Serlahkan Diri Anda Dengan Produk Penjagaan Rambut Schwarzkopf #createyourstyle - Ana Suhana

May 16, 2018

Serlahkan Diri Anda Dengan Produk Penjagaan Rambut Schwarzkopf #createyourstyle


Serlahkan Diri Anda Dengan Produk Penjagaan Rambut Schwarzkopf #createyourstyle | Assalamulaikum. Penjagaan rambut sangat penting bagi setiap orang terutama wanita. Penggunaan produk penjagaan rambut yang sesuai juga amat lah penting. Selama 120 tahun, Schwarzkopf adalah nama yang sinonim dengan kualiti, kebolehpercayaan, kepakaran dan inovasi dalam industri penjagaan warna dan gaya rambut. Dan pada tahun ini, jenama ini mengambil langkah ke depan jauh daripada kecantikan konvensional yang stereotaip dengan mempromosikan kepelbagaian dan gaya individu, fesyen dan kecantikan dalam kempen terbarunya.
Schwarzkopf #createyourstyle
Schwarzkopf #createyourstyle
Serlahkan Diri Anda Dengan Produk Penjagaan Rambut Schwarzkopf #createyourstyle

Kempen #createyourstyle yang di adakan ini mengetengahkan gaya individu di mana ianya dapat mendorong para pengguna untuk lebih yakib dalam menggayakan gaya kegemaran mereka dengan cara yang terbaik.
Schwarzkopf #createyourstyle
Schwarzkopf #createyourstyle
Bersempena dengan kempen tersebut, Schwarzkopf telah melancarkan produk terbaru di bawah rangkaian Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen khas untuk menjadikan rambut lebih bersih dan sihat. Rangkaian produk Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen terdiri daripada:

1. Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Shampoo
2. Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Conditioner
3. Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Spray

Majlis pelancaran tersebut di adakan di Talent Lounge, di mana 3 influencer terkenal Malaysia telah diundang untuk mempamerkan gaya rambut kegemaran mereka serta berkongsi cerita peribadi tentang pilihan gaya rambut tersebut.
Schwarzkopf #createyourstyle
Schwarzkopf #createyourstyle 
Sharifah Eleen Al-Baity suka mengayakan rambut yang bercirikan santai dan riang yang mudah digayakan dan mencerminkan semangatnya yang bebas.

Manakala selebriti tempatan, Mawar Rashid, lebih menggemari gaya rambut yang mudah dan elegan. "Gaya rambut yang elegan dan kelihatan cantik di setiap sudut amat sempurna untuk seseorang yang perlu bersiap-sedia untuk bergambar pada bila-bila masa" kata Mawar Rashid dalam majlis tersebut.

Seorang lagi influencer, Emma Shazleen, ibu kepada tiga orang anak lelaki adalah peminat tegar rambut cepol yang tinggi. Wanita yang bertubuh kecil itu mengaku dirinya menggemari gaya tersebut kerana ia lebih praktikal, namun masih bercirikan fesyen yang eksklusif.

"Dengan penjagaan rambut yang baik, ia adalah lebih mudah untuk mecapai gaya rambut yang di inginkan. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan produk yang dipercayai dan berkualiti yang sinonim dengan jenama Schwarzkopf. Extra Care Hydro Collagen kami mempunyai kompleks Hyaluronic Acid dan Collagen yang mampu menyerap kelembapan jauh ke dalam rambut dan menguncinya dengan lebih lama, supaya rambut kelihatan lebih berkilau dan lebih lembut dalam apa jua gaya yang dipilih! "kata Encik Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif untuk Schwarzkopf Hair Care Malaysia.

1. Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Syampu- RM18 (200ml) / RM28 (400ml)
Schwarzkopf #createyourstyle
Schwarzkopf #createyourstyle 
Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Syampu menawarkan pembersihan harian untuk rambut normal atau kering dan kasar. Ianya dapat mengembalikan keseimbangan kelembapan yang optimum dan menghasilkan rambut yang sihat yang bersinar. Formula pH 4-5 dengan Marine Collagen & Hyaluronic Acid mengoptimumkan penyerapan dan mengekalkan kelembapan  ke dalam kulit kepala serta menjadikan rambut kelihatan lebih licin dan berkilau.


2. Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Conditioner - RM28 (400ml)
Schwarzkopf #createyourstyle
Schwarzkopf #createyourstyle 
Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Conditioner memberikan keseimbangan semula penghidratan yang tepat untuk rambut normal atau kering dan kasar. Penghidratan mampu bertahan selama 72 jam dan menjadikan rambut lebih sempurna untuk sinaran yang berkilau.

3. Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Spray - RM35 (150ml)
Schwarzkopf #createyourstyle
Schwarzkopf #createyourstyle 
Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Leave in Kondisioner memberikan regenerasi dan kelembapan yang intensif untuk memperbaiki struktur rambut dan melancarkan permukaan rambut supaya mudah untuk disikat.

Nak dapat  gaya rambut kegemaran korang dalam versi yang terbaik? Apa kata korang cuba  bantuan produk penjagaan rambut Schwarzkopf.

Nak beli dekat mana? Kesemua rangkaian produk penjagaan rambut Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen ini boleh didapati di farmasi Guardian dan Watsons yang terpilih di seluruh negara. Dapatkan segera ok. 

18 comments:

  1. Macam nak cuba.. cantik pula warna syampoo tu..

    ReplyDelete
  2. Packaging dia cantik dan produk ni pun bagus kan

    ReplyDelete
  3. Cantik packaging syampu nie Ana..

    ReplyDelete
  4. Anis dah lama usha brand ni.. Tapi tak beli2 lagi..

    ReplyDelete
  5. Suka tgk packaging dia menarik... Wangi tak syampu ni

    ReplyDelete
  6. eeca ada guna spray tu mmg best gunaa. :D

    ReplyDelete
  7. Packaging lawa.. Harga pun berpatutan boleh sangat nak cuba ni pulak

    ReplyDelete
  8. wah bestnyer...tertarik la dgn yg spray tu...nak carik lah nnt

    ReplyDelete
  9. suka packaging dia..tertarik dengan warna tu...

    ReplyDelete
  10. Schwarzkopf kan mmg brand yg lama dan famous utk brgan penjagaan rambut..tgk packaging br ni mmg cun..

    ReplyDelete
  11. nak sebut macam mana la nama brand ni hehehe cantik warna biru dia

    ReplyDelete
  12. Terpikat hati ngan packaging baru ni, cantik dan menarik....

    ReplyDelete
  13. Tertarik akk ngan packaging baru ni, cantik dan menarik...

    ReplyDelete
  14. Lia suka shampoo ni gak. Penah pakai sebelum ni. Suka sangat packaging dia Yang stylo & colourful too .

    ReplyDelete
  15. Cntik la packaging dia. Suka tngok.. nnti nk try la.

    ReplyDelete
  16. packaging warna dia sgtlah striking ..tp lawa..ni adik beradik swaroski ke hihi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤