The Habitat | Tarikan Terbaru di Bukit Bendera Pulau Pinang - Ana Suhana

Mar 3, 2018

The Habitat | Tarikan Terbaru di Bukit Bendera Pulau Pinang


The Habitat Tarikan Terbaru di Bukit Bendera Pulau Pinang | Assalamualaikum. Sambung balik cerita percutian Ana ke Pulau Pinang bulan Februari yang lepas. Kalau korang search kat Google tempat menarik di Pulau Pinang ni, nama Bukit Bendera mesti ada dalam senarai. Tapi kali ni Ana tak cerita tentang Bukit Bendera ni tapi Ana nak cerita tentang The Habitat Tarikan Terbaru di Bukit Bendera Pulau Pinang ni.
The Habitat Pulau Pinang
The Habitat Tarikan Terbaru di Bukit Bendera Pulau Pinang

Korang pernah dengar tak tentang The Habitat ni? Mungkin ada yang belum pernah dengar sebabnya The Habitat ni baru beroperasi tahun lepas dan baru di buka semula kepada orang ramai 30 Disember yang lepas. So ramai yang belum sampai ke sini lagi.

Macam biasa lah, Bukit Bendera mana pernah tak ramai orang kan. Masa Ana sampai sini, berbas-bas tengah turunkan pelancong. Tu belum masuk dengan orang kita yang sama ke sini. Maklumlah masa tu ramai yang amik cuti direct sebab ada cuti Thaipusan dan Hari Wilayah. Memang pack Bukit Bendera jadinya. So firstly kena beratur beli tiket tram. Sekarang ni kalau nak beratur beli tiket, hanya seorang saja dibenarkan beratur. Yang lain sila tunggu dekat tepi ye. Tak perlu nak berjemaah sama. Ada guard yang akan jaga. Memang bagus dia buat macam ni. Memudahkan urusan dan masa beli tiket pun jadi cepat. Kalau tak, korang faham-faham lah sendiri.

Harga tiket tram untuk dewasa ialah RM10 dan kanak-kanak ialah RM5. Tapi kalau rasa malas nak beratur panjang masa nak naik tram tu, korang boleh beli tiket ekspress. Harga dewasa RM45 dan kanak-kanak RM30. Ikut bajet korang macam mana. Ana? Tiket biasa sudah. Kita kan rakyat marhaen. Cewah. Dah beli tiket moh kita beratur berjemaah nak naik tram.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Walau pun ramai orang beratur nak naik tram, bagi Ana still laju je masa beratur tu. Dalam 15 minit dah boleh naik tram. Kalau tak larat ada je kerusi disediakan dekat tepi-tepi tu. Dalam tram pun sama, tak lah sesak sangat. Still rasa selesa. Syafi teruja sangat dapat naik tram. Last naik tram Bukit Bendera ni dia baru dalam 7 bulan. Mana tau apa kan.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Sampai je dekat atas tu, terus amik gambar cepat-cepat. Sebabnya matahari dah start nak meninggi. Sebelum panas teruk lagi baik lah cepat buat apa yang patut. Hari tu cuaca tak berapa nak cun sebab berjerebu. So view dari atas tak berapa nak clear sangat.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Masa tengah jalan Ana perasan ada satu walkway dekat sini. Ramai orang dok berpusu gambar dekat situ. Ana pun join the crowd. Kena lah pandai adjust kamera nak elak dari di photo bomb kan. Haha.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Dari walkway Ana terus ke The Habitat. Memang agak tak selesa nak bergambar dan enjoy view masa ni sebabnya orang dah start ramai dan cuaca semakin panas. Nak ke The Habitat ni korang boleh beli tiket dekat bawah kanopi berdekatan dengan tempat tunggu buggy. Harga tiket The Habitat ni dewasa RM50 dan kanak-kanak RM30. Memandangkan harga tiket kami bertiga sama dengan harga pakej family yang ada so kami amik under pakej family. Kelebihan dia ada satu aktiviti percuma untuk Syafi nanti. Dari kaunter ni nak masuk ke pintu utama The Habitat kalau jalan kaki adalah dalam 10 minit. Tapi sebab The Habitat provide free buggy, naik je lah buggy tu. Tak kuasa nak peluh tiak jalan kaki.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Sampai je dekat pintu utama tu korang kena jalan dalam 2-3 minit untuk sampai ke kedai sourvenir. Dalam kedai ni ada juga jual tiket. Sebab kitorang dah beli awal-awal so just scan je tiket dekat sana dan dah boleh start explore The Habitat ni. Welcome to the nature guys.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Seronok jalan dalam The Habitat ni sebabnya cuaca agak redup sebab di kelilingi pokok-pokok besar dan takde orang sangat dalam ni. Berbeza dengan keadaan di luar tadi. Memang rasa tenang, aman, nyaman dan selesa.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Ok aktiviti pertama kitorang ialah ke Terrarium Workshop untuk aktiviti Syafi. Dekat workshop ni Syafi dapat belajar macam mana nak tanam pokok dalam botol. Semangat lebih dak kecik ni tapi lain orang ajar lain dia buat. Haha. Nanti botol dan pokok dalam tu boleh bawa balik. Pokok yang Syafi belajar tanam tu sesuai diletak di dalam rumah atau dekat meja pejabat. Terapi mata katanya.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Dari Terrarium Workshop Ana terus jalan ke Langur Circle. Dalam perjalanan tu ada satu platform untuk Giant Swing. Harus lah singgah kejap. Rugi tak singgah sebab memang layan habis lah duduk atas buaian tu sambil dihidangkan dengan view hutan tropika yang sangat cantik. Memang terapi mata dan jiwa sungguh ciptaan Allah ni kan.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Dah puas berbuai Ana ke Langur Circle. Langar Circle ni lebih kurang macam canopy walk lah. Tapi bezanya dia tak bergoyang teruk macam canopy walk yang lain. Sepanjang jalan atas Langur Circle sejauh 230m tu korang akan dapat saksikan keindahan 130m years of old virgin jungle's canopy. Sebenarnya kalau korang datang pada masa yang betul, korang berpeluang tengok pelbagai spesis haiwan yang ada dalam ni. Contohnya macam rama-rama, burung, monyet dan banyak lagi. Ana hanya berpeluang tengok rama-rama dan monyet je.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Lepas je habis jalan atas Langur Circle tu korang akan jumpa lagi satu platform Giant Swing. Tapi view dekat platform pertama tadi lagi best bagi Ana. Jalan depan sikit korang akan jumpa taman bunga. Tapi Ana tak singgah sebab penat juga rasanya berjalan dalam ni walau tak jauh mana. Kemudian korang akan jumpa tempat untuk berehat. Dekat sini ada toilet semua. Kerusi pun ada disediakan. Kitorang rehat kejap dalam 5 minit bagi Syafi relax minum makan dulu. Dah hilang penat kitorang ke station terakhir dan juga merupakan highlight di The Habitat ni.

Finally Ana sampai di Curtis Crest (Top Tree Walk). Curtis Crest kini menjadi platform paling tinggi yang dibuka kepada orang awam. Berketinggian 13m dan disokong dengan batang berbentuk chopstick. Dari atas ni korang boleh pusing 360 darjah dan akan nampak seluruh bandar Pulau Pinang, Laut Andaman, Laut Hindi serta Pulau Langkawi jika cuaca cantik.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Curtis Crest ni juga menawarkan view sunset yang sangat cantik tau. Memang ramai yang akan ke sini untuk enjoy view tersebut. Tapi harga untuk enjoy sunset agak mahal sikit. Dan ada masa yang diperuntukan juga. Kalau korang berminat korang boleh je call dulu. Tapi kalau cuaca tak cantik macam mendung ke memang sesi untuk sunset ni tidak dibuka.

Ana lepak dalam 15 minit je dekat atas ni sebab matahari memang dah atas kepala. Panas sangat ok duduk atas ni. Dari Curtis Crest ni Ana terus kembali balik ke kedai sourvenir tadi untuk beli FM semua.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Dari situ Ana terus keluar dapatkan buggy untuk  ke dataran di atas Bukit Bendera ni. Sebelum turun singgah kejap bergambar dekat love clock bridge katanya. Dulu tak sempat bergambar dekat sini. Masa ni orang semakin ramai. Memang tak larat nak tengok. Selesai semua terus amik tram turun ke bawah. Memandangkan perut pun dah lapar sebab lebih 2 jam jalan dalam The Habitat tu, moh ler kita cari makan. Tekak teringin nak makan Pasembor jadi kita ke Kareem Pasembor Rojak yang terletak di Lebuh Union pula. Jemput makan korang.













54 comments:

  1. oh ada tmpt baru the habitat...pi penang outtstaion ..tk kesempatan lg nk bw tisya jln2 penang...oh ada tiket express skarang naik bukit bendera..siap duit je la kn ...bole tahan mhl juga ye msk ke the habitat

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak Ana!!! ^^ bila lah Hana nak sampai situ T^T btw nice sharing!! :3

    ReplyDelete
  3. dah dalam wishlist ni, hujung tahun nakpi! hahahaha semua sebab tengok gambar kakana kat ig

    ReplyDelete
  4. bukit bendera ni bnyk dh brubah. busyra p ke sana dri sana x dak apa2 lg. dari x best. smpai skrng tahun lepas kot busyra p elok semuanya dah. cantik. mcm kak ana p ni. bnyk dh yg berubah.. bestnya syafi belajar tanam pokok tu, hehe

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik la kak Ana...hari tu cousin PC ada sebut The Habitat ni...hehe..ini rupanya...menarik Curtis Crest (Top Tree Walk) sebab searas dengan pokok..mesti saujana mata memandang kan kak..

    ReplyDelete
  6. Seronok baca Ana berjalan-jalan..
    Cantik sungguh pemandangan dari atas Bukit Bendera..

    ReplyDelete
  7. Pergh!! Menariknya.. Kalau bawa anak-anak mesti diorang teruja.. Bilalah nak berjaya sampai ke Penang ini..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya! I wish bokeh pergi sini lepasni

    ReplyDelete
  9. bila ada aktiviti atau program disediakan untuk anak-anak , automatik tempat tu akan jadi lebih menarik sebab anak-anak happy !

    ReplyDelete
  10. saya juga tak pernah lagi sampai bukit bendera nih
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Bestnya jalan-jalan ke Penang. Gambar ana pon semua cantik-cantik. Akak tak pernah jejak Penang lagi. Teringin sangat nak pergi sebab makanan kat sana pon sedap-sedap jugak kan.

    ReplyDelete
  12. nanti pergi sana kena try the habitat dengan canopy walk tu! Bestnya kak ana jalan2 :D

    ReplyDelete
  13. SubahannAllah Cantiknya permandangan,

    ReplyDelete
  14. Bestnya..kita duk penang pun x.sampai lg hihi

    ReplyDelete
  15. Bestnya! Tak pernah sampai ke Penang pun lagi. Nak bergambar pun lawa

    ReplyDelete
  16. Awh I have visited this place before and I loved the sights up there. If the weather is good, taking pictures up there is stunning too, plus that canopy walk is a favorite of mine to experience. Definitely one to recommend when you are visiting Penang.

    ReplyDelete
  17. Suka tengok kak ana jejalan dengan family. Seronok cuci mata, kumpul pengalaman kan? Hopefully auni pun ada kudrat dan rezeki jalan-jalan ambil angin macam ni :) pernah sampai penang sekali je itupun pergi rumah tok sedara.. Huhu

    ReplyDelete
  18. best nyer ana. ana dpt jalan di bkt bendera releks releks.
    aida gi ari tu. but, tak dpt nak berjalan sgt.
    heboh kejar izzat yg aktif. then, hujan!!! aduhai...
    memang byk perubahan atas tu. menarik. memang kena spend some time bila naik atas.

    ReplyDelete
  19. macam best je, tak pernah gi & taktahu pun ada kat penang hahaha

    ReplyDelete
  20. Tak pernah dengar lagi The Habitat ni.. Memang betul tempat baru la.. Tapi LeYa pun belum berkesempatan ke Bukit Bendera ni lagi..hehe.. Memang lah tak tahu tempat baru tuh

    ReplyDelete
  21. wahh suka betul dengan konsepnya! banyak tempat nampak sangat Instagrammable! Lebih daripada tu, tempat ni pun nampak cukup sesuai datang dengan keluarga. Sambil menikmati udara segar dengan dikelilingi pepohon hijau.. asyiknya nak melepaskan tekanan kerja! Hihi...

    ReplyDelete
  22. nak pergi melancong dekat sini lah pulak

    ReplyDelete
  23. Menarik tempat nie Ana, nanti kalau pergi Penang lagi nak singgah sini juga lah..

    ReplyDelete
  24. subhanallah cantiknya pemandangan.. mama dulu pernah sampai tapi x naik sampai atas. lama da dulu

    ReplyDelete
  25. that's a whole lot of walking...i see the pictures and I feel tired. Hahahaha... but on the positive side, we have a new sight seeing place to venture into!

    ReplyDelete
  26. Bestnya tempat ni. Dah lama tak pergi Pulau Pinang. Rasa macam nak pergi tempat ni, bawak anak-anak.

    ReplyDelete
  27. Wah..best la tempat ni..nnt nak bawak anak l gi sini..pegi penang x penah gi bukit bendera..huhu kesian kan

    ReplyDelete
  28. Dah lama tak pi bukit bendera ni. Nanti nak pergi lah sebab dah ada benda baru kat sana

    ReplyDelete
  29. Nani pun hari tu naik yang biasa aje, tak kuasa lah nak bayar mahal mahal sebab malas nak beratur. Hahah! Sama aje, sampai jugak atas tu kan. Hari tu pergi boleh tak jumpa the habitat ni. Kita orang bergambar dekat area biasa tu aje.

    ReplyDelete
  30. belum sampai lagi di bukit bendera. dari gambar2 yang saya tgk mmg nice la view kat atas tu. berbaloi dan mesti boleh upload banyak gambar di IG

    ReplyDelete
  31. Banyak dah tarikan kat bkt bendera ni. Dulu masa bru2 kawen penah ke sini, tak ada apa sangat.. Best yeak the habitat tu.. Tpi rega masuk not bad. Hihi

    ReplyDelete
  32. Blm pernah pergi lagi, nx trip mgkin boleh 😁

    ReplyDelete
  33. Macam ala-ala Langkawi macam tu kan. Saya orang Penang pun first time dengan The Habitat ni.

    ReplyDelete
  34. Teringin nak pergi situ menikmati... Keindahan alam semula jadi.. Subhanallah cantik dan nampak tenang

    ReplyDelete
  35. wah banyaknya tarikan menarik di Pulau Pinang ni, the habitat pula dah, terasa macam nak jejak kaku ke sana.... bawa anak-anak mengenali negeri lain pula dalam malaysia ni, I hope kak ana gembira dan jadikan pengalaman ni sebagai kenang-kenangan terima kasih sebab kongsi with us about The Habitat ;)

    ReplyDelete
  36. Such a lovely place, I didn't know there is a place like that in Penang, must plan a family trip there, the kids will love this, being outdoors and enjoying some good old sunshine. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  37. The Habitat mmg best.. Masa p dulu canopy walk tu x siap lagi.. Huhu

    ReplyDelete
  38. Banyak betul sekarang ni tempat menarik kat sana kan..Bila gaknya nak sampai sini..

    ReplyDelete
  39. Dah lama tak pergi penang, ana pergi jalan jalan masa musim cuti ya? Sesak dengan orang penang masa cuti

    ReplyDelete
  40. Baru first time dengar The Habitat ni Ana. Bagus Ana share pasal The Habitat ni org yang tak tahu boleh jadi tahu dan boleh plan pergi sana nanti

    ReplyDelete
  41. Dah banyaak perubahan kt bukit bendera rupanya. Dah lama giler tak pergi sana. Rasanya dulu pergi masa umur 6 tahun. haha.. lama giler kan. So, nanti kalau ada ke sana akan masukkan The Habitat dalam list.. tq for sharing.. hehe

    ReplyDelete
  42. Menarik la ana Habitat ni...harus pegi kalau ke Penang

    ReplyDelete
  43. Wah seronoknya. Macam2 aktiviti boleh dilakukan dekat the habitat. Antara tarikan di penang yang perlu dicuba

    ReplyDelete
  44. Akaka tak pernah lagi naik sini...dulu masa adik duk penang pun tak sempat naik...

    ReplyDelete
  45. Lama tak balik kampung dah... miss this bukit bendera so much and have lots of memories with my late dad. Wanna re-visit this place when im back home.

    Racheal

    ReplyDelete
  46. Menariknya. Dulu pegi penang masa join conference, maka dapatlah jalan2 sekitar taman rama2 tu. Lepas ni bikeh visit the habitat pulak. Tq sis ana for sharing this!

    ReplyDelete
  47. Nice view from the top and the place well maintain and clean. Riding a tram go up is so cheap and more thing to see. I have never go until bukit Bendera yet. is time to explore Penang again.

    ReplyDelete
  48. uzu tak pernah p penang hill jeje

    ReplyDelete
  49. Cantik view dia sis, baru taw pasal tempat ni...Baru bulan lepas jejak Penang, kalau taw awal boleh pergi tempat ni...menarik sis

    ReplyDelete
  50. Cantik jugak tempatnya.... hakak pergi brberapa tahun lepas mmg confirmlah The Habitat ni tak de lagi hihi... Wah ada love clock bridge jugak ek.... Pandai Ana cari angle berposing! Cantik

    ReplyDelete
  51. bestnya kita yang orang penang pun tak sampai lagi sana. time tu pergi the Habitat tak siap lagi. Free time memang nak singgah.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  52. Wow! now bukit bendera also got so may new things and attractions. It has been a while since the last time i went up there, should make a trip tp bukit bendera when i go back to penang.

    ReplyDelete
  53. Wah bestnya k.ana. Dah lama x p penang. Kalau tak, selalu jalan sana. Ni boleh masuk dalam senarai lps ni klu p penang blh terjah

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤