Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo - Ana Suhana

Apr 18, 2018

Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo


Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo | Assalamualaikum. Memandangkan dah sampai awal di Publika untuk attend Gaya Koleksi Raya 2018 by Tracync® Scarves minggu lepas, Ana decide nak makan dulu. Lagipun kesian dekat Syafi dan En Suami merayap bersendirian. Jalan punya jalan ternampak kiosk I Love Yoo ni. Dengar cerita Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo ni. Moh ler kita cuba.
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo

Nak jadi cerita sebelum pesan menu, sebab perasaan was was ni kuat,  Ana dengan yakin nya Ana tanya dekat pekerja tu samada makanan dekat sini Halal ke tak. Ana tanya dekat sorang pekerja ni je tapi semua pun nak jawab serentak. Bila dah serentak for sure terkuat kan. Apa lagi terkekek lah Ana kejap sampai customer depan kaunter tu pun tergelak sama. Alhamdulillah ada sijil halal I Love Yoo ni. Siap tampal tepi kaunter lagi. Ana je yang tak perasan. Flipshawl sekejap. Ni halal statement di laman sesawang I Love Yoo.
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Bab halal dah selesai. Bab nak order makanan ni yang problem sebab tetiba macam blurr tak tahu nak order apa. Terkebil punya terkebil Ana order lah set B dan set A plus satu air soya dan satu tow foo far. Basically menu dia simple je. Ada You Tiao (cakoi), bubur, kuih muih, tow foo far, air soya. Nak makanan berat sikit ada menu nasi ayam dan mee kantin. 

Bila dah order dan dah sampai kat meja rasa macam tak cukup lah pulak. Perut memasing tengah lapar. Gigih lah Ana beratur sekali lagi. Isteri mithali kononnya. Kali ni Ana order mee kantin dan cakoi goreng berinti red bean pula.

Set A - You Tiao + Porridge = RM5.60
Set B - You Tiao + Porridge = RM5.60
Air Soya Panas - RM3.70
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Tow Foo Far - RM4.00
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
Mee Kantin - RM7.40
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Cakoi Goreng Red Bun - RM2.20
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Ni saje je Ana nak cerita - menu macam You Tiao dan Air Soya Bean ni merupakan menu brekafast dan snek popular di kalangan kaum Cina di Asia ni. Sebab tu kalau korang perasan cakoi mesti ada dekat mana-mana restoran Cina dekat Malaysia ni sebab ni macam makanan ruji mereka. Haa sekarang dah tau kan. Sila angguk kepala. Hehe.

Sedap ke idok menu-menu dekat I Love Yoo ni? Secara peribadi dalam banyak-banyak tu Ana paling suka Tow Foo Far dia. Memang sedap. Lembut, tekstur halus dan manis gula tu just nice je. You Tiao standard lah rasa cakoi. Orang kata sedap makan dengan bubur dia tapi hari tu tengok Kak sue macam tak berselera je makan bubur tu. Maybe tak kena selera dia. Sedap tu kan subjektif. Mee kantin dia pula not bad lah. Dalam tu ada mee kicap, sambal dan telur. Rasa macam pahit-pahit sikit maybe sebab rasa kicap tu. Air soya pula plain je rasa dia. Tak manis macam soya dekat luar tu. Maybe memang signature rasa dekat sini. Tapi bagus untuk kesihatan. At the end habis juga walau plain je. Haha. Next time nak repeat Tow Foo Far dekat I Love Yoo ni sebab Ana dah jatuh suka tanpa sengaja dengan menu ni. Korang suka ke makan dekat I LoVe Yoo ni?






18 comments:

  1. lama xmkn tau foo fa...dlu ms opis lama ktarea pavi ada satu stall kt foodcourt jual mcm ni juga tp bubur yg cicah mcm cakoi tu..mkn sejuk2 tau foo far tu sedapnya

    ReplyDelete
  2. miza makan Tow Foo Far dekat pasar malam jew hehe. Tapi tengok Tow Foo Far dekat i love u ne mengancam

    ReplyDelete
  3. Sedap ni....mesti makan-makan tak sedar habis..lagi kalau menu yang tak perlu banyak mengunyah....hehe.

    ReplyDelete
  4. sedapnya cakoi, sha panggil tongkoi hahaha. tow foo far tu abah sha cukup suka, dulu selalu kena paksa makan. mula mula baca i love yoo ni i love u eh eh

    ReplyDelete
  5. tow foo far is always my favorite ... makcik yg jual tow foo far sedap kat Tamu Rabu dah tak menjual ... manalah makcik tu pergi? rindu tow foo far makcik tu ...

    ReplyDelete
  6. Salam rabu dari maznee kepada sis ana. Maznee kurang sikit makan tau foo far

    ReplyDelete
  7. Mee kantin tue nampak menyelerakan aje..

    ReplyDelete
  8. Akak selalu makan cakoi ngan mee kantin tu..sedap..alaaa..terus rasa nak makan lagi..taufoo far tu akak x pandai makan..hehehhe

    ReplyDelete
  9. ish ish ish....sedapnyer...selalu bulan puasa lina wajib beli taufoo far...lembut je bila masuk mulut...

    ReplyDelete
  10. Bubur tu tak banyak bahan macam buat sendiri, lagi pun malas nak bangun ambik bahan penambah rasa kat kaunter tu.. hahaha.. tu yang nampak rupa tak selera ja. Anyway boleh tahan juga lah semua kan makanan kat situ..

    ReplyDelete
  11. salam singgah. Kuih cakoi tu fav akak tau

    ReplyDelete
  12. liez tak pernah rasa tau foo far dkt sini.. kawan-kawan ada cakap jugak tapi sbb tak de rasa teringin lagi.. nnt kena g rasa gak

    ReplyDelete
  13. Hana tak biasa makan tow foo far.. heheh apa2 pun kak Hana memang terbaik kalau bab buat air liur Hana meleleh-leleh ni haha ^^ Nice review as always! :D

    ReplyDelete
  14. Selamat pagi, Selamat hari khamis sis ana. Sedap nya tu fufar

    ReplyDelete
  15. i love yoo too.. eh dah kenape haha.. murah lah kat situ ana.. boleh lah try nanti

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaaa taw foo far tu kak Ana, lama tak makan.

    ReplyDelete
  17. terliurnya tengok taw foo far dia! Lama dah tak makan. Nanti kalau jumpa ILY ni boleh singgah makan :D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤