Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable - Ana Suhana

May 23, 2018

Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable


Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable | Assalamualaikum. Bio-Oil adalah antara produk yang Ana setia guna sejak 5 tahun lepas dan makin kerap guna after bersalin kan Syafi. Kenapa?? Kerana Bio-Oil berkesan membantu memperbaiki masalah kulit mak-mak macam Ana ni seperti masalah parut, tanda regangan, tona kulit yang tidak sekata serta membantu mengurangkan kesan regangan yang terbentuk selepas bersalin. Ini kerana rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semula jadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Dan bersempena dengan Hari Ibu, Bio-Oil Malaysia menganjurkan kempen bertajuk #shssheisremarkable di mana kempen ini bertujuan untuk meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita.
Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable

Sambutan telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk cinta luar biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak, mengimbau kenangan ketika dia hamil  dan hubungan erat dia dengan ibunya sendiri.
Kempen ini kemudian diikuti dengan peraduan Facebook di mana pengguna Bio-Oil perlu menghantar gambar mereka bersama ibu mereka. Sebelas pasang produk Bio-Oil menanti mereka bersempena dengan ulang tahun ke-11 Bio-Oil di Malaysia.
Peraduan ini berjalan sehingga hujung Jun dengan pembelian Bio-Oil 60ml, di mana mereka juga berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan makeover di studio istimewa bersama dengan orang tersayang. Perjalanan kita sentiasa berubah dan Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana, tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai setiap kenangan yang tercipta.
Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable
Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable
#sheisremarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja boleh membantu seorang wanita mencari dan merasai dia yang terbaik tetapi ia menguatkan kegembiraan kerana dapat berkongsi dengan orang lain.

"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Ibu ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui.  Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia   boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan," kata Pengurus Unit Perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan. ''Ia  benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi."

Untuk maklumat lanjut sila layara laman web Bio-Oil di https://www.bio-oil.com/my/my-en.

19 comments:

  1. baguskan manfaat bio oil ni, walaupun agak mahal tetapi berbaloi sangat

    ReplyDelete
  2. wah..bgusnya..nak cuba jgk la..:)

    ReplyDelete
  3. Produk yang bagus untuk hilangkan kesan parut..

    ReplyDelete
  4. Mama PC pakai Bio Oil ni kak Ana..kalau berterusan insyaAllah nampak kesannya.

    ReplyDelete
  5. Memang suka Bio oil..dari zaman mengandungkan Dania lagi..akak guna untuk muka gak..kalau ada scar bekas jerawat kan..sapu lepas dah letak moisturiser kat muka..so far berkesan

    ReplyDelete
  6. Ms ngandung dhia pling suka bio oil

    ReplyDelete
  7. Bagusnya kempen bio oil ni.. Kreatip boleh bagi hadiah untuk ibu

    ReplyDelete
  8. Bagus kan Bio Oil nie, Kakak pun guna juga untuk hilangkan parut demam campak..

    ReplyDelete
  9. K linda guna bio oil ni masa mengandung anak sulung lagi sampai sekarang, memang bagus sgt

    ReplyDelete
  10. Kinah pernah guna bio oil ni untuk hilangkan parut. Memang elok.

    ReplyDelete
  11. Bonde suka Bio Oil ni dia memang bagus menghilangkan parut.. yang paling best minyak tidak melekit

    ReplyDelete
  12. Liez mmg pakai bio oil.. utk lembapkan kulit... untung pudarkan parut pun boleh...

    ReplyDelete
  13. bagus Bio Oil ni..kita pernah cuba dulu

    ReplyDelete
  14. dulu penah guna..nak hilangkan parut jerawat ;)

    ReplyDelete
  15. pernah guna dulu mmg terbaik kesan dia ;)

    ReplyDelete
  16. Marsha pun suka guna bio oil ni ana

    ReplyDelete
  17. Lia pengguna Bio Oil juga.kalau nak hilangkan parut kena disiplin dalam pemakaian setiap hari .Insyaallah akan hilanhkan .

    ReplyDelete
  18. bio oil memang ramai yang ckp bagus.. busyra belum pernah lg try.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤