Keriangan Tanpa Henti Dengan Carrie Junior Funtime Wipes - Ana Suhana

Apr 2, 2018

Keriangan Tanpa Henti Dengan Carrie Junior Funtime Wipes



Keriangan Tanpa Henti Dengan Carrie Junior Funtime Wipes | Assalamualaikum. Kalau sebelum ni Ana dah share tentang Keriangan Bersukan Dengan Sukan Ria Carrie Junior, kali ni Ana nak share pula tentang Keriangan Tanpa Henti Dengan Carrie Junior Funtime Wipes - Kelembapan Terbaik Untuk Rasa Segar dan Bersih Sepanjang Waktu.
Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior Funtime Wipes
Keriangan Tanpa Henti Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Tisu Basah (Baby Wipes) antara barang yang wajib ada dalam handbag Ana sejak Ana lahirkan Syafi. Dah jadi macam kemestian bawa tisu basah ni ke mana-mana. Rasa tak lengkap kalau takde. Sebabnya banyak kegunaan tisu basah ni pada Ana especially untuk aspek kebersihan diri. Sampai Syafi pun tau kalau tangan atau baju kotor sikit, mesti dia akan minta baby wipes untuk lap tempat yang kotor tu.

Sebenarnya permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak anak-anak kita masih kecil. Antara amalan kebersihan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa. Namun kadang-kadang ada keadaan dimana kita susah nak dapatkan air dan sabun tangan seperti semasa di dalam kenderaan atau semasa melancong. Jadi pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

Bercakap tentang tisu basah,  korang tau tak yang Carrie Junior juga mempunyai jenama tisu basahnya yang tersendiri. Sebagai sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia, Carrie Junior memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes.
Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior Funtime Wipes ini didatangkan dalam pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan juga pek keluarga yang mengandungi 80 helai tisu. Pek mudah bawa amat sesuai untuk diletakkan di dalam beg sekolah anak-anak untuk dibawa bersama ke sekolah. Ini kerana Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka yang sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum.

Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman. Yang paling penting, tisu basah ini dapat memberikan anak-anak rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.
Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior Funtime Wipes
Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.
Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif.

Harga Carrie Junior Funtime Wipes :

PEK MUDAH BAWA (30 helai tisu)
RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak)

PEK KELUARGA (80 helai tisu)
RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).

25 comments:

  1. wah miza nak try Baby Wipes dari carrie junior sure bau desap macam sabun dan syampoo

    ReplyDelete
  2. Wahh.. Carrie Junior dah keluarkan Baby Wipes pulak.. best nya Ana.. Dilah pun memang jenis bawak baby wipes ke mana2.. ada anak kecil ni memang wajib ada wipes dlm beg kan...

    ReplyDelete
  3. Yang ni PC tak cuba lagi kak...tapi kalau talcum dia PC rajin juga guna...sebab baunya sedap....tahan lama...

    ReplyDelete
  4. Suka wipes ni..this is the good way to teach anak2 kita tentang kebersihan..wipes i a must dlm keluarga akak..

    ReplyDelete
  5. Wah best ya kak?. Aina tak pernah cuba lg wet tissue ni.

    ReplyDelete
  6. kenapa gambar semua comel2..mcm nak makan je..tp sayang nak makan haha
    tak sangka diorg pun ada keluar tisu ni ye

    ReplyDelete
  7. bestnyer wet tissue ni..tanpa alkohol, peraben wahh mmg terbaik lah..

    ReplyDelete
  8. Teringin Pula nak gi beli. Mama mmg bawa wet tisu ke mana2

    ReplyDelete
  9. Bau dia sedap kan ana? Lembut tak wet wipes dia?

    ReplyDelete
  10. Comelnyaa cover wipes tu!! >_< sama comel dengan modelnya hehe :3
    .
    Nice review kak Ana <3

    ReplyDelete
  11. cantiknya gambar awaaaaaa.. kite sukeeeeee..

    ReplyDelete
  12. sweet nau nau dia sengih macam tu kan..Bila tengok packaging wet tissue ni,bukan budak je teruja,kita pun ikut sama...haha

    ReplyDelete
  13. Wah Carrie Junior pun dah ada tisu lembap ya..

    ReplyDelete
  14. Carrie Junior ada wipes dah ye..nanti Sal nak try la

    ReplyDelete
  15. dalam kete wajiba da tisu basah kan

    ReplyDelete
  16. TB pun memang selalu standby sepeket letak dalam beg sebab bila nak guna untuk cuci something mudah sangat ada ni.

    ReplyDelete
  17. Dah lama ada ke baby wipes ni ? Indah baru tahu. Selalu guna body was dengan bedak je hehe

    ReplyDelete
  18. Sis memang pakai baby wipe, tak kira apa brand tapi memang ada je dalam beg..hehehe. Nanti boleh le cuba yang ni pulak

    ReplyDelete
  19. sangat wangi baunya..rasa macam nak makan. cantik gambar ana semua.

    ReplyDelete
  20. kreatifnya gambar tu. packaging menarik dan colourful sesuai untuk kanak-kanak.

    ReplyDelete
  21. Wah dah ada wipes pulak.boleh beli standby untuk anak anak

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤