Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan - Ana Suhana

May 19, 2018

Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan


Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan | Assalamualaikum. Semalam akhirnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan senarai menteri yang dilantik untuk menganggotai jemaah kabinet terasnya. Dan senarai itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mahmud V untuk mendapat perkenan Baginda.
Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan

Sejak PH menerajui negara minggu lepas, senarai Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan  adalah yang paling di nanti-nanti. Ini kerana sejak seminggu ini hanya beberapa nama sahaja diumumkan untuk berada di dalam kabinet tertinggi baru kerajaan.

Menerusi pengumuman semalam, terdapat 13 kementerian diwujudkan yang bakal disandang oleh wakil-wakil Parlimen daripada parti-parti yang berada di bawah Pakatan Harapan termasuklah Menteri Besar kesayangan rakyat Selangor; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Dan akan datang akan ada lagi beberapa kementerian akan diwujudkan untuk mengukuhkan jemaah kabinet.

Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan ini di jadualkan akan mengangkat sumpah pada hari Isnin bersamaan 21 Mei 2018 pada pukul 11.30 pagi di Istana Negara. 

PERDANA MENTERI 
Tun Dr Mahathir bin Mohamad

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

MENTERI DALAM NEGERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

MENTERI PENDIDIKAN
Dr Maszlee Malik

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Rina Harun

MENTERI WANITA & PEMBANGUNAN NEGARA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

MENTERI HAL EHWAL NEGERI
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

MENTERI PERUMAHAN &KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Zuraida Kamaruddin

MENTERI KEWANGAN
Lim Guan Eng 

MENTERI PENGANGKUTAN 
Anthony Loke Siew Fook

MENTERI KOMUNIKASI & MULTIMEDIA
Gobind Singh Deo

MENTERI TENAGA MANUSIA
M Kulasegaran

MENTERI PERTAHANAN
Mohamad Sabu

MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
Salahuddin Ayub

MENTERI KESIHATAN
Dr Dzulkefly Ahmad

8 comments:

  1. Thanks a lot for sharing this kak Ana ^^ Budak form 6 kena banyak ambik tau pasal ni >_<

    ReplyDelete
  2. Harap ada pembaharuan Malaysia Baharu nie kan Ana.. 😉

    ReplyDelete
  3. Salahuddin Ayub tu orang kampung akak tu.
    teringat zaman dia bawak motor scrambler.

    ReplyDelete
  4. I truly hope they would prove that they're the best selection for a better nation... huhu..

    ReplyDelete
  5. semoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya

    ReplyDelete
  6. menteri kesihatan tu ..fil pd kwn akak..

    ReplyDelete
  7. tak sabar tengok senarai penuh kabinet nanti

    ReplyDelete
  8. Menteri pendidikan. Lecterur uia. Semoga yang dilantik dpt mnjlnkan tugas dan tanggungjawab dengan jujur da saksama

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤