Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza - Ana Suhana

Jun 19, 2018

Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza


Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza| Assalamualaikum. Pada yang pernah rasa Pizza Domino Manis Pedas Ssamjeang, ada berita baik untuk korang di mana terkini Domino telah memperkenalkan menu terbaru di bawah siri Ssamjeang iaitu Ssamjeang Prawn Pizza  (pizza Udang Ssamjeang). Menu ini merupakan menu ke-4 di bawah siri tersebut.
Ssamjeang Prawn Pizza
Ssamjeang Prawn Pizza
Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza

Menampilkan udang segar dengan herba dan rempah ratus Itali bersama rumpai laut berkhasiat yang kaya dengan rasa umami, tomato ceri segar, cili hijau, ditaburkan dengan biji wijen yang dipanggang di atas sos Ssamjeang yang dicipta khas, Ssamjeang Prawn Pizza dibungkus dengan rasa dan tekstur yang seimbang.

Bercakap tentang perisa baru itu, Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata:

"Kami menerima sambutan dan sokongan yang hebat daripada para pelanggan dan peminat Korea ketika pertama kali melancarkan Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef. Sambutannya amat menggembirakan dan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk siri pizza Ssamjeang ni, kami telah mencipta Ssamjeang Prawn. Kami percaya penambahan menu baru ini dapat meningkatkan profil rasa saus Ssamjeang terutama dengan kombinasi pelbagai rasa dan tekstur yang lazat dalam pizza tunggal."

"Kami kagum dengan tindak balas positif daripada pelanggan kami dan kami harap rasa baru ini akan diterima dengan baik. Bulan puasa dan musim Raya adalah peluang terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan sambil menikmati pizza kegemaran anda. Kami menawarkan tawaran hebat untuk tempoh perayaan ini dan kami berharap para pelanggan kami akan mengambil kesempatan untuk menikmati item terbaru ini! "

Benar-benar diilhamkan daripada rakyat Malaysia yang suka dengan makanan Korea, Domino's Ssamjeang Pizzas direka khas untuk menyampaikan gabungan sempurna rasa manis dan pedas. Sos Ssamjeang yang beraroma ini juga boleh didapati dengan Ayam-haseyo Chicken Wings, kepak ayam yang dimasak dengan sempurna dengan salutan luar sos Ssamjeang yang menaikkan rasa ketagihan.
Ssamjeang Prawn Pizza
Ssamjeang Prawn Pizza
Semasa bulan Ramadan dan musim Raya ini,  korang boleh menikmati Ssamjeang Prawn dalam dua tawaran kombo iaitu Ssamjeang Buddy Combo dan Ssamjeang Super Combo.

1) Ssamjeang Buddy Combo - RM37.65

Ssamjeang Buddy Combo terdiri daripada satu (1) pizza Regular Ssamjeang, satu  (1) Ayam-Haseyo, satu (1) Twisty garlic Bread dan dua (2) tin air minuman ringan.

2) Ssamjeang Super Combo - RM56.51

Ssamjeang Super Combo terdiri daripada dua (2) pizza Regular Ssamjeang, satu  (1) Ayam-Haseyo, satu (1) Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix dan sebotol minuman ringan 1.5L.

Ssamjeang Prawn Pizza ini boleh didapati di semua outlet Domino Pizza untuk masa yang terhad sahaja iaitu dari 4 Jun - 1 Julai 2018, sementara stok masih ada.

Untuk menempah korang boleh ke outlet Domino terdekat atau membuat pesanan secara online di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ssamjeang Prawn Pizza serta promosi lain yang sedang ditawarkan, korang boleh layari  laman sesawang di http://www.dominos.com.my/.



22 comments:

  1. aritu chicken, beef and tunang..ni prawn plak..yummy

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.

    Ibu dah rasa pizza ni. Kurang minat. Sebab sosnya banyak

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak.

    Dah lama tak makan pizza. Saya jenis wajib makan nasi

    ReplyDelete
  4. Sha baru cuba yang daging.. sedap tapi pedas ya amat.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya. Boleh try menu baru ni.raya2 ni malas nk masak

    ReplyDelete
  6. Eh tak pernah try lagi domino

    ReplyDelete
  7. bln pose and raya. asyik men dominos je kami. sedap ! btw, selamat hari raya maaf zahir batin Ana

    ReplyDelete
  8. Suka variasi pizza Ssamjeang ni Ana, semua sedap sedap. Bagi peminat makanan pedas sesuai sangat nak rasai keunikannya

    ReplyDelete
  9. Selamat petang Mama ucapkan. Mama pernah makan pizza ni. Oklah

    ReplyDelete
  10. Ibu singgah bertamu di petang hari. Harap sis bahagia selalu. Ada perisa baru ya. Korea punya resepi pulak tu

    ReplyDelete
  11. Nanti nak try lah yg prawn ni

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum selamat pagi. Mama singgah lawat blog sis. Boleh lah cuba pagi ni

    ReplyDelete
  13. Tak pernah lagi rasa pizza menu citarasa korea. Harga pun berpatutan ni.

    ReplyDelete
  14. nampak sedap... kena gi cuba ni

    ReplyDelete
  15. mesti sedap gilos ni kan! alahaiii dah la fav kc udang hahaha.


    p/s: jemput join segmen blog kc kak ana :D

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaa semua tu ana. da la tgok entri ni time lunch, lapar terus ase. domino jauh plak dr tempat kerja,heee

    ReplyDelete
  17. Favorite Pizza semestinya Dominos. Pizza baru tu macam menarik jer.

    ReplyDelete
  18. sedapnyaa. busyra belum try lagi. nnti boleh try ni..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤