Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20 - Ana Suhana

May 28, 2018

Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20


Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20 | Assalamualaikum. Hi korang. Ni Ana ada berita baik nak share dengan korang. Ana tau tentang ni pun masa "window shopping" di aplikasi Lazada. Maklumlah dah nak raya kan. Of course lah setiap harib belek katalog Lazada tu. Masa belek punya belek tu lah Ana terjumpa tentang Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20 ni. Tu yang excited nak share dengan korang semua. Benda baik haruslah kita kongsi bersama kan.
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada 
Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20

Tak sangka kan Lazada pun ada jual baucer all you can eat Buka Puasa ni. Dekat mana nak tengok baucer promosi ni? Mudah saja. Korang hanya perlu ke laman web Lazada atau gunakan aplikasi Lazada dengan klik link di bawah ni. Dekat sana nanti korang boleh nampak senarai baucer bufet Ramadhan yang ditawarkan. Pilih je yang mana berkenan.


Cakap tentang promosi bufet Ramadhan di Lazada ni, korang tau tak yang promosi tersebut adalah sehingga 40% dari harga asal dengan range harga bermula serendah RM20 sehingga RM150. Jangan ingat baucer yang paling murah tu tak best tau sebab dengan harga RM20 tu korang boleh menikmati lebih dari 30 juadah berbuka tau. Murah ke tak murah? Murah sangat kan tu. Memang berbaloi-baloi lah beli baucer dari Lazada ni. Lagi-lagi kalau kita plan bawa family berbuka puasa sekali.
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada

Menu Promosi Bufet Ramadhan di Lazada

Apa yang menarik tentang menu-menu di bawah promosi bufet Ramadhan Lazada ni ialah kesemua menu yang dihidang oleh restoran-restoran ni adalah merupakan menu masakan rumah kegemaran rakyat Malaysia. Ini termasuklah menu masakan Melayu, Barat, Asia dan banyak lagi.
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada 
Bagi masakan Melayu, kebanyakan bufet yang dihidangkan terdiri daripada menu asli tempatan yang sedap dan menarik yang pastinya memikat selera korang semua. Begitu juga dengan menu masakan yang lain yang tidak kurang hebatnya. 
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Antara restoran atau hotel terkemuka yang mempromosikan bufet mereka di bawah promosi bufet Ramadhan Lazada ni ialah Furama Hotel Bukit Bintang, The Grand Beach Resort Port Dickson,  Hadramawt Palace Bukit Bintang, A'Famosa Resort Melaka,  Dorsett Grand Subang Jaya, Silka Johor Bahru, Best Western I-city Shah Alam dan Putrajaya International Convention Centre. Dan kesemua restoran tersebut adalah restoran yang mempunyai sijil Halal yang diakui Jakim. So jangan ragu-ragu untuk mencuba bufet Ramadhan mereka ok. Ada di antara restoran-restoran tu Ana dah cuba bufet Ramadhan mereka, dan masing-masing mempunyai kelainan dalam persembahan makanan mereka. Yang pastinya semua sedap-sedap belaka. InsyaAllah korang tak kan kecewa.

Jangan lupa beli promosi bufet Ramadhan tersebut di lama web Lazada atau aplikasi Lazada ok sebab boleh jimat banyak. Harga early bird pun tak semurah harga baucer di Lazada ni. Ana tau lah sebab Ana kan selalu juga pergi review bufet Ramadhan. Hehe. So selamat mencuba.


27 comments:

  1. Wow...banyak jugak menunya ni
    Nampak sedap2 semuanya..

    ReplyDelete
  2. Wow... sesuatu yg terbaru kat Lazada. Makin mudah kita utk beriftar bersama lazada. Kemudahan yg lain dr yg lain.

    ReplyDelete
  3. Ada nampak iklan ni dekat lazada tengah dok pikir nak pilih yang mana, nak yg dekat..dan mursh he he he

    ReplyDelete
  4. jom ana membufet kita.. hahahaa

    ReplyDelete
  5. murahnya ana, menu pun banyak. ok kena belek aplikasi lazada jugak hr ni. Tq ana perkongsian yang besttt

    ReplyDelete
  6. maju dah skrg, semua online je haha

    ReplyDelete
  7. Murahnyaa Ana.. Bestnya kalau dapat belanja satu family ni😍💕

    Thank you for sharing this

    ReplyDelete
  8. Wah Lazada dah ada buat Ramadhan Buffet, menarik nie Ana..

    ReplyDelete
  9. Wahhh benda baru kat lazada.. ada gak promot pasal buffet.. senang mcm tu sbb ramai yang guna apps lazada kan.

    ReplyDelete
  10. Banyaknya promosi melalui Lazada, senang siapa yang guna apps Lazada..eh..akak pun guna la..jap nak pi skodeng

    ReplyDelete
  11. Mak aii..murah tersangat tu..nk gi jengah la kat apps sat lagi

    ReplyDelete
  12. Tak pernah terfikir pula nak search buffet ramadhan kat lazada. Hihihi.
    Boleh try search jap lagi ni tapi semua area luar melaka la pula. :(

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing kak Ana ^^ Hana pun selalu jugak ber'window shopping haha!

    ReplyDelete
  14. Tulah ada perasan jugak psl baucar dr lazada ni..bestkan..murah lah sikit..bolehlah beli utk mkn sefamily hihi

    ReplyDelete
  15. Wahhh murahnyaa! Okay nak terjah lepas ni. Heheh.

    ReplyDelete
  16. RM 20 dengan 30 menu boleh dinikmati,PC rasa sangat la berbaloi kak...itu dah boleh buat rambang mata nak pilih dan makan...

    ReplyDelete
  17. wow, lazada mmg awesome ... harga buffet affordable :))

    ReplyDelete
  18. wah...terbaik lah lazada...macam2 ada kan

    ReplyDelete
  19. bestnyaaa kak ana.. murah dan berbaloiii

    ReplyDelete
  20. mcm2 voucher bole beli ni..akak pernah beli kt groupon dulu2..nanti nk jenguk2 lazada plak

    ReplyDelete
  21. wow slalu tengok kat groupon lazada pun da ade skrang ni.. hehe senang yang amat zaman skrang..

    ReplyDelete
  22. Kat Lazada pun boleh beli pakej bufet ramadan.. Multifunction sungguh Lazada ni, kan..

    ReplyDelete
  23. Dulu selalu beli voucher & promosi makanan di restoran atau hotel kat Groupon je. Sekarang kat Lazada pun ada. Dah berkembang Lazada ni. Sambil shopping baju boleh beli ramadan buffet sekali.

    ReplyDelete
  24. All in one ada kat lazada ni. Senang je tak perlu kesana sini

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤