Tampil Mewah dan Eksklusif dengan Gaya Koleksi Raya 2018 A Tale of Spring dari Tracync® Scarves


Tampil Mewah dan Eksklusif dengan Gaya Koleksi Raya 2018 A Tale of Spring dari Tracync® Scarves | Assalamualaikum. Hijab atau tudung merupakan antara koleksi penting bagi setiap Muslimah. Terdapat pelbagai jenis tudung direka untuk memenuhi demand pelanggan masa kini. Tidak ketinggalan bagi label tudung yang semakin mendapat tempat di hati di persada hijabista iaitu Tracync® Scarves. Dengan sentuhan kristal Swarovski di setiap helaian tudung pastinya membuatkan si pemakai Tampil Mewah dan Eksklusif dengan Gaya Koleksi Raya 2018 A Tale of Spring dari Tracync® Scarves ini.
Tracync® Scarves
Tracync® Scarves
Tampil Mewah dan Eksklusif dengan Koleksi Gaya Raya 2018 A Tale of Spring dari Tracync® Scarves

Memandangkan road to Ramadan semakin mendekati dan ramai antara kita mula melakukan persiapan raya supaya lebih fokus pada ibadah puasa nanti. Seperti yang kita tahu, Hari Raya Aidilfitri merupakan hari raya yang penting umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan berjihad di bulan Ramadan. Pada hari ni, semua ahli keluarga sanak saudara akan berkumpul beramai-ramai dan menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran.

Memandangkan Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada pertengahan bulan Jun yang juga turut menandakan berakhirnya musim bunga (spring season), Tracync® Scarves memperkenalkan tema A Tale of Spring sebagai Gaya Koleksi Raya 2018 mereka.

 Tale of Spring menampilkan 24 koleksi tudung dari jenis bawal premium mudah bentuk (voile dari Jepun) yang terdiri daripada warna cool blue ke dusty dunes.

Kesemua koleksi Tracync® Scarves hanya menggunakan bahan yang terbaik, jahitan sebelah yang terperinci dan ditambah dengan kemewahan ikonik kristal Swarovski dalam rekaan setiap tudung yang pastinya menyerlahkan pesona identiti si pemakai.

Butiran kristal Swarovski yang menghiasi setiap tudung direka dengan penuh kekemasan dan setiap perincian corak kristal dihasilkan dengan buatan tangan (handmade). Tudung-tudung di Tracync® Scarves juga boleh di customise mengikut cita rasa pembeli itu sendiri.

Koleksi Gaya Koleksi Raya 2018 merupakan penghormatan kepada kecantikan geometri musim bunga yang jatuh pada perayaan Eid Al-Fitri. Ia diilhamkan oleh pelbagai pemandangan yang anda dapat lihat  pada musim bunga semasa globe-trotting, seperti ikonik Sari India, bunga Lily-of-the-Nile (bunga Agapanthus) dan motif bangunan Timur Tengah. Tudung-tudung ini bukan sahaja menyoroti pelbagai warna dan reka bentuk yang terdapat pada musim bunga, tetapi ia juga menunjukkan bahawa tudung itu sendiri boleh mewakili begitu banyak kecantikan di dunia - ucap Stacy, pengasas Tracync® Scarves.

Tentang Tracync® Scarves
Tracync® Scarves
Tracync® Scarves
Tracync® Scarves ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Tracy Yong, figura yang membuat dan menjual Hijab buatan tangan unik yang mempunyai elemen Swarovski. Melalui pertemuannya dengan couture haute global dan effervescent fashion di Timur Tengah, beliau membina jenamanya sendiri melalui menciptaan hijab yang mencerminkan gaya hidup wanita moden Islam - Tracync® Scarves.

Tracync® Scarves boleh dibeli di The Twiq Label Boutique di Bangi Sentral atau boleh di customise melalui tempahan atas talian di FB Tracync® Scarves.



Tampil Mewah dan Eksklusif dengan Gaya Koleksi Raya 2018 A Tale of Spring dari Tracync® Scarves Reviewed by Ana Suhana on April 16, 2018 Rating: 5

27 comments:

  1. Fuhhh.. cantik2 tudung ni ana.. pastu handmade pulak tu..

    ReplyDelete
  2. Manik manik simple...sangat cantik.

    ReplyDelete
  3. syok dpt tgk fashion show koleksi raya camni ... mewah ngan kristal Swarovski

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pula pasal brand ni. Cantik design dia

    ReplyDelete
  5. Semua cantik-cantik. Mesti harga pon cantik kan 😁

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dengar brand ni tp cantik2 la..suka tgok fashion show macam ni...suka tengok model cantik2

    ReplyDelete
  7. Uisshhhh cantik la batu2 atas bawal tu.. klau pakai raya nnt mesti memukauuu

    ReplyDelete
  8. Cantiknya koleksi tudung bawal ni. Nak beli jugalah untuk raya nanti.

    ReplyDelete
  9. Wah boleh custom made jugak ikut citarasa sendiri 👍

    ReplyDelete
  10. Tudung dia memang cantik2 kan... Leya macam nak dapatkan 1 utk raya ni

    ReplyDelete
  11. Cantik...yang penting mudah dibentuk dan selesa digayakan...

    ReplyDelete
  12. wahhh cecantik erk tudung koleksi raya... lip lap lip lap raya nanti. ehhehe

    ReplyDelete
  13. Bonde dah terjah dekat IG Ana.. Rekaannya memang sangat menarik! Tergoda mata.. Tak sabar nak shopping raya

    ReplyDelete
  14. Rambang mata dan mampu tengok ja haha T^T
    .
    Thank you for the review kak Ana ^^

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis ana suhana. Terbaik lah dah keluar koleksi raya.

    ReplyDelete
  16. alamakk lawa2 semuanya..nti boleh usha tuk raya

    ReplyDelete
  17. memang berkualiti tinggi lah scarve sia

    ReplyDelete
  18. cantik cantik semua tudung. dari jauh dah berkilau kilau dah

    ReplyDelete
  19. cantiknya smua koleksiii.. model2 pun cun melecun. hehe

    ReplyDelete
  20. wow...menarik la color tudung tu..rambang mata nak pilih !!

    ReplyDelete
  21. Cantik-cantik kan semua Ana, ada juga yang berkenan..

    ReplyDelete
  22. Menariknya semua paten...cantik cantik. Berkenan lah

    ReplyDelete
  23. Tak pernah dengar brand ni, tapi cantik2 ya.aina suka yg bawal tu, hihi .

    ReplyDelete
  24. Semua koleksi cantik cantik belaka. Nanti nak ushar kot berkenan salah satu kan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.