Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan


Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan  | Assalamualaikum. Masa bulan puasa yang lepas, Ana mengalami masalah kulit bibir yang sangat kering. Sampai tahap pedih sebab luka setiap hari. Ye lah bulan puasa badan kita akan kekurangan air kan jadi tu salah satu faktor bibir jadi sangat kering. Even bukan bulan puasa pun bibir Ana ada masalah yang sama. Bila bibir jadi kering ni, nak pakai lipstik akan jadi satu masalah utama. Lipstik akan jadi sangat tak cantik dan masa tu kulit menggelupas akan nampak sangat ketara. Kadang tu rasa macam give up nak pakai lipstik. Padahal tu je lah make up yang Ana pakai. Nak pakai make up yang lain memang bukan forte kita. Jadi nak atasi masalah bibir menggelupas akibat kulit kering ni Ana cuba lah Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan. 
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan

Korang pernah dengar tak tentang Bubi Bubi Lip ni? Kalau tak pernah meh sini Ana cerita dekat korang. Bubi Bubi Lip ni merupakan salah satu produk kecantikan terlaris di bawah label Unpa. Packaging dia sangat comel dan sweet tau sebab berwarna ala sweet peach pink. Bagi yang mengalami masalah bibir kering dan menggelupas, Bubi Bubi Lip ialah produk yang wajib dimiliki. Nanti Ana cerita keistimewaan tentang Bubi Bubi Lip ni ok.
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Macam Ana bagitau dekat atas tadi, salah satu punca bibir kering selain dari faktor suhu ialah kekurangan air yang sederhana dalam badan. Kita disaran untuk minum air yang banyak tapi kena tau juga yang air yang berkafein dan beralkohol juga boleh menyebabkan badan kita terdehidrasi. Sebaiknya minum air kosong 8 gelas sehari.

Selalu bila bibir kita kering, kita mesti akan basahkan bibir dengan lidah kita kan. Kononnya nak melembapkan bibir tapi tindakan tu hanya menyebabkan bibir kita bertambah kering dan akhirnya akan luka. Kadang tu pakai pelembap pun tak jalan juga sebab kulit kita dah menggelupas teruk. So nak buat macam mana? Ana cadang korang cuba Bubi Bubi Lip yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ianya mengandungi natural acid amino.

Bahan-bahan Bubi Bubi Lip
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Istimewa tentang Bubi Bubi Lip ini ialah ianya diformulasi daripada bahan-bahan berasaskan buah-buahan semulajadi yang berfungsi untuk menyingkir dan membersihkan sel kulit mati akibat kulit keringHasilnya bibir akan menjadi lebih lembut dan halus serta memberi hasil pemakaian lipstik yang kemas sempurna. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah :

1. Ekstrak Betik
• mengandungi papain, iaitu enzim yang bertindak untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati secara lembut dan berkesan untuk melicinkan sebarang kekasaran pada kulit.

2. Ekstrak Peach
• Mengandungi vitamin A, C dan E untuk memastikan agar kulit sentiasa sihat.

3. Ekstrak Limau Gedang
• Membantu meratakan tona kulit dan memperbaiki peredaran darah.


Cara Penggunaan Bubi Bubi Lip

Tak susah pun nak guna Bubi Bubi Lip ni. Hanya dengan beberapa langkah dalam masa 3 minit je korang dah boleh memilik bibir yang halus dan cantik. Tak kan tak nak kan?

1. Pam skrub di atas jari dan ratakan ke seluruh bibir. Kuantiti secukupnya lah.
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Tekstur skrub ni lebih kepada bentuk cecair yang lembut sebab takde biji-biji kasar dalam tu. Sesetengah skrub ada biji-biji kasar so bila kita nak skrub bibir akan rasa sakit dan tak selesa.

Yang paling best bau skrub ni best sangat. Bau macam peach gummy sampai rasa macam nak makan je. Bila dah ratakan dekat bibir rasa macam bibir di gam je tapi lekatan tu sangat lembut.

2. Bila dah ratakan skrub tu, kurang dari seminit korang akan perasan buih-buih putih mula terhasil. Masa tu terasa lah ada buih-buih manja tercetus dekat bibir kita. Biarkan je buih tu sehingga 3-5 minit supaya keratin bibir menjadi lembut.

3. Apabila buih semakin berkurang, korang dah boleh mula menggosok bibir secara lembut. Guna jari je.

Ikut korang lah nak gosok macam mana. Secara bulatan ke, secara sehala ke, dua hala ke. Tak kisah janji skrub tu cover semua bibir munggil korang tu.

4. Teruskan menggosok sehingga korang rasa semua kulit kering yang ada dekat bibir korang tu tertanggal. Ala skrub ni sama macam korang skrub muka selalu tu. 2x5 je.

5. Lepas dah rasa semua kulit kering tu dah tertanggal, korang boleh bersihkan bibir menggunakan air bersih atau tisu basah je. Lepas tu korang akan rasa bibir korang lebih lembut dan nampak lagi sihat. Serius ni!!

6. Akhir sekali sapu bibir menggunakan pelembap bibir untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Taraaa bibir korang sekarang nampak lebih sihat dan cantik. Boleh lah belanja senyuman menawan tu dekat semua orang ye. Tapi jangan lelebih ok. Kang di cop gedik pulak. Hehe.

Ok ni Ana belanja gambar sebelum dan selepas guna Bubi Bubi Lip ni. Memang nampak perbezaannya especially pada warna bibir tu. Kalau dekat gambar sebelum tu, korang boleh nampak warna bibir agak kusam. Tapi lepas skrub guna Bubi Bubi Lip, bibir nampak lebih "hidup" (warna kemerahan) kerana peredaran darah semakin baik dari sebelumnya.
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan

Pemakaian lipstik pun nampak sekata dan kemas seperti gambar di atas sekali.  Takde dah isu lipstik nampak comot atau "buruk" disebabkan kulit bibir yang menggelupas. Lipstik pun dapat tahan lama. Memang Ana happy dan puas hati sangat dengan Bubi Bubi Lip ni. Dan Ana memang recommend dekat korang semua.

Pada yang berminat nak beli Bubi Bubi Lip ni, korang boleh beli secara online di laman web Althea pada link di bawah ni.

https://my.althea.kr/bubi-bubi-lip-scrub

Harga Bubi Bubi Lip ni ialah RM40 sahaja pada saiz 12ml. Rasa macam mahal kan tapi percayalah kualiti dan hasil dia setanding dengan harga yang korang bayar.  Tapi sekarang Althea tengah buat promosi Buy 1 Free 1 untuk masa terhad sahaja. So boleh lah korang beli masa ni. Berbaloi sangat tu. Nak best tong tong dengan adik beradik atau kawan-kawan sebelah. Sama-sama jimat sama-sama boleh dapat bibir yang cantik. Selamat bercinta dengan Bubi Bubi Lip guys.
Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan Reviewed by Ana Suhana on June 27, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. nak try lah. miza pun ada problem bibir kering ne maklumlah kurang minum air makan jew lebih

    ReplyDelete
  2. 1st time tau ada scrub utk bibir ..biasa scrub utk muka je

    ReplyDelete
  3. namanya dan bentuknya cutelah kak...bagus juga ni..kalau bibir kering..luka..nak makan pun pedih..lagi makan masam dan pedas..huii..bila gunakan scrub Bubi Bubi Lip ni dapat atasi masalah juga.

    ReplyDelete
  4. Cutenya nama scrub bibir ni. Akk xpernah berskrub bibir. Nak try nanti

    ReplyDelete
  5. kira macam mask la kan...bestnya..dulu pernah pakai satu produk macam ni..lama dah tak pakai,..nanti nak beli la satu

    ReplyDelete
  6. Menarik sangat nie Ana, baru tau ad srub bibir..

    ReplyDelete
  7. wah boleh la try, bibir nia pun selalu kering

    ReplyDelete
  8. Okey..kena try ni..bukan muka je wajib scrub..bibir pun kena gak ..bibir pun nak manja2 kan...baru best kena kisss...ehhhhh

    ReplyDelete
  9. akak rasa akak dah patut perlukan scrub macam ni la ana.. thanks ya share

    ReplyDelete
  10. Macam best ja kak. Nk try lah nnti. Bukan muka ja kena scrub kan, bibir pun mau jugak. Part lipstik sekata tu best.

    ReplyDelete
  11. Mmg bagus dan sesuai utk kaum wanita ni.. klu saya pakai nnti bibir menawan, susah pula hehe :D

    ReplyDelete
  12. bestnya scrub ni kak ana.. nmpak perubahan pada bibir tu. nak try lah nnti. hehe

    ReplyDelete
  13. Wah makin seksi la bibir nnt hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.