Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru - Ana Suhana

Mar 7, 2018

Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru


Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru | Assalamualaikum. Betul tak kalau Ana kata sesiapa pun mesti nak rasa cantik kan? Ini termasuklah Ana sendiri. Memang dah jadi lumrah dan sifat manusia itu sendiri suka akan kecantikan.  Betul kan?? Oleh kerana minat yang mendalam dan suka akan kecantikan, kekemasan dan kebersihan, pengasas Umairah Uzma iaitu Puan Nurul Nur Ariani mengambil langkah kehadapan dengan mewujudkan label kecantikan dengan nama Umairah Uzma.
Umairah Uzma
Umairah Uzma
Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru

Bagi yang belum mengenali Umairah Uzma, label produk kecantikan ni telah ditubuhkan pada tahun 2014 di mana pada masa itu "baby" pertama yang dihasilkan ialah inai. Kemudian Umairah Uzma tampil berani dengan memperkenalkan pewarna kuku yang unik di mana ianya boleh ditanggal (peel off) terutama ketika mengambil wuduk.

Penghujung tahun 2014 buat pertama kali Umairah Uzma menyertai Mood Republik bertempat di PWTC dengan hanya penjual pewarna kuku sahaja. Hasil dari keuntungan tersebut Umairah Uzma sekali lagi mengeluarkan produk baru iaitu celak Mekah ( eyeliner) yang tahan lama, kalis air dan tidak melekit.

Pada tahun 2015, Umairah Uzma memperkenalkan satu lagi produk iaitu Makeup Fix Spray di mana idea untuk menghasilkan spray ini datang ketika anak Puan Nurul menghidap eczema. Spray tersebut diformulasi dari air semulajadi dan aloe vera. Kesannya penyakit eczema anaknya semakin berkurang. Sejak itu Umairah Uzma terus mempromosikan spray tersebut di Mood Republik 2015 sehingga kini.
Umairah Uzma
Umairah Uzma
Tahun 2017 melihat label Umairah Uzma semakin dikenali melalui produk-produk sedia ada yang di pasarkan sehingga dapat melahirkan banyak ejen-ejen baru.  Dan pada Sabtu lepas, Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru iaitu Umairah Uzma Super Mega Volume Maskara dan Umairah Uzma Embrace Eau De Perfum menjadikan total produk Umairah Uzma kini sebanyak 5 produk.

Umairah Uzma Glowing Foundation
Umairah Uzma
Umairah Uzma
Umairah Uzma Glowing Foundation ini berbentuk cecair yang berkrim serta bertekstur ringan, tidak berminyak atau melekit. Glowing Foudation ini mengandungi vitamin C, rumpai laut, kolagen dan artibun mampu berfungsi untuk:

• melembap dan memghaluskan kulit wajah
• menggantikan sela kulit mati
• melindungi wajah dari sinaran UV
• bertindak sebagai ejen anti penuaan bagi mengurangi garis halus
• menjadikan kulit flawless dan glowing selepas sapuan
• mencerah, menganjal dan mensekatakan tona kulit

Umairah Uzma Eyeliner
Umairah Uzma
Umairah Uzma
Celak Umairah Uzma yang berbentuk pensil ini dihasilkan dari campuran bahan-bahan alam yang terbaik dan tanaman herbal dalam bentuk pasta hitam . Celak ini mampu menyejukkan dan menyegarkan mata serta memberi kesan menarik pada mata. Ianya sesuai dipakai oleh semua peringkat umur.

Umairah Uzma Make Up Fix Mist
Umairah Uzma
Umairah Uzma
Selain dari digunakan sebagai base make up agar kekal lama, Umairah Uzma Make Up Fix Mist juga boleh merawat serta menghilangkan masalah resdung, jeragat dan juga jerawat. Ia juga mampu untuk membantu memudarkan pigmentasi pada kulit akibat sinaran cahaya UV, mengelakkan kulit dari kusam dan kering dengan memberi kelembapan yang baik pada kulit kerana ia bersifat sejuk dan juga membantu mengecilkan liang pori

Umairah Uzma Super Mega Volume Fiber Maskara
Umairah Uzma
Umairah Uzma
15ml volume Umairah Uzma Super Mega Volume Fiber Maskara ini mempunyai vitamin B5 yang mampu menjaga bulu mata asli serta mampu melebatkan bulu kata. Ianya kalis air, tidak mudah comot, tahan lama dan mudah dicuci.

Umairah Uzma Embrace Eau De Perfum
Umairah Uzma
Umairah Uzma
Umairah Uzma Embrace Eau De Perfum dihasilkan dari 100% pati minyak wangi yang diimport dari Dubai. Minyak wangi ini mengandungi hanya 12% alkohol dan sah dibawa solat. Bau yang dihasikan adalah melalui identiti Umairah Uzma yang tersendiri dan tidak sama dengan mana-mana bau minyak wangi yang ada di pasaran kini. Ana sendiri dah bau minyak wangi tu. Memang wangi sangat. Bau pun lain dari yang lain.

Bagi yang berminat untuk mencuba produk-produk Umairah Uzma atau berminat untuk menjadi ejen especially suri rumah, korang boleh hubungi terus Umairah Uzma atau ke Instagram Umairah Uzma seperti bawah: 

Telefon :
017-294 6162
(Sanah Anna )

Instagram :







44 comments:

  1. Malangnya Hana tak reti nak mekap2 ni! Hehehe :3 nice review kak Ana ^^

    ReplyDelete
  2. Kan...LeYa pun rasa cantik dengan produk Umairah Uzma ni.. Pastu tak over sangat.. look simple and nice je.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. complete..semua ada..senang beli set ni sekaligus kan..

    ReplyDelete
  4. wah.. dekat2 nak raya ni macam2 produk kecantikan buat promosi.. dilah ni x pandai make up pun.. setakat nak pakai yg basic yg mcm umairah uzma ni jual boleh la utk nampak kelainan sikit time raya nati kan ana..

    ReplyDelete
  5. produk ni macam best nya..
    Tak pernah guna produk brand ni...
    Terasa nak cuba ni...
    Cantik!

    ReplyDelete
  6. Bab make up akak angkat tangan Tak pandai. Pelbagai jenama produk baru yang semakin banyak di pasaran. Pilih saja yang berkenan.

    ReplyDelete
  7. Bestnya...rugi betul x dapat join event ni..sekarang dah banyak produk baru dipasaran..Uzma ni akak suka tgok foundation dia..dengarnya minyak wangi pun best baunya..kena skodeng la macam ni

    ReplyDelete
  8. Semua jadi cantik macam puteri that day. Make up range dia not bad huh? Banyak gak pilihan nye. I love to get their blusher.

    ReplyDelete
  9. Sedap je nama product ni. Banyaknya pilihan yang boleh dipilih ye?...paling nak cuba eyeliner tu.

    ReplyDelete
  10. Liez suka bau perfurm dia.. dan mist dia liez pakai setiap hari selepas mandi. Mmg liez jadikan rutin sbb ada aloe vera

    ReplyDelete
  11. 1st time dgr produk nama ni.
    Maybe sebab aida ni x brape make up kit! ha ha ha kelakar bwh tempurung skit!
    Wajib la kita support produk local. Baru la diorang bleh naik internationally.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..tergerak nak mencuba la Kak Ana....menarik..

    ReplyDelete
  13. Baru tahu pasal produk umairah uzma ni. Best kalau dapat one set tu ☺

    ReplyDelete
  14. First time dengar pasal umairah uzma ni..
    Mcm best ja spray muka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis...utk make up fix spray bnyk faedah nye..
      ☺ ia blh mbantu mengecutkn jerawat
      ☺ blh hilangkn jerawat
      ☺ blh hilangkan ezecama
      ☺ gatal2 merah
      ☺ untuk rambut gugur
      ☺ dan lain2 lgi kegunaan..
      Sis blh cuba dlu utk Whatsapp Hani di 0193047595

      Delete
  15. Menarik juga produk tempatan ni. Boleh dikomersialkan untuknpergi lebih jauh lagi

    ReplyDelete
  16. 1st time akak dengar nama nih.. menarik juga barangannya tu

    ReplyDelete
  17. wow bestnya.. barang2 kecantikan

    ReplyDelete
  18. banyak sekarang produk makeup di pasaran. so far tak pernah dengar brand ni lagi. tapi dah ada since 2014 ye?

    ReplyDelete
  19. cantik packaging nya. nampak macam produk dari luar negara. mantap!

    ReplyDelete
  20. Kali pertama dengar pasal produk ni. Lengkap semua ada. Senang kalau nak beli semua kat sini je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis irra...ingin tahu lebih lanjut tentang product umairah uzma blh la whatsapp Hani 0193047595..

      Delete
  21. Sekarang macam2 produk ada. Yang penting mesti nak kena cuba dan tahu keberkesannanya kan. Macam mana dengan harganya ya? Pertama kali tahu minyak wangi yg mengandungi hanya 12% alkohol, sah dibawa solat. Its good kalau parfumnya unik dan ada identiti sendiri.

    ReplyDelete
  22. Tak pernah dengar lah Ana, tp rasa bangsa jugaklah sebab ada nama kita kita disitu. Biasalah nak terkenal bukannya ambik masa yg sekejap, kena banyakkan bersabo gitu hihi... moga Umairah Uzma terus maju hendaknya

    ReplyDelete
  23. Berkenan lah pulak tengok foundation tu. First time dengar pasal produk ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis inani...jika berminat dengan product umairah uzma...blh whatsapp Hani di 0193047595

      Delete
  24. Salam ana...sy Hani agent sah Umairah Uzma...blh ke sy minta izin utk balas komen2 di bloger awak...☺☺☺☺

    ReplyDelete
  25. 1st time dengar nama brand ni,ana..best nya dpt gi event mekap2 ni.kak fiezz suka..

    ReplyDelete
  26. akk suka foundation dia..mmg best dan perfume dia fuhh wangii tuu

    ReplyDelete
  27. wah wah , brand baru ke? sbb tak pernah tahu pasal brand ni. maklum la lelaki kan, tak ambil peduli la pasal brand-brand make up ni. hehe

    ReplyDelete
  28. baru tahu kewujudan umairah ni. tak semua pengasas berani nak keluarkan produk mekap sekali gus. selalunya mesti one by one. hebat umairah !

    ReplyDelete
  29. wah menarik produk nih
    wanita2 memang kena cuba

    ReplyDelete
  30. Produk baru nih kan Ana nampak menarik...

    ReplyDelete
  31. tak pernah dengar nama produk ni tapi nampak boleh pergi jauh ni ana. banyak pulak tu jenis produk yang dia keluarkan. ainy suka yang celak mata tu. hehe.

    ReplyDelete
  32. Alhamdulilah, banyak dah produk2 anak tempatan kan..

    ReplyDelete
  33. wah menarik lah produk ni, ala-ala arabi dah tengok hasilnya, tak sabar nak cuba tengah tunggu barang kecantikan ni sampai ke rumah. :)

    ReplyDelete
  34. So excited attending the launching of Umairah Uzma. One of the natural products and they have so many choices in makeup.

    ReplyDelete
  35. Menarik juga ya produk nie Ana, baru pertama kali dengar nama produk nie..

    ReplyDelete
  36. Umairah Uzma, last minit tak dapat pi tahniah diatas Majlis Pelancaran, lepas ni... nanti nak cuba juga produk ni.

    ReplyDelete
  37. First time dengar jenama Umairah Uzma ni. Produk keluaran jenama ni juga menarik kan. Yang penting selamat digunakan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤