Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran - Ana Suhana

Apr 1, 2018

Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran


Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran| Assalamulaikum. Korang mesti tau tentang Farmasi CARiNG kan? Ni Ana nak cerita sikit tentang program Farmasi CARiNG digitisasikan Ganjaran. Sebagai jenama yang berusaha untuk sentiasa berubah dan kekal relevan, Farmasi CARiNG membuktikan keupayaannya untuk merangkul usia digital dengan memperkenalkan Program Keahlian Regular CARiNG yang baru pada Januari 2018.
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran

Dibangunkan bersama dengan Capillary Tech, Program Keahlian Regular CARiNG adalah sebuah aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk berhubung serta memberi ganjaran kepada pelanggan di dalam satu platform. Dengan pelancaran aplikasi ini, syarikat bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka di kedai fizikal dan kedai atas talian, sambil mengekalkan platform CEM (customer experience management) yang berkesan.

Korang boleh muat turun secara percuma Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG ini di App Store untuk peranti Apple atau Google Play untuk peranti Android. Setelah korang berjaya memuat turun aplikasi tersebut dan memberi butiran peribadi asas, korang akan diberikan keahlian seumur hidup dan diberi 200 mata ganjaran permulaan. Ganjaran tersebut boleh dikumpul untuk menebus Baucer Tunai CARiNG.

Kelebihan Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran

1. Dapat mengikuti latest update dan promosi hebat dari Farmasi CARiNG.

2. Dapat mengakses berita terkini mengenai kesihatan dan pemakanan dari pakar-pakar kesihatan.

3. Dapat info / berita aktiviti Farmasi CARiNG seperti pameran bergerak, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah dan bengkel percuma.

4. Boleh akses buletin suku tahunan hanya dengan satu klik di skrin 'HOME' aplikasi.

Ciri-ciri Khas Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran

1. Butang LOKASI dalam aplikasi membolehkan korang mencari cawangan Farmasi CARiNG yang terdekat dan menyimpan cawangan kegemaran korang untuk rujukan masa depan. Setakat ini lebih daripada 114 cawangan Farmasi CARiNG di seluruh negara.

2. Butang 'BAUCER' akan memaparkan semua baucar dan butiran pengguna.  Jadi korang tidak perlu lagi untuk menyimpan dan menguruskan beberapa baucar secara fizikal pada satu masa.

Jangan risau kalau baucar korang hilang atau tamat tempoh!  Ini kerana pada hari ulang tahun korang, korang akan diberi ganjaran dengan baucar hari jadi sebanyak RM5 dan juga menerima 3x mata ganjaran kelahiran ke atas setiap pembelian.

3. Klik butang 'AHLI' aplikasi untuk mendedahkan nombor keahlian pengguna korang,  kod bar untuk pengimbasan dan mata ganjaran yang terkumpul untuk penebusan.

4. Butang 'E-STORE' akan membolehkan korang terus membeli belah ke kedai atas talian Farmasi CARiNG dengan lebih selesa di mana-mana jua tanpa perlu bersesak dengan orang ramai dan lalu lintas.
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran

"Apakah guna kad keahlian loyalti jika ia hanya duduk di rumah bersama-sama dengan dua puluh kad keahlian yang lain? Pada zaman ini, tiada siapa yang meninggalkan rumah tanpa telefon bimbit mereka, jadi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG kami sentiasa boleh diakses setiap masa!" kata Pengarah Urusan Pengurusan Runcit Farmasi CARiNG Sdn Bhd, Encik Chong Yeow Siang semasa pelancaran rasmi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG di pusat membeli-belah 1 Utama.
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Pada majlis pelancaran itu, jenama seperti Tiger Balm, Allergan, Scotts, Blackmores, Dermareen, Avene, QV, Splat, Jordan, Cypress Medi, GoodMorning, Body Buddy, Hiruscar and Brand’s telah mengambil bahagian untuk mempamerkan produk mereka dan memberi pendedahan kepada para tetamu tentang produk mereka.
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Para tetamu juga disajikan dengan penampilan istimewa yang sangat menghiburkan iaitu Mr Bean Malaysia dan persembahan tarian. Para tetamu juga dapat bersama dengan undangan selebriti iaitu pelakon dan pengacara TV - Dynas Mokhtar dan  DJ radio 988 dan pengacara 8TV - Cheryl Lee Xin Yi. Kedua-dua selebriti ini turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG ini. 
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
"Sebagai pengacara untuk pemuliharaan alam sekitar, saya suka bila aplikasi ini tidak menggunakan kertas untuk menerbitkan berita, risalah promosi dan kad plastik yang pastinya berakhir di tapak pelupusan sampah. Secara keseluruhan, saya suka aplikasi ini kerana ianya mempunyai aplikasi all-in-one untuk kemas kini berita, keahlian, perbelanjaan dan pengurusan baucer terkini" Kata Dynas semasa sesi interaktif dalam acara tersebut.
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Maklum balas positif disuarakan juga oleh Cheryl yang berkata, "Saya mempunyai banyak kad keahlian dan ada yang saya tidak pernah gunakan. Akhirnya kad-kad tersebut hanya di simpan di rumah kerana kad-kad keahlian tersebut mengambil begitu banyak ruang dalam beg saya, secara kolektif. Pada akhirnya, saya fikir ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan untuk mempunyai kad keahlian yang banyak kerana saya tidak pernah menguruskan sebarang mata atau menggunakan diskaun ahli. Malah, saya telah berhenti menyertai program kad keahlian loyalti kerana alasan ini. Tetapi aplikasi ini menjadi nafas baru kerana ia menangani masalah utama dengan kad keahlian dan malah ia juga memberi saya banyak bonus! ".

"Dengan pelancaran Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG ini, kami berharap ianya menjadi platform untuk lebih dekat dengan pelanggan dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang lebih baik sambil memberikan mereka ganjaran kerana mempercayai kami dengan keperluan kesihatan dan perubatan mereka," kata Encik Chong.

Tentang Farmasi CARiNG
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
Farmasi CARiNG Digitisasikan Ganjaran
CARiNG Pharmacy Retail Management Sdn Bhd  mengendalikan rangkaian farmasi masyarakat di bawah jenama 'CARiNG' di Malaysia. Farmasi CARiNG membawa produk farmaseutikal, produk penjagaan diri serta peranti perubatan dan penjagaan kesihatan.

Di farmasi CARiNG, misi mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan farmasi yang paling profesional dan inovatif serta produk berkualiti tinggi dan kos efektif kepada pelanggan mereka. Mereka berhasrat menjadi pemacu dan promoter gaya hidup sihat dalam komuniti yang mereka berkhidmat.

25 comments:

  1. Wah semuanya sekarang dihujung jari sahaja. Sambil dapat info di apps ini dapat juga kita kumpul mata dan claim reward. Nice one.

    ReplyDelete
  2. Semakin maju kan..semua di hujung jari..makin memudahkan semua sekarang ni..bagus apps ni sekurang-kurangnya kita dapat kumpul mata ganjaran dan dapat benefit..

    ReplyDelete
  3. Wahhh bagus caring pun dah ada apps. Suka beli brg dekat caring sbb ade doctor dia kan.

    ReplyDelete
  4. Menarik aplikasi ini. Memang semua dihujung jari sahaja.

    Farmasi lain pun dah buatpekara yang sama. Memang zaman sekarang zaman digitalilasi.

    Follow the flow or you left behind. Gituh

    ReplyDelete
  5. Menarik aplikasi ni Ana cuma Mimi tak boleh fokus baca entry Ana ni sebab ternampak pulak seketul manusia rupa Mr Bean tuh tergelak gelak dari tadi..Adoiiii

    ReplyDelete
  6. Bgus ada pilihan lain.. boleh order online plk tu. Cik en pernah order online.. cepat dorg hntr

    ReplyDelete
  7. Sangat memudahkan pelanggan terutama dalam mendapatkan info...sebab apa2 kemaskini akan dimaklumkan...

    ReplyDelete
  8. Wah caring pun dah ada apps online sendiri. Lepas ni xyah keluar boleh beli online dan tunggu dirumah. Jimat masa

    ReplyDelete
  9. Suka shopping di farmasi Caring ni. Ada doktor yang boleh consult kita. Bila dah ada apps lagi mudah la lepas ni. Jimat masa kita

    ReplyDelete
  10. wahhh baguslah apps Caring nie ye Kak Ana. Dalam pada dapat mengetahui isu2 berkaitan kesihatan, melalui apps tu juga , pengguna boleh dptkan code voucher. Dapat lah berjimat. Nak instal lah skrg

    ReplyDelete
  11. sebijik muka mr. bean xD
    suka masuk caring ni sebab macam2 ada, hehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat Farmasi Caring sebab da tubuhkan apps baru untuk pelanggan di luar sana untuk berhubung. Sekarang dunia makin maju, jadi eloklah ada perbuhan dari segi teknologi sebeginikan. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  13. macam watson ah ada apps macam ni. serupa je hehhehe. best lah kalau caring pun dah ada apps. senang lah memberli bealahh

    ReplyDelete
  14. Akk suka shopping kt Caring. SebabScaring ni mmg murah..cuma cawangan tak bape banyak je.

    ReplyDelete
  15. Best zaman sekarang semua benda dah boleh buat dalam talian. Tak lama lagi ada apps doktor dalam talian.

    ReplyDelete
  16. Wah dah ada apps Caring dah sekarang ya, senang sikit boleh shopping online.. ehehe..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum & salam isnin. Singgah blogwalking. Dah lama tak pergi farmasi caring

    ReplyDelete
  18. Woa dah ada apps bestnya lepasni nak download la
    Airah jarang pergi caring tapi orang ckp caring lebih murah mungkin lepasni nak mencari skincare pergi caring jela

    ReplyDelete
  19. Senangnga guna apps je lepas ni..xpayah bwk kad ahli bagai..semua hanya dihujung jari gitu..dr penerangan ana nmpk gaya best je apps ni & user friendly..nak download jgklah kt hp..tq sharing

    ReplyDelete
  20. semua dihujung jari jer dan tak perlu bersesak dan bersusah payah ke farmasi dan beratur utk membayar...

    ReplyDelete
  21. Mr bean Malaysia Sama laa dgn Mr bean sebenar

    ReplyDelete
  22. Wah caring farmasi pun dah ada kad mata ganjaran. Bagus ni. Farmasi ni banyak cawangan dan mudah dicari, dulu masa mencari ubat. Farmasi ni lah senang ruby restock ubat. hehehe.

    ReplyDelete
  23. Hana tau lagi pasal apps ni... thank you sebab bagi tau Hehe >_<

    ReplyDelete
  24. wah..nak sihat pun mudah jer, semuanya tersedia di hujung jari ja.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤