Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah


Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah | Assalamualaikum. TV AlHijrah kembali menemui penonton pada Ramadan 1439H ini dengan menghidupkan semula tema Ramadan yang lalu iaitu Rapatkan Saf.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah 

Tema Rapatkan Saf Ramadan 1439H ini tidak datang hanya sebagai slogan, namun tema ini dilihat kekal releven sebagai iktizam dan tekad sebuah stesyen televisyen berkonsepkan Islam untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan serta  menggerakkan fizikal dan minda para penonton kearah kejayaan dalam perjuangan mereka di bulan yang mulia ini.

Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyusun strategi yang komprehensif untuk menyajikan program- program terbaik yang mampu menyemarakkan Ramadan semua.

Lima Sajian Eksklusif Rancangan-rancangan  Dari  Pelbagai Genre

Ramadan tahun ini memperlihatkan susunan strategik rancangan-rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan penonton pada ramadan yang lalu. 

Antara rancangan baru yang diperkenalkan ramadan ini adalah seperti Jalan Amanah, Siri Animasi Farhaa, Kapsul Majlis Hafazan Antarabangsa 2018, Selingan Hasrat, Masjid Ke Masjid dan lain-lain.

Namun begitu, 5 program utama yang dipilih stesen ini dan dijangka bakal mendapat tontonan tertinggi adalah Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi.

📌 Seruan Berzakat - Setiap Isnin | 6.30 petang 
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Sepanjang Ramadan ini, penonton akan dipandu untuk memahami perihal Zakat menerusi Lembaga Zakat Kedah. Rancangan ini akan membawa penonton menelusuri sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat sebagai sebuah institusi negeri. Turut dimuatkan peranan institusi zakat terhadap lapan golongan asnaf di negeri Kedah.

📌 The Chosen Setiap Isnin | 6.30 petang | Mulai 11 Jun 2018
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
The Chosen adalah sebuah dokumentari Bahasa Inggeris terbitan dalaman TV AlHijrah.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Menerusi rancangan ini, penerbit rancangan iaitu saudara Fitri Musa akan berkongsi kisah dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi dinafikan hak kemanusiaan mereka walaupun sudah menetap di negara itu selepas terjadinya peristiwa Nakbah sekitar tahun 1948.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Dokumentari ini juga akan mengimbas semula tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila pada sekitar tahun 1982 menerusi kaca mata mangsa yang melalui sendiri peristiwa pahit tersebut.

📌 Cooking With Colors - Setiap Hari | 5 Pagi, 10 Pagi, 11.30 Pagi, 4 Petang, 5.15 Petang
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Cooking With Colors adalah sebuah program masakan yang dihoskan oleh Chef Shahrim, seorang chef bertaraf antarabangsa, juga seorang doktor dan pelukis. 
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Berbeza dengan program masakan yang disiarkan sebelum ini, Chef Shahrim akan menggabungkan seni masakan dan seni lukisan dalam persembahan beliau. Menarik sekali apabila Chef Shahrim akan terlebih dahulu melukis gambar menu masakan yang akan beliau sediakan
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Seterusnya, penonton akan dibawa bersama-sama ke pasar-pasar terpilih untuk membeli bahan mentah. Chef akan berkongsi tips-tips pemilihan bahan mentah yang terbaik. Pelbagai tempatan dan antarabangsa yang mudah dan cepat untuk disediakan pada bulan Ramadan istimewa untuk penonton TV AlHijrah.

📌 Poket Akhirat - Setiap Jumaat & Sabtu | 6.30 Petang
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Poket Akhirat adalah sebuah rancangan berbentuk drama dokumentari tajaan Lembaga Zakat Kedah yang berkongsi kisah golongan asnaf dalam meneruskan kehidupan seharian menggunakan sumbangan zakat.

Penonton berpeluang untuk memahami secara mendalam tentang fungsi dan peranan agihan zakat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah.

📌Iringan Ilahi - Setiap Selasa | 6.30 Petang

Iringan Ilahi adalah sebuah program travelog dakwah kendalian Ustaz Ashraff Suarin yang disiarakan setiap Selasa, jam 6.30 petang.

Sambil menikmati keindahan alam, Ustaz Ashraff Suarin akan mengambil pendekatan berbeza dalam mendekati Umat Islam Malaysia yang keciciran dari arus perdana.

Antara yang disantuni Ustaz Ashraff Suarin adalah seperti umat Islam yang keciciran antaranya kaum Bajau Laut di Sabah.

📌 Singgahan Abdi - Setiap Khamis | 6.30 Petang
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah Umrah.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Selain daripada penerangan tentang ibadah Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk memilih agen perlancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjadi mangsa penipuan.

Acara Lapangan Sepanjang Ramadan

Selain susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti Kerohanian, Majalah, Drama Dokumentari, Travelog, Masakan, TV AlHijrah turut melaksanakan pelbagai aktiviti lapangan untuk penonton setianya.

Antara yang sudah direncanakan adalah Bubur Lambuk, Bubur lambuk Antarabangsa, Qiamulail dan Quran Hour.

📌 Bubur Lambuk
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Tradisi pengagihan bubur lambuk di bulan Ramadan diteruskan untuk tahun ketiga. Sebanyak sepuluh trak saji akan bergerak dari AlHijrah Big Studio (ABS) menuju ke enam destinasi setiap hari  bagi mengedarkan 7000 bungkusan bubur lambuk. Sedikit kelainan, pada tahun ini, bubur lambuk resepi turun temurun Restoran Pak Monek Kampung Baru akan dimasak secara bergotong royong setiap hari di AlHijrah Big Studio (ABS).
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Program edaran bubur lambuk TV AlHijrah ini turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Putrajaya, Persatuan Food Truck Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.

📌 Bubur Lambuk International
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Pada tahun pertama diperkenalkan program bubur lambuk international, hanya lapan negara sahaja dipilih sebagai lokasi agihan sepanjang Ramadan. Namun begitu, atas respons positif dan sambutan hangat masyarakat luar negara, krew Bubur Lambuk International akan menjelajah keempat belas buah negara baru pada Ramadan kali ini.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah

Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Negara-negara tersebut adalah Morocco, Korea, Indonesia, Perancis, Ethiopia, Jordan, Turki, Scotland, Mekah, Rusia, Oman, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat. Aktiviti yang mampu mengeratkan ukhwah umah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia ini mendapat sokongan penuh pihak Kedutaan Malaysia, pelajar-pelajar universiti dan juga penduduk tempatan.

📌 Qiamullail

TV AlHijrah turun padang untuk bersama penonton setia TV AlHijrah bagi mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramadan.

Qiamullail yang dibawakan secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dilaksanakan pada Sabtu, 9 Jun 2018 bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi.

Antara pengisian yang telah dirancang adalah termasuk memberikan pengisian rohani  seperti Majlis Tazkirah sebelum Berbuka Puasa, Solat Terawih berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Solat berjemaah, Sahur dan Kuliah Subuh. Selebriti TV AlHijrah turut turun padang untuk sama-sama merapatkan saf.

📌 World Quran Hour
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Bacaan al-Quran secara beramai-ramai akan dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H.

Acara yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini akan disiarkan di stesen TV AlHijrah 

Program ini mampu menggalakkan umat Islam untuk lebih menghayati Al Quran sekaligus membuka mata orang bukan Islam akan keindaham Islam serta amalannya.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah Reviewed by Ana Suhana on May 26, 2018 Rating: 5

26 comments:

  1. Banyak program sempena Ramadhan ni...

    ReplyDelete
  2. Suka tonton tv al hijrah ni, byk panduan dan pengalaman boleh kita amek dan pelajari daripada siarannya kan ana .

    ReplyDelete
  3. Banyak program yg TV AlHijrah dah sediakan..kena lock date utk Quran Hour tu

    ReplyDelete
  4. Akk suka tonton tv al hijrah ni, byk yg boleh kita dapat dan belajar drp siarannya kan ana..

    ReplyDelete
  5. Banyak rancangan menarik. Nt akk tgk siaran ni ye ana

    ReplyDelete
  6. Wahh bagus usaha tv al hijrah ni, husniey pun suka tengok banyak program berfaedah

    ReplyDelete
  7. TV Al Hijrah byk pengetahuan agama yang blh kita pelajari. Sesuai utk seisi keluarga.

    ReplyDelete
  8. Banyak program pengetahuan agama ye.. Kalau dlu bln puasa tau tgk Jejak Rasul je. TV Al Hijrah buat pengisian macam ni sesuai utk semua.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga pogram TV Al Hijrah. Dulu tim puasa tengok Jejak Rasul kali ji dha banyak pilihan rancangan

    ReplyDelete
  10. Banyak juga program kat TV Alhijrah .Sesuai dengan bulan ramadan Yang mulia ni kan.

    ReplyDelete
  11. Liez suka rancangan2 bulan ramadhan sbb byk yg islamic dan kebanyakkan boleh tgk la..

    ReplyDelete
  12. Banyak juga program menarik sempena Ramadhan ni ye. Teringin nak tonton dokumentari pembunuhan ramai-ramai sabra shatilla tu. Macam menarik je

    ReplyDelete
  13. Hana jarang tengok TV alhijrah T^T huhuhu so nak dikecam ke macam mana ni?! hahah >_< btw Thank you for sharing kak Ana ^^ Inshaallah lepas ni akan rajin2 bukak Tv al hijrah :3

    ReplyDelete
  14. banyak bwtul program time ramadhan sampai tak tertengok😅

    ReplyDelete
  15. Banyak ya program yang menarik, bagus kan Ana..

    ReplyDelete
  16. Memang banyak siaran yang menarik dari TV Al-Hijrah... LeYa pun suka tengok.

    ReplyDelete
  17. best2 ye program..
    tapi mana yang sempat je lah dapat tgk. kena record kot. lps raya nanti boleh tengok. hehehe

    ReplyDelete
  18. bagusnya banyak program islamik. Tajuk program pun power :D

    ReplyDelete
  19. Bonde suka tengok Tv alhijarah memang menarik sekali program yg di adakan sempena bulan Ramadan.

    ReplyDelete
  20. banyak program yang disediakan, xda lah masa terbazir macam tu jerk, menonton tv pun boleh beribadah jugak

    ReplyDelete
  21. Banyaak sangat kan program yang best bermanfaat boleh kita tengok bulan Ramadhan ni.

    ReplyDelete
  22. bagus sngt program mcm ni. banyak manfaatnya pada kita smua apatah lagi dibulan ramadan. <3

    ReplyDelete
  23. bagus prgram2 macam ni.. harapnya berkekalan sampai lepas ramadhan. tapi AlHijrah memang best =)

    ReplyDelete
  24. Banyak program menarik sempena Ramadhan. Memang best sgt

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.