5 Barang Rare Diilhamkan Dari Sudut Politik Untuk Dijual di Carousell - Ana Suhana

Apr 15, 2018

5 Barang Rare Diilhamkan Dari Sudut Politik Untuk Dijual di Carousell


5 Barang Rare Diilhamkan Dari Sudut Politik Untuk Dijual di Carousell | Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, lagi beberapa minggu lagi akan berlakunya PRU 14. Sekarang ni pun dah nampak banyak bendera parti di gantung di mana-mana. Meriah dengan 3 warna bendera kawasan rumah Ana ni. Ni korang dah tau ke dekat mana nak mengundi nanti? Dah boleh check dah tau. Alhamdulillah Ana masih mengundi di tempat yang sama seperti PRU yang lepas.
5 Barang Rare Diilhamkan Dari Sudut Politik Untuk Dijual di Carousell

Bila cakap pasal PRU ni, korang mesti pernah dengar tentang Carousel kan? Ala yang jadi penaja bersama Gegar Vaganza yang lepas. Tapi apa kena mengena Carousell dengan PRU??

Bersempena dengan PRU 14 ni, ada sesetengah usahawan yang bersemangat ingin melakukan jualan barang-barang rare orang kata yang diilhamkan dari sudut politik di platform Carousell. Menarik kan? Jom kita tengok apa barang yang rare sangat tu.

1. Tun Dr Mahathir Mohammad 's Horse Riding Silver Statue
Statue yang seberat kira-kira 3kg ni merupakan sebuah patung perak Tun Dr Mahathir Mohammad menunggang kuda.

Statue ini adalah karya masterpiece yang dihasilkan oleh Wizart Studio Sdn Bhd sebagai tanda  penghormatan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu. Terdapat 2 biji statue saja ini di mana salah satunya diberi kepada Tun Dr Mahatir sebagai memento. Lagi satu unit berada i Carousell untuk di jual kepada orang ramai. (Kedai Carousell : _min_onepitstop)

2. Vintage Merdeka Memorabilia
Pemungut memorabilia politik berusia 48 tahun, Adrian Ung mula mengumpul sejak tahun 1997 dan kini kira-kira lebih daripada 200 item berada dalam koleksinya yang terdiri daripada buku, pernyataan, cawan, plak, surat khabar, risalah dan poster. Tertarik dengan nilai nostalgia, beliau menjelajah ke seluruh dunia semata untuk mengumpul memorabilia politik Malaysia yang tidak ternilainya.

Adrian Ung biasanya mengumpul barang-barang dari era 50-an hingga 80-an atau lebih awal kerana mendapati kepingan-kepingan yang lebih lama adalah lebih menarik. Beliau mencari barangan tersebut di dalam talian dan di pasar lambak di seluruh Malaysia dan Singapura. (Kedai Carousell: nicimeow)

3. Cincin Emas 14 Karat UMNO
Buat ahli UMNO, inilah masa korang untuk menunjukkan sokongan kepada parti kesayangan korang dengan memilik Cincin Emas 14 Karat UMNO ini. Memang rare sangat cincin ni. Tak kan dapat dekat tempat lain hanya di Carousel sahaja. Cincin tersebut kini dijual pada harga RM1,800. Tunggu apa lagi, sila lah beli dengan segera. Kedai Carousell: akmalazmn)

4. Poster Undi Barisan Nasional 1990
Poster lama yang ditulis di dalam Jawi, mungkin untuk kawasan pedalaman Utara adalah satu daripada dua poster yang mempunyai penjual. Poster ini dimiliki oleh Muhammad Hazim Bin Mohd Ridzuan di mana satu keping untuk dijual manakala satu keping lagi untuk simpanan ayahnya. (Kedai Carousell : genuineforless)

5. Najib Razak and Khairy Jamaluddin Inspired Cupcakes for Sale!
Nurfazlyana Shahira bt Mohd Rosli bekerjasama dengan pembuat bakeri untuk menghasilkan roti nangka kolada Najib Razak dan kek coklat coklat Khairy Jamaluddin  untuk dijadikan hadiah unik untuk rakyat Malaysia.

Nurfazlyana Shahira berpendapat bahawa dengan wujudnya satu siri cupcakes yang diilhami dari tokoh politik seperti Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan dapat membantu para kuliner memberi perhatian lebih kepada senario politik dan meningkatkan potensi kreativiti kuliner Malaysia. (Kedai Carousell : fazly_ana)

Kalau korang berminat untuk memiliki barang-barang rare dekat atas ni, boleh lah cari di platform Carousell. Jangan lambat nanti melepas. Barang rare selalu terlajak laris di pasaran okey. :)


7 comments:

  1. Ibu zaid singgah lalu blogwalking di blog sis ana. Macam macam cara menunggang isu

    ReplyDelete
  2. Esok hari Jumaat penuh berkat,
    Hari ni khamis hujan gerimis,
    Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
    Mama singgah blogwalking blog sis


    Nak lakukan jualan ada macam macam cara

    ReplyDelete
  3. Wah...memang rare barang2 ni ana...Semangat PRU pun semakin membara ni hehe

    ReplyDelete
  4. Wow...menarik...ada yang boleh dinikmati dan ada yang boleh dijadikan koleksi kenang-kenangan...

    ReplyDelete
  5. yeyyy.. semangat PRU .. ini kali laa hahaha

    ReplyDelete
  6. menariknya barangan carousel yg rare ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤