Sempurnakah Solat Kita? 5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat - Ana Suhana

Feb 23, 2018

Sempurnakah Solat Kita? 5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat


SEMPURNAKAH SOLAT KITA?? 5 KESALAHAN RUKUN QAULI DI DALAM SOLAT | Tahu tak kita yang dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus?? Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.
5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat
5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat

13 Rukun Solat

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan epada 3 bahagian: 

1. RUKUN QALBI - iaitu rukun ke atas pekerjaan hati

2. RUKUN FI'IL - iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja

3. RUKUN QAULI - iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

5 Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati. Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan. (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat :

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir

5. Tidak memberi salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz”??

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri. Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat yang di sebut tadi (Takbiratul Ihram, Al Fatihah, Tahiyat Akhir, Selawat pada rakaat terakhir & Salam)

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna. Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2. Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

21 comments:

  1. Ibadah pun perlu di'improve dari masa ke semasa... ^^ thank you sudi kongsi ilmu kak Ana <3 salam jumaat! :)

    ReplyDelete
  2. Solat pun haruslah dibaiki dari semasa ke semasa kan Ana.. TQ for sharing this..

    ReplyDelete
  3. kadang2 benda kecil macam ni kita terlepas pandang. Salam Jumaat Kak Ana :)

    ReplyDelete
  4. Setuju... Kita rasa diri sudah cukup dlm solat tapi rupanya masih ade kesalahan. Sebab itu kadang2 kita lupa diri kita. Terima kasih atas muhasabah diri di hari Jumaat ini.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bagus
    kadang2 kita tak perasan
    nice

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian, insyaAllah sama sama kita perbaiki lepas ni :)

    ReplyDelete
  7. Tepat...betul kak Ana...perkara ni macam mudah je...sebenarnya besar kesannya pada solat yang didirikan..terima kasih kak...kongsi ilmu.

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing ;')

    https://jajastollymolly.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Ilmu agama nih kita kena sentiasa belajar dan belajar. Kalau tak tahu kena tanya utk kepastian. Memang orang kita ada yg buat kesilapan dengan melanggar hukum Qauli. Baca ayat kenalah perlahan tak menggangu jemaah lain tetapi jelas dan terang didengari pada telinga kita bukan bunyi pssstr...pssssttt je

    ReplyDelete
  10. Bab ni kena refresh balik kadang banyak yang dah lupa... Islam itu indah dan mudah.. Tq Ana share

    ReplyDelete
  11. Good sharing Ana, semoga kita semua perbetulkan balik mana-mana yang tak betul dalam solat kan..

    ReplyDelete
  12. Peringatan bersama. Kadang kadang tak sedar pon dah salah dalam rukun solat.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..tq sharing sambil kita ingat mengingati sesama insan.

    ReplyDelete
  14. Soal solat memang perlukan kesungguhan untuk disempurnakan

    ReplyDelete
  15. tq kak ana syg atas ingatan buat smua..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, perkongsian yang baik ana

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah..perkongsian yang baik, banyak nak kena perbetul lagi ni.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤