Pasang Khemah Kini Mudah dengan Shopee - Ana Suhana

Mar 10, 2018

Pasang Khemah Kini Mudah dengan Shopee


Pasang Khemah Kini Mudah dengan Shopee | Assalamualaikum. Korang perasan tak baru-baru ni Ana ada publish tentang kempen Shopee - Pay Day Sale. Dan masa kempen tu tengah berjalan, Ana terjebak shopeeing dengan Shopee ni. Mana taknya, cash back yang ditawarkan banyak kot. Rugi pulak rasanya kalau tak shopping masa tu. Tapi apa kena mengena Shopee dengan Pasang Khemah Kini Mudah ni kan. Haaa baca lah cerita seterusnya.
Actually Ana bukan kaki shopping online ni pun. Memang jarang sangat lah. Tapi kalau ada something yang Ana nak beli, Ana akan survey dulu. Contohnya macam dekat Shopee ni. Kalau  kata jumpa dengan bajet yang Ana tetapkan, Ana akan beli. Tapi selalunya akan jumpa lah kalau dekat Shopee ni. Nyampah tau. :) Sampai Syafi pun tau aplikasi Shopee ni.

Nak dijadikan cerita baru-baru ni Syafi request nak khemah. Pulak dah. Ni penangan tengok kartun lah ni. Apa kartun tu buat dia nak juga. Hai lah anak. Memandangkan Shopee pun tengah buat kempen Pay Day Sale tu, Ana amik lah kesempatan untuk survey kot-kot jumpa kan.
Kali ni Ana set harga under RM50. Tak boleh lebih. So dekat aplikasi Shopee tu kita tapis lah ikut harga yang kita nak tu. Survey punya survey Ana jumpa khemah segera ni ( 2 seconds rapid camping and outdoor tent - klik SINI). Nampak macam menarik sebab perkataan 2 seconds tu. Harga pun under bajet - RM42.90. Spesifikasi khemah pun ok. Orang yang tak reti nak pasang khemah macam Ana ni pun boleh pasang khemah dengan cepat. Tak yah pening-pening kepala nak pasang khemah manual tu dah. Zaman sekarang kan semua nak kena cepat.
Lepas baca semua Ana rasa ok sangat lah tu. Tapi sebelum beli, Ana akan baca review dari pembeli yang dah beli khemah ni dulu. Ni salah satu yang Ana suka shopping di Shopee. Kita boleh baca review orang sebelum proceed untuk membeli. Tengok review semua kata ok je so Ana pun proceed beli. Bayar hari Isnin, semalam (Rabu) dah sampai. Pantas sangat. I like. Syafi lah yang paling teruja. Hehe. Tak caya jemput tengok aksi si cilik ni dekat video bawah ni.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Puas hati sangat lah Ana dengan khemah ni. Mula-mula je macam pening nak pasamg. Tapi lepas jumpa point dia senang ya amat rupanya. Kejap je dah boleh siap. Nak bawa pergi berkhemah atau berkelah pun sesuai.
Sejak ada khemah ni Syafi setiap petang minta lepak dalam khemah. Onda pun layankan je. Selamat khemah ni untuk 2 orang. Masuklah 2 beranak dalam tu. Seronok juga lepak dalam khemah sambil pandang langit biru. Relax kejap rasanya. Yang penting dia tak ingat nak main gajet langsung. Bagus sangat dah tu. Tapi lepas ni tak tahulah dia nak minta apa pula. Hehe.







35 comments:

  1. bagus juga beli khemah ni kan...xdelah nak ngadap gadget 24 jam...idea yang bagus ni ana...

    ReplyDelete
  2. hah pasni bole p picnic lps tu berkhemah

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa ada khemah sendiri!! ^^ teringin nak pasang khemah depan rumah hahah :3

    ReplyDelete
  4. plan nak cari khemah juga, sebab laki akk kaki pancing hehehe. senang baring susukan anak kalau ada khemah.

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun nak beli juga lah, dulu Abang Man memang stand by khemah kalau kami berniaga jauh-jauh sebab boleh berehat n tido dalam tu.. Siap bawak kipas hokay.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Ooo shopping khemah ye syafi. Hihi comel syafi. Ok la tu ada aktiviti di waktu petang. Nanti ajak bonda pi picnic pulak lagi best hihi

    ReplyDelete
  7. warna khemah pun cantik.. macthing lak tu hijau tuerqois.. sukaaa

    ReplyDelete
  8. wah. best kan rasa macam ala-ala camping kat dalam hutan sebab ada khemah. khaty pun ada satu standbye dalam keta sebab kalau pegi mana2 rasa macam tak dak tempat nak berteduh boleh buka khemah

    ReplyDelete
  9. Amboi, seronok je Syafi main2 dalam khemah ye. Tapi okaylah kan harga dengan ciri2 yang ada pada khemah ni. Senang nak pasang. Boleh bawa time nak gi piknik. Senang sikit nak salin2 baju kalau bermandi manda kan?

    ReplyDelete
  10. If bawa pergi picnic mmg ngam khemah nii. Cantik, yg penting anak pun sronok kan

    ReplyDelete
  11. cantik juga khemah ni,lepas ni boleh la selalu pergi camping dengan keluarga...Bukan stakat kak Ana terjebak dengan shopee ni, saya pon sama juga terjebak...

    ReplyDelete
  12. Wah..suka la anak bujang ana ni..best la dia dapat khemah...eh akak nak cari jugak la khemah kat shopee

    ReplyDelete
  13. ok jugak ni kalau letak kat taman rumah..at least ada lah kan tempat anak² untuk bersantai

    ReplyDelete
  14. Syafi pun senyum je ye...bagus juga kak Ana..lebih mendekat dengan alam...lepas ni boleh berkhemah di tepi sungai...seronoknya...

    ReplyDelete
  15. owh
    shopee pun jual khemah rupanya

    ReplyDelete
  16. eee senangnya nak camping lepas ni ada tent comel macam ni. camp depan rumah pon boleh ni tapi kena ada taman lah hehe

    ReplyDelete
  17. best.. kalau letak dlm rumah budak2 mesti suka main.. hehe

    ReplyDelete
  18. Wah suka Syafi dapat khemah baru...nanti boleh ajak Syafi pergi camping pula Ana

    ReplyDelete
  19. Syok Syafi bermain dalam khemah,
    nanti boleh ajak Onda berpicnic ke tempat rekreasi bawa khemah 😍

    ReplyDelete
  20. Ala.. macam nak beli satu je.. tapi tak ada space nak pasang khemah.. kikiki

    ReplyDelete
  21. Suka pulak tengok khemah ni. Senang bawa gi sana sini. Nak bagi budak main2 dalam tu pun boleh kan..


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  22. Memang sangat bagus Kak Ana belikan khemah ni untuk Syafi dari gadget yang rata-rata ramai kanak-kanak di luar sana dah jadi budaya dengan gadget.. Life as kanak-kanak bermain di luar dah xde.. Kiranya syafi bijak lah nak khemah ni..hehe..

    ReplyDelete
  23. Bestlah... Berkhemah dekat rumah jer lah. Hari-hari pon tak apa ☺

    ReplyDelete
  24. Seronok tengok syafi main dalam khemah. . Dekat halaman rumah pulak tu..

    ReplyDelete
  25. Nak beli jugaklah khemah.seronok plak fk syafi main dlm khemah.mesti anak anak mimi pun seronok

    ReplyDelete
  26. Ana, nasib rumah jenis ada laman, boleh pasang khemah..

    ReplyDelete
  27. Comel je..penah ada gak ..beli untuk anak² tapi tahan kejap je..fahamla bila semua hero..hikhikhik

    ReplyDelete
  28. Wah, best lah syafi ya.nanti nak beli jugak lah khemah utk zahra.

    ReplyDelete
  29. Wah seronoknya Syafi main khemah Tu. Bestnya shopping Di shopee

    ReplyDelete
  30. wah bestnya dapat main dalam khemah, besar pula tu khemah dia :)

    ReplyDelete
  31. mudahnyaa dan senang nak bawak kemana2..

    ReplyDelete
  32. why u so cute syafi.. suka dia ye dpt pasang khemah.

    ReplyDelete
  33. besar juga khemahnya. seronok la bermalam dalam khemah.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤