Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan : Pelengkap Mandian Si Jejaka - Ana Suhana

May 30, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan : Pelengkap Mandian Si Jejaka


Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka | Assalamualaikum. Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekaligus!.
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari muka hingga ke tapak kaki untuk kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - COOL
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpersonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - ACTIVE
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - ULTIMATE KICK
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - HATTRICK
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, beserta  dengan  haruman Amber.  

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro yang membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. Dapatkan Dashing 2 in 1 di mana- mana farmasi dan pasaraya berhampiran.

18 comments:

  1. hah aritu perfume & deodarant..kalini body wash plak ye

    ReplyDelete
  2. Oh anak akak suka yang warna biru. Memang wangi betul segar sepanjang hari. Tak kenal maka tak cinta. So jom cuba.

    ReplyDelete
  3. Mmg best Dashing..bau dia sangat manly gitu..i likeee

    ReplyDelete
  4. Bau dia wangi sangat. Memang best Dashing ni. Warna hitam tu bau dia sedap. I like. Teringin jugak nak cuba kang tak jadi maskulin jadi nengkulin haha

    ReplyDelete
  5. senang all in 1 macam ni. jimat masa

    ReplyDelete
  6. mama suka bau jantan mcm dashing ni hihi

    ReplyDelete
  7. Macam best je mandian dashing ni, bolehla hadiahkan pada tuan suami.

    Suka tengok packaging Active dan Hattrick

    ReplyDelete
  8. teringin pulak nak guna satu..

    sebab nak jadi lelaki sejati..

    hahahaha

    ReplyDelete
  9. Senang kan Ana Dashing baru nie, bau pun best..

    ReplyDelete
  10. wow da ade mandian skrang.. maju maju..

    ReplyDelete
  11. 2 in 1,senang nak bawak travel

    ReplyDelete
  12. Bestnya lelaki sekarang dah banyak produk untuk dorang. Dulu produk wanita je banyak. Senang sekarang guna 2 in 1 je senang nak bawa gi sana sini.

    ReplyDelete
  13. lelaki punya senang nya siap 2 in 1. kita yg perempuan ni 1 in 1 pon ssh nk dpt. msti nk kena add on lagi. untung kan lelaki

    ReplyDelete
  14. Jimat la lepas ni sbb 2in1.. dashing mmg best sbb tu lama dipasaran

    ReplyDelete
  15. stok kena bawa balik kampung memang memudahkan! harus top up bila dah habis En Suami suka :)

    ReplyDelete
  16. Best sangat bau dia. walaupun dah lama ada di pasaran 2 in 1 ni tp skrg packaging dia lebih menarik. Kalau dlu more utk travel. Brand paling lama dan masih dpt sambutan kan ana.

    ReplyDelete
  17. Encik suami suka sangat sebab tak perlu banyak benda nak pakai. Bau dia pun wangi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤