May 2018 - Ana Suhana

May 31, 2018

Kasut Bata Kasut Raya 2018 Pilihan Sekeluarga

2:13 PM 34
Kasut Bata Kasut Raya 2018 Pilihan Sekeluarga

Kasut Bata Kasut Raya 2018 Pilihan Sekeluarga | Assalamualaikum. Wah sekejap je dah masuk 15 Ramadan. Rasa macam baru semalam je start berpuasa kan. Ni bermakna tinggal 15 hari lagi je kita nak menghampiri Aidilfitri. Persiapan raya semua dah lengkap ke? Ana tahun ni ala kadar je. Apa yang boleh dipakai lagi, repeat pakai je. Cuma bab kasut je memang kena beli baru sebab ada yang tak muat dan ada yang haus tapak. Jadi tahun ni Ana ke Kasut Bata Kasut Raya 2018 Pilihan Sekeluarga.
Kasut Bata Kasut Raya 2018 Pilihan Sekeluarga

As we know, kasut Bata memang dah welk establish di Malaysia. Ana kenal kasut Bata ni sejak sekolah rendah lagi. In fact, kasut sekolah Ana adik-beradik wajib beli kasut Bata. Korang pun mesti sama kan? Walau masa tu harga kasut Bata agak mahal bagi kami sekeluarga tapi sebab kualiti kasut tersebut baik dan tahan lama jadi memang berbaloi beli. Boleh pakai sampai 2 tahun macam tu. Memang orang kata pakai sampai habis lah. Susah nak koyak walau pakai lasak macam mana pun.

Dan baru-baru ni jenama Bata jadi viral gara-gara Perdana Menteri kita memakai selipar Bata tersebar luas di media sosial. Memang laku keras selipar tu baik di outlet Bata atau di atas talian. Nampak tak penangan kasut Bata. Perdana Menteri kita sendiri tahu betapa eloknya kualiti kasut keluaran Bata ni. Disebabkan kes tu Ana sekeluarga bawa Syafi shopping kasut raya di Bata. Biar dia kenal Bata macam kitorang kenal dulu.

One good thing tentang Bata ialah cawangannya yang banyak dan mudah untuk diakses. Kalau dekat rumah Ana, cawangan Bata yang paling dekat ialah di Giant Batu Caves. So Sabtu lepas kami sekeluarga ke Giant Batu Caves tu. Masa Ana ke sini memang ramai orang tengah shopping kasut raya. Syafi masuk-masuk je terus excited tengok banyak pilihan kasut yang ada. Rambang mata kejap dibuatnya. Ana yang tengok pun berkenan sama. Rekaan kasut kanak-kanak dekat sini memang stylo habis. Dari sandal sampai ke kasut boot semua ada.

Lama juga nak puaskan hati si kecik ni. Boleh dikatakan semua kasut dia nak cuba terutama kasut adiwira seperti Batman, Spiderman, Avengers, Mickey dan Bubble Gummers.




Nak istimewa lagi ada sesetengah kasut ada lampu lagi. Memang suka lah budak-budak kan. Confirm dorang tak kan tengok kasut lain kalau nampak kasut berlampu ni. Akhirnya lepas belek punya belek akhirnya Syafi berkenan dengan kasut Batman berlampu. Ana pun setuju dengan pilihan Syafi kali ni sebab memang smart sangat dan sesuai untuk di pakai masa raya nanti.

Tak cukup dengan kasut berlampu, Syafi sempat lagi request selipar berlampu. Terkedu kejap masa dengar permintaan dia. Ana buat tak layan je tapi dia berjaya mencairkan hati daddy dia. Last-last dapat juga dia selipar berlampu Avengers tu.

Untuk si dara cilik pun banyak pilihan yang comel-comel. Sweet sangat. Geram je tengok. Selamat lah takde anak dara lagi. Kalau tak, mau ada yang borong kasut budak dekat Bata ni. Hehe.



Bab kasut untuk anak dah selesai. Moh ler kita cari kasut untuk En Suami pula. Kasut untuk En Suami senang sikit sebab dia sejenis yang tak cerewet. Mana yang berkenan dia sambar. Selamat selipar yang Tun M pakai tu takde. Kalau ada, Ana yakin tu yang pertama dia akan beli dulu. Hehe. Kasut lelaki di Bata pun tak kurang hebatnya. Terdapat banyak koleksi kasut baik kasut untuk ke pejabat, bersukan, berjalan dan sandal / selipar. Semua mempunyai rekaan yang berbeza untuk memenuhi citarasa para pelanggan.






Smart kan semua rekaan kasut dekat atas ni? Memandangkan En Suami baru je beli kasut bertutup di Bata 2 bulan lepas dan masih nampak baru sampai hari ni, jadi untuk raya ni dia pilih sandal atau selipar je. Senang nak sarung ke masjid dan semasa ziarah rumah saudara-mara. Walaupun hanya sandal tapi tetap nampak bergaya tau. Bukan sebarangan sandal.

Macam En Suami tadi, Ana baru je beli 2 pasang kasut di Bata bulan lepas dan ada yang tak pakai lagi so kali ni Ana cuci mata je. Jangan membazir walaupun hati ni meronta nak beli satu dua kasut lagi. Haha.



Promosi Istimewa Ramadan
Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti, Bata mengadakan promosi yang sangat menarik tau. Selain dari diskaun atas kasut terpilih, korang juga boleh memiliki 1 unit Marie Claire Wristlet yang sangat comel berserta baucer diskaun bernilai RM25 apabila berbelanja sebanyak RM149 dalam satu resit. Syok kan?


Jangan lupa untuk daftar keahlian di bawah Bata Club sekali. Free je bila korang berbelanja sebanyak RM50 dalam satu resit. Keahlian sepanjang hidup tu tau. Tak perlu nak renew setiap tahun dah. Sambil berbelanja sambil kumpul point untuk redeem voucher akan datang.

Jadi pada yang masih tercari-cari tempat untuk shopping kasut raya atau nak cari kasut baru, Ana cadangkan korang ke Bata. Banyak pilihan dan harga yang ditawarkan sangat mampu milik. Dan yang penting kualiti kasut Bata memang terbaik dan tahan lama. Boleh jimat dah tu kan. So jom shopping di Bata. :)

May 30, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan : Pelengkap Mandian Si Jejaka

11:32 AM 18
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan : Pelengkap Mandian Si Jejaka

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka | Assalamualaikum. Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekaligus!.
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari muka hingga ke tapak kaki untuk kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - COOL
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpersonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - ACTIVE
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa FougΓ©re dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - ULTIMATE KICK
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan - HATTRICK
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, beserta  dengan  haruman Amber.  

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro yang membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. Dapatkan Dashing 2 in 1 di mana- mana farmasi dan pasaraya berhampiran.

May 28, 2018

Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20

8:26 AM 27
Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20

Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20 | Assalamualaikum. Hi korang. Ni Ana ada berita baik nak share dengan korang. Ana tau tentang ni pun masa "window shopping" di aplikasi Lazada. Maklumlah dah nak raya kan. Of course lah setiap harib belek katalog Lazada tu. Masa belek punya belek tu lah Ana terjumpa tentang Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20 ni. Tu yang excited nak share dengan korang semua. Benda baik haruslah kita kongsi bersama kan.
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada 
Promosi Bufet Ramadhan Lazada Serendah RM20

Tak sangka kan Lazada pun ada jual baucer all you can eat Buka Puasa ni. Dekat mana nak tengok baucer promosi ni? Mudah saja. Korang hanya perlu ke laman web Lazada atau gunakan aplikasi Lazada dengan klik link di bawah ni. Dekat sana nanti korang boleh nampak senarai baucer bufet Ramadhan yang ditawarkan. Pilih je yang mana berkenan.


Cakap tentang promosi bufet Ramadhan di Lazada ni, korang tau tak yang promosi tersebut adalah sehingga 40% dari harga asal dengan range harga bermula serendah RM20 sehingga RM150. Jangan ingat baucer yang paling murah tu tak best tau sebab dengan harga RM20 tu korang boleh menikmati lebih dari 30 juadah berbuka tau. Murah ke tak murah? Murah sangat kan tu. Memang berbaloi-baloi lah beli baucer dari Lazada ni. Lagi-lagi kalau kita plan bawa family berbuka puasa sekali.
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada

Menu Promosi Bufet Ramadhan di Lazada

Apa yang menarik tentang menu-menu di bawah promosi bufet Ramadhan Lazada ni ialah kesemua menu yang dihidang oleh restoran-restoran ni adalah merupakan menu masakan rumah kegemaran rakyat Malaysia. Ini termasuklah menu masakan Melayu, Barat, Asia dan banyak lagi.
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada 
Bagi masakan Melayu, kebanyakan bufet yang dihidangkan terdiri daripada menu asli tempatan yang sedap dan menarik yang pastinya memikat selera korang semua. Begitu juga dengan menu masakan yang lain yang tidak kurang hebatnya. 
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Promosi Bufet Ramadhan Lazada
Antara restoran atau hotel terkemuka yang mempromosikan bufet mereka di bawah promosi bufet Ramadhan Lazada ni ialah Furama Hotel Bukit Bintang, The Grand Beach Resort Port Dickson,  Hadramawt Palace Bukit Bintang, A'Famosa Resort Melaka,  Dorsett Grand Subang Jaya, Silka Johor Bahru, Best Western I-city Shah Alam dan Putrajaya International Convention Centre. Dan kesemua restoran tersebut adalah restoran yang mempunyai sijil Halal yang diakui Jakim. So jangan ragu-ragu untuk mencuba bufet Ramadhan mereka ok. Ada di antara restoran-restoran tu Ana dah cuba bufet Ramadhan mereka, dan masing-masing mempunyai kelainan dalam persembahan makanan mereka. Yang pastinya semua sedap-sedap belaka. InsyaAllah korang tak kan kecewa.

Jangan lupa beli promosi bufet Ramadhan tersebut di lama web Lazada atau aplikasi Lazada ok sebab boleh jimat banyak. Harga early bird pun tak semurah harga baucer di Lazada ni. Ana tau lah sebab Ana kan selalu juga pergi review bufet Ramadhan. Hehe. So selamat mencuba.


May 26, 2018

Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah

11:42 AM 26
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah

Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah | Assalamualaikum. TV AlHijrah kembali menemui penonton pada Ramadan 1439H ini dengan menghidupkan semula tema Ramadan yang lalu iaitu Rapatkan Saf.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah 

Tema Rapatkan Saf Ramadan 1439H ini tidak datang hanya sebagai slogan, namun tema ini dilihat kekal releven sebagai iktizam dan tekad sebuah stesyen televisyen berkonsepkan Islam untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan serta  menggerakkan fizikal dan minda para penonton kearah kejayaan dalam perjuangan mereka di bulan yang mulia ini.

Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyusun strategi yang komprehensif untuk menyajikan program- program terbaik yang mampu menyemarakkan Ramadan semua.

Lima Sajian Eksklusif Rancangan-rancangan  Dari  Pelbagai Genre

Ramadan tahun ini memperlihatkan susunan strategik rancangan-rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan penonton pada ramadan yang lalu. 

Antara rancangan baru yang diperkenalkan ramadan ini adalah seperti Jalan Amanah, Siri Animasi Farhaa, Kapsul Majlis Hafazan Antarabangsa 2018, Selingan Hasrat, Masjid Ke Masjid dan lain-lain.

Namun begitu, 5 program utama yang dipilih stesen ini dan dijangka bakal mendapat tontonan tertinggi adalah Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi.

πŸ“Œ Seruan Berzakat - Setiap Isnin | 6.30 petang 
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Sepanjang Ramadan ini, penonton akan dipandu untuk memahami perihal Zakat menerusi Lembaga Zakat Kedah. Rancangan ini akan membawa penonton menelusuri sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat sebagai sebuah institusi negeri. Turut dimuatkan peranan institusi zakat terhadap lapan golongan asnaf di negeri Kedah.

πŸ“Œ The Chosen Setiap Isnin | 6.30 petang | Mulai 11 Jun 2018
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
The Chosen adalah sebuah dokumentari Bahasa Inggeris terbitan dalaman TV AlHijrah.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Menerusi rancangan ini, penerbit rancangan iaitu saudara Fitri Musa akan berkongsi kisah dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi dinafikan hak kemanusiaan mereka walaupun sudah menetap di negara itu selepas terjadinya peristiwa Nakbah sekitar tahun 1948.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Dokumentari ini juga akan mengimbas semula tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila pada sekitar tahun 1982 menerusi kaca mata mangsa yang melalui sendiri peristiwa pahit tersebut.

πŸ“Œ Cooking With Colors - Setiap Hari | 5 Pagi, 10 Pagi, 11.30 Pagi, 4 Petang, 5.15 Petang
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Cooking With Colors adalah sebuah program masakan yang dihoskan oleh Chef Shahrim, seorang chef bertaraf antarabangsa, juga seorang doktor dan pelukis. 
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Berbeza dengan program masakan yang disiarkan sebelum ini, Chef Shahrim akan menggabungkan seni masakan dan seni lukisan dalam persembahan beliau. Menarik sekali apabila Chef Shahrim akan terlebih dahulu melukis gambar menu masakan yang akan beliau sediakan
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Seterusnya, penonton akan dibawa bersama-sama ke pasar-pasar terpilih untuk membeli bahan mentah. Chef akan berkongsi tips-tips pemilihan bahan mentah yang terbaik. Pelbagai tempatan dan antarabangsa yang mudah dan cepat untuk disediakan pada bulan Ramadan istimewa untuk penonton TV AlHijrah.

πŸ“Œ Poket Akhirat - Setiap Jumaat & Sabtu | 6.30 Petang
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Poket Akhirat adalah sebuah rancangan berbentuk drama dokumentari tajaan Lembaga Zakat Kedah yang berkongsi kisah golongan asnaf dalam meneruskan kehidupan seharian menggunakan sumbangan zakat.

Penonton berpeluang untuk memahami secara mendalam tentang fungsi dan peranan agihan zakat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah.

πŸ“ŒIringan Ilahi - Setiap Selasa | 6.30 Petang

Iringan Ilahi adalah sebuah program travelog dakwah kendalian Ustaz Ashraff Suarin yang disiarakan setiap Selasa, jam 6.30 petang.

Sambil menikmati keindahan alam, Ustaz Ashraff Suarin akan mengambil pendekatan berbeza dalam mendekati Umat Islam Malaysia yang keciciran dari arus perdana.

Antara yang disantuni Ustaz Ashraff Suarin adalah seperti umat Islam yang keciciran antaranya kaum Bajau Laut di Sabah.

πŸ“Œ Singgahan Abdi - Setiap Khamis | 6.30 Petang
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah Umrah.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Selain daripada penerangan tentang ibadah Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk memilih agen perlancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjadi mangsa penipuan.

Acara Lapangan Sepanjang Ramadan

Selain susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti Kerohanian, Majalah, Drama Dokumentari, Travelog, Masakan, TV AlHijrah turut melaksanakan pelbagai aktiviti lapangan untuk penonton setianya.

Antara yang sudah direncanakan adalah Bubur Lambuk, Bubur lambuk Antarabangsa, Qiamulail dan Quran Hour.

πŸ“Œ Bubur Lambuk
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Tradisi pengagihan bubur lambuk di bulan Ramadan diteruskan untuk tahun ketiga. Sebanyak sepuluh trak saji akan bergerak dari AlHijrah Big Studio (ABS) menuju ke enam destinasi setiap hari  bagi mengedarkan 7000 bungkusan bubur lambuk. Sedikit kelainan, pada tahun ini, bubur lambuk resepi turun temurun Restoran Pak Monek Kampung Baru akan dimasak secara bergotong royong setiap hari di AlHijrah Big Studio (ABS).
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Program edaran bubur lambuk TV AlHijrah ini turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Putrajaya, Persatuan Food Truck Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.

πŸ“Œ Bubur Lambuk International
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Pada tahun pertama diperkenalkan program bubur lambuk international, hanya lapan negara sahaja dipilih sebagai lokasi agihan sepanjang Ramadan. Namun begitu, atas respons positif dan sambutan hangat masyarakat luar negara, krew Bubur Lambuk International akan menjelajah keempat belas buah negara baru pada Ramadan kali ini.
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah

Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Negara-negara tersebut adalah Morocco, Korea, Indonesia, Perancis, Ethiopia, Jordan, Turki, Scotland, Mekah, Rusia, Oman, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat. Aktiviti yang mampu mengeratkan ukhwah umah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia ini mendapat sokongan penuh pihak Kedutaan Malaysia, pelajar-pelajar universiti dan juga penduduk tempatan.

πŸ“Œ Qiamullail

TV AlHijrah turun padang untuk bersama penonton setia TV AlHijrah bagi mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramadan.

Qiamullail yang dibawakan secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dilaksanakan pada Sabtu, 9 Jun 2018 bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi.

Antara pengisian yang telah dirancang adalah termasuk memberikan pengisian rohani  seperti Majlis Tazkirah sebelum Berbuka Puasa, Solat Terawih berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Solat berjemaah, Sahur dan Kuliah Subuh. Selebriti TV AlHijrah turut turun padang untuk sama-sama merapatkan saf.

πŸ“Œ World Quran Hour
Ramadan Bulan Rapatkan SAF TV AlHijrah
Bacaan al-Quran secara beramai-ramai akan dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H.

Acara yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini akan disiarkan di stesen TV AlHijrah 

Program ini mampu menggalakkan umat Islam untuk lebih menghayati Al Quran sekaligus membuka mata orang bukan Islam akan keindaham Islam serta amalannya.