat tempat sha dapat macam kat iklan! hahaha sha suka jugak yang ni sbb datang dengan cheese tapi adik sha kurang suka huhu terpksa mengalah beli yang biasa

    ReplyDelete
  6. Biras PC kata tak ok...cousin kata ok...huhuhu...selera masing-masing mungkin dan rezeki juga...

    ReplyDelete
  7. Tak cuba lagi kak ana. Takpe nanti kinah cuba yer

    ReplyDelete
  8. tetiba terasa nak makan kfc la pulak ni hihi

    ReplyDelete
  9. Belum cuba lagi sebab bulan puasa kot kalau tak mesti gang lunch dah ajak pi KFC hiks!

    ReplyDelete
  10. tak dapat rasa lagi ni.. kena tunggu lepas posa kot hopefully ade lagi. sebab time posa takdeplak rasa nak makan kepci hehe..

    ReplyDelete
  11. yeayyyy ada geng! Suka makan nachos and kfc area rumah memang meriah dengan flakes nachos tu. Makan panas2 memang terangkat!

    ReplyDelete
  12. Sha try sebelum puasa hari tu.. Okaylah.. Rangup..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤