Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari - Ana Suhana

Feb 23, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari


Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Assalamualaikum. Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
1. Mobil & Gajet

Sarung & Pelindung, Audio, Bank Kuasa & Bateri 

2. Kesihatan & Kecantikan

Produk Kecantikan Kulit, Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek

3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi 

Fesyen Kanak-kanak, Permainan & Pendidikan, Perkakas untuk Makan & Penyusuan 

4. Pakaian Wanita

Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun 

5. Perabot & Perhiasan Rumah

Hiasan Dalaman, Tempat Menyimpan untuk Dapur, Kelengkapan Bilik Tidur

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson


Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

27 comments:

  1. kaki shopping online sure tk sbr nk grab promo next week ni

    ReplyDelete
  2. Yang menantikan pasti sedang bersiap sedia...membeli dalam masa yang sama menerima keistimewaan..

    ReplyDelete
  3. noted !! dah terjebak kat shopee ni sejak CNY ritu .. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya lah kalau dapat shopping selalu kan...sis tak lah selalu sebab tak bekoje, bila ada sales mcm ni leh le menumpang beli. Now tgh tunggu barang dr shopee nak sampai..hehehe

    ReplyDelete
  5. Banyak tu pulangan tunai 18%!😱 Kena kerja keras lebih sikit ni. Dapat bonus lebih bolehlah sopink di shopee!πŸ˜‹

    ReplyDelete
  6. Ada lagi sale ye kat Shopee.. haih rambang mata lagi la Kak Sue nanti.. ehehe..

    ReplyDelete
  7. Sale, promosi, diskaun sana sini sekarang. Menggugat iman si penshopping online tegar sepertimu. Sabar sabar.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Shopping sakan dengan Shopee... Auwwww....sukanyee

    ReplyDelete
  9. Nasiblah Hana tak kerja lagi hahah! ^^ Kalau tak memang dh borong siap2 hohoho :3

    ReplyDelete
  10. Baru je lepas scrollscroll shopee ni xD

    ReplyDelete
  11. Taknak ngadap handphone dengan px..boleh tak..kakak tak kuat..hoho

    ReplyDelete
  12. Promotion yang best ni....gomen dah payday tapi ada sikit simpan untuk promotion ni...hihi

    ReplyDelete
  13. Bestnya kalau dapat shopping ni. Suka beli dekat shopee sebab murah.

    ReplyDelete
  14. Rupanya mmg seronok ye ana bershopping dgn shopee.. akak dah mula gian dah ni.. abis laa

    ReplyDelete
  15. Happy shopping Ana 😍

    Nak pergi godeh shopee jugak ni..
    Banyak betul promosi hebat

    ReplyDelete
  16. Alahai.. gigil tangan nak keluar duit tapi nampak offer bagus tu.. boleh lah grab peluang dapat ahrga murah2 dari biasa kan

    ReplyDelete
  17. Alah kita keja swasta gaji kita lambat skit. Menariknya promo shopee ni.

    ReplyDelete
  18. Yuhuuui besttt.. Boleh mula "shopee" da nie.. =)

    ReplyDelete
  19. betul. adik beradik pun p beli somthing wkatu cny ritu! sales kot

    ReplyDelete
  20. Shopping lagi lah nampaknya. Jum shoppinc kak, hihi.

    ReplyDelete
  21. Kali nih beli eyeshadow focallure dgn highlight...hahaha..gila shopping sakan kt shopee

    ReplyDelete
  22. Semalam dah termasuk kat shopee ni..macam dh ada yg berkenan..tak masuk cart je lagi..hehe..nnti masuk gak tu..

    ReplyDelete
  23. dah cuba masuk shopee ni, sebab iklan dalam tv tu best. hehehe.. tapi sampai sekarang belum explore. :D

    ReplyDelete
  24. Pernah beli sekali je dengan shopee ini..

    ReplyDelete
  25. on right timing betul sale shoppee haritu kan. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤