Berbuka Puasa di Tepi Sungai di BBQ Lamb Kemensah - Ana Suhana

May 20, 2018

Berbuka Puasa di Tepi Sungai di BBQ Lamb Kemensah


Berbuka Puasa di Tepi Sungai di BBQ Lamb Kemensah | Assalamualaikum. Bila sebut tentang Kemensah mesti automatik kita akan teringat aktiviti ATV yang popular di sini kan. Tapi korang tau tak dekat sini ada satu tempat makan yang juga sama popular dengan aktiviti ATV tu. In fact tempat ni pernah viral tau dekat media sosial. Dan memandangkan sekarang ni kita dah berada di bulan puasa, Ana nak cadang dekat korang untuk Berbuka Puasa di Tepi Sungai di BBQ Lamb Kemensah.
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di Tepi Sungai di BBQ Lamb Kemensah

Ye ini betul-betul ok bukan main-main. Korang boleh Berbuka Puasa di Tepi Sungai di BBQ Lamb Kemensah ni. Rare kan? Bayangkan lepas penat seharian berpuasa, korang dapat berbuka dengan set BBQ yang super sedap sambil ditemani dengan deruan air sungai yang mengalir tenang, syok bukan?? Memang lain dari yang lain. Hilang rasa letih tu semua.
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Tapi sebelum tu make sure korang book awal-awal terlebih dahulu sebab tempat dekat sini memang consider hot seat. Penuh sokmo orang Ganu kata. Jangan cuba-cuba nak walk in. Memang susah lah nak ada tempot kosong untuk korang.
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah

Kalau korang datang awal dan bawa anak-anak sekali, boleh lah lepas kan dorang mandi kolam yang ada dekat sini. Nak mandi sungai pun boleh sebab air dekat sini jernih dan bersih. Takde pencemaran semua tu. So dont worry. 
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah

Nak ke Berbuka Puasa di atas Sungai di BBQ Lamb Kemensah ni senang je sebenarnya. Dari MRR2 korang exit ke Zoo Negara then masuk dekat lorong dekat tepi zoo tu. Drive straight je dalam 10 minit. Nanti korang akan nampak BBQ Lamb Kemensah di sebelah kanan korang. Parking je dekat dalam tu.

Menu berbuka dekat BBQ Lamb Kemensah ni ada 3 set. Pada yang tak makan kambing jangan risau sebab ada lagi 2 set yang korang boleh makan.  Untuk Ketiga-tiga set tu, setiap set boleh makan untuk 4 - 6 orang dan disertakan dengan nasi herba (boleh refill), sup kambing, kurma, cocktail, jeli puding, salad dan 2 jug jus buah.
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah

3 set BBQ yang ditawarkan sepanjang Ramadan ni ialah:

1. Set Seafood - RM188/set
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Set seafood terdiri daripada sotong, ikan salmon, baby lobster dan ketam. 

2. Set Daging - Rm188/set
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Set daging terdiri daripada kambing (lamb cut & lamb ribs)  dan daging (short rib & beef terderloin).

3. Set Burung - RM168/set
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Set burung pula terdiri daripada daging itik salai, ayam organik, kepak ayam dan burung puyuh.

Pada yang datang berdua jangan risau  atau takut tak boleh nak habiskan set BBQ yang ada ni sebab dekat sini juga ada set untuk 2 orang yang berharga RM100. So jangan sedih-sedih ok.
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah
Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah

Dalam 3 set dekat atas Ana paling suka set burung. Satu sebab harga dia yang paling murah. Hehe. Tapi yang paling utama sebab daging itik salai dalam tu memang terbaik. Isi daging itik tu punya lah lembut, lepas tu tekstur dia pula halus je. Rasa dia pula jangan cakap lah. Dengar kata daging itik ni disalai selama 2 minggu tau. No wonder lah sedap giler. Set  daging dia pun Ana suka. Daging bakar yang ada dalam tu pun antara yang terbaik. Memang kenyang teruk bila makan dengan nasi herba dan sup kambing yang ada sekali dalam set tu.

Bagi korang yang berminat nak berbuka puasa dekat sini boleh lah call nombor di bawah ni. Jangan lambat nanti melepas. Rata-rata yang pernah makan dekat sini semua puas hati dengan makanan yang disajikan. Dan ramai juga yang repeat makan dekat sini.  Tu maknanya apa.

Set berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah ni akan beroperasi pada 19 Mei 2018 hingga 12 Jun 2018 bermula jam 6 petang hingga 11 malam. So on jangan tak on ok.

BBQ Lamb KL Kemensah
Jalan Taman Zooview 
68000 Kuala Lumpur

Facebook :

Instagram :

Telefon :
012-211 4100


26 comments:

  1. sukaaaaaaaaa....sedappppppppp hehehe...syok dpt main air kn ...lapar blk tgk ketiga2 set tu hehe

    ReplyDelete
  2. Best tu ana, makan sambil menikmati keindahan alam semulajadi, ditepian sungai....ank2 pun boleh mandi manda kat sana...

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat esp yg bird set tu...

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat makan dekat situ. Suasana yang menarik. Dapat mandi manda pulak tu.. Menu pun menarik.

    ReplyDelete
  5. akak suka sangat makan kat sini..hidangan set untuk berbuka tu sangat berbaloi..dengan harga yang ditawarkan boleh makan untuk 4-6 orang..sedap pun sedap kan..set pilihan akak dah tentu set daging dan set seafood..smoked duck pun sedap ishh...terliur dah ni

    ReplyDelete
  6. Syok tu makan sambil berendam kaki. Airnya pun bersih je. Macam best je set daging tu.

    ReplyDelete
  7. Adoi.. geram je nengok kambing tu..kikiki..

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaaa. kalau dekat sha ajak dah kawan kawan pi

    ReplyDelete
  9. pernah lalu area sini.. tapi tak pernah stay..

    ReplyDelete
  10. Wah seronoknya, nampak jugak ada yang pernah review pasal ni. tapi tulah, nak berbuka tu tak kot hehe. tapi Insya Allah nak merasa bawak anak-anak 1 day..

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa menggodanya. nasib baik jauh. kami kat utara. hahahahhaha

    ReplyDelete
  12. Pakej BBQ Kambing dan seafood sangat menarik. Mengoda sungguh bulan puasa ni.. Bestnye suasana makan sambil main air seronoknye...

    ReplyDelete
  13. Scroll laju2 part menu tu.. Tergugat.. Haha

    ReplyDelete
  14. Nyamannya suasana kat sini.. Haihh teringin nak pergi.. BBQ Lamb tu tergoda husniey tengok.. 😍😍

    Salam Ramadan 1439H Ana dan keluarga

    ReplyDelete
  15. Bestnya suasana mcm ni. Suka la.. salam ramadhan kak ana dan keluarga. <3

    ReplyDelete
  16. Bawah kaki air mengalir.. Kita duduk sambil menikmati hidangan ..wah nikmat ni kak Ana.

    ReplyDelete
  17. Tempat ni sekarang memang hot ya. Banyak gila review dengan IG posts pasal tempat ni. Teringin juga nak cuba tapi jauh dari rumah T_T

    ReplyDelete
  18. kalau dekat nak gi jugak. malangnya abam kie di kelate.

    ReplyDelete
  19. Sedapnye... bole try nnti kalo p sana

    ReplyDelete
  20. Syoknyaaa. Lepas makann bolehh terjunnn teruss ni dalam air. Makanan pulak nampak tempting gila!

    ReplyDelete
  21. Bestnya kalau bawa family datang sini . Makan tepi sungai sambil menjamah kambing yang sedap tu . Menyelerakan betul.

    ReplyDelete
  22. bestnya..tak pernah lah berbuka kat tepi sungai lagi..ini sgt menarik..nak pulak boleh mandi2 manda lepas tu tunggu jam nak berbuka je..best giler..tgok menu2 dia pun ya Allahh melecisssss hehe

    ReplyDelete
  23. Wahhhh best nyerrrr! If dkt cfrm aku terjah 😁

    ReplyDelete
  24. ngences akak tgk gamar2 makanan tu ana

    ReplyDelete
  25. wahhh tengok semua set terliur terus nak makan :D

    ReplyDelete
  26. Fav Marsha kambing ni...wah sedapnya nampakkk

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤