Brain Freeze Dengan Rolls Icecream Melawati Mall Lepas Lunch Tepanyaki - Ana Suhana

Apr 4, 2018

Brain Freeze Dengan Rolls Icecream Melawati Mall Lepas Lunch Tepanyaki


Brain Freeze Dengan Rolls Icecream Melawati Mall Lepas Lunch Tepanyaki | Assalamualaikum. Korang sama tak macam Ana,  kalau makan aiskrim mesti kena Brain Freeze? Brain Freeze ni ada orang panggil sebagai Icecream Headache. Comel je kan. Tapi bila kena kelu lah kejap. Hehe. Ahad lepas Ana Brain Freeze Dengan Rolls Icecream Melawati Mall Lepas Lunch Tepanyaki kejap. Gara-gara budak kecik tu lah.
Rolls Icecream Melawati Mall
Rolls Icecream Melawati Mall
Brain Freeze Dengan Rolls Icecream Melawati Mall Lepas Lunch Tepanyaki

Ahad lepas Ana ajak En Suami ke Melawati Mall.  Rasa macam lama tak ke sini. Plan nak makam Tepanyaki dekat Empire Food Court tu.  Ni gara-gara baca entri Kak Amy lah ni. En Suami pun menurut je. 

Sampai je kat food court tu terus order makanan. Order 2 set je sebab first time nak rasa kan. Kang amik banyak-banyak takut tak habis. Lagipun set dia ada nasi so kenyang sangat lah lepas tu. Kitorang order set Chicken Chop dan Chicken Breast. Setiap set ada nasi putih, sayur goreng dan sup. Air takde ye harap maaf. So kitorang order air longan Cina 3 cawan. Air lebih takpe sebab confirm boleh habis. 
Tepanyaki Melawati Mall
Tepanyaki Melawati Mall - Set Chicken Breast RM15.90
Tepanyaki Melawati Mall
Tepanyaki Melawati Mall - Set Chicken Chop RM15.90
Bila duduk dekat kaunter Tepanyaki tu boleh lah nampak pekerja tu masak order kita. Basically Ana tengok bahan-bahan yang dia guna sama je untuk semua menu kecuali isi utama yang kita pilih. Memang sekejap je dia masak. Tak sampai 5 minit dah siap. 
Tepanyaki Melawati Mall
Tepanyaki Melawati Mall - Longan Cina RM4
First time rasa Tepanyaki. En Suami kata ok not bad rasa dia. Ana pula rasa macam tak kuat rasa kuah dia. Tak pedas pun. Tapi memang kenyang sebab set dia complete semua ada. Sayur goreng tu paling Ana suka. Sedap.


Masa nak balik terlalu depan kiosk Rolls Icecream ni.  Dari jauh memang nampak meriah lah kiosk ni. Ana saja je nak tengok menu dia sekali dak kecik tu request nak icecream.  Siap buat muka kesian. Last-last En Suami bagi green light. Ye lah dia yang nak bayar kan. Kih kih. Bila dah dapat green light, 2 ketul ni order rolls icecream mix 2 perisa.  Tak nak kalah order 2 perisa tu.
Rolls Icecream Melawati Mall
Rolls Icecream Melawati Mall
Rolls icecream ni sebenarnya aiskrim gulung je tapi bila guna English name nampak lah eksklusif sikit kan. Harga aiskrim gulung ni kalau satu perisa ialah RM9.90 manakala 2 perisa ialah RM12.90. Nampak macam mahal kan tapi bila dah masuk dalam cup tu memang berbaloi sebab banyak. Lagipun saja nak support orang kita berniaga kan.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Ni lah rolls icecream 2 perisa yang Ana dan Syafi order - strawberi dan oreo. Masa tengok pekerja tu buat rolls icecream ni nampak bahan utama dia ialah fresh milk. Bila tanya dia kata tu fresh milk perisa vanila. So bila dah campur dekat buah strawberi, oreo dan sirap strawberi rasa dia lemak-lemak manis. Sedap juga. Antara perisa lain yang ada ialah pisang, kiwi dan mangga.

Sebab nak balik cepat kitorang makan dalam kereta dengan aircond kereta yang sejuk,  memang berganda rasa Brain Freeze tu. Hehe. Korang selalu kena brain freeze juga tak?? 

23 comments:

  1. Hana selalu telan air liur tengok video aiskrim rolls yg bersepah-sepah kat Insta hahaha >_<
    .
    Thank you for the review kak Ana <3

    ReplyDelete
  2. eh apsal sayur nya tkde yg ijo...tp akak suka kalo sayur mcm ana punya sbb akak tk mkn sayur ijo hehe...chicken chop set tu mmg fav la yg slalu order selain dr tu fried rice beef suka juga....eskrem rolls tu yummy nmpknye nanti bole try

    ReplyDelete
  3. Aiskrim tu mengancam betul Ana.. sejuk tekak melihatnya.. kikiki

    ReplyDelete
  4. Wow sangat aiskrim tu kak Ana....hehe...PC suka aiskrim biasanya kalau keluar ke mana-mana rajin juga beli...tak kisah yang macam mana pun..hehehe....tapi kalau nampak yang ni...mahu tantrum dalam hati...

    ReplyDelete
  5. fuhhhh belum penah try lagi..tapi nmpak mengancam :D

    ReplyDelete
  6. sedapnya ais krim. tepanyaki ni sangat mudah membuatkan orang lapar

    ReplyDelete
  7. dah lama puasa ice cream gigi sakit huhu jeles tengok ice cream tu

    ReplyDelete
  8. ice cream tu meriah betullah.nasib baik lah jauh,kalau tak,akak dah terjah ke sana

    ReplyDelete
  9. wahhh sedapnya makan aiskrim, akak eh tak pasti pulak pernah jadi tak brain freeze tu hmmm..balik ni kena makan ais krimlah nampaknya hehehe

    ReplyDelete
  10. akak sanggup brain freez.. sedap punya pasai haha

    ReplyDelete
  11. sedapnya!!! rasa macam burn pulak diet bulan ni...huhuhu

    ReplyDelete
  12. Macam sedap je , if ke area sana boleh cuba

    ReplyDelete
  13. Kak Sue belum pernah makan rasanya Tepanyaki, boleh lah cuba nanti. Sedapnya ice cream tu Ana, Kak Sue pernah cuba kat Lake Garden Taiping..

    ReplyDelete
  14. saya jarang makan ice cream rolls sbb selalu mahal xD
    tpi suka tengok org buat ice cream rolls tu

    ReplyDelete
  15. hahaha mmg akan brain freeze punya...liez pun dh lama tak mkn teppanyaki..dulu rajin gak mkn bila takde idea nak mkn apa

    ReplyDelete
  16. takpernah makan aiskrim gulung lagi selama ni hehe

    ReplyDelete
  17. Okay nanti nak try jugak. Sedapnyaa aiskrim :)

    ReplyDelete
  18. Alamak...sedapnye aiskrim tuh... Nakk jugakkk lah rasa nanti.. Errr..kadang2 ada juga rasa brain freeze tu.. memang skt kepala dibuatnye

    ReplyDelete
  19. Tepanyaki tu lagi nmpk menyelerakan. adoiii,semua sedap ni ..kena masuk dlm list tmpt kena cuba

    ReplyDelete
  20. nanti g sana boleh try aiskrim dia heheh tepanyaki tak pernah mkn hihi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤