Majlis Penyampaian Hadiah Juara Hang Masuk Hang Menang Anjuran Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N


Majlis Penyampaian Hadiah Juara Hang Masuk Hang Menang Anjuran Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N | Assalamualaikum. Sabtu lepas bertempat di Giant Hypermarket Batu Caves , Ana berpeluang untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Juara Hang Masuk Hang Menang Anjuran Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N.
Juara Hang Masuk Hang Menang - En Zaiful Syawwari bin Zakaria 
Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Hang Masuk Hang Menang Anjuran Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N

Kalau korang nak tau, pertandingan Hang Masuk Hang Menang ini telah berlangsung selama 2 bulan tau di mana pertandingan ini dianjurkan di bawah anjuran Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N dengan hadiah yang ditawar bernilai RM50,000. Menarik kan?

Sebenarnya pertandingan Hang Masuk Hang Tarik ini merupakan sambungan kepada kempen Hang Tarik F&N yang dilancarkan pada musim Raya tahun lepas untuk memperkenalkan standard emas membuat Teh Tarik Ori dengan Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N. Sejak itu ramai yang mencuba nasib dengan membawa personaliti Hang Tarik tersendiri untuk bergelar juara.
Teh Tarik Ori Menggunakan Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N 
Ana dah rasa sendiri teh tarik menggunakan kedua-dua susu F&N ni hari tu, perghhh memang terbaik. Pekat melekat rasa dia. Tak cukup satu cup Ana tambah lagi beberapa cup. Rugi siapa yang tak rasa lagi teh tarik ori ni.
Persembahan Hang Tarik dan Raja Teh Tarik Azlin
Para tetamu yang hadir pada hari itu turut disajikan dengan persembahan yang hebat dari Hang Tarik dan Raja Teh Tarik Azlin yang mempersembahkan kemahiran menarik Teh Tarik. Memang wow sangat tau korang. Dulu masa kecik-kecik Ana selalu berangan nak tarik teh tinggi-tinggi. Tapi guna air paip je lah. Kalau guna teh tarik mau kena seligi dengan mak. Haha. Membazir katanya.
Persembahan Raja Teh Tarik Azlin
Selepas persembahan tersebut, acara yang di nanti pun tiba. Majlis menjemput juara Hang Masuk Hang Menang iaitu En Zaiful Syawwari bin Zakaria ke atas pentas untuk  majlis penyampaian hadiah. Tapi sebelum itu, beliau diberi peluang untuk menambah nilai hadiah dengan Cabaran Wind Chamber di mana beliau boleh mengutip sebanyak mana duit yang ada dalam tu dalam masa yang ditetapkan dan di tambah dengan hadiah juara bernilai RM20,000. Secara keseluruhan, En Zaiful Syawwari bin Zakaria berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM26,680. Banyak kan. Tahniah kepada beliau.
Cabaran Wind Chamber
Sepanjang berlangsungnya pertandingan Hang Masuk Hang Menang ni, sebanyak 6 perserta bertuah telah berjaya memenangi sebuah motorsikal seorang satu dan 240 hadiah minggu berupa tudung limited edition dari Fareeda.
Dapat Voucher Giant RM30 dan Goodies
Ana pun berkesempatan untuk masuk ke dalam wind chamber tu. Tak senang tau korang nak kutip kertas yang terbang dalam tu. Hasilnya Ana dapat RM30 voucher Giant. Boleh lah beli Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N dan buat teh tarik ori banyak-banyak dekat rumah. Siapa nak rasa teh tarik ori hasil air tangan Ana jemput lah ke rumah. Hehe.
Majlis Penyampaian Hadiah Juara Hang Masuk Hang Menang Anjuran Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F&N Reviewed by Ana Suhana on March 19, 2018 Rating: 5

25 comments:

  1. Fuh sedapnya tehbtarik berbuih2 tu

    ReplyDelete
  2. Teh tarik nya memang sedap.. LeYa yang tak minum sangat pun boleh habis.. Haha... Btw, untuk tahun ni Leya tak join pun... Tapi tengok sama jugak macam tahun lepas..hehe.. Bileh tengok link LeYa di sini Kongsi Seni Teh Tarik Bersama Hang Tarik

    ReplyDelete
  3. wahh siap dapat baucer ag..bestnyaa

    ReplyDelete
  4. wow...dapat wang tunai yang begitu lumayan sekali

    ReplyDelete
  5. tunggu akak datang nak minum teh tarik ye ana hahaha

    ReplyDelete
  6. wahhh..hebat la peserta yang berjaya tambah nilai RM dalam cabaran wind chamber tu...26K tuuu...tak pe la, ana..okey tu voucher RM30..sapa nak bagi, kan..hehe

    ReplyDelete
  7. Sal suka gak minum teh tarik...comel je bunyi 'Hang Tarik F&N'..

    ReplyDelete
  8. Tingin nk masuk contest teh tarik ni...pandai lah jugak tarik2 ni..sbb mak abah bukak kedai mkn..sllulah buat teh tarik hihi

    ReplyDelete
  9. Sis suka minum teh tarik tapi x pandai tarik..kalu tarik last2 dlm cawan tak ada air teh tu..hehehe.
    Buat pemenang tahniah

    ReplyDelete
  10. wahhhh seronoknya menang dapat duit

    ReplyDelete
  11. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  12. Tergoda tengok buih2 teh tarik tu.. =)

    ReplyDelete
  13. bila tu Ana nak jemput ke rumah, nak la merasa teh tarik air tangan Ana tu..hehehe

    ReplyDelete
  14. Bukan senang nak tarik tu ha..btw, tahniah pada pemenang

    ReplyDelete
  15. kita setakat tarik biasa tu boleh la..kalau nak buat aksi macam ni,mau terabur air tu

    ReplyDelete
  16. Skali rebut duit dapat rm20k plus...memang bertuah sangat

    ReplyDelete
  17. Tahniah pada pemenang, hadiah pun menarik. Rugi Kak Sue tak join hari tu..

    ReplyDelete
  18. Lumayan tu hadiahnya. Tahniah buat pemenang.

    ReplyDelete
  19. Fuh! besar jugak jumlah yang En Zaiful tu menang.
    Buat AS pun tahniah dapat juga voucherkan...

    ReplyDelete
  20. Mimi suka tengok pertandingan teh tarik nih tau Ana.seronok tengok pelbagai aksi yang peserta teh tarik buat

    ReplyDelete
  21. Bestnya dapat voucher kan kak?. Blh shopping.

    ReplyDelete
  22. Selalu sangat tengok iklan Hang Masuk Hang Menang ni. Sebab sebutan dalam bahasa utara kan. Memang senang nak ingat kan. Tahniah kepada pemenang.

    ReplyDelete
  23. pekat busyra tngok airnya tu kak ana.. confirm la sedap. hehe. bestnya dpt voucherr. boleh shopping <3

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.