Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree - Ana Suhana

Mar 14, 2018

Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree


Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree | Assalamualaikum. Korang suka makan kek span? Kalau Ana, Ana memang minat sangat makan kek tapi kalau kek span, Ana suka kalau kek span tu lembut dan gebu. Ingat lagi masa dulu-dulu setiap kali pergi kedai kek, kek span yang dijual ada satu jenis je. Tapi sekarang dah ada banyak flavor. Salah satunya ialah Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree ni.
Kek Span Oree
Kek Span Oree
Cheesy Cheese vs Classic Original Kek Span Oree

Kisahnya lepas lunch di restoran Sepiring dekat Sunway Putra Mall, kitorang jalan-jalan nak cari something nak bawa ke rumah mama. Masa tengah jalan tu tetiba terbau satu bau yang punyalah sedap. Terus ajak En Suami tengok apa yang semerbak bau dia tu. Bila dah dekat kitorang nampak ada satu kiosk baru dekat depan tu - Kek Span Oree. Tengok packaging dia macam comel je, memang sesuai sangat lah nak bawa ke rumah mama. Kata nak jadi menantu solehah kan. Haha.
Kek Span Oree
Kek Span Oree
Kek Span Oree ni ada 3 flavor macam yang korang boleh tengok dekat gambar atas tu - Classic Original , Cheesy Cheese dan Sticky Chocolate. So hari tu Ana beli 1 Cheesy Cheese dan 2 Classic Original.

Sebagai seorang yang meminati sejenis cheese cake, so Ana try test Cheesy Cheese dulu. Kalau tengok pada gambar ni cheese di letak di bahagian bawah kek. Kira macam ada satu layer cheese lah dalam kek span Cheesy Cheese ni.
Kek Span Oree
Kek Span Oree
Nak potong kek span ni mudah je sebab dah ada macam garisan atas kek tu. Pisau kek pun disediakan. Memandangkan kek span tu lembut dan gebu so senang sangat lah nak memotongnya tu. Takde istilah kek bersepah lepas potong tu sebab tekstur dia cantik je. Rasa dia? Sebijik macam kek span makan dengan Cheesedale. Siapa suka Cheesedale mesti suka Cheesy Cheese ni. Tapi boleh jadi muak kalau makan banyak. So tips dia potong nipis-nipis. Reverse phsycology orang kata. Hehe.
Kek Span Oree
Kek Span Oree
Manakala untuk Classic Original, adik ipar Ana kata sedap. Tapi bagi Ana, Classic Original ni sedap kalau makan bersama dengan air kopi atau air teh o masa minum petang dekat pangkin luar rumah. Cewah. Kalau makan macam tu rasa dia macam kosong. Ayah Ana pun tak berapa nak gemar. Selalu kalau kek lembut-lembut macam tu dia nombor satu yang suka tapi bukan Kek Span Oree ni. Tapi kalau Cheesy Cheese kemungkinan dia akan suka. Next time nak try Sticky Chocolate pula.
Kek Span Oree
Kek Span Oree
Overall untuk Cheesy Cheeze tu memang Ana suka lah. Walaubagaimanapun, kedua-dua kek Span Oree ni memang tak dinafikan yang kek dia sangat lembut dan tekstur kek pun kemas. Sesuai nak dijadikan buah tangan sebab packaging dia comel. Harga pula maybe macam agak mahal tapi bagi Ana kalau nak mencuba ni masih berbaloi. Selamat mencuba korang.






30 comments:

  1. owhhh nampak macam gebu kek tu

    ReplyDelete
  2. Akak suka kek ni..sila kan Ana buatkan utk akak..dengarnya ana tengah gigih belajar buar kek kan..haha

    ReplyDelete
  3. lina suka yg original classic...

    ReplyDelete
  4. Yeah.. LeYa memang lah peminat kek.. Lagi2 kek spa yang gebu gebas ni.. Huwaaaa...macam dah lama pulak rasanya tak makan kek span ni.. Okay...misi mencari dan membeli..hehe..

    ReplyDelete
  5. this looks really good and fluffy, would definitely give it a try someday. Passed by the shop a couple of times, usually there is a queue

    ReplyDelete
  6. gebonya cheese tu jugak yang paling tertarik

    ReplyDelete
  7. aduhai..mana nak cari dekat johor ni..kena ke sunway putra mall lah nampak gayanya ni :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya..ada cheese pulak tu..memang rasa nak beli je ni

    ReplyDelete
  9. sedap kek ni, haritu kak ipar shu ada belikan, sedap! yang penting tak muak

    ReplyDelete
  10. terliurnya tengok kek span cheese ni kak anaaa!!!

    ReplyDelete
  11. Terliur tgk kek span oree tu..lama x mkn cheese kek haha..

    ReplyDelete
  12. ternyata sangat menyelerakan...

    kalau dapat isteri pandai buat..

    Fuh !..

    bertuah sungguh badan ini ..

    hahahaha

    ReplyDelete
  13. Alahaiii mengidam lagi hahah :3 nice review kak Ana ^_^

    ReplyDelete
  14. Baca kat sini tapi aroma kek tu rasa dah menusuk dalam hidung...hikhikhik

    ReplyDelete
  15. alahai sedapnya utk minum waktu petang dgn secawan nescafe tarik..hehe

    ReplyDelete
  16. Kak Sue pun suka kek span Ana..

    ReplyDelete
  17. Marsha pun suka kek span gini. Mesti suka yang coklat punya..hihi

    ReplyDelete
  18. Memnag sesuai buat buah tangan.. Packaging dia comel amat..

    ReplyDelete
  19. Wah..nampak sedap! Takpe nanti kita buat versi diri sendiri, nak pergi sana jauh sangat kan

    ReplyDelete
  20. Dekat Aeon sini ada outlet dia Ana.kalau singgah Mimi lalu je..tak oernah nak try pun.hahaha

    ReplyDelete
  21. uzu lagi suka cheesy cheese heheh

    ReplyDelete
  22. yummynya lelagi nampak nampak cheese cair2 tu

    ReplyDelete
  23. Sedao nye tengok kek, nampak gebu dan sedap. Memang terliur dah ni.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  24. mak oi.. kalau part gambo makanan,
    memang tak boleh tahan.. nampak betul gebunya....

    ReplyDelete
  25. dapnyaaa... apa yg penting tntang kek ni, kalau lembut tu mmg sedap la dek tekak.. puas hati makan kan kak ana.

    ReplyDelete
  26. Berapa lama kek tu boleh tahan room temperature????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Based on experience saya, 2 hari tu masih ok. Cuma yang cheese tu better makan dalam sehari.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤