March 2018 - Ana Suhana

Mar 30, 2018

14 Days Challenge with Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment - Sayonara Miss Jerawat

12:22 PM 37
  14 Days Challenge with Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment - Sayonara Miss Jerawat

14 Days Challenge with Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment - Sayonara Miss Jerawat| Assalamualaikum. Bila sebut tentang jerawat mula lah tak keruan dibuatnya. Kadang tu sampai pening tak tahu macam mana lagi nak hadapi masalah jerawat ni. Macam-macam produk dah cuba tapi masih tak selesai-selesai juga. Tapi sekarang korang boleh try Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment. Sebabnya Ana dah sahut 14 Days Challenge with Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment dan kesannya memang tip top.
14 Days Challenge with Eucerin ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment
14 Days Challenge with Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment
14 Days Challenge with Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment - Sayonara Miss Jerawat

Mesti korang tengok muka Ana ok je kan. Tak nampak pun jerawat dekat sekeliling muka tu. Haaa..Tu yang korang tak tau. Ana sebenarnya ada je maslaah jerawat yang tersembunyi. Kalau setakat dekat muka ada lah sebiji dua yang tumbuh dekat bahagian dagu tu. Tu pun kecik je dan tak berapa nak nampak. Tapi yang dekat bahagian yang tersembunyi tu yang agak "kritikal" iaitu di sekitar bahagian telinga.



A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Kalau korang tengok gambar bawah ni ialah jerawat jenis JERAWAT KOMEDON iaitu jerawat yang merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil yang biasanya tumbuh di bahagian dahi dan dagu kesan dari perubahan hormon.
14 Days Challenge with Eucerin ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment
Hari Pertama : Sebiji jerawat tumbuh dekat bahagian tengah dagu
Bulan ni 2 biji sekali dia tumbuh dengan jayanya. Berjiran pula tu. Sebelum-sebelum ni Ana akan biarkan je jerawat tu kecut sendiri tapi ia akan mengambil masa yang agak lama nak hilang. Tak best  lah kan.

Cara Atasi Masalah Jerawat

So macam mana nak hilangkan masalah jerawat ni? Ada beberapa cara nak sebenarnya korang boleh guna nak atasi masalah ni. Antaranya ialah :

1. Pes Serbuk Kunyit

Ambil sesudu serbuk kunyit dan titis sedikit air dan kemudian sapu pada jerawat. Memang akan rasa pedih sedikit lepas sapu pes ni.

2. Jus Lemon 

Ambil perahan air lemon ke atas kapas bersih dan kemudian tekap pada jerawat selama 20 minit. Lakukan 2-3 kali sehari. Yang ni lagi lah pedih sebabnya air lemon tu kan berasid sifat so bila kena jerawat tahan jer lah.

3.  Wap Panas

Tekap muka pada wap air panas selamat beberapa minit. Kadang ada orang tak selesa dan rasa sesak nafas guna cara ni.

4. Serbuk Kayu Manis

Bancuh 2 sudu serbuk kayu manis dengan madu atau perahan lemon dan sapu pada jerawat. Ni pun sama akan rasa pedih juga.

5. Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment

Cara paling mudah dan berkesan dan bagi Ana tidak memedihkan pun. Tak perlu nak bancuh, perah, berwap sebagainya. Jimat masa dan tenaga. Berdasarkan pengalaman Ana menggunakan Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment  ni selama 14 hari, Ana nampak dalam 3-4 hari je jerawat komedon dah mula kecut. Yang tinggal hanya kesan jerawat yang semakin pudar. Amazing sangat kan. Yang bestnya kulit jadi lebih sihat dan lembap. Selalu bahagian yang berjerawat tu bila dia kecut akan nampak kulit tu kering kan. Tapi dengan Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment ni Ana perasan masalah kulit kering dah takde sebabnya produk ni bertindak sebagai pelembap yang sangat baik untuk kulit berjerawat.
14 Days Challenge with Eucerin ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment
Hari ke-4 : Jerawat yang hari pertama dah kecut & naik pula jerawat baru di bahagian bawah dagu

14 Days Challenge with Eucerin ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment
Hari ke-7 : Jerawat pertama totally kecut, hanya tinggal kesan parut. Jerawat yang baru mula mengecut. 

Hari ke-14 : Kedua-dua jerawat telah kecut sepenuhnya. Tinggal kesan parut yang semakin pudar je.  Yeahh!! 

Tu baru bab jerawat yang kecik. Ni Ana nak cerita bab sekumpulan jerawat besar yang kerap tumbuh di bahagian telinga Ana. Punca jerawat ni ialah FAKTOR KETURUNAN sebab ayah Ana pun alami masalah yang sama. Kalau saiz dia kecik ok lah kan. Ni jenis yang besar dan keras pula tu. Kena pula jerawat tu tumbuh kat atas  cuping telinga, sengsara juga lah sebab Ana pakai cermin mata kan. Bila batang cermin mata tu tertekan jerawat tu, sakit lah juga.

Jerawat besar dan keras ni selalu dalam sebulan juga dia nak kecut. Pernah sekali tu lebih dari sebulan. So bila Ana dapat Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment ni Ana rasa macam was-was juga boleh ke dia kecutkan jerawat besar ni kan. Lepas Ana apply dalam masa seminggu jerawat-jerawat besar dan keras tu semakin kecut. Memang ketara perubahan dia lepas apply secara konsisten Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment ni. Memang Ana happy sangat dengan kesan dia dan Ana recommend kat korang yang ada masalah jerawat untuk cuba Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment ni.

Bagaimana Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment Berfungsi?

Mesti korang tertanya bagaimana Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment ni berfungsi sampai boleh kecutkan jerawat dengan berkesan kan?

Untuk pengetahuan korang, Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment  ni berfungsi dengan MENYUBURKAN KULIT SERTA MENGHAPUSKAN JERAWAT SECATA LEMBUT tanpa mengeringkan kulit.  Kesan dengan penggunaan yang konsisten iaitu pada SETIAP MALAM dapat menjadikan kulit lebih halus dan dapat mengurangkan bekas parut jerawat dengan berkesan.

Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment  juga berfungsi sebagai PELEMBAP untuk kulit berminyak dan berjerawat di mana ianya telah direka dan diuji khas untuk MEMBERSIHKAN PORI yang tersumbat sekaligus dapat MENGURANG DAN MENGHALANG kemunculan jerawat.

Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment  Diformulasi Dari Bahan-Bahan Aktif

Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment ini diformulasi dari bahan-bahan aktif yang berkesan dalam mengurangkan jerawat komedon dalam masa 14 hari sahaja tanpa mengeringkan kulit. Bahan-bahan aktif tersebut juga dapat mengawal kerengsaan serta menjadikan kulit lebih licin dan sihat.

1. 10% Hydroxy Complex

Kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik)  dan PHA (gluconolactone)  yang membantu memperbaharui permukaan kulit, memberishkan pori,  mengurangkan bakteria penyebab jerawat dan menanggalkan sel kulit mati.

2. Licochalcone A

Bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada kulit

3. Dexpanthenol

Pelembap yang terhasil dari vitamin B5 yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada sebarang pencemaran.

So pada yang masih tercari-cari produk untuk mengatasi masalah jerawat dengan berkesan, apa kata korang try Eucerin® ProAcne Solution A.I. Clearing Treatment ni. Sebenarnya ada banyak lagi produk di bawah Eucerin® ProAcne Solution Range ni yang boleh korang cuba.
Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan muka ProAcne ni korang boleh layari link di  bawah ni :



Mar 29, 2018

Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang

11:13 AM 45
Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang

Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang | Assalamualaikum. Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Dan banyak antara kita dah mula merancang untuk berbuka beramai-ramai dengan ahli keluarga dan rakan taulan. Tidak kurang juga para majikan yang ingin menghargai jasa pekerja dengan mengadakan majlis iftar bersama sambil mengukuhkan ukhwah. Kalau masih takde idea nak berbuka di mana, Ana cadangkan korang untuk Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang.
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang

Selasa baru-baru ini, Ana dan Syafi berpeluang untuk menghadiri sesi media review untuk menu Berbuka Puasa Dengan Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang. Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang iaitu Encik Mashor Din, tema Buffet Aneka Selera dipilih pada tahun di mana semua orang boleh menikmati hidangan utama dan pencuci mulut yang lazat dari barisan buffet yang dihidangkan.

Untuk Buffet Aneka Selera ini, pelbagai MENU TRADISI dan MENU TEMPATAN yang pastinya enak bakal disajikan kepada para tetamu sepanjang bulan Ramadan nanti. Menurut Chef Eksekutif Royale Chulan Bukit Bintang; Raja Kamaroszaman antara MENU ISTIMEWA yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan nanti ialah Rendang Itik, Nasi Arab,  Kambing Golek,  Gulai Kawah dan Bubur Lambuk.

Selain dari itu, pihak hotel turut menyediakan ruang solat yang selesa untuk para tetamu menunaikan solat. 

Menu Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang

APPERTIZER
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Acar Rampai, Kerabu Taugeh, Kerabu Ulam, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga,  Telur Masin, Puyuh Goreng Rempah, Ulam-ulaman Tempatan, Aneka Jenis Keropok, Aneka Jeruk, Ikan Masin
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
  Sambal Belacan, Sambal Ikan Bilis,  Sambal Tempoyak, Sambal Cili Hijau,  Sambal Kelapa, Air Assan,  Sambal Kicap,  Budu, Cincalok

SUP
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Sup Tulang Rawan bersama Serunding Daging, Serunding Ikan, Roti Benggali, Mee Hoon Kuning
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang

STALL 1
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Bubur Lambuk

STALL 2

Pulut Kuning
Gulai Kawah
Rendang Itik

STALL 3
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Kambing Golek dengan Sayur Butter
Nasi Arab
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang

MENU UTAMA

Nasi Putih 
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Nasi Hujan Panas 👆
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Ayam Percik 👆
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Daging Deng Deng👆
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Ikan Patin Masak Tempoyak👆
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Pajeri Nenas👆
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Udang Masak Lemak Cili Api👆
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Labu Masak Lemak Putih Udang Kering👆

PENCUCI MULUT
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Cheeser Tart,  Cream Caramel,  Sago Gula Melaka, Assorted Pudding, Assorted French Pastries,  Assorted Malay Pastries, Fruit Tart,  Cream Puff
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Aneka Biskut Raya, Dodol, Buah Kurma, Rempeyek, Bahulu, Serawa Durian
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang

Selain menghidangkan pelbagai menu di atas, sepanjang bulan Ramadan ini, Royale Chulan Bukit Bintang akan melancarkan SUMBANGAN RAMADHAN - KASIH RAMADHAN. Tahun ini adalah tahun ke-4 program ini di jalankan dan ianya merupakan sebahagian dari aktiviti CSR hotel. Sumbangan adalah dari pekerja hotel sendiri dan juga dari para tetamu hotel sebanyak RM10 seorang. Semua hasil sumbangan akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Delia Zamir di talian 016-2167480 atau emel ke delia@royalechulan-bukitbintang.com.

BUFFET ANEKA SELERA
SUNFLOWERS BRASSERIE
ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
7 PETANG - 10 MALAM

HARGA :
16 MEI - 14 JUN 2018
DEWASA : RM98
KANAK-KANAK / WARGA EMAS : RM60

HARGA PROMOSI:
16 MEI - 20 MEI 2018
DEWASA : RM78
KANAK-KANAK / WARGA EMAS : RM60










Mar 28, 2018

Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur

11:27 AM 26
Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur

Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur | Assalamualaikum. Macam Ana pernah war war kan 2 minggu lepas tentang aktiviti Kidzania Go bersempena cuti sekolah baru-baru ni, Ana sempat lah bawa Syafi untuk join aktiviti tersebut. So hari ni Ana nak share pengalaman Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur tersebut.
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Syafi di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur

Sepanjang Kidzania Go tersebut berjalan selama seminggu, sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan. Setiap hari memang panjang lah barisan nak masuk ke Kidzania Go tu. Mana taknya, hanya perlu berbelanja serendah RM38 saja di mana-mana outlet di Quill City Mall dalam satu resit untuk tebus tiket Kidzania Go secara percuma. Memang berbaloi sangat lah.

Di Kidzania Go ni terdapat 8 aktiviti yang menarik disediakan untuk kanak-kanak. So masa masuk dalam tu kena register dulu dekat meja pendaftaran. Kemudian setiap kanak-kanak akan dapat passport untuk dicop di setiap stesen nanti. Jom tengok gambar-gambar di setiap stesen yang ada.

Stesen 1 : Volvo - Stop, Look and Wave
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Di stesen ni kanak-kanak akan di beri penerangan tentang peraturan dan keselamatan di atas jalan raya - berhenti, lihat kiri kanak dan melambai. Memang sangat bagus aktiviti ni dalam memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan atas jalan raya.

Stesen 2 : Court House
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Masuk dalam persidangan mahkamah pula. Dekat sini setiap kanak-kanak diberi kad seorang satu untuk di baca. Kad pertuduhan rasanya. Memandangkan Syafi tak sekolah lagi so memang dia tak reti membaca. So dia akan ikut apa yang fasi baca walau entah apa-apa yang Syafi pronounce. Takpe lah janji dia follow. Kalau ikut di Kidzania KL, court house ni hanya untuk umur 6 tahun ke atas.

Stesen 3 : Sharp Air Quality Control
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen ni menerangkan tentang kualiti udara dan tahap-tahap kualiti udara yang ada serta cara-cara untuk menurunkan pencemaran udara. Kemudian fasi akan bertanya soalan tentang tahap kualiti udara yang ada berdasarkan IPU yang ditulis di papan putih.

Stesen 4 : Mc Donald's Fitness Centre
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen ni paling simple - setiap kanak-kanak hanya perlu tulis nama di atas sijil, beratur kemudian masing-masing perlu timbang berat dan ukur tinggi. Lepas dah selesai semua tu, semua kanak-kanak disahkan secara rasmi sebagai certified trainer di Mc Donald's Fitness Centre gitu. Comel sangat.

Stesen 5 : Magic Studio
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen paling disukai kanak-kanak kerana ada pertunjukan silap mata - silap mata botol air dan silap mata kertas tergantung. Suka lah kanak-kanak tengok magic tu. Lagi suka bila mereka diajar magic trick untuk silap mata tersebut.

Stesen 6 : Scott's Research Lab
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Scott terkenal sebagai satu jenama vitamin / supplemen untuk kanak-kanak. Dekat sini mereka di ajar cara untuk buat gummies. Seronok Syafi dapat belajar pegang lesung untuk buat gummies. Sebelum beredar, setiap seorang dapat sebiji vitamin Scott. Senyum lebar masing-masing.

Stesen 7 : TV Studio
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Siapa yang suka atau berangan nak jadi pembaca berita, berlakon, pengacara dan pengarah, dekat stesen ni mereka akan diberi peluang untuk melakukan semua tu. Siap dengan real equipment lagi. Memang sangat menarik.

Stesen 8 : Recyling Centre
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Stesen terakhir,  stesen kitar semula. Stesen ni menceritakan tentang apa itu kitar semula dan barang-barang yang boleh di kitar semula. Kemudian mereka dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan kena mencari guni yang diisi dengan barang-barang yang boleh dikitar semula bersama-sama. Riuh rendah kejap dibuatnya. At the end, setiap kumpulan berjaya cari satu guni. Well done.
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Maka berakhirlah 8 stesen yang ada di Kidzania Go di Quill City Mall Kuala Lumpur ni.  Oh ya di setiap stesen, passport mereka ada di cop dan mereka akan dapat duit bernilai 5 Kidzos. So 8 stesen mereka akan dapat 8 cop dan 40 Kidzos. Boleh simpan duit tu untuk guna di Kidzania KL nanti untuk redeem hadiah. Passport yang berjaya dengan 8 cop akan dapat satu woven bag Kidzania KL. Tahniah pada yang berjaya dan tahniah Syafi kerana berjaya mengikuti Kidzania Go walau banyak drama sebabak berlaku. Takpe first time kan. Nanti lama-lama dab bila dah sekolah harapnya makin ok dan tak takut. Siapa yang sempat ke Kidzania Go minggu lepas, apa cerita korang pula?

Mar 27, 2018

Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central

10:11 AM 18
Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central

Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central | Assalamualaikum. Cerita hari tu sebelum ke majlis perasmian Umairah Uzma, Ana sempat ke Setapak Central kononnya nak cari baju keje En Suami. Alang-alang sampai tu perut memasing dah lapar jadi kami decide untuk Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central.
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Brunch di Kafe Sakura Kristal Setapak Central

Dulu masa keje di Taman Danau Kota selalu lah juga makan dekat Sakura Kristal ni dengan geng-geng office. Last makan dekat sini adalah dalam 4 tahun lepas.  Memang lama sangat. Tapi dalam tempoh tu ada je Ana makan dekat restoran under syarikat Sakura Kristal ni iaitu Makan Culture di Melawati Mall. Pun puas hati juga. 

Sebab lapar sangat katanya,  hari tu kami order sorang satu menu. Selalu 2 menu je kan sebab Ana akan share dengan Syafi. Syafi lah paling beria kata lapar. End up makan tak lah banyak mana. Nyampah.....selamat sayang. Hehe. 

Menu 1 : Char Kuew Teow - RM11.00
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Char kuew teow ni kononnya untuk budak bijak tu. Last-last dia belot makan nasi En Suami. Kecik besar kecik besar je Ana nampak dia. Last-last Ana kena kongsi berdua dengan En Suami. Selamat sedap dan kena dengan selera kitorang. Lagi-lagi makan dengan cili potong, memang padu. Cuma char kuew teow dia tak basah. Lebih macam kuew teow goreng je. Ana prefer yang basah lagi. Tapi overall sedap je.

Menu 2 : Chicken Teriyaki - RM22.00
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Yang ni menu Ana yang punya. Konon nak makan yang light je sekali hamek. Chicken chop dengan kuew teow sekali jalan. Ana suka chicken chop ni sebab kuah teriyaki dia lain dari yang lain. Kuah dia rasa manis-manis wangi. Memang sedap bagi tekak Ana. Mash potato dia pun sama sedap.  Lembut dan tekstur pun licin je.

Menu 3 : The Indon Treasure - RM13
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Pic : GoMakan
The Indon Treasure a.k.a nasi goreng ala indon style. Nampak macam pedas tapi tak sebab Syafi yang paling beria makan. Selalu kalau pedas dia tak kan makan. Nasi goreng tu di datangkan sekali dengan ayam goreng, papadom dan sayur. En Suami kata not bad rasa dia. Gambar pinjam gambar GoMakan. Geram pula bila tengok gambar nasi goteng ni takde dalam HP padala banyak kot Ana amik. Aishh.

Menu 4 : Banana Sundae - RM9
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Kafe Sakura Kristal Setapak Central
Saja order ni in case budak kecik tu tak makan banyak so at least ada lah sebiji pisang untuk dia makan. Ingatkan dah makan nasi dah kenyang. Rupanya tak. Habis semangkuk banana sundae ni dia bedal. Ana dapat makan aisrkrim coklat je. Sabar je lah.

Kafe Sakura Kristal ni memang selesa kalau nak lepak dan makan-makan. Service pun agak cepat. Menu makanan pula pelbagai - ada western, ada local menu dan banyak lagi. Bab harga maybe ada yang agak mahal so kena pandai pilih menu untuk nampal berbaloi.  Tapi bagi Ana ok je harga tu. Memandangkan Ana dah banyak kali ke sini tu dah menunjukkan yang Ana memang suka rasa masakan dekat sini. In fact ex-colleague pun suka lepak makan dekat sini. So korang kalau ke Setapak Central dan plan nak makan dekat sini boleh lah Cuba makanan yang ada di Kafe Sakura Kristal ni. InsyaAllah puas hati. Selamat mencuba.

Mar 26, 2018

Produk Samsonite Kini Di Atas Talian

11:05 AM 21
Produk Samsonite Kini Di Atas Talian

Produk Samsonite Kini Di Atas Talian | Assalamualaikum. Korang tau tak sekarang Produk Samsonite Kini Di Atas Talian untuk memudahkan korang bershopping pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
Produk Samsonite Kini Di Atas Talian

Produk Samsonite Kini Di Atas Talian merangkumi semua produk terbaru di bawah jenama Samsonite seperti Samsonite, Samsonite Red dan American Tourister selepas buat pertama kalinya Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkankannya platform e-commerce di Malaysia secara rasmi.

"Di Samsonite, kami memahami permintaan dan keperluan gaya hidup moden yang sibuk dan pantas. Kami juga percaya bahawa membeli-belah untuk bagasi tidak sepatutnya menjadi proses yang sukar. Oleh itu, dengan trend e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia, kami melihat peluang untuk melancarkan platform dalam talian ini di mana pelanggan boleh mengetahui tentang produk kami dan membelinya dengan selesa di rumah, pejabat, atau di mana sahaja. Jika mereka mempunyai komputer atau peranti mudah alih, mereka kini mempunyai akses kepada produk kami - semudah itu, " kata Ambert Khoo, Country Head of Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dengan adanya platform e-commerce ni akan memudahkan korang untuk membeli produk Samsonite tanpa perlu keluar rumah pun. Jimat masa dan duit minyak lagi. Hanya dengan beberapa klik dalam beberapa minit korang dah boleh memiliki produk Samsonite yang korang nak. 

Cara Membeli Produk Samsonite Di Atas Talian

1. Layari LAMAN SESAWANG Samsonite

2. PILIH PRODUK mana yang korang nak beli. Terdapat pelbagai produk Samsonite korang boleh nampak dalam laman sesawang ni.

3. Dah jumpa yang berkenan, korang boleh ADD ON item tersebut ke dalam SHOPPING CART

4. Dah selesai bershopping, korang klik CHECK OUT dan BAYAR. Jangan ragu-ragu nak membuat pembayaran kerana kesemua proses pembayaran adalah dijamin selamat.

5. Tunggu depan pintu untuk proses PENGHANTARAN dalam masa 3 hari bekerja.

Samsonite merupakan salah satu pereka dan pengedar yang terbesar dan dipercayai di dunia dalam industri bagasi. Jenama ini ditubuhkan pada tahun 1910 dan merupakan gagasan Jesse Shwayder, yang membayangkan pembuatan barang berkualiti terbaik yang dapat menahan risiko perjalanan.

Hari ini, Samsonite tetap berdedikasi kepada prinsip terasnya, untuk terus memperluaskan visi Shwayder secara global untuk memenuhi keperluan setiap pelawat dengan produk yang berdaya tahan dan halus melalui teknologi, bahan dan reka bentuk yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut tentang Samsonite,  korang boleh layari laman sesawang Samsonite di bawah ini. 



Mar 24, 2018

Makan-makan di Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting

9:38 AM 40
Makan-makan di  Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting

Makan-makan di  Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting | Assalamualaikum.  Kalau semalam Ana dah share dengan korang tentang Snow World dan Genting Bowl,  so hari ni Ana nak share dengan korang tentang tempat makan pula. Ingat lagi 8 tahun lepas, kalau lapar dekat Genting ni pakat makan McD je. Tu pun harga boleh taha mahal. Tapi itu cerita dulu. Sekarang ni kita dah boleh Makan-makan di  Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting. Macam-macam juadah dan menu yang sedap dan berpatutan dijual di sini.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Makan-makan di  Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting

Korang perasan tak kalau kita berada di tempat sejuk perut kita akan cepat je rasa lapar? Ke Ana sorang je? Kisahnya masa ke Genting Ahad lepas, pukul 9 tu Ana dah breakfast agak berat juga lah. Makan bihun dan kuih.  Lepas tu baru jalan sikit dah start rasa lapar.  Tengok jam dah pukul 1. No wonder lah. Masa untuk cari nasi dah ni. Al-maklumlah sejenis perut Melayu nak juga cari nasi untuk lunch. Ade ke orang jual nasi dekat Genting ni?  Haa ada lah kalau korang Makan-makan di  Medan Selera Sky Avenue Resorts World Genting ni.

Medan Selera Sky Avenue di Resorts World Genting ni baru saja dibuka kepada orang  pada Februari yang lepas. Ianya terletak di LEVEL G SKY AVENUE MALL dan boleh MEMUATKAN HAMPIR 270 - 350 ORANG pada satu-satu masa.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Masa operasi Medan Selera ni pula bermula pada pukul 8 PAGI - 10 MALAM SETIAP HARI.  Maknanya apa?  Maknanya korang boleh lah brekafast, lunch dan dinner dekat sini je. Senang cerita kan. Takut muak?? Haa jangan jump into conclusion cepat sangat. Meh tengok menu apa yang ada dekat Medan Selera ni.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Istimewa tentang menu di sini ialah korang boleh pilih pelbagai jenis masakan di bawah 5 kaunter yang pastinya menawarkan masakan yang menjadi favorite kita semua. Menu-menu tersebut merupakan menu popular yang ada di seluruh Malaysia. Semua ada di sini. Jom tengok menu-menu yang ada.

1.  RICE & SPICE
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Di bawah kaunter Rice & Spice terdapat pelbagai menu nasi kegemaran kita semua. Antaranya ialah Nasi Lemak dengan Rendang Tok, Nasi Briyani dan Nasi Kandar Ayam Berempah. Suami Ana hari tu makan Nasi Kandar.  Terangkat juga lah rasa dia sebabnya tu antara menu pilihan chef. Haruslah sedap kan.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
2. NOODLES
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Untuk kaunter Noodles pula menyediakan menu seperti Char Kuew Teow, Mee Bandung, Bakso, Bihun Singapore dan banyak lagi. Pencinta mee boleh lah ke kaunter ni.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
3. LAKSA
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Bersebelahan dengan kaunter Noodles ialah kaunter Laksa. Dekat sini korang boleh jumpa pelbagai jenis laksa popular yang ada dekat Malaysia ni. Antaranya ialah Laksa Johor,  Laksa Kelantan,  Asam Laksa dan juga Laksa Nyonya. Menarik kan?
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 

4. WESTERN ASIAN
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Bosan dengan menu tempatan? Jangan risau sebab dekat Kaunter Western Asian akan disajikan dengan makanan dari negara Arab. Semua dimasak dengan kasih sayang gitu. Dekat sini korang boleh pilih samada nak Shawarma Ayam atau Kambing, Grillef Chicken Shish Tawook and Kebab,  Roasted Chicken Leg with Rice dan Seafood Rice. Menu Timur Tengah pun ada seperti Zaatar Manakich,  Mohamara dab Cheese Bread.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Masa dekat sini hari tu Ana amik Fish Fillet with Rice.  Serius memang berbaloi. Portion punya lah banyak, lepas tu rasa pun sedap. Nasi yang dihidang ialah nasi arab. Ana beli juga Chicken Shawarma.  Pun sama berbaloi. Fries dia pula terbaik.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
 5. CRISPY CHIPS
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Kalau kata korang nak makanan selain dari nasi, korang boleh ke kaunter Crispy Chips ni.  Dekat sini korang boleh jumpa menu popular Barat seperti Crispy Fried Chicken, Chicken Popcorn,  Fish & Chips,  Calamari Rings dan French Fries. Pilih je mana yang korang berkenan.
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue
Medan Selera Sky Avenue 

Macam Ana bagitau dekat atas tadi yang Medan Selera ni beroperasi seawal pukul 8 pagi. So korang boleh lah brekafast dekat sini. Istimewanya untuk breakfast, Medan Selera ni menawarkan RM12 LIGHT BREAKFAST SET di mana korang boleh pilih samada nak makan Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu,  Mee Goreng, Nasi Goreng,  Roti Telur, Roti John, Kari Ayam dengan Roti Puri atau banyak lagi. Set ni didatangkan sekali dengan air (panas/sejuk).

Kalau yang nak cepat tak nak makan lama-lama sangat korang boleh je grab makanan yang ada di kaunter SALAD & DESSERT. Dekat sini ada pelbagai salad, puddings, buah potong dan pencuci mulut seperti Som Som Gula Melaka, Sago Gula Melaka,  Potato Samosa, Bahulu. Kuih Lapis Sarawak dan banyak lagi lah.

Menarik kan Medan Selera Sky Avenue  ni. Macam-macam menu makanan tempatan dan Barat ada dekat sini. Akan datang akan ada banyak lagi menu akan di tambah untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung yang singgah ke sini. Tentang harga pula, korang jangan risau. Sebabnya masa Ana survey hari tu Ana tengok semua harga yang diletak sangat berpatutan. Bermula dari RM15 hingga RM25. Senang cerita lebih kurang dengan harga kafe dekat KL ni. Sangat berbaloi dengan portion yang diberi. So selamat mencuba.