RUMAWIP Rumah Mampu Milik Bagi Warga Wilayah Persekutuan - Ana Suhana

May 3, 2018

RUMAWIP Rumah Mampu Milik Bagi Warga Wilayah Persekutuan


RUMAWIP Rumah Mampu Milik Bagi Warga Wilayah Persekutuan | Assalamulaikum. Korang mesti berimpian untuk memilik rumah sendiri kan? Tak kisah lah walau sekadar rumah flat atau pangsa macam Ana ni. Janji ada rumah sendiri. Namun kerana kekangan kewangan akibat peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi terutama di Wilayah Persekutuan menyebabkan kebanyakan dari kita sukar untuk memiliki kediaman sendiri. Betul tak? Namun kini korang boleh menarik nafas lega tau dan boleh merealisasikan impian korang dengan adanya RUMAWIP Rumah Mampu Milik Bagi Warga Wilayah Persekutuan.
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
RUMAWIP Rumah Mampu Milik Bagi Warga Wilayah Persekutuan

Ingat lagi masa Ana beli rumah flat ni. Sebenarnya rumah Ana sekarang rumah ayah. Dan kami dah duduk sini lebih 20 tahun yang lepas. Lepas arwah atuk meninggal, rumah atuk diwariskan pada ayah. Jadi kami semua pindah masuk rumah atuk. Memandangkan rumah atuk rumah tanah, jadi lagi besar untuk kami anak-beranak berbanding rumah flat 2 bilik sebelum ni. Kemudian ayah decide nak jual pada harga RM40,000 pada tahun 2012-2013. Setahun lebih kami iklankan tapi takde siapa berminat nak beli. Maybe sebab lokasinya yang jauh ke dalam. Pikir punya pikir Ana dan suami decide untuk beli je dari ayah. Alhamdulillah tu satu tindakan yang bijak kami buat. Sebabnya sekarang harga rumah tu dari RM40,000 dah jadi RM120,000. hampir 3 kali ganda beza harga jualan. Semua gara-gara bila ada jalan baru dibuka berhampiran dan memudahkan orang akses ke bandar berdekatan. Dan sekarang asal ada je tuan rumah nak jual rumah flat ni, tak sampai 2-3 bulan dah ada pembeli.

Nampak tak sekarang betapa terdesaknya orang nak memiliki rumah sendiri hatta rumah flat je. Rata-rata antara kita dah ramai yang memandang ke arah long term. Dari invest pada duit sewa selama bertahun-tahun yang  mana harta tu bukan milik kita akhirnya, baik kita invest beli rumah bayar bulan-bulan sama macam kita bayar sewa rumah. At the end of the day, rumah tu jadi milik. Jadi pada yang bercadang nak beli rumah yang murah pada zaman kos sara diri yang tinggi ni, korang boleh cuba mohon RUMAWIP Rumah Mampu Milik Bagi Warga Wilayah Persekutuan.

RUMAWIP Rumah Mampu Milik Bagi Warga Wilayah Persekutuan

RUMAWIP adalah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan dan merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandararaya Kuala Lumpur bagi membantu mereka yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk memiliki rumah sendiri. Sebanyak 80,000 unit RUMAWIP di sasarkan dalam tempoh 5 tahun dari sesi pembentangan Bajet 2013 di mana 55,000 unit di Kuala Lumpur, 20,000 di Putrajaya dan 5,000 di Labuan. Sehingga November yang lepas sebanyak 50,455 unit daripada jumlah sasaran keseluruhan telah dicapai.

Apa yang Ana tertarik tentang RUMAWIP ni ialah harganya di bawah harga pasaran di mana korang boleh memlilik rumah dengan harga serendah RM52,000 untuk rumah dengan 3 bilik. Murah sangat kan. Rumah Ana yang 2 bilik ni pun lagi mahal. Mesti korang tertanya macam mana boleh jadi macam tu pula kan? Haa sebenarnya kalau korang nak tau projek rumah mampu milik ini telah disubsidi oleh Kerajaan Malaysia. Sama lah macam korang pergi Klinik Kerajaan atau Klinik 1 Malaysia tu. Bayar RM1 je untuk dapatkan rawatan dan ubat kan. So macam tu lah konsep RUMAWIP ni. Harga paling mahal pun setakat RM300,000 je. Tak lebih dari tu, Dan nak lagi best setiap unit RUMAWIP ini berkeluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi. Serius memang murah sangat sebab bila Ana survey market price untuk rumah dengan keluasan seperti itu di bandar seperti Kuala Lumpur ni kan at least RM200,000 - RM500,000 tau. Banyak kan beza dia?
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Tu baru dari segi harga. Kalau korang tengok dari segi lokasinya pula kan, kebanyakan RUMAWIP ini dibina di pusat-pusat bandar yang berhampiran dengan kemudahan awam, sekolah dan pasar raya. Memang mudah untuk di akses. Nak best lain fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera litar tertutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kenderaan setiap unit turut di sediakan. Best sangat wei. Untung lah siapa yang dapat memilik RUMAWIP ni tau. I is jeles sangat. Korang yang duduk dan bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sila lah grab peluang ni. Lambat nanti terlepas sebab RUMAWIP ni macam pisang goreng panas, laku keras tau. Ni Ana kongsi syarat kelayakan dan cara untuk apply RUMAWIP ni.

Syarat Asas untuk Memohon RUMAWIP 
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Terdapat syarat asas bagi mereka yang ingin memohon RUMAWIP ni. Dah nama rumah mampu milik jadi mereka yang layak memohon mestilah mempunyai syarat kelayakan asas seperti berikut :

1. Warga Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Dilahirkan ATAU bekerja ATAU bermastautin di Wilayah Persekutuan
4. Pendapatan bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (suami dan isteri)
5. Pemilikan rumah pertama

Cara Memohon RUMAWIP 
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
1. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di portal RUMAWIP. Klik SINI.

2. Kemas kini profil selepas berjaya mendaftar.

3. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon yang berdaftar akan dimaklumkan melalui emel. Untuk memohon, sila daftar masuk ke portal RUMAWIP menggunakan no kad pengenalan beserta kata laluan kemudian klik menu Permohonan.

4. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, pemohon akan diminta mengemukakan dokumen sokongan yang disenaraikan di portal RUMAWIP.

5. Surat Tawaran Pembelian akan dikeluarkan oleh pemaju begitu juga dengan urusan seterusnya sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang di pohon.


Senang je kan nak mohon RUMAWIP ni. So pada yang layak yang duduk area Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang sedang baca ni, sila lah ambil peluang keemasan ni Malah Ana difahamkan kuota bukan bumiputera turut disediakan. Rugi lah kalau korang tak mohon sebab macam Ana bagitau dekat atas tadi, harga RUMAWIP adalah lebih rendah dari harga pasaran, tertletak di lokasi hotspot serta dilengkapi dengan fasiliti asas yang sangat baik. Pada yang berminat atau nak tau maklumat lebih lanjut korang boleh lawati laman sesawang RUMAWIP di bawah ini :







53 comments:

  1. Nasib baik dok JB,kalau tak rasa nak mohon je

    ReplyDelete
  2. #HebatkanNegaraku !! terima kasih pihak kerajaan terhadap keprihatinan

    ReplyDelete
  3. Untung pd yang layak. Akk xlayak

    ReplyDelete
  4. suka tengok lokasi dia sebab strategik, design pun nampak urban & elegan!

    ReplyDelete
  5. Alah, dfk perak xblh mohon lah kan.kalau x blh cuba mohon.

    ReplyDelete
  6. alahai bestnyer...beruntung sungguh penduduk wp kan...

    ReplyDelete
  7. Bagus la ada rumawip ni. At least membantu penduduk ibu kota memiliki rumah sendiri pada harga mampu milik.

    ReplyDelete
  8. Menariknya.. Ingtkn mula2 rumah mawi.. Hihi.. Skrg WP pon dh ada rumah mampu milik. So agak sennag jugalah bg mereka yg menetap atau bekerja disana utk mohon...

    ReplyDelete
  9. Macam best je kalau dapat mohon rumah ni. Untung la bagi yang duduk di wilayah persekutuan. Senang untuk mereka yang stay di situ

    ReplyDelete
  10. Suka baca tentang bantuan kepada rakyat macam ni. Bella duduk kat Selangor n Rumawip ni ebih kurang macam bantuan Rumah Selangorku. Cuma utk Rumah Selangorku moratorium nya 5 tahun n gaji utk syarat layak membeli rumah tu lebih rendah. Bagus kan ada bantuan begini utk rakyat yg layak?

    ReplyDelete
  11. Tula zaman skrg susah nk cari rumah hrga 200k ke bawah. Sbbtu bila dibuka peluang cmni, cepat2-la mohon. Jgn lepaskan peluang

    ReplyDelete
  12. Nasib dh beli rumah..kalau tak...sure nak mohon..tp utk org Selangor je kan?tapi tak layak kot akak mohon..

    ReplyDelete
  13. Bagus bila ada prgram macam ni membantu golongan muda untuk mendapat rumah yang berpatutan sebab bukan semua orang mamlu beli rumah mahal

    ReplyDelete
  14. ini sesuatu yg bagus.
    hampir semua negeri dah ada program miliki rumah.
    rumah semakin mahal, ana.
    bagi yg dah ada rumah, alhamdulillah.
    rumah aida skang ni after 11 thn, da hampir 3 x ganda nilainya. alhamdulillah...
    untung la ana. satu yg bagus beli rumah abah tu.
    kita tak boleh tgk sesuatu tu jangkamasa pendek kan. jangka masa panjang? tahniah ana.

    ReplyDelete
  15. Wah bagus ni Ana. Murahnya harga rumah serwndah RM52000 ada tiga bilik.memang beruntung sangat orangbyang tinggal di wilayah persekutuan. Bagus juga ada rumah kos rendah macam nih sekurang kurangnya membantu mereka yang kurang berkemampuan.

    ReplyDelete
  16. Kita adalah antara warga negara Malaysia yang berjaya membeli rumawip ni memang tak sabar tunggu siap dan nak duduk sana hehehehe bagus kerajaan sekarang ni tak perlu nak tukar lagi....

    ReplyDelete
  17. Suka baca entry pasal rumah ni, rasa macam nak beli satu.
    Design rumawip ni pun cantik-cantik aryl tengok, dan yang paling penting, harga dia.. Tak dapat dah kat area KL kalau macam tu harganya. Hehe

    ReplyDelete
  18. Bertapa berjasanya kerajaan kepada rakyat...sebagai rakyat, kita harus berterima kasih kepada kerajaan yg mengambil tanggunjawap untuk membantu rakyat agar mendapat kehidupan yg lebih baik....

    ReplyDelete
  19. Harap rumah yang disediakan rumah yang berkualiti.. bukan cakap tak bersyukur.. rumah harga murah risau guna bahan murah juga... kadang-kadang bahan kos murah ni tak tahan then terpaksa ganti yang mana perlu :( apa pun tahniah pada yang layak.. :) tapi apa pun harap dengan rumah yang disediakan dengan harga mampu milik ni dapat mengurangkan jumlah gelendangan..

    ReplyDelete
  20. Bagus kan? uzu pun macam pening nak cari rumah kat area KL ni bila nak kawin nanti. dah boleh start isi try apply sebab rasanya waktu dia siap nanti, uzu dah kawin kot heheh . Biasa kalau baru kawin , kewangan tak stabil so.... dengan rm800 pangsapuri yang lengkap dengan kemudahan sgt2 membantu kami ni haaa

    ReplyDelete
  21. Kalau penduduk KL atau pekerja yang menetap kat Kl better grab peluang RUMAWIP ni. Bukan senang nak berurusan pembelian rumah dengan gaji dan harga rumah yang melampau. Atleast dengan RUMAWIP dapat membantu hasrat mendapatkan rumah sendiri dengan kadar yang mampu milik.

    ReplyDelete
  22. This is a good program for those that want to own their house. Now the house price is super expensive. And combine salary only can pay house loan.

    ReplyDelete
  23. Wahhh.... Memang bagus sangat ada usaha membantu rakyat memiliki rumah mampu milik ni. Okay... memandangkan Otomen bekerja di Putrajaya, dah boleh dah ni untuk try mohon RUMAWIP ni. Thanks Kak Ana for sharing the info.

    ReplyDelete
  24. Kebanyakan promosi RUMAWIP dah semakin laris. Banyak unit yang telah dibeli. Bahkan ada yang beli rumah ini kerana lokasinya di Wilayah Persekutuan. Mana nak dapat rumah murah di bandar? Kuala Lumpur pula tu. Lai Lai Lai beli RUMAWIP. Ada skim rumah pertama lg tau. Dapat la diskaun lg

    ReplyDelete
  25. Ni adalah antara sumbangan yang perlu diteruskan bagi membantu golongan muda yang memang memerlukan insentif ni. Blh sebarkan pada saudara
    Mara yang memerlukan

    ReplyDelete
  26. banyak projek perumahan diaorang dah sediakan, makin mudah nak mencari rumah di KL pasni

    ReplyDelete
  27. wah.. murahnya .. kan best kalau dapat satu.. haha.. boleh la mohon ni.. janji rumah sendiri kan.. kalau sewa pun bayar bulan-bulan jenuh jugak..

    ReplyDelete
  28. Patut peruntuk je satu rumah untuk satu orang sebab rumah ni untuk yang tak mampu. Kang ada pulak kes salah guna, tp bagus dah usaha kerajaan nak bantu kita.

    ReplyDelete
  29. bagus lah inisiatif kerajaan dalam membantu orang ramai yang bekerja di Wilayah Persekutuan. dengan kos harga rumah yang makin mahal sekarang, bila ada promosi RUMAWIP ni sedikit sebanyak boleh meringankan beban dan membuka peluang lebih ramai orang lagi memiliki rumah idaman.

    ReplyDelete
  30. Ramai lagi yang segan2 nak memohon, walhal dah ada saluran nak bantu miliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  31. This project is very useful for those who are staying or at least working in the heart of kl itself. And yeap! That price range for a 3-4 rooms unit, is certainly much lower than certain properties in the same area. Its like you get to save almost more than 60% of your money when spending with WIP rather than buying other properties. I know this because I have been looking at properties for the past like 3 years now. Hahaha

    ReplyDelete
  32. sekarang memang kena ada aset rumh untuk masa depan. harga rumah memnag tinggi sekrg..bagus ada program macam ni. Meringankan beban mereka nak memiliki sebauh rumah..rugi kalau tak ambil peluang ni

    ReplyDelete
  33. Kalau cukup syarat dah lama amik satu... Suka sgt dgn kwsn yg strategik . Kemudahan pon byk... Rumah pon murah..

    ReplyDelete
  34. This is great for the youth who haven't buy their first property yet.

    ReplyDelete
  35. kemudahan2 mcm nilah yg kita mahukan..terbaiklah

    ReplyDelete
  36. Bagus program ni..moga diteruskan

    ReplyDelete
  37. Cantik deisgn rumah Rumawip ni..sesiapa yg layak, wajib grab peluang ni..rugi kalau terlepas kan

    ReplyDelete
  38. Kalau layak tu cepat-cepat la memohon ye. Rugi tau kalau tak memohon.

    ReplyDelete
  39. Bagus ada peluang macam nie kan, untung sapa yang layak mohon tu..

    ReplyDelete
  40. Siapa yang dapat tu memang beruntung. Kemudahan pun semuanya lengkap. Harapnya program ni diperluaskan lagi ditempat lain

    ReplyDelete
  41. harga rumah mmg reasonable bg pendapat mrs pip ...
    kat sini mmg harga rumah mak oiii, mahal sangat2 ...

    ReplyDelete
  42. I personally find this initiative wonderful to help the youth buy their first house. I would love to try for a unit as well if I met the criteria.

    ReplyDelete
  43. Program yg cukup bagus untuk membantu rakyat dapatkan rumah idaman dengan harga yang cukuo murah!

    ReplyDelete
  44. Cantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)

    ReplyDelete
  45. boleh share dengan geng dok kl ini

    ReplyDelete
  46. Housing is very important and it gets so pricey every year. This program will be very helpful.

    ReplyDelete
  47. sha takcukup syarat tapi boleh ni share dnegan kawan kawan yang tinggal sana

    ReplyDelete
  48. Design lawa kawasan pun strategi siapa yang layak tu cepatlah mohon

    ReplyDelete
  49. Kat KL semua mencecah 400k keatas...300k sgt berbaloi

    ReplyDelete
  50. peluang yang baik buat warga Wilayah persekutuan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤