June 2018 - Ana Suhana

Jun 29, 2018

Koleksi Sunnah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari

12:15 PM 22
Koleksi Sunnah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari

Koleksi Sunnah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari | Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua terpilih untuk mendapat syafaat Baginda di sana nanti. Amin. Tapi nak dapat syafaat Baginda kena ada usaha kan. Bukan duduk saja. Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Tak susah pun nak amal sebab ada sunnah Nabi SAW yang mudah diamal setiap hari.
Koleksi Sunah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari

Banyak sebenarnya sunnah-sunnah Baginda Nabi yang kita dah amal dalam sedar tak sedar. Dekat situ je dah ada ganjaran untuk kita. Cuba kalau kita tau lagi banyak sunnah-sunnah Baginda, lagi banyak kita boleh amal kan. Entri kali ni Ana kongsi Koleksi Sunah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari untuk amalan bersama.

Koleksi Sunnah - 1
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.

Koleksi Sunnah - 2

1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.

Koleksi Sunnah - 3

1. Minum dengan tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Koleksi Sunnah - 4

1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama-lama.
4. Jangan makan dan minum dalam tandas.

Koleksi Sunnah - 5
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

Koleksi Sunnah - 6
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Koleksi Sunnah - 7

1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.

Koleksi Sunnah - 8

1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Koleksi Sunnah - 9

1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah ke kiri dan doa dijauhkan.

Koleksi Sunnah - 10

1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah para sahabat.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah itu hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Koleksi Sunnah - 11

1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik untuk ibu yanh ingin membentuk anak-anak).

Koleksi Sunnah - 12
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh-jauh.

Koleksi Sunnah - 13

1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Koleksi Sunnah - 14
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

Koleksi Sunnah - 15

1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali minum.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup ke dalam air panas untuk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Koleksi Sunnah - 16

1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.


Itu saja antara Koleksi Sunah Nabi SAW Yang Mudah Diamal Setiap Hari yang Ana dapat kongsi. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jom hidupkan sunnah Baginda Nabi SAW sebagai bukti kita cinta dan kasihkan Baginda. Semoga syafaat Baginda menaungi kita. InsyaAllah.

Jun 28, 2018

Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

11:07 AM 13
Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu | Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana berkesempatan balik Kuala Terengganu setelah setahun lebih tak balik sana. Rindu pula nak makan nasi dagang dengan kepok rebus segar. Tak lupa juga nak Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

Dulu kalau En Suami sebut ICT, Ana ingat ICity Shah Alam. Rupanya short form Ikan Celup Tepung. ICT tu bukan terhad pada ikan saja tapi termasuk juga udang dan sotong serta keropok lekor. ICT ni sangat popular di Kuala Terengganu tau. Orang luar kalau ke sini sure wajib pekena ICT ni. 

Memula Ana plan nak ke Pantai Penarik yang tengah viral sekarang ni sebab harga ICT dia yang murah tapi bila pikir jarak dan kebetulan Syafi pula tak sihat so Ana stick untuk ke Mengabang Telipot atau lebih tepat di area Pantai Teluk Ketapang. Dari bandar Kuala Terengganu hanya 20 minit perjalanan.

Dekat Mengabang Telipot ni yang paling popular ialah ICT di Kedai Pok Nong. Memang orang akan beratur panjang untuk makan dekat sini. Tapi masa Ana ke sini Kedai Pok Nong tutup 3 hari. So Ana lajak 50 meter ke hadapan untuk makan ICT di Kedai Adik-beradik (Sri Kolam). Menarik tentang Kedai Adik-beradik ni ialah kedai nya terletak di tepi pantai. So memang syok sambil makan sambil layan pemandangan pantai. Kedai pun luas dan selesa.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot,
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
📷 : Cari Destinasi

Macam dekat kedai yang jual ICT yang lain, menu yang ada dekat sini ialah ikan, udang, sotong, cendawan dan keropok lekor. Bebola goreng pun ada juga. Nak makanan agak berat ada mee goreng dan nasi goreng yang telah siap digoreng.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Ana amik ikan kembong, sotong, keropok lekor, cendawan dan bebola je. Untuk keropok lekor dan cendawan goreng, harga dicaj ikut per pinggan. Sepinggan jatuh RM2. So korang pandai-pandailah jadikan apa yang korang amik tu bernilai RM2. Bebola pula selidi RM2 juga. Manakala untuk ikan kembong seekor berharga RM7 dan sotong seekor RM6. Jangan lupa cicah dengan cuka kepok (sos kepok lekor)  yang disediakan di setiap meja.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Secara peribadi bagi Ana, ICT dekat sini sama je dengan kedai ICT yang pernah Ana cuba. Jadi kalau tak dapat makan di Kedai Pok Nong, jangan sedih sebab dekat sini pun tidak kurang sedapnya. Yang beza cuma cuka kepok tu je.

Tengah panas tu Ana pekena ABC, memang layan. Semangkuk berharga RM3. Walau pun cuaca panas tapi sebab duduk tepi pantai, tak terasa bahang panas tu. Angin sentiasa ada untuk singkir rasa bahang tu.
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Lepas kenyang Ana lepak kejap dekat tepi kedai Adik-beradik tu sebab ada tempat untuk bersantai disediakan seperti buaian dan tempat duduk. Syok nya la hai lepas makan dapat menikmati pemandangan pantai. Rasa tenang je. Kan best kalau kat KL ada kawasan macam ni. Syafi pun nampak lebih sihat dapat duduk tepi pantai. Betullah kan yang pantai antara salah satu nikmat percuma yang Allah beri untuk dinikmati hambaNya. So jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. Alhamdulillah.

Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot
Ikan Celup Tepung (ICT) di Kedai Adik-beradik Mengabang Telipot

Pada yang akan ke Kuala Terengganu, jangan lupa untuk mencuba ICT di sini ye. Boleh makan di kedai Adik-beradik ni atau ke kedai Pok Nong. Masing-masing ada keistimewaannya yang tersendiri. Selamat mencuba korang.








Jun 27, 2018

Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan

9:06 AM 14
Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan

Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan  | Assalamualaikum. Masa bulan puasa yang lepas, Ana mengalami masalah kulit bibir yang sangat kering. Sampai tahap pedih sebab luka setiap hari. Ye lah bulan puasa badan kita akan kekurangan air kan jadi tu salah satu faktor bibir jadi sangat kering. Even bukan bulan puasa pun bibir Ana ada masalah yang sama. Bila bibir jadi kering ni, nak pakai lipstik akan jadi satu masalah utama. Lipstik akan jadi sangat tak cantik dan masa tu kulit menggelupas akan nampak sangat ketara. Kadang tu rasa macam give up nak pakai lipstik. Padahal tu je lah make up yang Ana pakai. Nak pakai make up yang lain memang bukan forte kita. Jadi nak atasi masalah bibir menggelupas akibat kulit kering ni Ana cuba lah Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan. 
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan

Korang pernah dengar tak tentang Bubi Bubi Lip ni? Kalau tak pernah meh sini Ana cerita dekat korang. Bubi Bubi Lip ni merupakan salah satu produk kecantikan terlaris di bawah label Unpa. Packaging dia sangat comel dan sweet tau sebab berwarna ala sweet peach pink. Bagi yang mengalami masalah bibir kering dan menggelupas, Bubi Bubi Lip ialah produk yang wajib dimiliki. Nanti Ana cerita keistimewaan tentang Bubi Bubi Lip ni ok.
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Macam Ana bagitau dekat atas tadi, salah satu punca bibir kering selain dari faktor suhu ialah kekurangan air yang sederhana dalam badan. Kita disaran untuk minum air yang banyak tapi kena tau juga yang air yang berkafein dan beralkohol juga boleh menyebabkan badan kita terdehidrasi. Sebaiknya minum air kosong 8 gelas sehari.

Selalu bila bibir kita kering, kita mesti akan basahkan bibir dengan lidah kita kan. Kononnya nak melembapkan bibir tapi tindakan tu hanya menyebabkan bibir kita bertambah kering dan akhirnya akan luka. Kadang tu pakai pelembap pun tak jalan juga sebab kulit kita dah menggelupas teruk. So nak buat macam mana? Ana cadang korang cuba Bubi Bubi Lip yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ianya mengandungi natural acid amino.

Bahan-bahan Bubi Bubi Lip
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Istimewa tentang Bubi Bubi Lip ini ialah ianya diformulasi daripada bahan-bahan berasaskan buah-buahan semulajadi yang berfungsi untuk menyingkir dan membersihkan sel kulit mati akibat kulit keringHasilnya bibir akan menjadi lebih lembut dan halus serta memberi hasil pemakaian lipstik yang kemas sempurna. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah :

1. Ekstrak Betik
• mengandungi papain, iaitu enzim yang bertindak untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati secara lembut dan berkesan untuk melicinkan sebarang kekasaran pada kulit.

2. Ekstrak Peach
• Mengandungi vitamin A, C dan E untuk memastikan agar kulit sentiasa sihat.

3. Ekstrak Limau Gedang
• Membantu meratakan tona kulit dan memperbaiki peredaran darah.


Cara Penggunaan Bubi Bubi Lip

Tak susah pun nak guna Bubi Bubi Lip ni. Hanya dengan beberapa langkah dalam masa 3 minit je korang dah boleh memilik bibir yang halus dan cantik. Tak kan tak nak kan?

1. Pam skrub di atas jari dan ratakan ke seluruh bibir. Kuantiti secukupnya lah.
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa
Tekstur skrub ni lebih kepada bentuk cecair yang lembut sebab takde biji-biji kasar dalam tu. Sesetengah skrub ada biji-biji kasar so bila kita nak skrub bibir akan rasa sakit dan tak selesa.

Yang paling best bau skrub ni best sangat. Bau macam peach gummy sampai rasa macam nak makan je. Bila dah ratakan dekat bibir rasa macam bibir di gam je tapi lekatan tu sangat lembut.

2. Bila dah ratakan skrub tu, kurang dari seminit korang akan perasan buih-buih putih mula terhasil. Masa tu terasa lah ada buih-buih manja tercetus dekat bibir kita. Biarkan je buih tu sehingga 3-5 minit supaya keratin bibir menjadi lembut.

3. Apabila buih semakin berkurang, korang dah boleh mula menggosok bibir secara lembut. Guna jari je.

Ikut korang lah nak gosok macam mana. Secara bulatan ke, secara sehala ke, dua hala ke. Tak kisah janji skrub tu cover semua bibir munggil korang tu.

4. Teruskan menggosok sehingga korang rasa semua kulit kering yang ada dekat bibir korang tu tertanggal. Ala skrub ni sama macam korang skrub muka selalu tu. 2x5 je.

5. Lepas dah rasa semua kulit kering tu dah tertanggal, korang boleh bersihkan bibir menggunakan air bersih atau tisu basah je. Lepas tu korang akan rasa bibir korang lebih lembut dan nampak lagi sihat. Serius ni!!

6. Akhir sekali sapu bibir menggunakan pelembap bibir untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Taraaa bibir korang sekarang nampak lebih sihat dan cantik. Boleh lah belanja senyuman menawan tu dekat semua orang ye. Tapi jangan lelebih ok. Kang di cop gedik pulak. Hehe.

Ok ni Ana belanja gambar sebelum dan selepas guna Bubi Bubi Lip ni. Memang nampak perbezaannya especially pada warna bibir tu. Kalau dekat gambar sebelum tu, korang boleh nampak warna bibir agak kusam. Tapi lepas skrub guna Bubi Bubi Lip, bibir nampak lebih "hidup" (warna kemerahan) kerana peredaran darah semakin baik dari sebelumnya.
Bubi Bubi Lip by Unpa
Bubi Bubi Lip by Unpa - Skrub Untuk Bibir Yang Lebih Menawan

Pemakaian lipstik pun nampak sekata dan kemas seperti gambar di atas sekali.  Takde dah isu lipstik nampak comot atau "buruk" disebabkan kulit bibir yang menggelupas. Lipstik pun dapat tahan lama. Memang Ana happy dan puas hati sangat dengan Bubi Bubi Lip ni. Dan Ana memang recommend dekat korang semua.

Pada yang berminat nak beli Bubi Bubi Lip ni, korang boleh beli secara online di laman web Althea pada link di bawah ni.


Harga Bubi Bubi Lip ni ialah RM80 sahaja pada saiz 12ml. Rasa macam mahal kan tapi percayalah kualiti dan hasil dia setanding dengan harga yang korang bayar.  Tapi sekarang Althea tengah buat promosi Buy 1 Free 1 untuk masa terhad sahaja. So boleh lah korang beli masa ni. Berbaloi sangat tu. Nak best tong tong dengan adik beradik atau kawan-kawan sebelah. Sama-sama jimat sama-sama boleh dapat bibir yang cantik. Selamat bercinta dengan Bubi Bubi Lip guys.

Jun 25, 2018

Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com

1:38 PM 17
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com

Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com | Assalamualaikum. Bila cakap tentang kereta, bab kos servis adalah yang paling memeningkan. Kalau kata kos tu boleh dirancang seperti kos servis berjadual boleh lah kita bajet duit untuk kos tersebut kan. Tapi kalau bab kos yang datang secara tiba-tiba seperti tayar kereta bocor atau paling haru tayar kereta kena curi lagi-lagi di musim perayaan ni macam Ana pernah kena dulu, boleh terduduk sekejap dibuatnya. Tayar bukan boleh beli sebiji macam tu je, at least kena beli satu set (2 biji). Dah berapa kan kos dekat situ. Kalau beli dekat kedai yang salah, silap hari bulan kos yang dibayar tak setanding dengan jenama tayar yang kita beli tu. Tu dulu lah. Sekarang ni Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com.
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com

Pernah dengar tentang mytayar.com? mytayar.com yang ditubuhkan pada tahun 2014 adalah merupakan laman web pasaran automotif yang menawarkan jualan tayar dan pakej servis kereta daripada 120 bengkel yang dipercayai di sekitar Lembah Klang, Johor Bharu dan Ipoh. So takde lah isu kita akan ditipu oleh bengkel-bengkel yang tidak bertanggungjawab ni.

Menariknya tentang mytayar.com ni, selain dapat mengelakkan kita di tipu, kita juga boleh berbelanja dengan bijak di mana di bengkel-bengkel yang mengambil bahagian akan memaparkan harga tayar dan pakej servis mereka sendiri mengikut piawaian harga yang telah ditetapkan. Senang kata kita boleh lihat pelbagai harga dalam satu laman web. Jadi secara langsungnya, kita boleh memilih mana-mana bengkel yang menawarkan harga mengikut bajet jenis tayar atau servis yang kita nak berdasarkan jarak atau lokasi bengkel tersebut.

Cara Membeli di mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com

Senang je nak shopping tayar di mytayar.com ni. Berdasarkan gambar dekat atas,  hanya dengan beberapa langkah saja korang dah boleh beli dan tukar tayar kereta.

1. Pilih kategori produk
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Layari laman web mytayar.com dan  log masuk sebelum korang mula memilih produk apa yang korang nak. Antara produk yang ditawarkan ialah  pelbagai jenis tayar kereta dan tayar komersil, bateri atau minyak enjin.

2. Pilih Jarak Bengkel
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Selesai memilih produk yang diinginkan, tetapkan jarak bengkel dari lokasi korang pula. Jarak bermula dari 20km hingga 50km. Lagi jauh jarak lagi banyak pilihan bengkel untuk korang pilih.

3. Masukkan lokasi
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Lepas tetapkan jarak bengkel di atas, korang masukkan lokasi korang tu. Kalau guna telefon mudah alih, lokasi korang akan auto detect.

4. Pelbagai Jenama Produk Dari Hasil Carian
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Dari langkah pertama di atas, seterusnya korang boleh pilih jenis kelebaran dan diameter tayar kereta yang korang nak. Kemudian pilih jenama tayar yang korang pakai atau korang nak survey dan klik "Search".
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Nanti korang akan dipaparkan dengan pelbagai jenama tayar berdasarkan pilihan korang tadi beserta dengan perincian tentang tayar tersebut mengikut harga dan lokasi yang korang set sendiri. Masa ni lah korang boleh survey mana jenama dan bengkel yang korang rasa kena dengan bajet korang.

5. Pilih dan Bayar Deposit
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Jom Jimat Tukar Tayar Kereta di Mytayar.com
Selesai memilih daripada hasil carian tadi, korang boleh proceed untuk proses pembayaran. Istimewanya menempah dengan mytayar.com ni ialah korang hanya perlu bayar deposit sahaja sebanyak 5% (kalau ada kod promosi boleh masukkan juga). Tapi korang kena ingat yang deposit ni non-refundable ok. Pembayaran boleh dibuat melalui Online Transfer atau bayar di outlet 7Eleven berdekatan.

6. Isi Butiran Temu Janji

Satu email pengesahan tempahan akan dihantar untuk korang isi butiran tarikh temu janji dengan bengkel yang dipilih.

7. Hantar Kereta Untuk Dibaiki dan Bayar Baki Selebihnya

Akhir sekali hantar kereta korang ke bengkel untuk diservis dan selepas kerja-kerja servis selesai baru korang bayar selebihnya. Selesai.

Kelebihan Membeli di Mytayar.com

1. Banding dan Pilih

Melalui hasil carian yang kita set sendiri, korang boleh membuat perbandingan antara satu jenama dengan jenama yang lain dari bengkel-bengkel yang terlibat. Sebagai contoh bengkel A menawarkan tayar Continental yang lebih murah berbanding bengkel B. Tapi untuk tayar jenama Michelin, harga di bengkel B jauh lebih murah berbanding di bengkel A.  Jadi korang boleh banding dan pilih ikut bajet yang korang ada.

2. Penjimatan Sebanyak 15%

Mytayar.com yakin harga yang ditawarkan di laman web mereka adalah antara yang terendah berbanding dengan harga walk-in bengkel-bengkel di luar sana. Malah harga yang ditawarkan adalah serendah 15% lebih murah. Untuk perbandingan korang boleh klik SINI.

3. Jimat Masa dan Tenaga

Hanya dengan menempah di laman web mytayar.com korang tak perlu bersusah payah membazir masa dan tenaga keluar terjah satu bengkel ke satu bengkel yang lain semata untuk dapatkan harga terendah. Semua tu boleh jadi mudah dengan mytayar.com.

4. Proses Menempah Yang Mudah

Proses menempah di mytayar.com adalah sangat mudah dan hanya dengan beberapa langkah seperti yang Ana terangkan dekat atas tadi korang dah boleh menempah tayar kereta yang ingin dibeli pada harga yang murah.

5. Elak Dari Di Tipu Bengkel Tidak Bertanggungjawab

Kes ni Ana pernah terkena. Sebab terdesak nak beli tayar kereta yang kena curi, Ana terbeli tayar kereta yang takde jenama pada harga yang agak mahal. Tapi di mytayar.com korang tak perlu risau kerana harga yang tertera semasa menempah adalah harga yang perlu bayar. Takde kos tersembunyi atau kos tambahan akan dikenakan.  Sekiranya perkara tersebut berlaku, korang boleh buat laporan terus ke mytayar.com untuk tindakan seterusnya.

Macam mana?  Menarik kan laman web mytayar.com ni.  Lepas ni korang yang plan nak tukar tayar kereta dan sebagainya boleh lah cuba menggunakan perkhidmatan mytayar.com. Buat apa nak berbelanja lebih kalau korang boleh berjimat dengan mytayar.com kan. Benda baik jangan simpan sorang-sorang. So kongsilah tentang mytayar.com ni dekat ahli keluarga dan kawan-kawan korang semua. Boleh sama-sama berjimat. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh ke laman web mereka di sini ➡ mytayar.com.

Jun 21, 2018

Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap

10:51 AM 30
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap

Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap | Assalamualaikum. Lama rasanya tak review hotel. Haruslah lama sebab last bercuti pun bulan 4 yang lepas. Lepas tu busy dengan buffet Ramadan dan terus masuk ke bulan Ramadan. Memang stop semua aktiviti untuk ke event kecuali satu je Ana amik. Tu pun dekat Shah Alam dan masa kebetulan bersesuaian dengan jadual En Suami. Memandangkan event tu habis malam Ana decide untuk tidur di Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap.
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap

Kalau ikutkan Selayang - Shah Alam dekat je dalam 40-60 minit memandu. Tapi sebab seharian berpuasa, badan jadi letih. Event pula habis dalam pukul 11 lebih so kesian nak minta En Suami drive balik tu yang menginap dekat Shah Alam tu. Lagi satu event tu ramai orang so Ana tak nak bawa Syafi sekali memandangkan dia baru baik demam. Tak kan nak biarkan Syafi dan En Suami duduk dalam kereta selama 3 jam lebih tu kan. Lagipun tempat parkir pun takde sebab memang jem giler Shah Alam malam tu. Orang pakat shopping minggu terakhir tu.  So biarkan dorang duduk hotel. Lagi selesa kan. Lagipun dari hotel ke tempat event tu 5 minit je jarak dia. Ok sangat lah tu. 

Hotel ni Ana book guna Agoda. Semalam dalam RM130. Ada 2 lokasi Hotel de Art ni. Satu dekat area Icity dan satu lagi dengan tasik Seksyen 7 tu. Yang Ana amik ni dekat tasik tu. Memula plan nak amik dekat ICity tu tapi bila pikir nak cari makan untuk berbuka dan sahur agak susah so cancel terus yang tu walau bilik dekat sana lagi besar.

Baca juga : Hotel Pegasus Seksyen 15 Shah Alam

Nama pun Hotel de Art so memang art (berseni) sungguh hotel ni. Dari tempat receptionist sampai lah ke dalam bilik. Penuh dengan hasil seni di dinding-dinding hotel. Kaki selfie mesti layan duduk sini. Kawasan receptionist yang paling Ana suka. Fefeeling macam dalam Alice in Wonderland pun ada gitu. Hehe. Selesa lah nak menungguh sementara En Suami uruskan proses check in. Oh ya masa check in kena letak deposit tau sebanyak RM50 saja.
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam

Hotel ni hanya 2 tingkat je. Ana dapat tingkat 2 lah macam biasa. At first bilik yang kitorang book tu bilik takde tingkap. Memang pasrah dah. Nak jadi rezeki masa check in dapat upgrade bilik yang ada tingkap. Alhamdulillah. Memang lega sangat sebab tak lah rasa terperuk je dalam bilik tu. Hehe.
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam

Ana booked bilik Triple Art di mana ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik tak lah luas mana tapi masih lagi selesa nak bergerak ke sana sini. Fasiliti yang disediakan standard hotel lain termasuk free wifi. Ada coffee and tea, kettle, sejadah, almari, tv (free channel & few Astro channel), hair dryer dan toiletries. Toilet dia sangat luas. Yang penting semua bersih. :) Cuma aircond bilik agak lambat nak sejuk. Dah lah cuaca panas masa tu. Bertabahlah kejap. Bila dah tengah malam baru terasa sejuk sebab masing-masing tarik selimut. Haha.

Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam

Harga yang Ana bayar tu takde breakfast. Tapi takpe sebab bawah hotel ni ada restoran mamak 24 jam. So senang nak beli untuk sahur. Untuk berbuka pula nak jadi cerita ada bazar Ramadan dekat depan hotel tu. So memang senang sangat. Dari tingkap bilik dah boleh usher gerai-gerai yang ada dekat bazar tu. Tinggal nak turun beli je. Dobi layan diri dan mini supermarket pun ada dekat sebelah hotel ni. Memang senang cerita lah orang kata. Semua ada. Tak yah nak pergi jauh-jauh kalau nak beli apa-apa.

Secara keseluruhan memang Ana sekeluarga puas hati lah bermalam dekat sini. Pekerja hotel peramah, lokasi strategik, tempat parkir senang dan banyak, bilik bersih dan hotel  pun cantik. So korang yang ada urusan di Shah Alam dan perlu untuk menginap boleh lah cuba Hotel de Art Seksyen 7 ni. Selamat menginap di alam fantasi :)


Jun 19, 2018

Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza

10:16 AM 22
Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza

Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza| Assalamualaikum. Pada yang pernah rasa Pizza Domino Manis Pedas Ssamjeang, ada berita baik untuk korang di mana terkini Domino telah memperkenalkan menu terbaru di bawah siri Ssamjeang iaitu Ssamjeang Prawn Pizza  (pizza Udang Ssamjeang). Menu ini merupakan menu ke-4 di bawah siri tersebut.
Ssamjeang Prawn Pizza
Ssamjeang Prawn Pizza
Jom Cuba Menu Baru Sensasi Korea Domino - Ssamjeang Prawn Pizza

Menampilkan udang segar dengan herba dan rempah ratus Itali bersama rumpai laut berkhasiat yang kaya dengan rasa umami, tomato ceri segar, cili hijau, ditaburkan dengan biji wijen yang dipanggang di atas sos Ssamjeang yang dicipta khas, Ssamjeang Prawn Pizza dibungkus dengan rasa dan tekstur yang seimbang.

Bercakap tentang perisa baru itu, Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata:

"Kami menerima sambutan dan sokongan yang hebat daripada para pelanggan dan peminat Korea ketika pertama kali melancarkan Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef. Sambutannya amat menggembirakan dan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk siri pizza Ssamjeang ni, kami telah mencipta Ssamjeang Prawn. Kami percaya penambahan menu baru ini dapat meningkatkan profil rasa saus Ssamjeang terutama dengan kombinasi pelbagai rasa dan tekstur yang lazat dalam pizza tunggal."

"Kami kagum dengan tindak balas positif daripada pelanggan kami dan kami harap rasa baru ini akan diterima dengan baik. Bulan puasa dan musim Raya adalah peluang terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan sambil menikmati pizza kegemaran anda. Kami menawarkan tawaran hebat untuk tempoh perayaan ini dan kami berharap para pelanggan kami akan mengambil kesempatan untuk menikmati item terbaru ini! "

Benar-benar diilhamkan daripada rakyat Malaysia yang suka dengan makanan Korea, Domino's Ssamjeang Pizzas direka khas untuk menyampaikan gabungan sempurna rasa manis dan pedas. Sos Ssamjeang yang beraroma ini juga boleh didapati dengan Ayam-haseyo Chicken Wings, kepak ayam yang dimasak dengan sempurna dengan salutan luar sos Ssamjeang yang menaikkan rasa ketagihan.
Ssamjeang Prawn Pizza
Ssamjeang Prawn Pizza
Semasa bulan Ramadan dan musim Raya ini,  korang boleh menikmati Ssamjeang Prawn dalam dua tawaran kombo iaitu Ssamjeang Buddy Combo dan Ssamjeang Super Combo.

1) Ssamjeang Buddy Combo - RM37.65

Ssamjeang Buddy Combo terdiri daripada satu (1) pizza Regular Ssamjeang, satu  (1) Ayam-Haseyo, satu (1) Twisty garlic Bread dan dua (2) tin air minuman ringan.

2) Ssamjeang Super Combo - RM56.51

Ssamjeang Super Combo terdiri daripada dua (2) pizza Regular Ssamjeang, satu  (1) Ayam-Haseyo, satu (1) Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix dan sebotol minuman ringan 1.5L.

Ssamjeang Prawn Pizza ini boleh didapati di semua outlet Domino Pizza untuk masa yang terhad sahaja iaitu dari 4 Jun - 1 Julai 2018, sementara stok masih ada.

Untuk menempah korang boleh ke outlet Domino terdekat atau membuat pesanan secara online di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ssamjeang Prawn Pizza serta promosi lain yang sedang ditawarkan, korang boleh layari  laman sesawang di http://www.dominos.com.my/.



Jun 18, 2018

Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

10:36 AM 19
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat | Assalamualaikum. Sekarang ni perasan tak ramai rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan atas talian (online seller). Ada yang berniaga sepenuh masa ada yang separuh masa je. Ana pun pernah berniaga atas talian ni beberapa tahun lepas. Seronok tau berniaga ni.  Macam-macam benda kita boleh jumpa dan belajar. Paling suka bila customer jadi beli barang. Bukan main excited bila nak pos barang-barang tu. Tapi kalau dulu Ana kena pergi sendiri ke pejabat pos untuk pos barang. Agak leceh sikit especially bila ada anak kecik. Tapi sekarang ni kita boleh Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat. Memang sangat membantu melancarkan proses pengeposan barang ke pembeli.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

Ana yakin korang mesti pernah dengar nama GDEX kan. Tapi myGDEX korang pernah dengar tak? Haaa kalau nak tau myGDEX merupakan PLATFORM PENGIRIMAN ATAS TALIAN (online shipping platform) yang dikuasakan oleh GDEX untuk meningkatkan pengalaman penghantaran para pelanggan. PERKHIDMATAN PORTAL myDGEX ADALAH MESRA PENGGUNA di mana pengirim boleh mencetak sendiri nota konsainan (CN) dan serahkan semasa menghantar barangan mereka di mana-mana cawangan GDEX, lodge-in centre dan drop-off points. Dan paling yang Ana suka ialah dengan myDGEX BARANGAN YANG INGIN DIKIRIM BOLEH DISERAH DI HADAPAN PINTU RUMAH SENDIRI IKUT HARI DAN MASA YANG KITA TETAPKAN. Memang sangat mudah sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Portal myGDEX Mesra Pengguna

Macam Ana bagitau dekat atas tadi yang portal myGDEX adalah mesra pengguna. Even walau kita first time guna pun, Ana yakin korang boleh akses tanpa sebarang masalah. Senang cerita tak rumit langsung. Meh Ana kongsi macam mana nak guna portal myGDEX ni untuk pemahaman bersama. Sharing is caring kan.

1. Log masuk sebagai ahli.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

2. Pilih "Send Package" di menu sebelah.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

3 (a). Pilih samada untuk kirim kepada "single recipient" ATAU "multiple recipients".
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

3 (b). Isi butiran pengirim dan penerima.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

3 (c). Pilih perkhidmatan (Lodge in ATAU pick-up)
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

3 (d). Isi "Pick-up Details" jika memilih untuk "Pick-up Service".
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

3 (e). Isi butiran bungkusan dan kira harga bungkusan pada ruangan kalkulator yang disediakan.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

4. Klik "Checkout Now" jika ingin membuat pembayaran ATAU klik  "Continue Shopping" jika ingin meneruskan membuat pesanan lain.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

5. Sebelum "checkout", korang boleh membeli sampul sedia ada jika berminat. Kalau tak teruskan klik "Skip" untuk proses pembayaran.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

6. Pembayaran boleh dibuat melalui iPay88 ATAU e-Wallet.
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

7. Cetak Nota Konsainan (CN) dan Inbois (Invoice)
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat

8. Tampal Nota Konsainan (CN) pada barangan yang ingin dikirim. Boleh ikut garis panduan di link ini : http://my.gdexpress.com/guidelines

9. Serah parcel di outlet GDEX berdekatan atau tunggu kurier datang untuk pick-up) parcel korang. Senarai outlet boleh klik link ini : gdexpress.com/malaysia/network/
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
** Untuk trace and track parcel atau bungkusan korang tu, korang boleh semak di e-tracking di dalam portal myGDEX atau telefon Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-6419 5003.

Skim e-Wallet dan Harga Ahli Yang Menarik
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Pos Parcel Dari Rumah Dengan myGDEX - Mudah, Murah dan Cepat
Perasan tak di semasa proses pembayaran di atas Ana ada mention tentang e-Wallet. Apa itu e-Wallet?

Ok sebenarnya e-Wallet adalah kredit GDEX yang boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan GDEX yang ditawarkan di dalam portal di mana dengan e-Wallet ni korang boleh menikmati keistimewaan yang ditawarkan seperti gambar di atas. Lebih banyak korang top up lebih banyak keistimewaan yang korang boleh dapat. Tapi kena daftar sebagai ahli dulu tau.

Nak top up kredit e-Wallet mudah saja. Korang hanya perlu memilih pakej-pakej yang ada di halaman "e-Wallet top up package" dan kemudian bayar secara atas talian. Baki kredit e-Wallet korang nanti akan dipaparkan di dalam portal tersebut. Senang kan.

Oh ya, kredit e-Wallet ni ada tarikh tamat tau. Kredit e-Wallet hanya sah selama satu tahun dari tarikh pembelian atau tarikh belanja terakhir, yang mana awal. Jangan risau kalau tak ingat sebab tarikh tamat E-Wallet akan dipaparkan di dashboard. So boleh sentiasa aware dengan tarik tamat e-Wallet korang tu. Don't worry be happy.

Macam mana? Senangkan nak kirim barang dengan myGDEX ni. Tak perlu dah nak susah-susah kan diri bawa barang ke pejabat pos lepas ni.  Tunggu je depan pintu rumah untuk kurier datang ambil barangan korang.  Mudah kerja. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan myGDEX, korang boleh layari laman sesawang di bawah ini :