DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif - Ana Suhana

Apr 30, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif


DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif l Assalamualaikum. Korang tau tak jenama minyak wangi popular lelaki, DASHING telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaru mereka iaitu DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif. Mesti para jejaka dekat luar sana teruja kan bila dengar tentang produk baru ni. Maklumlah bau wangian DASHING semuanya wangi-wangi belaka. Harga pula mampu milik. Betul tak?
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

Bila sebut tentang DASHING, Ana boleh katakan yang jenama ini merupakan salah satu jenama minyak wangi lejen. Kenapa lejen? Sebabnya Ana kenal DASHING ni masa Ana sekolah lagi. Berpuluh tahun dulu. Lama kan? Ana kenal DASHING sebab adik lelaki Ana salah seorang pengguna jenama Dashing ni. In fact Ana pun tersuka dengan bau wangi Dashing ni. Jangan tak percaya Ana pun pernah beli minyak wangi DASHING ni untuk Ana sendiri. Ingat lagi nama minyak wangi DASHING tu Bold. Ana akan pakai masa sesi sukan di sekolah. Tapi tak lah banyak Ana pakai. Kang orang ingat Ana ni kekeliruan jantina pulak. Haha. Ana suka Bold tu sebab bau dia sedap dan tidak keras. So bau-bau peluh lepas bersukan tu dapat lah di cover gitu. Hehe.

Bila sebut tentang aktiviti bersukan atau aktiviti yang memerlukan seseorang itu bergerak aktif, masalah berpeluh adalah masalah paling utama yang dirisaukan kebanyakan orang. Ye lah, boleh buat orang di sekeliling kita rasa tak selesa tau. Lagi-lagi kalau ada bau yang tak di inginkan. Kadang berpeluh ni boleh jadi teruk even semasa kita berjalan ke kereta atau ketika menghadiri mesyuarat. Apa lagi kalau bersenam di gim atau melakukan aktiviti harian yang lain. Nak teruk lagi dalam keadaan cuaca panas terik di Malaysia ni. Keadaan ini  akan menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan mereka.

Nak atasi masalah ni mudah saja sebenarnya. Kini para jejaka di luar boleh menangani masalah bau badan dan sentiasa kekal segar dengan bantuan Deodoran Semburan dan Eau De Toilette  No wonder lah kedua-dua produk ni menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran seperti yang kita tahu dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette dapat memberikan wangian yang tahan lama serta kesegaran diri. Namun harus diingatkan, memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian. Tu yang kita tak nak kan.
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
Memahami keperluan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan seseorang yang aktif, Dashing memperkenalkan DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif bagi menampilkan keyakinan dan  menonjolkan sifat maskulin para jejaka. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden.

Menariknya Eau De Toilette DASHING SPORT ini mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” yang berbau harum sepanjang masa dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada setiap masa.
 DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baru ke dalam rangkaian DASHING Sport. Bagi yang tak tahu, rangkaian DASHING sport yang ada di pasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Dan variasi terbaru DASHING SPORT yang diperkenalkan ialah Hitman dan Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette. Semburan Deodoran DASHING SPORT  mempunyai manfaat 6-dalam-1 iaitu:

1. Memberi perlindungan 24 jam
2. Mencegah bau badan
3. Ia mengandungi anti-bakteria
4. Mempunyai formula cepat kering
5. Tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju
6. Memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari

DASHING Hitman
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana saja. Haruman DASHING Hitman mempunyai aroma utama kesegaran Citrus dan Ice Cucumber dan diikuti dengan bauan Sichuan pepperLavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood. Ini menjadikan wangian DASHING Hitman sebagai daya tarikan yang dapat meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING Golden Boot
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Harga DASHING Sport

Macam Ana bagitau dekat atas tadi yang jenama DASHING merupakan produk yang sangat mampu milik. Ini kerana keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport ini boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml. Murah kan? Boleh dapatkan segera di pasaran sementara stok masih ada. Nak jadikan hadiah buat ayah, adik dan kawan-kawan pun sesuai. Selamat berwangian pria.

24 comments:

  1. Assalamualaikum Dan selamat menyambut nisfu syaaban hari ini. Lagi 14 hari nak masuk ramadhan.

    Semoga sis ana makin murah rezeki. Minyak wangi dashing memang sedap

    ReplyDelete
  2. Bau badan atau bau peluh ni bukan diri sendiri je yang tak selesa..orang disejeliking kita pun tak selesa..lebih-lebih lagi kalau kita sorang yang berbau...kalau satu group beraktiviti semua berbau mungkin ada maaf lagi..bila ada wangian dasging ni....ianya membantu..salah satu cara kembalikan keyakinan juga...

    ReplyDelete
  3. sha selalu jugak guna dashing tapi yang ni takbeli lagi

    ReplyDelete
  4. Akk dlu masa zaman budak2 lg dah kenal dashing ni,abg akk jgk suka pakai minyak wangi n talkum dia...bau dia menyegarkan....😍

    ReplyDelete
  5. cantik pulak packaging dia. reen mmg suka kalau lelaki pakai myk wangi dashing sbb bau dia mcm macho gitu.hahahaha

    ada satu bau yg reen suka tp xigt nama.hikhik

    ReplyDelete
  6. Ini bukan jejaka je teruja.. Para gegadis pun mesti teruja nak beri hadiah kat jejaka pujaan mereka.. Hehee husniey sendiri suka betul bau perfume or deodorant lelaki.. Besttt 😍

    ReplyDelete
  7. Dashing ni dh lama dan masih ttp unggul kan

    ReplyDelete
  8. Dashing ni wangi betul. Tergugat iman bila suami kita pakai dashing ni hihi.

    ReplyDelete
  9. suka haruman dashing....terasa macho bila hero2 kita pakai dashing ni..

    ReplyDelete
  10. bole hadiahkan untuk suami nanti. rasanya, macam tak da pulak dia pakai jenama dashing ni

    ReplyDelete
  11. nak tau tak, ada masanya akak suka bauan perfume lelaki tau hihi

    ReplyDelete
  12. Boleh hadiahkan untuk suami ni ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  13. Macam2 dah dashing ni kan. Rasanya brand ni paling lama dekat pasaran dan masih ada pengguna tegar dashing.. Sedap gak bau dia. Nampak lebih matang.

    ReplyDelete
  14. wahhh....selalu nampak colour biru je kat kedai

    ReplyDelete
  15. dashing sejak dr dulu tak mengecewakan dah tu harganya murah pulak tu

    ReplyDelete
  16. husband k.fiezz suka brand Dashing ni..wangi + murah...

    ReplyDelete
  17. Anak teruna Kak Sue si Abang pun pakai Dashing yang nie, kena la sangat dengan Abang yang aktif tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. Produk lelaki pun dah banyak pilihan sekarang. Setanding produk wanita yang lain. Keluaran dashing sport ni memang sesuai untuk lelaki yang aktif dalam seharian

    ReplyDelete
  19. dah tau nak beli gift besday apa kt asben hihi

    ReplyDelete
  20. dah tau nak beli gift besday apa kt asben hihi

    ReplyDelete
  21. Sal suka husband pakai dashing..harga pun berbaloi dan keharuman berpanjangan

    ReplyDelete
  22. Wah.. Bauan baru ye.. Boleh dijadikan hadiah nie..

    ReplyDelete
  23. Suami Marsha suka dedua ni...sedap baunya

    ReplyDelete
  24. Menarik lah dashing sekarang, macam2 bauan ada.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤