Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun - Ana Suhana

May 1, 2018

Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun


Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun | Assalamulaikum. Jepun adalah salah satu wishlist Ana. Kalau ada rezeki Ana nak sangat menyaksikan keindahan musim Sakura di negara matahari terbit itu. Bila Ana Google, selalunya musim sakura akan bermula pada awal bulan Mac hingga Mei. Dan bila tiba musim itu, korang tau tam banyak Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun yang korang boleh buat. Menarik kan?
Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun

Nak di jadikan cerita, pada tahun ni, Tokyo dan Kyushu telah menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini di mana sakura mekar lebih awal dari yang di jangka. Antara kawasan yang mula ditumbuhi sakura ialah di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki. Oleh kerana fenomena ini, lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini. Nampak tak penangan si kelopak merah jambu ni.

Kalau korang nak tau, pergerakam musim sakura biasanya akan bermula dari arah selatan menuju ke utara dan akan berakhir di Hokkaido pada sekitar bulan Mei. Sepanjang tempoh ini, korang berpeluang untuk menyaksikan pokok-pokok di tepi-tepi jalan dipenuhi dengan kelopak bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu. Memang sangat indah dan cantik.

Antara lokasi popular untuk melihat bunga sakura ini ialah di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Kalau ada rezeki korang ke sini pada waktu-waktu ini, pastikan korang meraikan keindahan bunga-bunga kecil ini sambil menyertai aktiviti yang diterajui oleh peminat sakura tempatan. Apa aktiviti tu?  Jom kita tengok.

 Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
 Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
Tahu tak di Jepun, mereka akan mengadakan parti untuk melihat bunga sakura. Dan parti tersebut tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Macam mana pula nak buat bento Hanami tu? Jangan risau kalau korang tak tahu sebab ada pakar iaitu Kotari yang akan memimpin korang dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura korang sendiri. Nanti boleh lah korang bawa kotak bento korang sendiri dan tapau menu kegemaran korang. Kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran. Best kan.

Kamakura

Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
Ini satu lagi peluang korang untuk menikmati keindahan bunga sakura bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, korang juga boleh menikmati menu yang sesuai dengan musim sakura yang disediakan dengan teliti oleh para cef. Tapi make sure yang halal ye. Jangan maun belasah semua je. Takut ada yang bajet-bajet darurat pulak kang. Haha. Wilayah Kamakura juga tidak kurang hebatnya dengan peesembahan bunga sakura nya. So make sure korang enjoy view semasa di sini. 

Kyoto
 Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
 Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
Credit : HERE
Antara aktiviti yang menarik yang Ana rasa korang perlu lakukan bila di Jepun. Dan penggemar teh khususnya teh hijau pasti akan teruja untuk ke perkampungan teh ni. Daiki, seorang peladang teh Uji di Uwajima akan membawa korang menerokai rahsia yang kemas tersembunyi di Kyoto, Wazuka iaitu untuk mencari daun teh yang terbaik. Ana pasti aktiviti ni akan jadi pengalaman yang tak kan di lupakan sebab korang akan meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram untuk ke ladang teh organik di atas gunung. So make sure korang enjoy to the max keindahan alam semula jadi di wilayah yang penuh mistik ini tau serta jangan lepaskan peluang untuk merasa sencha dan berehat di kafe sambil menghirup matcha atau teh hijau kegemaran korang. Kalau korang bertuah, korang mungkin berpeluang melihat bunga sakura liar! Best kan.
Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
FYI, wilayah Kyoto memang terkenal dengan kekayaan susur galur sejarahnya. Apa yang korang perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa lampau dan budaya Kyoto ini ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini akan memberi tumpuan kepada budaya Geisha dan tempat-tempat suci orang Jepun. Dengan kehadiran sang sakura pastinya akan memeriahkan lagi suasana serta membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada percutian korang.
Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun
Seorang warga Jepun iaitu Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40 tahun di serata dunia termasuk di Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami, beliau akan membimbing korang merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk melindungi Dazaifu. Sepanjang pendakian ini, korang akan di beri penerangan tentang herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Menarik kan? Boleh tambah ilmu tu. Selain itu, korang juga berpeluang untuk menikmati pemandangan yang memukau dari puncak gunung serta menjamu selera dengan mi udon yang lazat. Oh nikmatnya. Dah boleh bayangkan dah suasana yang indah tu.

Ok itu lah sedikit sebanyak perkongsian tentang Aktiviti Popular Semasa Musim Sakura di Jepun. Menarik sangat kan. Pada yang ada impian untuk ke Jepun semasa musim sakura, Ana doakan semoga impian korang dan impian Ana juga tercapai. InsyaAllah. Amin.


13 comments:

  1. Amin...semoga impian kita semua tercapai nak ke jepun...

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pergi Jepun masa spring tapi tak tahu bila nak berpeluang untuk pergi.

    ReplyDelete
  3. Semoga impian Ana tercapai.. Husniey teringin nak repeat Jepun ni haa.. 😍

    Rindu betul Osaka dan Kyoto.. Kyoto best heritage, view pun cantik sangat di Bamboo Forest..

    ReplyDelete
  4. Aaminnn... Semoga impian Kak Ana tercapai. Tapi LEYa pun teringin nak melancong dan melawat negara Jepun. Wishlist macam nak pergi tahun ni.. Tapi insyaAllah ade rezeki nanti ade la nak ke sana kan..

    ReplyDelete
  5. Inayaallah semoga impian kita tercapai

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaa. apa nama bento tu tadi, allahhu. sedap nampak. gemuk padat isi. hihi.

    ReplyDelete
  7. harap ada rezeki kesana nanti

    ReplyDelete
  8. Berkurun jugaklah Hana simpan angan2 nak acah2 posing depan pokok sakura huhuhu T^T someday soon Inshaallah...

    ReplyDelete
  9. Memang Best! Pengalaman sendiri masa dok kat Jepun dulu dapatlah merasa 2 kali berhanami. Tahun 2015 dan 2016. Hari2 dok Sakura Hunting. Siap bawak tikar bawak bekal. Tapi makanan tetap masakan melayu. HAHAHH! Haishhh..rindu sangat nak berphotoshoot bagai.

    ReplyDelete
  10. suka lah tengok tempat dorang, teringin nak pi jepun nak makan sushiiii

    ReplyDelete
  11. bila nak pegi jepun sama-sama ni..eh bahahaa

    ReplyDelete
  12. teringin nyaaa gie Japan. Tq for this info Ana.

    Dah alang-alang tajuk tentang musim bunga kan , hih.

    And, jemput join GA Nadia <3
    http://www.nadiaizzaty.com/2018/04/spring-duck-giveaway-by-blog.html

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤