Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya Dengan Shinsegae Mamee - Ana Suhana

Mar 22, 2018

Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya Dengan Shinsegae Mamee



Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya Dengan Shinsegae Mamee | Assalamualaikum. Ada yang berminat nak mencebur diri dalam perniagaan makanan dan minuman? Korang tau tak Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya Dengan Shinsegae Mamee.

Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung, rojak buah dan sebagainya memang sinonim dengan industri dan perniagaan makanan di Malaysia. Sekiranya diuruskan dengan betul, ianya dapat mendatangkan pulangan yang lumayan dan sekaligus mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke aras pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam bagi membincangkan tentang pilihan yang ada  untuk berjaya dalam industri makanan.

Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti makanan dan keaslian rasa 

Dari kiri ke kanan :
Jennifer Chee (Ketua Bahagian Perkhidmatan Makanan Shinsegae Mamee),
Datuk Wira Pang Tee Nam (COO MAMEE-Double Decker),
Tan Sri Pang Tee Chew (CEO MAMEE-Double Decker),
Felix Pang Hee Zhong (Chief Operating Officer Shinsegae Mamee),
Chef Faizul Hazly Ghazali (Executive Chef Shinsegae Mamee)

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA - Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Makanan & Minuman (Food & Beverage) menjelang tahun 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan seramai 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.
Dari kiri ke kanan :
Chef Faizul Hazly Ghazali (Executive Chef Shinsegae Mamee),
Dato’ Chef Ismail (Mamee Chef and Malaysian Tourism Ambassador for Gastronomy)

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.

“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.
Dari kiri ke kanan :
Md. Zawawi bin Md Isa (Ketua Seksyen Komposit Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)), 
Chef Faizul Hazly Ghazali (Executive Chef Shinsegae Mamee),
Jamal Nasir bin Othman (CEO GIATMARA),
Omar Farook Ali bin Seeni Abdul Kadir (Jawatankusas (Hal Ehwal Majlis Setempat) Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)),
Dato’ Chef Ismail (Mamee Chef and Malaysian Tourism Ambassador for Gastronomy)

Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.


TENTANG MAMEE DOUBLE DECKER

MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1971 merupakan cetusan idea bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Pang Chin Hin dan anak sulungnya Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Pang Tee Chew yang berkecimpung aktif dalam industri penghasilan mee kering. Perniagaan kecil ini kemudiannya berkembang menerusi label Pacific Food Products yang terletak di Ayer Keroh, Melaka sebelum dikenali sebagai MAMEE-Double Decker.

Ketua Pegawai Operasi Datuk Wira Pang Tee Nam bersama dengan kesemua ahli keluarga – kini generasi ketiga – berjaya membangunkan syarikat menjadi antara pengilang makanan dan minuman terbesar di Malaysia. MAMEE-Double Decker yang diperbadankan pada 1991 mula tersenarai di papan bursa Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada tahun berikutnya dan telah menjadi syarikat persendirian sepenuhnya pada tahun 2012.

Sehingga kini, syarikat dan kilang MAMEE-Double Decker terdapat di seluruh Malaysia – termasuk di Kuala Lumpur dan Kuantan, dengan kekuatan lebih 2,000 kakitangan – sebelum melebarkan sayap ke Myanmar, Indonesia dan Timur Tengah (dalam proses perbincangan)

TENTANG SHINSEGAE FOOD

Shinsegae Food adalah salah satu daripada syarikat teras gabungan Syarikat Kumpulan Shinsegae yang bermula sebagai sebuah kedai serbaneka pada tahun 1930 (Antara 10 Syarikat yang terbesar di Korea dari segi gabungan aset dengan hasil jualan USD24.8 bil. yang dicatatkan pada tahun 2016), bermatlamat untuk memperkukuhkan unsur-unsur teras dalam industri makanan.

Shinsegae Food telah menyelaraskan fungsi-fungsi utamanya kepada sistem sejajar, antaranya sumber bahan mentah kepada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan, logistik, pemasaran dan jualan, pertama kali dalam industri makanan sejak dua puluh tahun yang lepas.

Shinsegae Food merupakan peneraju dalam perkhidmatan katering makanan domestik untuk dua dekad yang lalu, kini menumpukan usaha membangunkan perkhidmatan Katering makanan yang premium dan mendahului pasaran perkhidmatan makanan Korea dengan menggabungkan perniagaan Restoran dan katering makanan.

Shinsegae Food adalah pengusahaan profesional dan organisasi maju dalam penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran makanan dan berusaha untuk menjadi syarikat terkemuka dalam produk-produk Makanan Sedia Ada (RTE), Sedia Untuk Dimasak (RTC) dan Makanan Rumah Gantian (HMR) dengan pelaburan dalam kemudahan dan teknologi baru.

Di samping itu, Shinsegae Food turut menerajui perniagaan berteraskan global di Korea yang melibatkan pencarian jenama produk makanan global yang terkemuka, mendapatkan lesen-lesen eksklusif dan membekalkannya ke pasaran-pasaran tempatan. Malah, restoran-restoran baru dan lebih khusus termasuk Olbaan, O’slo, Gramercy Hall dan Johnny Rockets dilancarkan untuk menggambarkan perubahan trend secara mendadak dalam budaya pemakanan.

19 comments:

  1. Ini satu solusi pemudah cara dan penggalak kepada sesiapa sahaja yang berminat dan sedang mahu menjana pendapatan.

    ReplyDelete
  2. Platform yang bagus untuk diusahakan.

    ReplyDelete
  3. wahh lepas ni boleh bertukar dengan mamee sbb dah xde pakai pengawet dan perasa tiruan terbaiklah

    ReplyDelete
  4. Baguslah ada program macam ni. menggalakkan orang lebih ramai suka berniaga sebab dah makin mudah.

    ReplyDelete
  5. wah bagusnya program mcm ni kan...

    ReplyDelete
  6. Selamat cuti sekolah & Selamat hari jumaat ana. Boleh jadi pengusaha makananan pula. Senangnya

    ReplyDelete
  7. Bagus ada program macam nie kan Ana..

    ReplyDelete
  8. Bagus ada program macam nih utk kita untuk menggalakkan lagi kita menceburi bidang makanan. Nak menjual makanan menjadi semakin mudah dan senang

    ReplyDelete
  9. Bagus ada kerjasama gini..para belia yang ada minat boleh ambil peluang yang ada kan

    ReplyDelete
  10. Thank you for sharing kak Ana ^_^ Hana lagi prefer jadi tukang makan daripada pengusaha hahah :3

    ReplyDelete
  11. Buat mreka yang minat berniaga tu..ini lah peluang keemasan yg harus di grab. Bagus ada program sebegini

    ReplyDelete
  12. Bagus untuk yang betul2 minat dalam bidang perniagaan makanan ni.

    ReplyDelete
  13. peluang yang bagus utk pengusaha makanan

    ReplyDelete
  14. Bgus betul program macam ni dapat meningkatkan taraf hidup golongan B40. Dalam masa yang sama dapat melahirakan golongan chef yang berkualiti.

    ReplyDelete
  15. Bagus betul program ni buat yang minat dalam perniagaan makanan. Menarik sangat program nj

    ReplyDelete
  16. Tak sabar nak tunggu produk baru ni keluar

    ReplyDelete
  17. Boleh buat stock kat kolej ni hehe

    ReplyDelete
  18. busyra suka berbisnes.. rasa happy. ini kalau maggi ni time study dlu. selalu ada ja dekat koridor bilik. hehe. mcm2 jenis maggi. rindu pulak!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤