Produk Samsonite Kini Di Atas Talian - Ana Suhana

Mar 26, 2018

Produk Samsonite Kini Di Atas Talian


Produk Samsonite Kini Di Atas Talian | Assalamualaikum. Korang tau tak sekarang Produk Samsonite Kini Di Atas Talian untuk memudahkan korang bershopping pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
Produk Samsonite Kini Di Atas Talian

Produk Samsonite Kini Di Atas Talian merangkumi semua produk terbaru di bawah jenama Samsonite seperti Samsonite, Samsonite Red dan American Tourister selepas buat pertama kalinya Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkankannya platform e-commerce di Malaysia secara rasmi.

"Di Samsonite, kami memahami permintaan dan keperluan gaya hidup moden yang sibuk dan pantas. Kami juga percaya bahawa membeli-belah untuk bagasi tidak sepatutnya menjadi proses yang sukar. Oleh itu, dengan trend e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia, kami melihat peluang untuk melancarkan platform dalam talian ini di mana pelanggan boleh mengetahui tentang produk kami dan membelinya dengan selesa di rumah, pejabat, atau di mana sahaja. Jika mereka mempunyai komputer atau peranti mudah alih, mereka kini mempunyai akses kepada produk kami - semudah itu, " kata Ambert Khoo, Country Head of Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dengan adanya platform e-commerce ni akan memudahkan korang untuk membeli produk Samsonite tanpa perlu keluar rumah pun. Jimat masa dan duit minyak lagi. Hanya dengan beberapa klik dalam beberapa minit korang dah boleh memiliki produk Samsonite yang korang nak. 

Cara Membeli Produk Samsonite Di Atas Talian

1. Layari LAMAN SESAWANG Samsonite

2. PILIH PRODUK mana yang korang nak beli. Terdapat pelbagai produk Samsonite korang boleh nampak dalam laman sesawang ni.

3. Dah jumpa yang berkenan, korang boleh ADD ON item tersebut ke dalam SHOPPING CART

4. Dah selesai bershopping, korang klik CHECK OUT dan BAYAR. Jangan ragu-ragu nak membuat pembayaran kerana kesemua proses pembayaran adalah dijamin selamat.

5. Tunggu depan pintu untuk proses PENGHANTARAN dalam masa 3 hari bekerja.

Samsonite merupakan salah satu pereka dan pengedar yang terbesar dan dipercayai di dunia dalam industri bagasi. Jenama ini ditubuhkan pada tahun 1910 dan merupakan gagasan Jesse Shwayder, yang membayangkan pembuatan barang berkualiti terbaik yang dapat menahan risiko perjalanan.

Hari ini, Samsonite tetap berdedikasi kepada prinsip terasnya, untuk terus memperluaskan visi Shwayder secara global untuk memenuhi keperluan setiap pelawat dengan produk yang berdaya tahan dan halus melalui teknologi, bahan dan reka bentuk yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut tentang Samsonite,  korang boleh layari laman sesawang Samsonite di bawah ini. 



21 comments:

  1. Sekarang semuanya di hujung jari ja >_< hehe thanks for sharing kak Ana <3

    ReplyDelete
  2. senang la zaman sekarang....semua org boleh beli...ye la sbb samsonite ni takde jual kat supermarket biasa...

    ReplyDelete
  3. Cepat,mudah,jimat...kuasa memilih dan membeli dialam maya..dihujung jari....

    ReplyDelete
  4. First time ekin dengar samsonite ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum salam isnin dari saya. Singgah blog walking :) Bagus beg samsonite ni

    ReplyDelete
  6. Beg samsonite tahan lama. Berbaloi lah dengan harganya

    ReplyDelete
  7. alahaiii...senang lah camni...klik2 je pastu tggu barang sampai depan pintu...

    ReplyDelete
  8. Menarik luggage tu kalau berkualiti boleh beli 1 he he he

    ReplyDelete
  9. Saya lebih suka membeli terus di premis. Sebab suka belek2.. survey2 dulu hehe..

    ReplyDelete
  10. samsonite...jenama memang berkualiti. tak risau kalau beg kena campak

    ReplyDelete
  11. First time dengar nama ni. nanti boleh explore apa yang menarik.Tq share

    ReplyDelete
  12. beg travel idaman ni..cantik

    ReplyDelete
  13. Marsha memang peminat samsonite. Kualiti setanding harga

    ReplyDelete
  14. Harganya boleh tahan kan Ana.tunggu Mimi jadi orang have have lah baru beli..hahaha

    ReplyDelete
  15. nnti nak explore lebih lg pasal ni.. bru tau dari kak ana. :)

    ReplyDelete
  16. Wahh semuanya dihujung jari takyah susah2 p mall heret benda nie bawak balik heheh

    ReplyDelete
  17. memang lama dah nak cari luggage ..nanti Sal singgah shopping

    ReplyDelete
  18. Senang sekarang semua kat hujung jari.. jimat masa dan tenaga..

    ReplyDelete
  19. brand lugage ni mmg target nak beli tapi mahal sikit hehehe

    ReplyDelete
  20. Lia memang tengah nak cari luggage saiz medium untuk travel. tak tahu brand apa nak beli. nak try lah samsonite ni kan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤