Sah Kadar GST "Dimansuhkan" Berkuatkuasa 1 Jun 2018


Sah Kadar GST "Dimansuhkan" Berkuatkuasa 1 Jun 2018 | Assalamualaikum. Berita gembira yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kini menjadi kenyataan apabila Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa Kadar GST "Dimansuhkan" Berkuatkuasa 1 Jun 2018 dari 6% kepada 0%. Alhamdulillah rezeki sempena Ramadan malam ni. Tahniah kerajaan kerana  berjaya menunaikan antara manifesto utama PRU14.
Kadar GST dimansuhkan berkuatkuasa 1 Jun 2018
Kadar GST Dimansuhkan Berkuatkuasa 1 Jun 2018 
Sah Kadar GST "Dimansuhkan" Berkuatkuasa 1 Jun 2018 

Menurut siaran media yang diedarkan, Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%). Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak. Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GST.
Kadar GST Dimansuhkan Berkuatkuasa 1 Jun 2018
Kadar GST Dimansuhkan Berkuatkuasa 1 Jun 2018 
Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input. Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam).
Sah Kadar GST "Dimansuhkan" Berkuatkuasa 1 Jun 2018 Reviewed by Ana Suhana on May 16, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Yeay...dh confirm...harapan rakyat malaysia

    ReplyDelete
  2. been working on this GST for the past few years and this is one of the best thing to read.

    ReplyDelete
  3. akak mmg senyum sokmo. cuma kena berhempas pulak nak repair balik the prices lah.

    ReplyDelete
  4. Cuma kena jaga2, kot2 boleh naik percent tu balik

    ReplyDelete
  5. Rasanya bukan dimansuhkan tapi disifarkan..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Syukur. Ringan sikit beban kita smua..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.