5 Iklan Raya 2018 Yang Best - Ana Suhana

Jun 11, 2018

5 Iklan Raya 2018 Yang Best


5 Iklan Raya 2018 Yang Best | Assalamualaikum. Korang sama tak macam Ana. Asal masuk bulan puasa antara yang Ana akan buat ialah tengok iklan raya. Kalau dulu, tengok iklan raya dekat tv je. Semua pun best sangat. Masa tu iklan raya arahan arwahyarham Yasmin Ahmad yang paling top dan best. Tapi sekarang Ana perasan banyak iklan raya disiarkan di Youtube je. Ok je sebenarnya cuma feel dia tak berapa nak ummphh macam tengok dekat tv. Ye lah dekat tv boleh tengok ramai-ramai kan. Kalau dekat Youtube. Kita sorang je yang tengok kan. Tapi takpe, hari ni Ana nak share dengan korang 5 Iklan Raya 2018 Yang Best yang Ana nak korang tengok sama. Yang penting ada pengajaran di sebalik iklan yang di tayangkan. Jom layan. 

1. Iklan Raya Telekung Siti Khadijah

Mengisahkan tentang Ruby; seorang mualaf dan ibu mertuanya. Ibu mertuanya baru sampai di kediaman mereka untuk sambut raya bersama. Malangnya si ibu terasa hati dengan Ruby kerana menyangka Ruby tidak suka dia tinggal di situ kerana Ruby kerap marah-marah dalam bahasa Mandarin. Kisah yang sangat baik untuk tontonan bersama.

2. Iklan Raya TNB - Rumah Epik Fantastik

Kisah Arif yang stress setiap kali tiba raya bila semua saudara-mara datang berkampung di rumah neneknya sehingga tiada ruang privasi untuknya. Kekecohan demi kekecohan berlaku di dalam rumah tersebut. Namun di sebalik kekalutan dan kekecohan yang berlaku ada keindahan yang tersendiri.

3. Iklan Raya Petronas - Misi Riuh Raya

Kisah seorang ibu yang bersedih hati sehari sebelum raya kerana menyangka tiada seorang pun anak-anak yang pulang beraya bersamanya. Sedangkan anak-anak dia dah berkomplot untuk buat kejutan buat si ibu.

4. Iklan Raya Astro - Cerita Ceria Raya Nabil Ahmad

Kisah zaman kanak-kanak Nabil yang cemburu dengan alongnya. Dia menyangka alongnya mendapat layanan istinewa dari ibu bapanya sedangkan dia dipinggirkan. Rupanya apa yang dia pikir bukan seperti yang dijangka.

5. Iklan Raya Astro Sabri Yunus - Dugaan Anak Tukang Gunting


Kisah 3 beradik anak si tukang gunting. Antara iklan raya yang membawa kita tentang bagaimana raya di sambut oleh orang zaman dahulu yang serba susah kehidupan. Antara iklan yang menarik untuk di tonton.

Ada banyak lagi sebenarnya iklan raya 2018 sejak seminggu ni. Korang search je dekat Youtube tu haa. Dalam banyak-banyak iklan raya tahun ni, yang mana satu yang korang suka?  Share lah sikit.

17 comments:

  1. best best iklan tahun ni.. TNB punya the best =)

    ReplyDelete
  2. sama lah dengan sha, tengok iklan raya pastu sedih haha

    ReplyDelete
  3. Iklan raya yg punya mesej tersendiri..
    Untuk kita jadikan tauladan..
    Tak sabar nak tengok iklan yg sabri yunus tu punya cerita..

    Selamat hari raya maaf zahir batin dari akak 😍💖

    ReplyDelete
  4. Salam 26 ramadhan, Maznee singgah blog walking. Setiap tahun tukar iklan baru. Sedar sedar masa dah banyak berlalu

    ReplyDelete
  5. Slalu mata masuk habuk bila tengok iklan raya 😋😋😋

    ReplyDelete
  6. zie suka iklan tnb.. kelakaor habiesssss

    ReplyDelete
  7. suka iklan tnb dengan tunetalk, lawak sangat

    ReplyDelete
  8. Iklan raya ni klu lawak mmg seronok, tp klu yg sedih tu.. adehh.. shahdu hehe. Salam Aidilfitri yg bakal menjelang tiba :)

    ReplyDelete
  9. Satu pun Hana tak tengok lagi! hahah duduk kat bawah tempurung agaknya dak Hana ni :P hehe
    .
    Apa2 pun thank you for sharing kak Ana!! ^^

    ReplyDelete
  10. bnyk iklan yg best tahun ni.. selamat hari raya :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. mek baru sempat tgk 3. malam kang kita tgk yg ana suggest tu. hehee

    ReplyDelete
  12. debaran syawal kian terasa hehe

    ReplyDelete
  13. Iklan Raya tahun ni memang best3x.. LeYa pun dah tonton kesemuanya..hihihi

    ReplyDelete
  14. Husniey suka semua iklan2 tu.. Tiap tahun semuanya best.. TNB tu memang boleh bagi 5 🌟

    ReplyDelete
  15. nia paling suka iklan raya TNB

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤