Cetak T-shirt Dengan Rekaan Eksklusif di Printcious - Ana Suhana

Jun 7, 2018

Cetak T-shirt Dengan Rekaan Eksklusif di Printcious


Cetak T-shirt Dengan Rekaan Esklusif di Printcious | Assalamualaikum. Korang perasan tak sekarang ni ramai orang suka pakai t-shirt yang sedondon samada dengan ahli keluarga atau dengan geng BFF bila ada reunion atau gathering. Nampak cool je kan lagi-lagi kalau rekaan t-shirt tu kreatif dan menarik mata memandang. Nampak lah eksklusif yang t-shirt tu kita je yang punya sebab tak sama dengan orang lain pun. Ana pun teringin nak buat juga untuk keluarga Ana nanti bila kitorang nak plan untuk bercuti bersama. Nak buat kat mana ye?  Haa kalau nak tau, sekarang ni kita dah boleh Cetak T-shirt Dengan Rekaan Eksklusif di Printcious.
Cetak T-shirt Dengan Rekaan Eksklusif  di Printcious

Ingat lagi masa zaman belajar dulu, bukan main susah kalau nak cetak T-shirt untuk team sendiri. Nak cari kedai cetak baju punya lah susah dan jauh, lepas tu nak reka ikut design kita siap kena caj tambahan lagi. Kadang tu kita minta design macam ni, tapi bila dah cetak atas baju jadi design lain pula. Tak ke hangin satu badan. Lagi-lagi baju tu nak guna masa event penting seperti hari sukan, majlis perkahwinan, reunion party atau untuk dijadikan hadiah kepada orang yang teristimewa. Memang spoil lah mood dibuatnya.
Tu semua dulu lah. Sekarang ni dengan Printcious korang boleh T-shirt design online ikut kreativiti dan design korang sendiri. Design lah sampai korang puas hati. Takde extra caj pun dikenakan. Korang nak masukkan gambar boleh, nak masukkan perkataan boleh, nak masukkan artwork korang pun boleh. Takde limit lah senang kata. Nak edit pun senang je. Tak rumit langsung. Klik sini klik sana selesai macam gambar bawah ni.
Di Printcious, korang boleh pilih nak cetak atas t-shirt cotton atau graphic tee. Apa beza cotton dan graphic tee ni? Ok sebenarnya takde beza apa pun cuma untuk jenis cotton ianya lebih sesuai untuk kita design perkataan di atasnya kerana didatangkan 10 warna baju. So kita boleh lah nak letak perkataan yang sesuai. Berbeza dengan graphic tee yang mempunyai satu warna sahaja iaitu putih di mana ianya lebih sesuai untuk kita cetak gambar di atasnya. Perbezaan lain pula seperti di bawah ni :

COTTON  :
Bahan : 100% Cotton
Saiz : S, M, L, XL, 2XL, 3XL
Warna : Putih, Hitam, Biru Gelap, Hijau, Merah, Kuning, Ungu, Kelabu, Jingga
Ciri-ciri : Tahan ketika dibasuh dan tidak mengecut dan terkoyak / mempunyai ruang lengan yang luas / leher jenis ribbed untuk keselesaan dan memudahkan untuk disarung.

GRAPHIC TEE :
Bahan : 95% Polyster, 5% Spandex
Saiz : S, M, L, XL, 2XL,
Warna : Putih
Ciri-ciri : Perkataan atau gambar yang dicetak diatasnya akan lebih menonjol / mempunyai ruang lengan yang luas / potongan leher jenis ribbed untuk keselesaan dan memudahkan untuk disarung.

Selain dari boleh cetak baju secara online, korang juga boleh reka sendiri pelbagai barangan lagi tau seperti  corporate t-shirt printingcolour mug, button badges, canvas, ceramic tiles, totebag, bantal dan lain-lain lagi. Yang bestnya korang boleh buat ala suprise delivery kepada yang tersayang sebab Printcious boleh hantar secara terus kepada si penerima. Jangan risau bab packaging sebab kotak Printcious dah sedia cantik sebagai sebuah hadiah dan dibalut dengan sangat kemas dan teliti.
Selain tu kalau korang plan untuk anjurkan sambutan hari jadi dan nak meriahkan majlis dengan photo booth, korang boleh dapatkan perkhidmatan photo booth rental dengan klik link tersebut. Bab harga jangan risau sebab semua barangan yang ada di Printcious sangat mampu milik serta mempunyai kualiti yang terbaik. Kalau tak, tak kan lah dah nak masuk 3 kali Ana guna service Printcious ni kan. So pada yang tercari-cari idea untuk dijadikan hadiah, korang boleh lah ke sosial media Printcious seperti di bawah ini :



25 comments:

  1. Akk suka printcious ni. Servis tip top

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, nanti boleh la try wat t shirt family day ngan printcious ni kan ana...cantik jgk klu leh letakkan pic family kita sekali...😍

    ReplyDelete
  3. Boleh sewa photo booth lagi kan.. menarik nie..

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan dari Ibu, singgah blog walking blog sis ana. Pergi baraan raya pakai tshirt sedondon pun ok kan ana

    ReplyDelete
  5. cantik ni kalau buat untuk family

    ReplyDelete
  6. Selamat berbuka puasa sis. Mama doakan malam ni kita semua dapat kekuatan bangunkan malam ganjil di 10 malam terakhir ramadhan. Amin

    Boleh buat baju raya kalau cantik

    ReplyDelete
  7. Bestnya kalau akak ada tshirt family 5 beranak... Ana Suhana Syahmi. Ni ana dah bg info nanti blh la buat.Aduhhh yg tk tahan tu ada gambar hero Syafi. Muahhh.

    ReplyDelete
  8. Boleh pilih kemudian berkreativiti kan kak...

    ReplyDelete
  9. Wahh tuk family reunion sesuai sgt niii... dlm masuk dlm to do list 🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  10. suka dgn printcious, cetakan so far mmg tak mengecewakan ... servis pun laju.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum & selamat pagi jumaat Mama ucapkan kepada sis ana. Wau bestnya cetak sendiri

    ReplyDelete
  12. Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Apa khabar ana pagi ni.

    ReplyDelete
  13. Menarikk..nnt boleh jengah kat printcious tgk apa yg menarik

    ReplyDelete
  14. Lawa,husniey tengok harganya pun berpatutan 😍

    Kreatif boleh diy sendiri

    ReplyDelete
  15. sha pernah jugak order baju kat printcious memang cun la hasil dia

    ReplyDelete
  16. bestnya.. akak nak try print baju syafi ikut gambar yg dia suka lah

    ReplyDelete
  17. Mama singgah blog walking malam malam buta ni. Hehe. Rajin ana cuba tempah online kan

    ReplyDelete
  18. best kan.. senang je zaman skrng. macam2 benda boleh settle dari rumah je..

    ReplyDelete
  19. Wah bestnya boleh design sendiri tshirt

    ReplyDelete
  20. Wah gambar Capi tu.. Cantik sangat.. Senangkan nak create dekat printcious..

    ReplyDelete
  21. Memang best kalau design sendiri.. Buh gambar yang kita suka..

    ReplyDelete
  22. sama la ana..k.fiezz pun dah baper kali guna servis printcious ni..setakat ni memang memuaskan hati..harga pun tak la mahal sangat...betulkan, dulu nak cari kedai untuk design baju untuk spesial occasion, kemain payah..ni dah ada website, senang sangat...

    ReplyDelete
  23. Lia pernah beli barang dar Printcious. Semestinya berkualiti dan penghantaran yang cepat.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤