Pelbagai Hidangan Asia dan Barat di Makan Culture Melawati Mall - Ana Suhana

Apr 13, 2018

Pelbagai Hidangan Asia dan Barat di Makan Culture Melawati Mall


Pelbagai Hidangan Asia dan Barat di Makan Culture Melawati Mall | Assalamualaikum. Betul lah orang kata, kalau kita dah suka makan dekat satu-satu restoran atau kedai tu, kita akan repeat lagi dan lagi kan. Sama lah macam Ana. Ni kali ke-3 Ana singgah makan dekat restoran ni kerana terdapat Pelbagai Hidangan Asia dan Barat di hidangkan di Makan Culture Melawati Mall ni.
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Pelbagai Hidangan Asia dan Barat di Makan Culture Melawati Mall 

Makan Culture yang dibuka pada tahun 2015 merupakan franchise di bawah restoran Sakura Kristal. Makan Culture menawarkan makanan Asia sebagai makanan utama di dalam menu mereka. Hanya menggunakan bahan-bahan yang Halal dalam penyediaan makanan menjadikan Makan Culture sebagai salah satu pemegang sijil Halal JAKIM. So korang boleh lah makan tanpa was-was. Kesemua makanan akan disediakan segar dan panas kepada setiap pelanggan.

Baca juga : Makan Culture I | Makan Culture II
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Memandangkan ni kali ke-3 Ana makan di Makan Culture dan istimewanya kali ni Ana bersama rakan-rakan blogger yang lain, so kami plan masing-masing order menu yang berlainan supaya dapat rasa setiap menu yang ada. Haaa nampak tak plan kami dekat situ. Air pun masing-masing order air yang berlainan. Sharing is caring gitu. Jom tengok apa yang kami order malam tu.

Nasi Volcano - RM20.90
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Antara signature dish di Makan Culture Melawati Mall ni. Istimewanya nasi Volcano ni ialah nasi goreng dibungkus di dalam telur seperti nasi goreng pattaya, kemudian dikelilingi dengan kuah yang pekat dan di hias dengan chicken chop crispy dan sayuran. Rasa dia....serius sedap sangat. Ana paling suka rasa kuah tu sebab rasa dia macam ala kuah laksa bersantan. Seakan tomyam pun ada juga. Memang pekat dan terasa semua rempah dalam tu. Ana first time rasa macam terjatuh suka pula. Korang wajib order Nasi Volcano ni tau.

Buttermilk Spagheti Ayam Goreng - RM17.90
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Yang ni menu Ana yang punya. Nampak macam biasa je kan tapi rasa dia memang ummpphhh.  Sekali tengok macam sphageti carbonara je kan tapi memang tak sama langsung. Seriously!! Kuah sphageti ni rasa buttermilk salted egg gitu. Memang tak memuakkan pun. Sekejapan je Ana makan berdua dengan Syafi. Mana taknya non-stop menyudu masuk dalam mulut. Ada pula ayam goreng crispy atas tu lagi lah sedap. Tak pandang kiri kanan orang kata.

Buttermilk Chicken - Rm19.90
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Untuk menu ni korang boleh pilih samada nak makan dengan nasi putih, fried man tao atau nasi bon bon (nasi pulut berwarna warni). Tengok je dah tau kan betapa pekatnya kuah buttermilk tu. Rasa dia jangan cakap lah,  memang terbaik. Kalau makan dengan nasi boleh share dengan 2 orang sebab makan sikit dah boleh kenyang. Ayam pun banyak dalam tu.

Cheezy Chicken Steak - RM18.90
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Ni lah menu yang buat Ana suka makan dekat Makan Culture hari tu. Macam Ana bagitau sebelum ni, kalau chicken chop Ana tak suka yang jenis breaded tapi bila rasa Cheezy Chicken Steak dekat sini, persepsi Ana tentang breaded chicken chop berubah terus. Rupanya chicken chop jenis macam ni kalau digoreng dengan betul boleh jadi sedap sangat. Rangup di luar lembut di dalam. Isi ayam pula tebal. Di tambah pula dengan lelehan cheese dekat atas tu, nothing else to ask. Set ni datang dengan coleslaw dan french fries. Confirm korang akan kenyang nanti.

Burger Banjir - RM19.90
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Kalau rasa nak makan burger korang boleh try Burger Banjir ni. Menu ni kira menu jimat under Hot Stuff promotion (save 30%) sebab didatangkan dengan air Fizzy Kasturi sekali. Istimewa burger ni terletak pada sos tu - cheezy kari. Sedap juga tau. Tak muak pun. Ayam pun tebal dan digoreng rangup. Siap ada lelehan cheese dan mayonis lagi atas ayam tu. Bertambah kenyang dengan french fries. 

Special Claypot Curry - RM20.90
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Menu ni pun di bawah Hot Stuff promotion. Di datangkan dengan nasi putih atau nasi bon bon. Claypot curry ni pun Ana suka sebab kuah dia rasa ala tomyam tapi tak pedas sangat. Memang kena dengan selera Ana. Dalam tu ada pelbagai seafood dan sayur. Complete meal lah orang kata. Sesuai makan masa lunch sebab memang mengenyangkan.

Haaaa amacam.. Tergoda tak?  Hehe. Tu baru bab makan. Bab air pula sama juga. Ada macam-macam air yang menarik dekat Makan Culture ni - smoothie ada, fizzy ada, leleh pun ada. Pilih je mana yang korang berkenan. Semua pun sedap. Dalam banyak-banyak tu favorite Ana ialah Peach Smoothie. Rasa sangat fresh dan melegakan rasa muak bila dah makan banyak atas tu.

Fizzy Kasturi
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Summer Peach
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Teh Tarik Leleh
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Cookies and Cream
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Triple Chocolate
Makan Culture Melawati Mall
Makan Culture Melawati Mall
Ok bagi yang tercari-cari tempat makan yang selesa, halal dan menawarkan pelbagai menu pilihan, Ana cadang korang untuk try ke Makan Culture by Sakura Kristal di Melawati Mall ni. Harga pun reasonable. Servis pula pantas. InsyaAllah korang akan puas hati. Selamat mencuba.




















36 comments:

  1. Nasi Volcano tuh nampak sedap tau Ana. Melelh air liur tengok

    ReplyDelete
  2. kak ana pagi pagi dah buat sha terliur haha T_T kalau dekat ni memang sha pi try dah, harga pun ok. nampak sedap huuuu

    ReplyDelete
  3. Nasi tu unik..tak pernah jumpa lagi nasi banjir macam tu. Air pun menarik

    ReplyDelete
  4. Buttermilk dia tu mengiurkan menggodakan..
    Dah macam cheesy tu haa ~

    ReplyDelete
  5. lapar blk tgk menu makanan ngan air tu..hah burger banjir tu..mmg banjir btul...haussss tringt air sodap tu hehe

    ReplyDelete
  6. Minumannya sangat unik...sayang pulak nak minum nanti ana....🤭

    ReplyDelete
  7. Semua makanan nampak menarik dan mengoda.Triple coklat tu nampak unik + sedap,alahai rosak diet kalau jumpa makanan ni, hihi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ana.. semua makanan fav Dilah tu.. tp yg nasi volcano tu nampak menarik.. lain dari yg lain...

    ReplyDelete
  9. sekali-sekala boleh la makan di restoran mewah mcm ni..

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  10. triple coklat tu masyallah temptingnyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. Semuanya sedap belaka kan Ana. Harus datang lagi sini lain kali..

    ReplyDelete
  12. Benda yg nora tertarik adalah minuman sbb baca entri ni tekak dok trase dahaga je. heheheh semua nampak sedap dan menyelerakan.. haishhhhh

    ReplyDelete
  13. tak tahan tengok triple coklat tu. mujur tak mengandung kalau tak jenuh nak kena pergi Culture Melawati Mall

    ReplyDelete
  14. dari makanan ke air dia semua nampak sedap sangat.. ooo lapar

    ReplyDelete
  15. Tak tahan tengok air tu kak ana. Semua menunya best-best. Nanti nak cuba la terutama spageti tu

    ReplyDelete
  16. Tertarik betul tengok leleh leleh tu... Terus rasa lapar..

    ReplyDelete
  17. Meleleh-leleh air liur scroll ke bawah haha ^^ tak apalah sis tabah hahaha
    .
    Nice review kak Ana!! ^^

    ReplyDelete
  18. Ya Allah lazatnya... Buttermilk chiken tu buat terpandang2 he he he

    ReplyDelete
  19. jadi lapar plak tengok makanaan ni tengah malam nih.

    ReplyDelete
  20. Iisshhhkkk saja bagu ayaq liuq kita merambuuuu., sedap nya tgk menu2 dia tu.. nnt kena terjah gak

    ReplyDelete
  21. pehhhh sedapp betullll....hehhehee..

    ReplyDelete
  22. wooooooooooooooooooooo semua sedap.. hadoii...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis ana. sedap tu. tapi banyak gula. Haha

    ReplyDelete
  24. Semua menu menyelerakan....sedap sedap

    ReplyDelete
  25. sedap2 menunya tu, hari tu pergi juga sini, tp tak makan dekat makan culture tu. lain kali bole cuba lah

    ReplyDelete
  26. Pagi-pagi dah tengok makanan ni. Sedapnya.

    ReplyDelete
  27. Menu buttermilk tu memang tengok dah terliur lah. Air dia pun menarik nya. Nak cuba jugak lah.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  28. Omak aih.. Meleleh air liur dibuatnya.. kikiki

    ReplyDelete
  29. meleleh air liur tengok cheese leleh tu..air pun sedap²

    ReplyDelete
  30. syafiii sibuk buat apa tuuuu. hehe.. bab makanan ni busyra tewass.. sedap sngt niii tngokkk..

    ReplyDelete
  31. nampak sedap dan harga boleh tahan berbaloi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤