Fakta : Hanya 1% Pemandu Wanita Tahu Menyelesaikan Masalah Kereta Sendiri - Ana Suhana

Mar 21, 2018

Fakta : Hanya 1% Pemandu Wanita Tahu Menyelesaikan Masalah Kereta Sendiri


Fakta : Hanya 1% Pemandu Wanita Tahu Menyelesaikan Masalah Kereta Sendiri | Assalamualaikum. Korang tahu tak yang Hanya 1 Peratus Pemandu Wanita Tahu Menyelesaikan Masalah Kereta Sendiri? Salah seorangnya ialah Ana sendiri. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket, kebanyakan pemandu wanita lebih cenderung untuk meminta bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan apabila kereta mereka rosak. Betuk ke tidak?? 
Fakta : Hanya 1% Pemandu Wanita Tahu Menyelesaikan Masalah Kereta Sendiri

Kaji selidik yang dijalankan oleh Bosch – pembekal utama komponen gantian automotif itu melibatkan seramai 350 pemandu negara ini berusia 18 hingga 55 tahun bertujuan mendapatkan input mengenai tabiat pengurusan bateri kereta yang merupakan salah satu penyebab utama kenderaan rosak. Dan hasilnya menunjukkan hanya 1% wanita mampu menyelesaikan masalah berkaitan kenderaan mereka sekiranya berlaku kerosakan berbanding kaum lelaki sebanyak 48%

“Kajian kami menunjukkan bahawa 70% daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri. Masalah tersebut bukan sahaja menimbulkan kesulitan malah mampu mendatangkan risiko keselamatan kepada semua pemandu terutama kaum wanita sekiranya mereka terkandas bersendirian” kata Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

Kaji selidik itu juga mendapati 84 %  wanita akan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan manakala 12% dalam kalangan mereka akan menghubungi syarikat penyedia bantuan kerosakan kenderaan sekiranya kereta rosak akibat kegagalan bateri.

“Menurut kaji selidik itu, sejumlah besar wanita masih tidak mengetahui bagaimana untuk mengatasi masalah kereta rosak akibat kerosakan pada bateri kenderaan. Di Bosch, kami berhasrat untuk memperkasakan pemandu terutamanya wanita untuk memiliki pengetahuan mengenai kenderaan dan boleh mengenal pasti tanda-tanda awal kerosakan pada bateri kerana 70% daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri,” kata Pang

5  Tanda Bateri Kereta Rosak
1. Aci Engkol Perlahan 

Bunyi aci engkol pada enjin  lembap dan ambil masa lama untuk dihidupkan.

2. Lampu Amaran Papan Pemuka

Apabila kuasa bateri lemah, lampu amaran pada papan pemuka muncul.

3. Perlu Jump Start Bateri

Gantikan sekiranya bateri kenderaan telah dibantu mula melebihi tiga kali dalam tempoh seminggu

4. Bekas Bateri Bengkak

Bateri kereta yang terdedah kepada jumlah haba berlebihan mungkin membengkak dan boleh menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek 

5. Bau Seperti Telur Busuk

Bateri kereta mengandungi asid sulfurik, ia akan mengeluarkan bau seperti telur busuk sekiranya berlaku lintar pintas, beku atau terlebih cas. Pastikan bateri diperiksa secepat mungkin kerana berkemungkinan berlaku kebocoran asid sulfuric yang boleh merosakan bahagian kenderaan yang lain


Kaji selidik itu juga mendedahkan sejumlah 29% pemandu wanita berbanding 22.6% pemandu lelaki masih menggunakan bateri asid plumbum (bateri sel basah) berbanding bateri bebas penyelenggaraan (bateri sel kering).

“Lebih ramai pemandu kini memilih untuk menggunakan bateri sel kering berbanding bateri sel basah yang memerlukan penyelenggaraan. Bateri sel kering memiliki kelebihan kerana mampu memberikan lebih kuasa, mengecas lebih pantas dan mampu tahan lebih lama. Pemandu dapat menikmati pengalaman memandu tanpa tekanan tanpa perlu bimbang mengenai air bateri” tambah Pang
Bagi yang berminat untuk membeli Bateri Bosch ini, korang boleh beli di semua pengedar sah di seluruh negara atau layari laman sesawang di bawah:

12 comments:

  1. sama lah.. kadang2 bateri kong rasa nak menangis! haha

    ReplyDelete
  2. airah pun tak tahu sangat pasal bateri ni.selalu dah kena baru nak ambil tahu hahaha

    ReplyDelete
  3. Bab bateri ni kinah memang zero. Huhu.

    ReplyDelete
  4. Minggu lepas bateri kereta En Suami kong....PC bab-bab ni memang mengaku tak tahu kak Ana...

    ReplyDelete
  5. alamak.. kita tak tergolong dlm 1% tu hahaha..

    ReplyDelete
  6. saye pun tergolong dlm 1% tu kowt. hehe.

    ReplyDelete
  7. Haha.sy pon tergolong jugak neh.kita semua menda pasal keta serah kat asben fikir.haha

    ReplyDelete
  8. Bateri kong memang akan kacau kenderaan kita... 1st sekali alarm. Tetiba je dia bunyi..

    ReplyDelete
  9. Nice sharing kak Ana >_< soon bila Hana dah ada kereta sendiri kena lah terer sikit2 pasal masaalah kereta ni hehe :3

    ReplyDelete
  10. miza tau bawak kereta jew hehe. Segala masalah serah pada EE

    ReplyDelete
  11. busyra tak tau sngt pasal2 kereta. drive ja tau.. tp bab kereta slow skit. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤